Bab 28: KESILAPAN

Romance Series 69241

"kau cakap apa ni Ery!" Suara Dato Qaiseer bergema di tengah-tengah rumah.

Semua yang berada di situ tersentak dek tengkingannya.

"Kau panggil betina tu turun bawah sekarang!" Sekali lagi suaranya memenuhi ruang tamu.

"Jangan libatkan Eyka. Jangan sesekali marahkan Eyka. Dia tak tahu menahu pasal ni!" Bentak Hadzry. Pertama kali dalam hidupnya, dia menentang papanya sendiri.

"Jangan sampai aku yang naik atas dan heret betina tu ke bawah!"

"Abang bertenang dulu bang." Datin Nurmaya cuba untuk menenangkan suaminya.

"ok." Jawab suaminya ringkas sebelum berjalan menaiki tangga.

"Abang! Biar saya panggil!"

Langkah Dato Qaiseer terhenti. Datin Nurmaya cepat-cepat berjalan ke arah bilik Ady.

"Eyka. Errr. Turun bawah sekejap." Lembut suara mama menyapa telinga aku saat pintu bilik Ady terbuka.

"Kenapa mama? Eyka ada buat salah ke?" Gusar hatiku kerana dari tadi terdengar suara Dato Qaiseer terjerit-jerit di bawah.

"Eyka kena kuat ye. Mama ada dengan Eyka."

Lagilah gemuruh hati aku saat mendengar mama berkata begitu. Aku menelan air liur. Apa aku dah buat lagi ni?

"Errr. Dato panggil saya?" Terketar-ketar suara yang cuba aku lontarkan.

"Good. Kau tunggu sekejap!"

Dato Qaiseer berjalan laju ke arah pejabatnya. 5 minit kemudian dia keluar dari bilik itu dengan sehelai kertas di tangan.

"Nah ambik ni!" Dato Qaiseer melemparkan kertas itu ke muka aku. Berbirat rasa kerana lemparannya itu agak kuat mengenai dahi aku.

"Apa ni dato?"

Muka aku sudah mulai memerah kerana diperlakukan seperti itu di hadapan ramai orang. Tan Sri Aidhil dan Adam tersenyum sumbing melihat aku dimarahi seperti itu.

"Itu gaji kau bulan ni. Aku tambah lagi 10 ribu sebab kau kemaruk duit keluarga aku!"

What? Masa bila aku kemaruk duit keluarga ni?

"Saya tak faham kenapa Dato marah-marah saya. Apa sebenarnya yang saya dah buat?"

"Kau ni dah la low class! Datang sini ingat nak kerja elok-elok rupanya pergi goda anak aku!"

"Papa..."

"Kau diam! Kalau kau nak bela juga betina ni, kau berambus dari sini. Segala harta benda milik aku, kau tinggalkan dekat sini! Dasar anak tak kenang dek untung!

"Dato! Saya tahu saya miskin. Bukan berasal dari keluarga yang kaya. Tapi saya bukan macam yang dato cakapkan!" Aku cuba membela diri.

"oh! sedar kau miskin! Bukan setakat miskin harta. Tapi maruah pun tak ada!" Entah dari mana tiba-tiba Adam mencelah.

"Apa maksud kau Adam?" Tan Sri Aidhil yang dari tadi berdiam diri, mula bersuara.

"Adam ada video tak senonoh dia papa. Main dengan ramai jantan."

Aku terkedu mendengarkan kata-kata Adam.

"What? Perempuan murahan rupanya kau ni? Mana kau kutip perempuan ni maya?"

"Abang. Dah la tu. Bagi je dia balik." Sekali lagi Datin Nurmaya cuba untuk menenangkan situasi tersebut.

"Betul kau ada video dia Adam?" Tanya Dato Qaiseer kepada Adam.

"Betul uncle. ni tengok ni." Adam bangun dari tempat duduknya dan menyua telefon pintarnya kepada Dato Qaiseer.

Aku bangun dan cuba merampas telefon berkenaan. Tetapi di halang oleh Adam. Pipi aku ditampar kasar. Aku terjatuh lagi ke atas lantai.

"Betina jenis apa yang kau bawak masuk rumah ni Maya! Aku nak kau heret perempuan ni keluar dari rumah ni sekarang!"

Adam mula menarik tangan aku dan cuba mengheret aku keluar dari rumah itu. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk melawannya. Aku menyentak tanganku dari genggamannya. Aku bangun dengan air mata yang masih berbaki di pipi.

"Nak tahu macam mana Adam ada video tu? Sebab dia yang rogol saya. Bersama dengan rakan dia yang lain masa saya dekat kampung!" Senyap sunyi suasana di ruang itu saat aku mula bersuara.

semua tampaknya sangat terkejut dengan kenyataan aku. Aku capai cek yang bernilai rm13,500 tadi dan aku koyakkan di hadapan mereka semua.

"Saya akan buat report polis! Saya akan pastikan Adam meringkuk dalam penjara disebabkan perbuatan dia!"

Aku berlari keluar dari rumah itu. Aku terasa maruahku dipijak mereka. Lebih menyedihkan, Hadzry hanya berdiam diri melihat aku diperlakukan seperti itu.

Aku akan balik ke kampung! Melarikan diri ke sini adalah kesalahan terbesar aku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience