Bab 11: BERPUTIK

Romance Series 69241

Langkah aku terhenti. Dihadapan aku, seorang lelaki sedang berdiri sambil menyandarkan badannya pada dinding. Kaki kirinya dilipat dan juga diletakkan pada dinding. Dia seperti sedang menunggu seseorang. Aku toleh ke kiri dan ke kanan mengharapkan ada sesiapa yang akan lalu di situ. Namun hampa.

Aku memberanikan diri berjalan melepasinya. Namun lelaki itu pantas menghalang. Hadzry! Aku menundukkan wajahku. takut untuk bertentang mata dengannya.

"Eyka. aku ada benda nak cakap dengan kau. Ikut aku kejap."

"Taa.. tak nak. Nanti kau buat bukan-bukan dekat aku. aku tak percaya dekat kau." Tergagap-gagap aku bercakap dengannya.

"Aku janji aku tak buat macam tu. Kalau ada apa-apa kau boleh terus bagitahu Cikgu Ib kan?" Lembut suaranya berjaya memecahkan keras hati aku.

Aku mengekornya memasuki kelas yang kosong. pintu kelas itu ditutup. Entahlah. Aku sudah redha dengan apa yang bakal jadi.

"Aku mintak maaf dengan apa yang aku cakap pagi tadi. Aku sebenarnya terpaksa cakap macam tu dekat kau selama ni. Sebab Adam dah kata, kalau siapa tak layan kau macam apa yang dia suruh, dia akan pulaukan orang tu."

"Tapi aku tak faham. Kenapa mesti aku yang jadi target dia?"

"Sebenarnya dia ada dendam dengan abang kau."

"Abang hariz?"

"Ya abang hariz. Abang kau kan ketua pengawas tahun lepas. Adam dendam dengan dia sebab dia pernah kantoikan semua salah laku Adam. kau ingat tak kes gaduh yang kecoh tahun lepas tu?" Dia berhenti seketika. Menunggu respon dari aku. Aku hanya menganggukkan kepala.

"Adam sebenarnya dah hampir nak kena buang sekolah. Tapi sebab mak dia baik dengan pengetua, cikgu tak jadi buang dia."

"So disebabkan aku adik abang hariz, dia lepaskan semua amarah dia pada aku?" Aku seakan tidak percaya. Kerana dendam pada orang lain, aku pulak yang jadi mangsa.

"Ye. so aku harap kau boleh sabar. aku cuma nak kau tahu, bagitahu cikgu Ib pasal Adam tak boleh selesaikan apa-apa. Adam tu untouchable. Nasib baik cikgu Ib panggil aku jumpa dia tadi. Kalau dia yang kena panggil tadi, aku risau kau yang teruk nanti." Panjang lebar penerangan hadzry.

"So kenapa kau decide nak bagitahu aku pasal ni? Kau boleh buat tak tahu je. macam yang orang lain buat." Buku yang ada pada tangan, aku genggam erat.

"Kau jangan marah dorang. Dorang tak ada pilihan sebenarnya."

"Dan kenapa aku bagitahu kau pasal ni, sebab aku rasa kau cool giler. walau teruk kena buli pun, still boleh score exam." Sambungnya lagi iringi senyuman manis. Ada lesung pipit di pipi kanannya. Aku terpana melihatkan senyuman itu.

"Terima kasih. Aku rasa aku manusia paling loser, tapi hari ni kau buat aku sedar. At least aku nampak normal dekat mata kau." Kali ini aku pula yang tersenyum padanya.

"Kawan?" Hadzry menghulurkan tangannya pada aku.

"Kawan." Aku menyambut tangannya.

Kami saling bertukar nombor telefon. Sekolah aku membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit ke asrama. Asalkan telefon itu jenis butang dan tidak ada kamera. Sekiranya melanggar peraturan, telefon tersebut akan dirampas. Paling teruk, ada kes yang telefon pelajar kena hempas sampai pecah oleh warden. gara-gara terdapat video tidak senonoh disimpan di dalam telefon itu. selepas itu, kami pun pulang ke asrama. Namun menggunakan jalan yang berasingan.

********************

Hari-hari aku di sekolah berjalan seperti biasa. Masih lagi diejek dan dipersendakan. Tapi kali ini, aku terasa semakin bersemangat untuk ke sekolah. konsentrasi aku pada pelajaran juga semakin baik. Semuanya kerana Hadzry. Apabila aku rasa down, dia akan beri kata-kata semangat. walaupun kami hanya mampu berbual secara rahsia melalui telefon. Namun aku masih lagi rasa gembira kerana berjaya menambah seorang lagi kawan dalam hidup aku.

"Eyka, aku tengok kau rajin main mesej sekarang. Siap senyum-senyum lagi." tegur Syidah.

Anis, Syidah, Ayu, Lina dan aku adalah satu geng. Geng nerd. Sebab kami berlima selalu menjadi top 10 dalam tingkatan kami. Bilik study asrama adalah tempat kami biasa melepak. Sama ada untuk mengulangkaji pelajaran bersama atau sekadar untuk berbual. Pelajar lain jarang duduk disini. Masing-masing lebih selesa belajar di dalam bilik tidur mereka.

"Haah la. Kau nampak bahagia sekarang ni. Dah ada pakwe eh?" Anis pula sambung mengusik aku.

Entah kenapa, dari ekor mata aku lihat Syidah buat muka. Memutarkan matanya ke atas apabila mendengar kata-kata Anis. Namun aku anggap itu cuma firasat aku sahaja.

"Kau agak-agaklah Anis. Eyka ni bercakap dengan lelaki pun tak berani. Nak ada pakwe pulak." Kata-kata Syidah umpama menikam hati aku. Benarlah, lidah lagi tajam dari mata pedang.

"Ish. Tak adalah Anis. Betul la kata Syidah tu. Lagipun kalau mak dan ayah aku tahu, mati aku weh." Balas aku. Cuba menyembunyikan perasaan sebenar aku.

"Hadzry." Kedengaran suara Lina dari arah belakang aku. Mata aku membulat. Dia menyusup ke belakang aku semata-mata nak mengintip aku bermesej dengan siapa!

"Weh! Seriuslah! Kau mesej dengan Hadzry? Ketua kelas 3 Cempaka tu?" Anis seakan tidak percaya.

"Weh Lina! Kenapa cakap kuat-kuat?" Aku memarahi Lina.

"Gaiss. Jangan salah faham. Aku kawan je dengan dia." Aku cuba untuk menerangkan perkara sebenar. Kerana dari riak wajah mereka, aku tahu mereka semua terkejut.

"Macam mana kau boleh dapat nombor telefon dia? Hensem weh dia tu. Macam mana boleh mesej dengan kau pulak. Kau kan hodoh?" Syidah menekup mulutnya. Dia sudah terlepas cakap!

Allahu. Ayat terakhir Syidah benar-benar menyayat hati aku. Aku tak sangka kawan yang aku sanggup susah payah untuknya menganggap aku sebegitu.

"Syidah! Apa kau cakap ni?" Ayu yang khusyuk membaca buku sedari tadi mula mencelah apabila mendengar kata-kata Syidah.

"Sorry lah. Tapi betulkan korang? Ke kau menyamar jadi orang lain ni Eyka? Sebab tu dia nak mesej dengan kau."

"Dah la Syidah. Diamlah. Kenapa kau sanggup cakap macam tu dekat Eyka." Ayu menutup bukunya dengan kasar. Kali ini dia tampak benar-benar marah. Aku bencikan situasi ini.

"Ayu. Takpe. Dah jangan gaduh. Hari tu Hadzry yang bagi nombor dia dekat aku. Kami dah lama kawan. 3 bulan dah. Tapi cuma kawan. Tak lebih dari itu. Puas?" Aku bangun dari dari kerusi dan keluar dari bilik itu dengan hati yang remuk.

"Kau puas dapat sakitkan hati dia macam tu?" Kata Ayu sebelum mengikut aku keluar dari bilik itu. Syidah hanya buat muka tak puas hati.

*******************

Sudah 3 hari mesej aku tidak dibalas Hadzry. Aku cuba bersangka baik. Mungkin dia sibuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan percubaan PMR sudah hampir tiba. Jadi aku tidak mahu memaksa. Aku dengan dia kawan je kan?

Pagi itu, aku terserempak dengan dia dihadapan bilik guru. Namun dia seperti mahu mengelak berjumpa dengan aku. Apabila dia memusingkan badannya, aku perasan ada lebam pada belakang tangan kanannya. Muka dia juga nampak sembab. Apa dah jadi dekat dia ni?

Hadzry. Kau ok tak? Kenapa badan kau ada lebam-lebam- Eyka.

Aku menghantar mesej kepadanya apabila sudah pulang ke dorm untuk berehat tengah hari. Namun tiada balasan darinya. Aku inginkan jawapan. Tolong la balas mesej aku Hadzry! Telefon aku kemudiannya aku letakkan dibawah bantal. Aku segera ke tandas untuk mengambil wudu' dan menunaikan solat zohor.

