Aku habiskan masa di dalam bilik dengan termenung dan menangis. Semua panggilan telefon satu pun tidak aku pedulikan. Aku menyesali kebodohan diri sendiri. Aku sangkakan Imran akan menyayangi aku dengan ikhlas. Rupanya ada udang disebalik batu. Apa penyebabnya? Kenapa aku yang jadi mangsanya?
TUKK! TUKK! TUKK!!.
Bunyi pintu bilikku diketuk.
"Eyka. Hari ni tak kerja ke? Kau ok tak dalam tu?"
Tombol pintu bilikku cuba dipulas. Namun tidak berhasil kerana awal-awal lagi sudah dikunci.
"Eyka? Makan belum? Meh la teman aku makan."
Kak Intan masih lagi cuba memujuk aku keluar dari bilik.
"Hmmm. Jap lagi aku keluar. Aku nak tidur. Mengantok." Aku memberikan alasan.
"Ok. nanti dah bangun mesej aku tau. kita makan sama." Kak intan segera berlalu.
Dia tahu aku sedang mengalami episod kemurungan. Jadi dia memberikan aku ruang untuk bertenang. Aku cukup bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat memahamiku.
Akhirnya aku terlelap dengan air yang masih bergenang didalam kolam mata.
*******************
"Abang Hariz!" Entah kenapa mulut aku menyebut nama abang keduaku itu.
Aku tersedar dari tidur. Keadaan sekeliling bilik sudah gelap. Aku memeriksa jam pada handphone. 7:30 p.m.
Aku duduk bersandar seketika di atas katil. Tiba-tiba aku teringatkan kak Intan.
"Dah makan belum ya kakak aku ni?"Getus hati aku
Along. dah makan belum? Sorry, lambat aku bangun ni ha. - Eyka.
Tak sampai 5 minit, ada mesej whatsapp masuk ke bahagian notification.
Haa. Bangun dah. Jom makan. G cuci muka dulu. -Kak Intan.
Aku segera mengumpul kekuatan untuk bergerak ke bilik air. Pangkal faraj ku masih terasa sakit. Namun aku kuatkan juga hati. demi kakakku.
Aku melihat wajahku didalam cermin. Bengkak kerana menangis. Ada kesan lebam sedikit akibat ditampar. Aku cuci mukaku dengan air sejuk. Segar sedikit terasa. otakku ligat mencari alasan sekiranya ditanya oleh kak intan tentang lebam itu.
selesai mencuci muka. aku pun ke dapur dan duduk dimeja makan. Ada 2 bungkus nasi kerabu dan ayam goreng semalam. Tak berusik dari semalam. tapi ayam tersebut berasap. Aku agak, kak intan dah panaskan dalam microwave kot. Kak intan memang pantang kalau bab membazir makanan.
Kak Intan dah siap membancuh air milo. Dia bawakan dua buah cawan berisi air ke meja makan. Kami makan dengan tertib. Satu perkataan pun tidak keluar dari mulut kami. akhirnya kak Intan mula bersuara.
"Hari ni kau mintak cuti ke dengan boss kau?"
"Tak la. aku penat kerja. Kepala aku rasa serabut." Aku diam seketika. Kemudian aku sambung balik bersuara.
"Emmm. Aku rasa nak berhenti kerja la. Aku dah tak nak kerja dekat situ." Aku tundukkan wajah. Takut untuk melihat reaksinya.
"Kenapa? Ada masalah ke dekat tempat kerja?"
Kak intan cuba mengorek cerita. Memancing aku supaya bercakap dengannya. Doktor ada pesan. Supaya banyakkan bercakap denganku. Tetapi dalam masa yang sama, jangan terlalu memaksa.
"Taklah. Tu kan kerja retail. Aku penat melayan karenah pelanggan kat sana."
Itulah alasan paling logik yang boleh aku berikan padanya. Harap dia mempercayai kata-kata aku. Yang sebenarnya aku sudah tidak mahu melihat muka Imran.
"Kalau gitu nanti lepas berhenti, nak kerja ke nak duduk rumah? Aku ok je kalau kau nak duduk rumah. Tapi risau. Kau cakap hari tu yang kalau duduk saja pun keadaan kau makin teruk."
Ye tak ye jugak. aku tak terfikir plan lepas berhenti kerja nanti. Aku rasa nak bagi sakit pada badan aku ni ok sikit la kot baru aku kerja balik. Tapi aku nak tinggalkan pekan kecil ini. Aku nak tinggalkan semua kenangan pahit disini.
"Aku nak try tanya Abang Ngah la. Kot dia boleh tolong aku cari rumah sewa kat sana."
"Ikut kau la. Janji kau sihat. Jangan nak fikir benda bukan-bukan. Nanti telefon Bang Ngah. Tanya dia."
Kak Intan memang akak yang terbaik. Sangat supportive.
Selesai makan, aku kembali masuk ke dalam bilik. Aku baring semula. Tak larat nak duduk. sakit di bahagian bawahku mencucuk-cucuk. akhirnya aku terlelap sekali lagi.
