BAB 4 ( ERDUARDO ATAU MARTEENEZ )

Drama Completed 12780

"Ed...Erduardo...?? Macam pernah aku dengar nama ni di masa kecilku..adakah dia orang yang sama..!"

Keliru...sudah tentu..! Aku melangkah ke almari pakaianku. Laci di sebelah bawah aku tarik dengan sedikit kasar. Mujur album-album lama masih tersimpan elok di dalam laci itu. Aku ambil sebuah album berwarna biru itu yang aku benar-benar yakin gambar Erduardo masih tersimpan di situ.

Puas aku belek gambar itu satu per satu, gambar Erduardo betul-betul tersimpan di halaman terakhir, itu pun hanya ada tiga keping. Aku tarik foto itu dan aku tatap tepat mencari persamaan yang boleh aku kaitkan dengan Mr Erduardo bakal guru muzik aku itu.
Agak lama aku tatap gambar itu, sehinggalah aku tertidur, jawapan masih belum aku temui.

"Ricca.. dah bangun.. how your last night.." tegur Papa di meja makan marble berkerusi enam itu.

"Ok je Papa... tidur pun nyenyak.. Papa handsome Ricca pagi ni nak pergi mana pula.. dengan bagasi ni semua, Ricca baru balik Papa.. takkan Papa nak tinggalkan Ricca.."

"Ricca... I'm sorry my dear... Papa ada urusan di luar kota... seminggu.. Ed dengan Aunty Marry akan jaga Ricca, please jangan naughty ok.." pesan Mr Sebastian sambil mengelus lembut rambutku.

"Ed.. Mr Erduardo... guru muzik tu..?"

"Ya... dia akan tinggal dekat sini jaga anak Papa ni.. dia pun Papa dah hire sebagai bodyguard you.."

Uhuk...! Uhuk...!

"Ric... makan tu elok-eloklah... you tu anak dara.. Ed makan lagi sopan daripada kamu tau..!" Marah Mr Sebastian pula.

"Baik Pa.. Ricca cuma terkejut.. sebab tu tersembur tadi air susu ni.."

"Ishh... kamu ni.. dah besar panjang pun, masih sama lagi macam dulu-dulu, oklah Papa pergi dulu.. take care.. kejap lagi Ed sampai... hah..panjang umur..
baru sebut dah muncul.."

'Aduh.. dah muncul pulak mamat glasses ni.. sukalah tu dapat tinggal satu rumah dengan aku... Ish..Papa ni ada ke biarkan anak dara dia tinggal dengan lelaki asing.. buatnya dia apa-apakan aku.. hah siapa nak bertanggung jawab.. Adakah mereka dengan keluarga mereka..? Aduhai.. Mr Sebastian..!'

"Ricca.. Papa pergi dulu.. Ed.. tolong jagakan anak Uncle.. seperti mana yang telah kita bincangkan.."
Mr Sebastian menepuk lembut bahu Erduardo.

"Baiklah.. Uncle.. selamat jalan.. hati-hati.."

Aku menghantar pemergian Mr Sebastian sehingga di muka pintu. Aku peluk Mr Sebastian dengan erat seraya dia kuncup ubun-ubun ku. Aku lambaikan tangan sehingga kelibat Mr Sebastian tiada lagi kelihatan di situ.

"Miss Carda... boleh mandi dulu tak.. hari dah tinggi ni.. and sepanjang saya ada dekat sini.. tolong jangan pakai seksi-seksi sangat ya.."

'Amboi... baru je Papa aku takde kau nak tunjuk belang ya Mr Glasses.. baik.. kau tengok sendiri nanti.. terjojol tak biji mata kau tu tengok badan aku yang super hot and spicy ni..!'

"Miss Carda... Ooo Miss Carda.. dengar tak apa yang saya cakap ni.."

