Mata aku tertumpu pada lelaki di hadapanku. Aku kenal lelaki ini! Ya. Aku pasti. Memang tak silap lagi. Inilah tuan kucing bernama Snow tempoh hari. Wah! Tak sangka dia duduk dekat sini. Aku tersenyum padanya.
"Selamat pagi pak cik. Nak pergi kerja dah?" Aku cuba beramah mesra dengannya.
Kalau nak kerja lama, aku kena menjaga hubungan yang baik dengan majikan. Namun, aku lihat muka lelaki itu mulai masam mencuka. Alamak! Aku salah cakap ke tadi. aku gigit bibir.
"Hahahahaha! Itulah. mama dah kata, jambang tu bawak-bawaklah cukur. Memang dah macam pak cik pun kamu ni." Aku menoleh ke arah suara itu. Wanita itu tersenyum dan berjalan mendekati kami.
Dia membahasakan dirinya mama kepada lelaki ini. Maksudnya, lelaki ini anaknya. Aduhh! Aku memejamkan mataku.
"Nice Eyka, hari first pun dah buat salah." Aku menepuk dahiku perlahan.
"Ala mama. Jambang ni lah yang buatkan perempuan tergilakan Ery tahu."
"Yeke? Habis mana menantu mama?"
soalan wanita tadi berjaya mematahkan hujah lelaki tadi. Ery namanya. Boleh tahan bergurau kasar keluarga ini.
"Kamu yang akan berkerja di sini ya?" Lembut suara wanita tadi. Aku menganggukan kepala.
"Nama siapa?" Sambungnya lagi.
"Eyka." Serentak aku dan lelaki yang bernama Ery tadi menjawab pertanyaannya.
Wanita itu terkejut. Aku juga sama. Lelaki ni tahu nama aku?
"Err. Ery tahu nama dia sebab abang dia kerja satu tempat yang sama dengan Ery." Ery tersengih-sengih ditenung oleh dua wanita dihadapannya.
Patutlah abang aku boleh tahu pasal kerja ni. Satu tempat kerja rupanya.
"Owh. patutlah dari tadi ke depan ke belakang, gelisah semacam je. Rupanya dah tahu siapa yang akan bekerja dekat sini." Mamanya mencuit pinggang Anak bujangnya itu.
"Ish. Mana ada. Dah la. Ery nak pergi kerja ni. Bye Mama. Bye Eyka." Laju dia berlari ke keretanya. Porsche kau. Kami memerhati keretanya bergerak keluar dari kawasan rumah.
"Eyka. Saya Nurmaya. Panggil mama je la. Mama tengok kamu ni macam sebaya anak mama je." Wanita itu menghulurkan tangannya. Spontan, aku menyambut dan mencium tangannya. Tanda hormat.
"Ery tadi tu anak sulung mama. Umurnya 30 tahun. Tapi disebabkan jambang tu, dah macam 60 an pula. rimas mama" Panjang mama membebel.
La. Aku muda setahun sahaja dari Ery. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata mama. Yelah, takkan aku nak ikut kutuk mamat tu. Karang tak sampai sejam dah kena pecat. Kelmarin aku label mamat tu pakistan jual karpet. Hari ni aku panggil dia pakcik. aduhai. Mujur tak kena jerkah.
Mama kemudiannya menarik tanganku masuk ke dalam rumah. Aku terpegun di hadapan pintu. Tak pernah aku bayangkan, aku akan melihat rumah yang sangat indah seperti ini. Ruang tamunya begitu luas. perabot yang ada itu juga sudah pasti bukan yang murah-murah. harga setiap satunya mungkin mencecah ribuan, mungkin puluhan ribu.
Kami duduk di atas sofa di tengah ruang tamu.
"Mama nak cari pembantu rumah, bukan untuk buat kerja rumah sangat. Mama sebenarnya nak cari orang yang boleh jaga Ady."
"Ady?"
" Ya Ady. Adik kepada Ery."
Mata aku meliar melihat sekeliling. mencari jika ada orang lain di kawasan itu.
"Ady tengah tidur di bilik atas." Spontan aku memandang kawasan tangga pula.