*******************
Aku meminta kerja di pasaraya tersebut secara elok, jadi aku mahu berhenti bekerja juga dengan cara yang elok. Sampul surat berisi notis berhenti kerja 24 jam, aku letakkan di dalam beg tanganku. kakakku meminta kebenaran dengan doktornya untuk keluar sebentar. Dia berkeras ingin menemaniku menghantar surat tersebut kepada HR Manager.
Aku sudah tidak kisah tentang gajiku. Sekiranya perlu dipotong untuk membayar ganti rugi kerana aku berhenti kerja secara mendadak, aku rela. Selepas surat tersebut bertukar tangan, automatik hati aku terasa lega. Umpama satu bebanan telah terlepas dari bahuku. Aku mengucapkan terima kasih kepada managerku kerana sudi memberi peluang kepadaku bekerja disana.
Aku ingin segera berlalu. Namun langkahku terhenti apabila terserempak dengan Imran. Aku palingkan muka ku dan segera berjalan laju ke arah pintu keluar. Benci aku melihat wajah itu! Paling aku benci melihat dia tersenyum sinis ke arahku. Ingin sekali aku merobek dadanya. Melihat apa sebenarnya yang ada didalam hatinya itu!
Aku masuk kedalam kereta. Kak Intan merenung wajah aku. Dia sepertinya tahu aku berhenti bekerja bukan kerana pelanggan. Tetapi ada sebab lain. Dia tidak mahu memaksa. Kalau aku nak cerita kepadanya, aku cerita. Kalau tak, Kak Intan hanya membiarkan aku.
"Dah?"
"Dah."
"Ada lagi tempat nak singgah?"
"Tak ada kot. Jom balik. Lagipun bising doktor kau nanti lama sangat kau keluar."
"Tak adalah. Doktor tu ok je. lagipun hari ni tak pergi sekolah. Aku buat kerja admin je dekat klinik. Emmm. Kita drive thru McD lah jap. lepas tu balik."
"Boleh je mana-mana."
Kereta Kak Intan meluncur laju meninggalkan parkir pasaraya. Akhirnya aku tak perlu kembali ke sana. Aku sudah tidak mahu toleh ke belakang lagi.
********************
Abang. Busy tak?- Eyka
Telefon pintarku tidak lepas dari tangan. Kini sudah genap dua bulan aku menganggur dengan jayanya. Telefon aku bergetar. Aku cepat-cepat memeriksa telefon.
RM0. Your Data Plan will be expiring in 1 hour on 2018-09-27 19:53:40.Thank you. -Umobile.
"Eiii! Stress betul la. mana Bang Ngah ni." Bentak aku sendiri.
Sekali lagi telefon aku bergetar. Kali ni kalau mesej dari telco lagi yang masuk. Memang aku malas tunggu dah dia!
Abang baru siap kerja ni. Rehat kejap. Kenapa? - Abang Ngah.
Yes! Akhirnya! Tanpa membuang masa, aku cepat-cepat mendail nombornya.
"Hello abang."
"Salam mana salam?"
"Eiii. Assalamualaikum wahai abang ngahku Izhar Hariz Bin Aminuddin yang hensem."
"Haa. Gitulah. Bulan ni abang Up rm50 ye." Ehhh abang aku ni. mujur jauh.
"Eii. Abang. dengar la ni." Aku mula merengek.
"Yee. Abang dengar. Kenapa?"
"Abang. Boleh tolong adik tak?
"Tolong? boleh. Cut balik rm50 tadi." Ya Allah abang aku ni. Mencabar kesabaran betul.
"Ikutlah. Janji abang boleh tolong carikan adik rumah sewa dekat tempat abang."
"Aik. nak duduk dekat dengan abang pulak ke? Kak long halau kau?"
"Ke situ pulak abang ni. Biasalah. Eyka nak tukar environment. Boleh tak tolong adik? Pleaseeeeee." Saja aku buat suara manja.
"Bila adik nak datang sini? ke nak duduk dengan abang je. Abangkan duduk sorang je. Boleh adik tolong kemas-kemas rumah abang ni."
"Kemas boleh. Tapi gaji rm10,000 eh."
"Lebih kau eh. Gaji kau lagi tinggi dari aku. debik jugak kau ni kang." Terdengar suara bang Ngah yang acah-acah marah dicorong telefon.
"Hehehe. Nanti adik nak g sana, adik bagitahu abang. Adik nak kemas-kemas barang dulu"
"Ha. yela. Bye."
"Bye."
Aku tamatkan panggilan.
Tetapi kini, aku berada dalam dilema. Kasihan pula nak tinggalkan kak Intan seorang diri. Sejak dia berpisah dengan suaminya, hanya aku yang sering menemaninya.
Aku keluar dari bilik. Duduk diruang tamu. Tv yang gelap aku nyalakan. Bosan betul duduk rumah. Tapi malas nak keluar rumah. Aku fobia.
Pintu bilik Kak Intan dibuka. Dia menyertai aku duduk disofa. Akak aku tak kerja hari ni? Hari ni hari apa?
"ooo. Hari sabtu. Aku lupa" Bisik aku sendiri
"Apa cakap sorang tu?" Pelik kak Intan. Risau kalau aku dah develop penyakit lain pula.
"Heehee. Tak ada apa. Lupa hari ni hari sabtu." Jawab aku sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Hariz ada call aku tadi. Dia tanya aku, pasal kau nak duduk dengan dia tu." Suara kak Intan bertukar serius.
"Ada ke dia kata aku halau kau. Ish ish ish. Mentang-mentang lama tak jumpa, cari pasal je dengan aku." Sambungnya lagi.
Abang Hariz dengan Kak Intan memang tak ngam. Sebab kak intan mulut murai. Abang Hariz sama macam aku, pendiam. Jadi aku dengan abang Hariz memang rapat. Lagi-lagi dulu kami ada hobi yang sama. Membaca. Apabila aku menghidap kemurungan, satu persatu hobi tersebut aku tinggalkan.
"Ala, dia gurau je tu. kau macam tak kenal dia tu macam mana." Aku cuba tenangkan dia.
"Kau bila nak pergi sana?"
"Aku rasa nak pergi minggu depan, tapi tula..." Kata-kata aku terhenti.
"Kenapa? Takut aku sorang-sorang?"
Kak intan ni memang power la. Ke dia memang ada kuasa membaca fikiran orang lain?
"Emmm. Sian pulak kat kau tinggal sorang-sorang." Aku mengiyakan kata-katanya.
"Tak payah risau pasal aku. Kau kena belajar fikir pasal diri kau dulu sebelum fikir pasal orang lain. Lagipun aku ingat nak bela kucing. at least aku sibuk cara pasal kucing. tak la aku rasa sunyi pun." Panjang bebelan kak Intan.
"Kalau macam tu takpe la. Terima kasih bagi aku tumpang rumah kau."
"Kau adik aku kan. Kalau bukan aku dengan Hariz yang tolong kau siapa lagi?"
Kata-kata kak Intan benar-benar buat aku terharu. Aku memeluk erat tubuhnya.
Benarlah, saat kita jatuh dan tiada sesiapa disisi, cuma keluarga yang dapat menerima kita.
********************
Sepanjang perjalanan dari Pahang ke Johor, aku hanya mampu tidur sahaja. Ini semua gara-gara aku ada mabuk kenderaan. Mujur Abang Hariz jenis dah biasa memandu seorang diri. Sebelum menjemput aku dari rumah Kak Intan tadi, Abang Hariz singgah di rumah ayah dahulu. Ada mak bekalkan sekali nasi impit dan kuah kacang kegemaranku untuk di bawa bersama ke sana.
"Adik. Bangun. Kita dah sampai." tersedar aku dari tidur apabila mendengar suara abang Hariz memanggil namaku.
"Haa? Sampai dah? Kejapnya abang." Kataku sambil mengesat air liur basi yang meleleh menggunakan tisu.
"Kepala hotak kau sekejap. Naik kebas dah buntut aku ni. Kau sedaplah. Sampai meleleh air liur basi tidur tadi." Abang Hariz menjengilkan matanya kepadaku.
"Ala abang ni. Adik mana pandai bawak kereta. nanti kalau adik dah pandai, adik jadi driver abang ye." Kataku dengan nada yang manja.
Kalau tidak, boleh terbakar weh telinga aku dengar abang Hariz membebel. Dia jarang bercakap, tapi sekali dia bukak mulut, boleh rasa menyesal hidup. Aku dengan dia biasa bercakap kasar. Dia pulak kejap panggil aku adik, kejap kau, kejap Eyka. ikut mood dia je. Tapi aku tak kisah. Dah biasa dengan dia.
"Yela. Ada je alasan kau ni. Jom tolong aku bawak masuk beg-beg kau ni. Bilik kau dekat tepi belah kanan tu. Tandas memang dah ada dalam bilik. aku dah tolong kemas siap-siap. Kau tinggal susun barang-barang kau je."
"Ni sayang abang ni. hehe."
"Sayanglah sangat." Katanya sebelum membantu aku membawa masuk barang-barang ke dalam bilik ku.
********************
Malam itu, kami makan ala kadar sahaja. Abang Hariz memesan servis penghantaran makanan untuk aku. Manakala dia menghabiskan nasi impit yang dibekalkan oleh mak pagi tadi. Aku hanya makan sedikit sahaja kerana tiada selera. Selepas siap makan, aku masuk ke bilik untuk berehat.
Aku sedar dengan perubahanku sejak akhir-akhir ini. Aku semakin kurang selera makan. Dan sentiasa rasa mual. Jadi stok asam kena sentiasa ada dengan aku. Aku juga sentiasa ingin makan benda yang pelik-pelik.
Period aku sudah hampir dua bulan lewat. Biasanya waktu period aku memang sentiasa on time. Menyedari perubahan itu membuatkan aku rasa takut. Tangan aku menggigil.
Aku sedang mengandungkah? Tetapi anak siapa?
Share this novel