Bingit suara pelajar-pelajar yang mula memenuhi ruang kafeteria membuatkan aku berasa lemas. Serius aku lemas. Suara mereka ketawa dan berbual sesama sendiri membuatkan aku seperti terjatuh didalam lubang yang sangat dalam. terlalu sunyi aku rasa walaupun berada ditengah keriuhan suara manusia. aku ingin segera berlalu. "tolonglah. tolong sangat jangan terjumpa sesiapa yang aku kenal". aku mengomel sendiri. aku berjalan cepat menuju ke pintu kafateria. aku tundukkan mukaku serendah yang boleh supaya tiada yang mengenali dan menegurku.
"Eyka!"
ah sudah! siapa pulak? aku segera menoleh untuk mencari suara tersebut.
"Eyka. kau dari mana ni?" Aira memeluk bahuku. terasa janggal sungguh berada sedekat ini dengan orang lain. Aira adalah rakan satu fakulti dengan aku. Mungkin kerana takdir, kami selalu bertemu dalam satu kelas yang sama bagi setiap subjek yang berbeza walaupun kami tak pernah sepakat bersama.
"Hei menung pulak. Dah makan belum ni?" sekali lagi dia menegur.
"aku baru siap print assignment ni. sekali photostat terus list formula untuk kelas TKK. Emm. belum makan lagi. kau sorang ke?" aku segera menjawab. karang dia tanya lagi. aku tak suka ditanya berulang kali.
"Aku sorang. jom la makan sekali." tak tunggu lama. Aira segera tarik tangan aku untuk masuk semula ke dalam kafateria. haish. macam kena paksa pulak. tapi macam dah terlambat pulak nak cakap tak. layankan je la budak Aira ni.
kami berbual mengenai kelas, assignment, dan macam-macam lagi. aku sebenarnya pendiam. bukan mudah untuk aku bercakap dengan orang. tapi dengan Aira, mudah pulak aku bercakap dan ketawa. Aku terasa diri aku normal. Sama seperti pelajar lain.
usai makan. Aira dan aku mengucapkan selamat tinggal sesama sendiri. aku terasa kosong lagi. aku tundukkan wajahku sambil berjalan menuju ke dorm. mungkin aku ditakdirkan untuk memiliki jiwa yang kosong macam ni kot. entah lah. aku cuma harap, hari ni cepat berlalu. supaya aku dapat mulakan episod hidup yang baru esok.
Jiwa yang kosong. perlu hidup seperti sebuah boneka. tidak mempunyai perasaan. semuanya kosong. Aku lemas
Share this novel
Bila nk sambung lg cerita ni..
Bila nk sambung lagi?