Kalau aku penyebab kau jadi macam ni, aku akan berhenti mesej kau. Aku takkan ganggu kau lagi. Aku tak nak bawa bala dalam hidup kau.-Eyka

Mesej terakhir yang aku hantar padanya sebelum aku bersiap untuk ke kelas semula. Petang itu, hati aku tak tenteram. Aku ingin mengetahui apa yang jadi pada Hadzry. Adakah aku penyebabnya atau ada sebab lain? Semuanya masih menjadi satu teka-teki.

Habis waktu prep, aku sengaja menyuruh Ayu pulang ke asrama dahulu. Aku ingin lambat-lambat balik. Moga-moga ada rezeki untuk terserempak dengan Hadzry.

Semasa dalam perjalanan menuju ke hujung bangunan blok A, aku tiba-tiba terdengar suara Adam dikawasan tangga sekolah. Aku bersembunyi di balik dinding untuk mencuri dengar perbualannya.

"Macam mana? Ada lagi tak nampak Eyka main mesej dengan Hadzry?" Adam bertanya.

"Jangan risau. Lepas sayang bagitahu bie hari tu, jarang dah sayang tengok dia pegang telefon."

Aku terkejut mendengar suara itu. Itu suara Syidah! Syidah dengan Adam ada hubungan? Aku terasa seperti dikhianati.

"Baguslah. Bie dah settlekan mamat tu. Confirm dia tak berani nak berkawan dengan minah tu dah. Hahahaha. Sayang, kiss mulut bie please?" Jijik aku mendengar suara itu. Jijik dengan perbuatan sumbang mereka. Aku ingin segera berlalu. Tidak mahu tahu apa yang mereka akan kerjakan. lagipun aku takut kalau mereka perasan aku ada disitu.

Tiba-tiba, tangan aku ditarik. Aku mengekori langkah lelaki yang menarik tangan aku tadi. Hadzry! Macam mana dia boleh ada dekat sini. aku dan dia kini berada dalam kelas yang kosong. jauh dari Adam dan Syidah.

Suasana sepi seketika. Aku menatap sayu wajah lelaki itu. lebam di bibirnya menandakan dia dipukul. Tapi aku pasti dia memberikan alasan lain apabila ditanya kerana kalau tidak, sudah pasti kecoh satu sekolah. Air mata aku mengalir lagi. Sudah lama aku tidak menangis. sejak dari terikatnya tali persahabatan antara kami.

Dia lantas menyeka air mata aku.

"Jangan menangis Eyka. Aku tak suka tengok kau menangis." Ujarnya lembut

"Kau jadi macam ni sebab aku kan? Adam pukul kau kan? Kenapa tak bagitahu cikgu, Hadzry?"

Aku tak hiraukan kata-katanya. Hati aku rasa bersalah padanya. Kalau aku tak muncul dalam hidup dia, pasti semuanya takkan jadi macam ni. Semua salah aku!

"Bukan salah kau Eyka. Kau tahu Adam tu sebolehnya nak hancurkan hidup kau kan. Aku mintak maaf sebab tak reply mesej kau. Aku mintak maaf buat kau risau."

Aku menggelengkan kepala aku. Jangan minta maaf dengan aku Hadzry.

"Bukan salah kau. Letakkan semuanya di atas bahu aku. Aku tak nak kau sengsara disebabkan a..."

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Hadzry menekup mulut aku dan menarik aku untuk bersembunyi dibelakang meja pelajar yang telah rosak. Meja itu disusun rapi dibahagian belakang kelas.

"Kalau tak silap sayang, sayang nampak Eyka jalan dekat sini tadi." Jelas kedengaran suara Syidah diluar pintu kelas.

KTAKKK!

Bunyi pintu kelas yang sudah uzur itu dibuka hampir membuatkan jantungku pecah kerana terlalu berdebar. Derap kaki mereka berjalan dibahagian hadapan kelas membuatkan aku terasa semakin cemas.

"Bie cuba tengok bawah meja cikgu tu." Arah Syidah kepada teman lelakinya.

Bahagian hadapan kelas itu agak cerah berbanding dibahagian belakang kelas. Jadi kaki seluar Adam dan kain sekolah Syidah jelas kelihatan di mata aku. Aku cepat-cepat memejamkan mata aku sambil berdoa agar mereka tidak akan temui kami disini.

"Sayang nampak dia sorang ke tadi?"

"Haah sorang je."

"Dia balik dah la kot. Jom sayang. Kita sambung dekat bilik wuduk tingkat atas." Ujar Adam sebelum menarik tangan kekasihnya keluar dari situ.

Akhirnya mereka beredar dari situ. Dasar pelajar tidak beradab. pintu yang mereka buka tadi dibiarkan saja tidak bertutup. Namun hati aku lega. Tiba-tiba aku baru sedar situasi aku kini. Hadzry berada terlalu hampir dibelakang aku. Hangat tubuhnya terasa membahang dibelakang badanku. Aku segera menjarakkan diri darinya.

"Ss.. sorry."

"Takpe. apa plan kau lepas ni?" Tanyaku. Aku berusaha mencuba untuk menghalau situasi janggal tadi.

Aku labuhkan punggung ku di atas lantai kelas. Sudah tidak kisah baju biru pengawas sekolahku akan kotor terkena habuk dilantai. Hadzry juga duduk disebelah aku. Kami berdua duduk bersandar ditepi dinding.

"Hari sabtu ni mak dan ayah aku datang dari KL. Saja datang nak melawat aku kat sini. Aku ingat nak bincang dengan dorang pasal ni."

"Haahlah. aku baru teringat, ayah kau naib pengerusi PIBG kan? walaupun pengerusi PIBG tu ayah Adam. tapi secara logiknya kau pun ada kuasa. Kau boleh laporkan benda ni dekat cikgu kan?"

Bersungguh-sungguh aku mengingatkan Hadzry tentang itu. Bila lagi nak guna kabel kan? Hadzry tersenyum pada aku. Senyumannya itulah yang berjaya menambat hati para pelajar perempuan disekolah ini. Aku pula berusaha memadam sebarang perasaan padanya kerana aku tahu, aku takkan berpeluang untuk menjadi yang istimewa dihatinya.

"Kalau aku fikir macam tu, jadi apa beza aku dengan Adam?"

Betul juga kata Hadzry itu. Aku terlupa. Lelaki ini adalah lelaki yang berprinsip, bukan lelaki yang kotor macam Adam.

"Aku rasa nak pindah balik KL. Pagi tadi aku jumpa cikgu Juliana sebab nak cakap pasal ni lah. Dia suruh aku bincang dengan parent aku dulu."

Hati aku hancur mendengar kata-katanya. Bererti dia akan pergi meninggalkan aku. Hadzry yang terperasan riak wajah aku berubah, menggenggam tangan aku. Aku kaget dengan perlakuannya itu. Namun tangannya yang hangat menenangkan jiwa aku. Aku sandarkan kepala aku ke dinding. Merenung kosong jam yang tergantung dibahagian hadapan kelas.

"Kalau itu yang terbaik, pergilah Hadzry. Mana pun kau pergi, jangan lupakan aku eh." Ujar aku lemah.

Genggaman tangannya semakin kuat.

"Ya aku janji."

Hadzry kemudiannya meraba sesuatu di dalam poket bajunya. Dia keluarkan keychain patung beruang yang kecil. Terdapat bentuk hati yang tertulis 'I Love You' pada baju beruang tersebut. dia hulurkan keychain itu pada aku.

"Eyka. Aku dah lama sukakan kau sebenarnya. Kalau kau sukakan aku. kau tak perlu jawab. kau cuma perlu ambik keychain ni dari tangan aku. Kalau kau tak suka aku, kau jangan ambik."

Terkejut aku mendengarnya. Aku sukakan Hadzry. Tapi tangan aku teragak-agak untuk mengambil keychain tersebut. Akhirnya keychain tersebut berada didalam genggaman aku. Hadzry tersenyum manis sambil menatap muka aku. Aku tertunduk malu.

"Eyka. Kau jangan percaya cakap Adam. Kau perempuan yang paling cantik dalam hati aku. Cantik luar dan dalam. Kau jangan sesekali padam nombor telefon aku dari telefon kau ok?"

Itu kata-kata terakhir yang aku dengar dari mulut Hadzry sebelum dia akhirnya berpindah sekolah. Walaupun aku sedih kerana akan berjauhan dengannya, namun aku percayakan Hadzry.

Kami terus berhubung sampailah telefon bimbit aku hilang. Hubungan kami terhenti setakat itu. Aku pula terlalu naif ketika itu. aku tidak tahu yang simkad dengan nombor telefon lama aku boleh diperbaharui di cawangan telco tersebut. Namun aku anggap kami tiada jodoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience