Pagi rabu. Awan mendung mula melitupi langit yang biru. Seperti mengerti hatiku yang sayu untuk kembali ke pekan. Hari ini memang offday aku. Tetapi kerana kakakku mempunyai urusan penting disana, aku terpaksa mengikutnya. Berat hati nak tinggalkan kampung. Sepanjang 2 hari ini, aku hanya berkepit je dengan mak. Walaupun berkali-kali mak bagitahu yang dia sudah ok. Bengkak pada kaki kanannya pun sudah mulai surut.
Setelah siap mengangkut barang masuk ke perut kereta, aku bersalaman dengan mak dan ayah. Lama aku peluk mak. Mak mengusap belakang badan aku. seolah memberi sedikit semangat kepada anaknya itu. Akhirnya, kereta MPV alza merah kepunyaan kakakku beransur keluar dari perkarangan rumah. Aku menoleh kebelakang untuk melihat mereka sehinggalah sosok tua itu hilang dari pandangan. Aku terasa kosong semula.
"Takpe. nanti 2 minggu lagi aku rasa nak balik rumah mak semula." kakakku memulakan bicara. seakan tahu hati aku sedih meninggalkan kedua mak ayah di kampung. Aku hanya mengangguk kepala perlahan kemudian merenung ke luar.
Dalam keluarga aku, aku yang paling pendiam. kakak sulungku Intan Natasya, pula sangat petah bercakap. Dulu-dulu nama manja dia murai. sebab kalau dah bercakap tak reti diam. Kalau dia dah jumpa topik nak berborak, aku pula yang rasa nak selotip mulut dia bagi diam. Namun, selepas berpisah dengan suaminya setelah suaminya kantoi curang, dia sudah semakin pendiam. Aku pula yang risau kalau dia akan menderita sakit yang sama dengan aku.
Abang keduaku pula bernama Izhar Hariz. Seorang pelajar yang agak popular semasa sekolah. Tampan (Walaupun aku tak rasa dia tampan pun. Mata budak perempuan tu yang rabun kot) dan juga pelajar yang pintar. Antara pelajar top 5 dalam tingkatannya.
Dulu dia bersekolah asrama sama dengan aku. Masa aku masuk sekolah tu dulu, dia sudah tingkatan 4. Jadi hanya 1 tahun sahaja aku dijaga olehnya sebelum akhirnya aku dibuli teruk selepas dia menamatkan persekolahannya disana.
Kini dia adalah seorang jurutera proses dalam industri minyak dan gas di Pasir Gudang. Kami jarang berjumpa. Tapi ada sesekali dia akan hubungi dan berikan aku wang untuk berbelanja walaupun aku tak pernah meminta. Hidupnya agak mewah, namun masih tiada ura-ura untuk berkahwin. Mak dan ayah aku selalu menanyakannya tentang itu. Bosan agaknya selalu diajukan pertanyaan yang sama, membuatkan dia malas pulang ke kampung.
"Eyka. Jom drive thru McD nak? Lapar la pulak aku rasa." Suara kakak sulungku memecah kesunyian. Rupanya sedar tak sedar kami sudah pun hampir sampai di rumah.
"Boleh je. Aku lama dah tak makan ayam goreng dia." Mendengar kata-kata aku itu, Kak Intan segera membuat pusingan U di traffic light. Usai urusan di sana, kami terus pulang ke rumah. Malas nak makan dekat sana.
Aku tiba-tiba teringatkan buah hati aku. Aku segera mencapai telefon pintarku.
Salam abang. sayang dah sampai rumah ni. Abang ada dekat mana?- Eyka.
Offday kami sama. Mungkin kami memang ditakdirkan bersama kot. sampai hari cuti pun sama-sama. Kami tak pernah rancang pun sebelum ni.
Wassalam sayang. Abang ada dekat rumah. Abang rasa nak pergi pantai la. Nak ikut abang tak?- Imran.
Senyuman mula terukir dibibir aku. Aku pantas menaip untuk membalas mesejnya.
NAKKK!!! hehehe. Nak pergi naik motor ke kereta?-Eyka
"Okey! Dah sampai. Jom. tolong aku angkat barang-barang masuk rumah." Ujar Kak Intan selepas selesai memakir kereta di dalam garaj rumah. Aku segera membantunya mengangkut barang-barang masuk ke dalam rumah. Beg kertas berisi makanan aku letakkan di atas meja makan di dapur. Telefon yang bergetar menandakan mesej masuk aku biarkan seketika.
Selepas siap semuanya, aku kembali memeriksa telefonku.
Ok sayang. Nanti abang ambik sayang dekat rumah.- Imran.
*This message was deleted* -Imran
Dahi aku berkerut.
Abang padam mesej apa tu?- Eyka.
Tak ada apalah. Abang silap hantar. setengah jam lagi abang jemput sayang.-Imran.
Dalam masa setengah jam je nak aku bersiap? Aku perempuan kot. setengah jam ibarat 5 minit je bagi aku. Aku tergocoh-gocoh mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Panggilan akak aku untuk makan bersama tidak aku hiraukan. Siap mandi, aku terus bersolek ala kadar. sekadar untuk menambah seri. Lagipun kulit muka aku dah ok. Jerawat dan parut semua dah hilang. Semuanya berkat dari penggunaan produk Simple secara konsisten. Produk ini aku beli dekat drugstore je. Murah dan mudah didapati (Ini bukan Iklan ya)
*******************
Bayu laut meniup lembut menyapa muka aku. Gabungan cuaca yang redup dan bunyi ombak yang memukul pantai benar-benar mendamaikan. Pantai adalah salah satu comfort zone aku. Salah satu terapi jiwa. Aku keluar dari kereta dan duduk di atas dahan besar yang melintang di bawah pokok. Imran pun duduk disebelah aku.
Hari ini hari rabu. Jadi tidak ramai pengunjung pantai hari ni. Biasanya kalau hujung minggu, sepanjang-panjang pantai ini penuh dengan orang yang berkelah. budak-budak motor pun ramai. Sebab itu aku lebih memilih hari bekerja untuk ke pantai. lebih menenangkan. Namun, aku sering kali di marahi kak Izan kalau bagitahu dia yang aku datang ke sini seorang diri. Dia kata ada kes buruk di sini. Tapi takpe. hari ni aku datang dengan Imran. My protector gitu.
Imran menggenggam tangan aku. aku melentokkan kepalaku di atas bahunya.
ULALA!
amboi. Lain macam bunyi notification mesej Imran. Aku cuba menjeling nama pengirim mesej tersebut. Namun Imran menggunakan tinted privacy untuk telefonnya. Jadi namanya kelihatan samar-samar. Yang aku sempat baca 'Adam'.
Urghhh! Aku benci nama itu. Adam adalah pelajar kelas 3 Cempaka. Dialah puncanya aku dibuli masa sekolah dulu. Kenangan semasa sekolah dulu yang bertamu difikiran membuatkan mood aku menjadi suram. Aku menarik tangan aku dari genggaman Imran dan tegakkan badanku semula.
"Kenapa sayang?" Imran pelik melihat perubahan aku yang mendadak itu.
"Tak ada apa abang. Sayang teringat kenangan lama je. Serabut." Perkataan serabut tak pernah lekang dari mulut aku.
"Alololo. dah jangan serabut-serabut. Abang ada dekat sini." Kata Imran. Tangan kirinya menepuk peha aku. Aku yang agak tidak selesa dengan keadaan itu, mengangkat dan meletakkan tangannya ke atas telapak tanganku. Sekali lagi tangannya tenggelam dalam genggamanku. Tangan kanannya pula menarik kepalaku supaya bersandar di atas bahunya semula. Aku percayakan Imran. Dia lelaki yang baik.
Tiba-tiba bunyi bingit dari beberapa biji motor mengganggu konsentrasi aku untuk menikmati pemandangan laut. Motor-motor itu mendekati kami. Hati aku mulai cemas.
Sebuah motor yang paling hadapan berhenti betul-betul di tepi kereta Imran. Mungkin itu ketuanya kerana yang lain turut ikut berhenti. Ketuanya menongkat motor dan berjalan kearah kami. Aku mula berdiri dibelakang Imran. Sukar untuk aku mengecam wajah yang terlindung disebalik topi keledar berjenama Arai itu. Namun Imran kelihatan tenang.
Mungkinkah dia kenal mereka semua? Topi keledar itu ditanggalkan. Terpampang wajah yang aku benci.
Adam!!!!
Share this novel