"Kenapa kau hidup. Kau tak hidup pun takpe kalau macam ni tahu tak? Hodoh betullah kau ni!" kata-kata tersebut di iringi dengan hilai tawa dari beberapa orang pelajar lelaki yang satu tingkatan dengan aku.
Mataku mula digenangi air hangat. Aku hanya mampu berjalan laju melintasi mereka supaya mereka tidak melihat air mata aku. Aku benci lelaki. Serius aku benci. Kenapa aku kena hadapi semua ni. aku tak pernah kacau sesiapa. air mata aku laju menuruni pipi. Sungguh hati aku pedih.
"Eyka. kenapa menangis ni? kau ok tak?"
aku terasa bahuku di peluk. seolah mahu menenangkan ku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Siapalah aku nak tipu. dengan air mata yang tak berhenti mengalir ni. Aku tak ok! tapi aku tak mampu untuk mengatakannya.
"Eyka. Dah jangan nangis." aku kenal suara ni. Aina. Rakan sekelas aku. mungkin dia melihat aku berjalan laju lepas di ejek tadi. aku lantas memeluk tubuhnya. aku perlukan kekuatan darinya.
"Nurul Syafieqah Izzati!"
Aku tersentak saat nama penuhku disebut. Didepan aku ada sosok wanita sedang bercekak pinggang memandangku.
"Berangan je kerja kau ni. bila nak siapnya kerja kau kalau macam ni?" Kak Izan mula membebel.
"Sorry kak. Saya buat kerja cepat-cepat ya." kataku sambil memberikan senyuman paling manis kepada kak izan.
"Yelah-yelah. nak membodek la tu. cepat buat karang boss nampak bising pulak dia." dia segara kembali ke tempat kerjanya selepas melihat aku sambung buat kerja semula.
kak Izan ni walaupun nampak garang tapi dia baik sebenarnya. Dia cuma risau aku kena marah dengan boss. boss kat sini tak boleh bawak bincang dia punya garang. tapi kalau yang rajin bodek dia, dia baiklah. haihh macam-macam perangai manusia. aku geleng kepala sendiri. Tangan aku kembali laju menyusun barang-barang tin di atas rak.
Aku penat. kenangan pahit 12 tahun dahulu kembali menyerang fikiran aku. Semua ini gara-gara aku terserempak dengan salah satu pembuli aku masa dekat sekolah asrama dulu. Selama 12 tahun ni aku membesar dengan kata-kata nista itu. aku anggap semua kata-kata mereka betul.
Yang aku tak layak untuk terus hidup. Aku mengeluh sendiri.
Share this novel