"Ya... aku dengarlah Mr Glasses... memandangkan kau buat permintaan, aku pun nak buat permintaan.. lepasni tak payah panggil aku miss..miss ni.. cukup panggil Carda or Ricca... tapi aku suka kau panggil aku dengan panggilan Carda tu..unik.. boleh tak jangan pakai glasses ni.. nanti aku cari yang sesuai sikit dengan kau punya muka..."

"Erm.. baiklah.. tapi kaca mata ni mendiang mak aku yang hadiahkan.. erm..jadi aku keberatan sikit nak lepaskan.." Dalihnya.

"Oh.. kalau begitu, takpelah.. kau pakai jelah.. nanti tak pakai tak nampak pulak.. by the way boleh tak aku ajak kawan aku lepak sini.. and belajar sama-sama dengan kau tentang muzik.."

"Boleh.. aku boleh ajar.. tapi.. kau mandi dululah ya Carda.. rupa kau dah macam mak lampir.. dan sepanjang aku jadi cikgu kau, kau kena panggil aku Mr Ed ok.. deal.."

"Ok...Deal!.." Aku jabat tangan kekar Erduardo lalu kami goncangkan beberapa kali tanda persetujuan.

"Apa yang dia cakap tadi... mak lampir.. ishh... kurang asam..! cantik macam ni dikatanya mak lampir...sah mata kau bermasalah, tak cukup tebal lagi ke kaca mata tu.. lebih baik ganti je dengan kanta pembesar tu..." omelku, lantas aku segera ke tingkat dua menuju ke kamar tidurku.

Setelah siap membersihkan diri, aku cari pakaian yang paling menyeksa dan menyesakkan mata. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku turun ke tingkat bawah. Bunyi piano mendendangkan lagu 'River Flow in You' karya Yiruma itu membuatkan aku berlari mendapatkannya di tingkat bawah itu. Aku nampak jari-jemari Erduardo tengah menari-nari di atas piano itu.

"Wow.. amazing... kau dah semakin bagus..!" Aku tepuk tangan untuknya. Kuat dengan penuh bersemangat.

Terhenti dia bermain, terkejut barangkali aku secara tanpa amaran datang menghampirinya dengan cara begitu. Aku berdiri di sisi piano berwarna hitam itu dengan posisi yang menggoda. Aku lihat halkum milik Erduardo sudah turun naik menelan liurnya. Serta-merta dia berdiri dan mahu meninggalkan aku di situ.

"Ed..kau nak pergi mana.. janganlah takut.. aku janji akan tukar baju ni nanti tapi sebelum tu, beritahu aku kau kenal ke dengan budak yang ada dalam gambar ni..?" Aku hulurkan foto itu padanya.

"Jujur dengan aku Ed.. aku perlukan jawapan.. aku harap kau orang yang sama..budak dalam gambar itu adalah diri kau masa kecil..." kataku dengan penuh mengharap.

Erduardo tersenyum, lantas dia menundukkan kepalanya. Aku tersenyum gembira, lantas aku peluk tubuh sasa itu tanpa sedar. Erduardo membalas pelukanku erat seperti melepaskan rasa rindu yang mendalam.

"Ed.. aku terlalu rindukan kau Ed..tak sangka kita akan berjumpa lagi..tunggu kejap, aku salin baju..aku tahu kau tak selesa.."

Erduardo hanya tersenyum di situ. Dia sambung lagi bermain piano tanpa menoleh padaku, memerah wajahnya menahan malu. Aku tahu dia seorang jejaka yang baik dan sekaligus menjadi orang kepercayaan Papa Sebastian, jika tidak mana mungkin Mr Sebastian yang tegas itu akan menaruh kepercayaan tinggi kepadanya. Dan aku percaya Erduardo ini bukan calang-calang orang.