"Umur ady berapa mama?"
"5 tahun."
"owh. Kecik lagi. In Sya ALLAH. Eyka cuba yang terbaik. Sementara ady tengah tidur ni, ada kerja apa-apa yang eyka boleh buat?" Mama tersenyum mendengar kata-kata aku.
"Ada. Eyka kena teman mama makan jap. Mama ada masak nasi goreng pagi ni. jom." Mama menarik tangan aku. Kami berjalan ke dapur.
Aku rasa bertuah dapat majikan yang baik. Siap bahasakan dirinya mama. Membuatkan aku berasa tidak kekok berada di rumah orang lain. Cuma, aku ada 1 masalah. Aku tidak suka budak-budak. Kerana aku tidak suka mendengar mereka menjerit dan mengamuk. Aku pula bukan seorang yang penyabar. Aku harap semuanya berjalan lancar hari ini.
********************
Tengah hari itu, aku mengemas sikit-sikit rumah mama. Bak kata orang kampung aku, bapak segala besarnya rumah. Kalau rumah abang Hariz pun nak tercabut pinggang aku mengemas, inikan pula rumah sebesar istana macam ni. Boleh pengsan aku!
Mama berkali-kali menyuruhku berehat. Entah kenapa, mama macam takut aku penat. Bagi aku. lumrah lah penat bekerja. Bukan aku duduk saja. Dan, aku biasanya sudah target, kerja apa yang aku patut buat. Tapi disebabkan aku baru separuh hari disini, aku masih mencari-cari kerja yang perlu di buat. Kekok pula kalau orang bayar gaji, tetapi aku cuma duduk berehat.
Mama sudah siapkan bilik untuk aku berehat dibawah tangga. Bolehlah digunakan untuk aku berehat lepaskan lelah. Lagipun aku bukan tidur disitu.
"Mama!"
Aku yang sedang mengelap meja kopi di ruang tamu tersentak mendengar jeritan itu. Aku menoleh ke arah tangga. Seorang budak lelaki yang memegang patung beruang sedang berdiri di atas tangga. Aku rasa, inilah Ady yang mama maksudkan tu.
"Mama!" sekali lagi budak itu menjerit memanggil mamanya.
Mama bergegas mendapatkannya.
"Turun elok-elok. slow-slow. Meh sini dekat mama."
Ady menuruni tangga dengan perlahan-lahan. Comel sungguh gayanya. Walaupun aku tak suka budak-budak, tapi satu yang aku suka tentang mereka. Terlalu polos. Dan comel. Aku tersenyum melihat telatah ady.
"Mama." Kali ini, suaranya manja. Dia memeluk kaki mama.
"Eyka. sini." Mama melambaikan tangannya pada aku.
Aku cepat-cepat berjalan ke arah mama. Kain lap tadi, aku biarkan di atas meja seketika.
"Eyka. Ni ady. Salam kakak."
"Eh. takpe la mama. Tangan saya kotor ni. Tadi lap meja depan tu."
"Alah. Takpe. Kejap lagi nak kena mandikan ady jugak."
"Andi? Nanak!" Ady menjerit. Dia menghempas patung berungnya tadi. Ya ALLAH bingit telinga aku mendengarnya.
"Jangan macam tu. Usyuk kalau tak andi." Mama mengikut pelat anaknya itu.
"Nanak! Nanak!" Ady melarikan diri.
Dia menghempas barang di atas meja. Mujur hanya ada majalah di situ. Dia berlari pula ke arah kotak mainannya. Dia menyepahkan pula mainannya. Dah la kotak tu boleh tahan besar. Penuh mainannya di atas permaidani. Aku mula berasa sesak nafas. Patutlah kalau bibik sebelum ini tidak tahan lama.
Mama memandang ke arah aku. Aku senyum padanya sebelum menarik nafas panjang. Bila tenang barulah aku mula berfikir cara untuk menenangkan Ady.
"Mama." Wanita itu memandang ke arah aku.
"Ada kolam kecik tak?"
"Kolam?"
"Ya. tak pun besen besar ke?"
Mama termenung sekejap.
"Ada. Ada. Besen bentuk tub mandi untuk kanak-kanak. Lama dah tak guna. Cuba tengok dekat stor."
Aku cepat-cepat pergi ke stor. cepat dapat besen tu, cepat la selesai masalah ni. Serata stor aku mencari. Akhirnya jumpa juga. Yes! Sawang yang melekat pada besen tu cepat-cepat aku kebas. Aku bawa besen tersebut ke tengah rumah.
"Ady. Jom main air."
Aku menunjukkan besen yang aku bawa tadi. Diam sekejap budak itu. Namun dia kelihatan teragak-agak, mungkin aku orang baru baginya.
"Ady pilih 5 mainan. Kita main dalam bilik air nak?"
"Nanak ilik air. Nak uaaa."
"Uaaa?"
Ady menunding jarinya keluar rumah. Ohh. Nak main dekat luar. Tak kesah lah. Janji tak menjerit dah.
"Boleh. Jom."
Aku menghulurkan tangan pada anak kecil itu. Dia menyambut tangan aku. Memimpin aku ke arah mainannya. 5 mainan yang telah dipilih dimasukkan terus ke dalam besen. Kami berpimpinan berjalan keluar rumah. Mama tersenyum melihat kami.
Aku tanggalkan baju dan pampers dari badan Ady. Lepas tu, aku dudukkan Ady di dalam besen tadi. Besen tu macam tub untuk mandikan bayi berumur 1 tahun ke bawah. Mungkin kepunyaan dia masa kecik dulu la tu. Aku mencari pili air di kawasan itu.
"Ady. Mana paip?"
"Aip? tu." aku memandang ke arah jari telunjuknya. ok. Dah jumpa.
Aku penuhkan besen itu dengan air. Mama keluar membawakan tuala dan sabun mandi Carrie Junior kepunyaan Ady. Aku tuangkan sabun di dalam besen itu dan mengocak air supaya semakin berbuih. Kemudian, aku ambil satu kerusi kecil dan duduk disebelah Ady. Ady sangat seronok melihat banyak buih di dalam besen. Aku tersenyum melihatnya begitu.
"Shiuuuuuu."
Dia melayangkan kereta kebal ke atas sebelum menjunam ke dalam buih sabun. Aku meniru gayanya menggunakan kereta yang lain. ok. I changed my mind. Aku tak suka budak-budak kecuali Ady.
Sepetang di rumah mama terasa sangat membahagiakan.
Sedang asyik aku melayan karenah Ady, tiba-tiba kedengaran pintu pagar automatik terbuka. Kemudian, kereta Porsche putih kepunyaan Ery memasuki kawasan garaj. Ery keluar dari kereta dan berjalan ke arah kami. Entah kenapa, aku rasa sangat berdebar. Terasa nak larikan diri je. Padahal bukan aku ada buat salah pun.
"Hai. Adik abang mandi la." Dia duduk mencangkung di sebelah besen itu. Di sebelah aku.
"Adik ukan andi. Adik ain air je." Petah kanak-kanak itu bercakap. melihat Ery duduk sebegitu, aku bangun untuk jauhkan diri sedikit darinya. Tak selesa duduk terlalu rapat.
Tetapi tanganku di tarik Ady. Kuat pula kudrat budak ini. Tarikannya tadi membuatkan aku hilang imbangan. Ery yang melihat aku nak terjatuh tu pun cepat-cepat menyambut tubuhku. Aku terduduk di atas ribanya. Sebelah lutut Ery diletakkan di atas tanah. Untuk mengimbang badannya pula.
Seminit aku terdiam di dalam pelukan Ery sebelum aku kembali tersedar. Aku cepat-cepat bangun dari ribanya dan berdiri agak jauh. Merah mukaku menahan malu. Telinga Ery juga merah.
"Ehem. Eyka ok?" Ery menunduk memandang Ady. Malu la tu nak angkat muka.
"Err. Err. Eyka Ok je. Err. Awal encik balik hari ni." Huh! Mujur aku sebut encik. Kalau terpanggil dia pak cik lagi, entah apa la nasib aku petang ni.
"Saya kerja separuh hari je hari ni."
"Ohh." Kemudian aku senyap. Serius aku tak suka keadaan macam ni. Janggal sangat rasanya. Malu pun ada. Aduhh. macam mana la aku boleh terjatuh tadi.
Aku memandang ke arah Ady. Dia masih ralit bermain dengan permainannya. Mujur.
Ery akhirnya masuk ke dalam rumah. Lega! Tinggal aku dan Ady saja di situ. Tak sampai 5 minit, Ady meminta aku membilas badannya. Dia ingin masuk ke dalam rumah. Abang dia ada balik kan. aku pun bilas badannya dengan air paip dan membalut tubuhnya menggunakan tuala tadi. Aku memimpinnya berjalan masuk ke dalam rumah.
**********************
Aku pakaikan Ady pampers dan baju bersih. Kemudian, aku lumurkan sedikit bedak pada pipinya. Comel dan wangi. Aku cubit sedikit pipi Ady kerana geram. Dia kemudiannya berlari keluar bilik di bawah tangga tadi. Mendapatkan abangnya. Aku pula sandarkan bahuku pada pemegang tangga. Seronok tengok hubungan abang dan adik yang rapat macam ni.
Ady duduk di atas riba Ery. Entah apa yang dia bercerita pada abangnya pun aku tak tahu. Mama pula duduk di kerusi yang lain. Aku ke dapur untuk membuatkan air untuk mereka. Tidak diminta pun. Cuma kalau dapat air sejuk masa panas rembang macam ni kan best.
Aku keluar dari dapur sambil menatang dulang yang berisi sebuah jag dan 3 biji gelas. Aku tuangkan air di dalam setiap gelas. Aku kembali bersandar di tempat tadi.
"Eyka. Asal duduk jauh sangat tu. Meh la duduk sini."
mama memanggil aku duduk disebelahnya. Aku keberatan nak duduk disitu. Mereka masih majikan dan aku hanyalah pembantu rumah mereka. Tertib aku melangkah ke arah mama. Mama menarik aku duduk di sofa.
"Jangan la malu-malu. Eyka dah macam keluarga dekat sini. kan Ery?" Mendengar nama itu disebut, muka aku kembali merah.
"Haa. Ye. Siap boleh mandikan Ady lagi. Bukan senang nak ajak dia mandi." Kata Ery. Ady masih duduk di atas pangkuannya.
"Abang uke kakak." Tiba-tiba kanak-kanak itu bersuara.
"Ha? Apa Ady?" Mama menyuruh Ady mengulang semula cakapnya tadi.
"Abang uke kakak." Kata Ady sambil tangannya ditunjukkan ke arah Ery dan aku.
Ah sudah. Mana budak ni belajar cakap macam ni? Mama memandang ke arah aku. Habislah! Kena pecat la aku jap lagi. Namun melihat di tersenyum, membuatkan aku rasa keliru. Nak takut ke nak senyum balik ni? Aduh. Pening melayankan budak ini.
"Ady memang macam ni Eyka. Suka-suka dia je nak bercakap apa pun." Mama seakan mengerti keadaan aku.
Bayangkanlah. Aku tak sampai sehari kot kat sini. Dari pagi membawakkan ke petang ada je benda awkward yang jadi. Mama menggenggam tangan aku.
Pagi tadi. Mama ada cakap, aku boleh kerja sampai petang. Tapi kalau ada Ery atau suaminya di rumah. Aku boleh pulang awal. Kecuali kalau ada apa-apa yang memerlukan keberadaan aku dirumah itu, barulah aku akan pulang lewat.
Memandang hari ini adalah hari pertamaku dan Ery juga sudah pulang ke rumah, aku meminta izin mama untuk balik ke rumah.
Petang itu, aku balik jalan kaki je. sebab rumah dekat. Tak sempat berpeluh pun dah sampai.
"Eyka jangan serik ya." Aku teringat pada kata-kata mama sebelum aku pulang tadi.
Mana mungkin aku serik. Sebaliknya aku rasa tak sabar nak kembali ke rumah itu. Semuanya kerana Ady.
Share this novel