Usai majlis, kami terus beredar masuk ke bilik hotel yang ditempah khas oleh tan sri. Penat betul melayan tetamu. Apatah lagi bila terpaksa sembunyikan perasaan aku yang sebenar.
Aku tahu keluarga aku merestui perkahwinan ini. Tapi aku pasti mereka ada banyak persoalan yang bermain dalam fikiran mereka. Terutamanya abang Hariz. Dia tahu mengenai hubungan aku dengan Hadzry. Tapi akhirnya aku memilih untuk berkahwin dengan musuhnya sendiri! Pasti dia kecewa dengan keputusan aku.
Aku duduk dibirai katil sambil memangku kepala. Sakit betul. Berdenyut-denyut rasa kepala aku. Mula mendatangkan rasa loya. Aku cepat-cepat berlari ke tandas untuk muntah.
"Ai, aku belum buat apa-apa lagi. Takkan dah ada isi kot." Adam menegurku di balik pintu tandas.
Sakit betul hati aku dengar suara dia. Lemah sangat ke dia sampai boleh ikut je cakap papa dia tu! Kalau dah benci sangat dengan aku kenapa kahwin jugak dengan aku?
Aku buat tak endah kehadiran dia dalam bilik itu. Aku duduk semula dibirai katil setelah perut aku berasa lega.
"Kau bisu ke? Ke pekak?" Ujar Adam lagi.
Kali ini aku berikan jelingan yang tajam padanya. Aku segera bangun dari katil dan capai tuala serta baju untuk di bawa masuk ke bilik mandi.
"So memang pekak la kot minat ni. Ke dah sewel sejak kena.."
Aku tak tunggu lama. Aku baling botol air mineral yang ada di atas meja hotel ke arahnya. Panas betul hati aku. Berani dia ungkit lagi hal tu padahal aku sudah ikut kata papa dia! Semua demi menjaga air muka papa dia atas perilaku anak bangsat ini!
"Ai main kasar nampak. Good. Aku suka. maksudnya kau masih normal lagi. Cantik la kau ni Eyka. cepat lah mandi. Aku dah tak sabar nak malam pertama dengan kau ni." Katanya sambil tersenyum sinis.
Aku cepat-cepat masuk ke bilik air dan mengunci pintu. aku menjerit sekuat hati aku. Melepaskan rasa amarah yang terpendam didalam dada. Serasa ingin sekali aku hempas semua barang yang ada didalam bilik itu kepada jantan sial tu. Tapi aku tahu semua tu tak guna. Aku terlalu lemah sekarang ni. Dari segi mental dan fizikal. aku cuma mahu rehat. Tetapi berehat bersama dengan lelaki paling aku benci dalam 1 bilik yang sama adalah satu perkara yang mustahil.
Air mata mula mengalir. Perlahan kemudiannya semakin laju. Sudah tidak terbendung lagi. Aku buka pancuran air. Aku biarkan airnya membasahi tubuhku. Baju pengantin masih lagi tersemat di tubuhku. Aku biarkan basah.
*****
Tukk! Tukk! Tukkk!
"Woi cepatlah. Kau sorang ke nak mandi dalam tu. aku pun nak mandi ni. Badan aku dah berpeluh."
Aku yang masih termenung setelah puas menangis membiarkan saja pintu bilik mandi itu diketuk dari luar. Kata-kata adam juga tidak aku endah.
"Kau hidup lagi ke woi! Nak mati jangan dalam ni. Menyusahkan aku je." Katanya lagi.
Aku mengeluh perlahan. sudah tiada daya untuk melawan lelaki ini. Aku segera bersihkan badan dan pakai baju yang lengkap sebelum keluar dari bilik air. Biarpun sudah bergelar suami isteri yang sah, aku takkan biarkan dia melihat walau seinci pun bahagian tubuh aku.
"Keluar pun, ingatkan dah mati." Adam seakan cuba mencabar kesabaran aku. namun aku terlalu penat untuk melayannya. Aku hanya diam dengan pandangan kosong ke arah sudut bilik. jijik sungguh nak pandang wajah dia! Dia segera berlalu masuk ke bilik mandi.
Aku keringkan rambut menggunakan pengering rambut yang disediakan. Kemudian aku segera capai bantal dan baring di atas lantai di sudut bilik. Aku geli nak tidur sekali dengannya. Aku kepenatan tapi aku trauma untuk tidur. aku tak percayakan lelaki ini.
Derap kaki Adam yang keluar dari bilik mandi membuatkan seluruh tubuh aku menggeletar. aku benar-benar fobia dengan dia.
"Woi. kau dah kenapa macam pengemis tidur dekat situ. aku tahulah ni first time kau tidur dalam bilik sebesar macam ni. tapi jangan la tunjuk sangat."
air mata aku mengalir laju sekali lagi. bukan kerana sedih tapi terlalu takut pada suaranya.
"Woi perempuan. tidur atas katil ni. aku tidur dekat sofa. kau jangan risau. aku tak teringin pun nakkan body kau tu. Kalau aku nak petik jari je ramai perempuan hot nakkan aku." Katanya lagi. Tapi macam biasa aku biarkan saja.
"Kau nak aku dukung kau naikkan atas katil ni ke?" Mendengarkan kata-kata nya membuatkan aku bingkas bangun.
"Jangan sesekali sentuh aku." Perlahan suara yang keluar dari mulut aku. Tapi cukup tegas supaya dia tahu aku benar-benar serius. Aku segera capai bantal tadi dan berbaring di atas katil. aku menarik selimut menutupi seluruh tubuh badanku.
"Aku pun tak hingin." katanya lalu terus berjalan ke arah sofa. dia memadamkan lampu utama dan membiarkan laju meja yang malap menerangi kegelapan bilik itu.
Aku yang terlalu penat dengan acara hari ini terus tertidur. Dengan air hangat yang masih bergenang di pinggiran mataku.
Share this novel