Setelah tampil dengan pakaian yang lebih sopan, aku mendapatkan dia semula di tingkat bawah. Di tanganku sudah ada sebuah biola yang aku bawa bersama. Lantas aku berdiri di sisi piano tersebut. Lagu 'Canon In D' karya Pachelbel Canon menjadi pilihan kami dan kami berpadu semula memainkan instrumen kami. Terimbau kembali kenangan masa kecilku semasa kami memainkan lagu yang sama di hari bahagia Aunty Maribel.

"Kau dah semakin maju Carda.. cara kau bermain sudah bertambah baik..jadi senang aku nak ajar kau nanti.."

"Betul ke ni Ed... kau yang ajar aku dulu.. lepas tu aku masuk kelas, hari-hari aku berdoa semoga Tuhan temukan aku dengan kau suatu hari nanti.. Tuhan jawab doa aku juga Ed... tapi kenapa kau berubah sebegini rupa.. kenapa penampilan kau sangat jelik Ed..padahal kau sangat tampan.."

"Aku terpaksa Carda... aku perlu sembunyikan identiti aku yang sebenar... aku harap kau faham situasi sukar aku... Aku rindu sangat dengan kau, kau sangat cantik Carda.., mi Amor..."

Aku tersenyum bahagia. Ternyata Erduardo masih menempatkan aku sebagai insan teristimewa di dalam hatinya. 'Mi Amor'... satu perkataan yang sudah lama aku rindukan meniti di bibir lelaki ini. Aku tatap wajahnya lagi. Tidak jemu aku memandangnya. Dia berjaya membuat hati aku tak keruan.

Erduardo meninggalkan aku bersama Aunty Marry sebentar kemudian untuk memulakan tugasan hariannya. Sepanjang ketiadaannya, aku dijaga oleh Uncle Roberto. Tepat pukul lima petang dia akan kembali di rumah ini semula untuk sambung pekerjaannya menjaga aku pula.
'Hai... tak penat ke bekerja tanpa henti sebegini Erduardo... kenapa kau bekerja sebegini keras.. apa yang memaksa kau berbuat begitu Erduardo...?'

Memikirkan itu buat aku sakit kepala. Aku hubungi Emily, menyuruh dia bertandang di rumah ini. Setelah hampir satu jam juga aku menunggu, kemunculan Emily di rumah agam ini membuatkan aku kembali ceria.

"Emi... kau tau tak Ed ni orang yang sama dengan budak yang jadi crush aku sewaktu ketika dulu..."

"Wow... akhirnya cita-cita kau tercapai juga Ricca, kan aku dah cakap jangan benci sangat nanti jatuh cinta..!"

"Emi .. malam ni jadi ya.. aku bosan sangat ni.. saja nak enjoy sebelum aku mula masuk kerja... kau pun sama kan..?"

"Kau ni kan.. tak berubah langsung.. yelah.. aku teman, nanti tak pasal-pasal kau merajuk lagi.. nak inform tak Encik bodyguard kau tu.."

"Aku inform Aunty Marry jelah.. dah jom kita siap-siap.. kejap lagi kita gerak.." Aku memberikan arahan.

Hampir setengah jam juga Emily memandu, kami tiba di sebuah kelab malam yang agak popular menjadi pilihan anak-anak muda menghiburkan diri. Aku dan Emily melangkah masuk dan kami duduk di suatu sudut itu. Aku memesan minuman ringan untuk kami berdua dan tidak sesekali menyentuh minuman beralkohol, maklumlah kami masih sangat berhati -hati, dan tujuan kami hanya untuk bersuka-suka sahaja tidak lebih daripada itu.

Kami hanya memerhati keadaan sekeliling sambil menikmati lagu-lagu yang diputarkan oleh deejay yang bertugas. Sebentar, aku ajak Emily menari di lantai tari. Aku bersama Emily menikmati keseronokan bersama. Tidak lama selepas itu, aku ditegur oleh seorang jejaka yang berketerampilan agak ranggi. Aku sudah tidak selesa dengannya yang ternyata mempunyai niat songsang terhadap kami.

Terkejut aku dengan tindakan yang diluar batasannya ini, dia cuba untuk memeluk dan mencumbuiku, lantas ada seorang jejaka yang lain bertindak sebagai hero menyelamatkan kami. Belum sempat jejaka hidung belang itu mengapa-apakan kami, tubuhnya sudah terkulai layu di situ atas tindakan pantas seorang jejaka seiras Erduardo dalam versi moden.

"Hai.. cantik... I'm Marteenez..nice to meet you" ujarnya seraya menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"Hola, I'm Ricca... and she is Emi.. nice to meet you too by the way thanks selamat kami tadi.. pantas betul you bertindak, sekejap je mamat poyo tu dah tumbang... awak ni ahli kongsi gelap ke...tak pun anak ketua mafia.."

"By the way... yes I am.. but.. tekaan tu kurang tepat.. I cuma anak angkat.."

"Tak kelakar ok..tapi you ni iras kawan I lah.. Erduardo... macam kembar tapi you ni versi moden dan dia versi kampung..."

Marteenez tiba-tiba tertawa, tapi ketawanya agak menjengkelkan.. seperti senjaga dibuat-buat. Dia menyuruh aku dan Emily segera pulang kerana hari sudah hampir lewat malam. Aku pula terus mengikut arahannya itu seperti lembu kena cucuk hidung, padahal aku baru sahaja mengenali dirinya. Mungkin kami agak serasi dan aku rasa dia seorang pemuda yang baik.

"Emi.. kau perasan tak muka Marteenez tu sebijik dengan Ed kan.. diorang ni orang yang sama ke huh..!"

"Entah Ricca... aku pun terkeliru, tapi tak mungkin dan tak mustahil jika si Ed tu ada kembar.. kau tanya jelah dengan Mr Ed tu nanti.. dah tak pasal-pasal aku kena belajar muzik sekali dengan kau... mujurlah aku ada basic main piano.."

"Kau lupa ke Emi... kitakan masuk kelas muzik sama-sama..."

Aku dan Emily tertawa bersama. Sebentar kemudian kami sampai di rumah agam milik Mr Sebastian. Baru sahaja aku ingin memasukkan anak kunci di lubang pintu itu, pintu itu terbuka dari dalam. Aku lihat muka bengis Erduardo berdiri di hadapan pintu itu.

"Carda... Emi.. korang pergi mana huh.. dah lewat pagi baru ingat nak balik..!" Suara bariton Erduardo berikan pada kami. Terkejut aku dan Emi dijerkah sebegitu.

"Kami... aku... saya... eh.. Aku pergi club.. saja suka-suka.." Aku menjawab walaupun keberanian cuma tinggal senipis kulit bawang.

"Dah.. aku tahu ini kali pertama dan terakhir kau jejak kaki ke sana... jika kau nak pergi juga aku harus ikut bersama... kau mabuk ke tak ni.. Emi.."

"Tak.. kami tak ambil alkohol.. cuma soft drinks, chill lah Ed.. kami tahu jaga diri.. ok lain kali kami bawa kau sama lepak dengan kami..biar kau tu pandai bersosial sikit...!" Emily pula membidas.Sakit hatinya ditengking sebegitu rupa.

"Kau tu bukan siapa-siapa Ed... lebih baik kau tu sedar diri..!" Emily menambah rasa bagai menyimbah minyak di dalam api, mujur Erduardo agak penyabar orangnya...tapi kata-katanya menusuk ke dalam hatiku. Ayat sarkastik diberikan pada kami malam itu membuatkan aku sangat membencikan dirinya. Tanpa sedar dia berjaya merobek-robek hatiku, sehinggakan dia berjaya buat aku tidur berendam air mata pada malam itu.

Antara Erduardo dengan Marteenez... aku lebih memilih Marteenez... ! noktah...!

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab baru.. sudi² tinggal komen ya.. Tq for views Tq for follow..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience