Aku kembali sedar setelah mentari memancarkan cahaya. Tangan meraba-raba ruang di sebelah dengan mata yang masih terpejam. Tangan bergerak semakin pantas. Kosong! Langsung terbuka luas mata ini jadinya. Ternyata Erduardo sudah tiada di situ. Aku panggil namanya tapi masih tiada jawapan.
Air mata mengalir tanpa dipinta.
"Abang... kenapa kau harus pergi tinggalkan diri ini..? Mengapa..?? MENGAPA...??!!!" Aku berteriak di dalam kamar mandi melempiaskan rasa pedih dan sakit di tinggalkan.
Lama aku berdiri di bawah pancuran air ini sehingga habis basah lencun tubuh ini yang masih lagi lengkap berpakaian. Penat aku berdiri, aku jatuhkan tubuh ini perlahan-lahan. Apabila diri ini sudah agak berdamai dengan perasaan yang semakin membaik barulah aku keluar semula dari kamar mandi itu.
Dengan pantas aku sarungkan semula pakaian baru ke tubuhku yang sudah menggigil kedinginan. Aku belek wajahku di cermin meja solek itu.Ternyata mataku sudah bengkak dan merah akibat terlalu lama menangis. Sebentar kemudian pintu bilikku diketuk, terpancul Aunty Marry di depan pintu. Aku suruh dia masuk ke dalam bilik ini dan aku cepat-cepat kunci pintu bilik ini semula. Aku bawa Aunty Marry duduk bersamaku di birai katil.
"Kenapa tak turun..breakfast? ni dengan mata merah, bengkak..."
"Ssshh... Aunty Marry perlahankan suara tu..Ricca breakfast kejap lagi..sekarang beritahu Ricca mana perginya Erduardo.. please beritahu Ricca.. Aunty Marry tahu kan pasal ni.." aku dah bercekak pinggang.
"Ricca... Ed dah pesan dengan Aunty Marry suruh rahsiakan hal ni.. tapi.. Aunty tahu Ricca akan paksa Aunty juga.. Ed dah buat keputusan untuk kembali ke tempat asalnya...percayalah Ricca.. Aunty Marry tak tahu dekat mana.." berkerut dahi Aunty Marry saat ini.
"Takpe Aunty... terima kasih beritahu Ricca.. ok Aunty Marry boleh pergi sekarang, kalau Papa tanya kata Ricca tak sihat je.. thanks buatkan Ricca, 'pincho de tortilla' pagi ni... tak sabar nak makan"
"Ricca, lagi satu... Papa wants Alejandro to marry you this weekend.."
"What?! Papa ni betul-betul hilang akal..!" Bentakku. Garfu dan pisau di tangan terlepas. Hilang sudah selera aku dibuatnya.
Aku buat rancangan dengan Aunty Marry untuk larikan diri. Walaupun hati keberatan untuk meninggalkan anak kembar itu, tapi hati aku memberontak untuk pergi jua dari sini. Aku tidak mungkin menerima Alejandro dalam hidupku. Dia hanya aku anggap tak lebih seperti penjaga dan merupakan kawan karibku sahaja tidak lebih dari itu. Cintaku hanya untuk Erduardo kerana Erduardo masih lagi suamiku yang sah.
* * *
Malam itu, seperti yang dirancang bersama Aunty Marry, aku tinggalkan mansion Papa Sebastian. Aku tinggal di hotel sementara waktu ini. Duit perbelanjaan yang dibekalkan oleh Aunty Marry aku guna dengan sebaik mungkin. Aku perlu cari tempat tinggal yang lebih murah untuk terus bertahan. Pagi- pagi nanti aku kena keluar dari hotel ini, sebab takut orang suruhan Mr Sebastian akan dapat menghidu keberadaan aku.
Pagi itu selepas bersarapan aku keluar dari hotel tersebut. Tengah menantikan teksi aku ditegur oleh seorang wanita yang sebaya denganku. Dari kejauhan aku seperti mengenali dirinya itu. Ya! Dia Emily, rakan karibku dulu.
"Ricca... aduhai lamanya tak jumpa.. Ricca kau makin cantik sekarang...kau buat apa kat sini..?"
"Emi kau kena tolong aku.. kita takde masa nak bincang kat sini... boleh bawa aku balik rumah kau.. nanti kita cerita kat sana..."
"Jomlah... kereta aku kat sana tu..."
Dalam perjalanan sampai ke kediaman Emily aku hanya membisu. Pada masa yanga sama aku turut berasa takut. Takut jika aku tertangkap kembali dengan orang suruhan Mr Sebastian. Sehingga aku terkejut dengan teguran Emily barusan padaku.
"Hey.. takkan terkejut sampai macam ni sekali..kau ni kenapa Ricca.. dah macam orang pelarian je.. dengan hoodie ni bagai.."
"Aku lari dari rumah Emi.. aku nak cari Ed.. Abang Ed, guru muzik kita dulu.. dia suami aku"
"Jadi juga korang kawin..aku ingat sampai hari ni dia jadi bodyguard kau... kenapa Mr Ed.. dia pergi mana..?"
"Semua ni sebab Papa, Papa Sebastian suruh Ed jadi pembunuh... jadi bodyguard dia.. tapi aku dah tak nak Ed terlibat dengan semua tu.. Ed pun dah janji.. tapi demi Papa... Ed sanggup khianati janjinya.. dan sekarang dia dah tinggalkan kami.. dia sanggup serahkan aku dekat orang lain.." aku luahkan segalanya secara berterusan pada Emily.
"Eh kejap...aku tak fahamlah cerita kau ni Ricca.. complicated sangat.. cerita satu per satu.. perlahan-lahan.. tarik nafas dulu..." Emily geleng kepala.
Aku ceritakan semua kisah aku pada Emily dari awal hingga akhir. Sekarang barulah Emily faham situasi sukar aku. Emily berjanji pada aku dia akan membantu sedaya upayanya. Aku rasa bertuah Emily masih sudi menghulurkan bantuannya kepadaku. Walaupun dulu, aku pernah membuatkan dia berkecil hati denganku, namun nilai persahabatannya yang tinggi, dia masih lagi menganggap aku sebagai teman baiknya, bukan setakat itu sahaja, bahkan dia sudah mengiraku sebagai saudaranya sendiri.
"Aku sayang kau Ricca, tak mungkin aku benci kau, keluarga kau pun banyak bantu aku.. aku ingat lagi jasa Papa Sebastian pada aku... tapi aku tak sangka pulak Papa Sebastian buat macamni
kat kau.." Emily lepaskan keluhannya.
"Aku pun sayang kau Emi, aku mana ada ramai kawan, selain kau, aku hanya ada Ed dengan Aunty Marry... Uncle Roberto dengan Uncle Frankie dah Papa transfer ke Roma.." balasku kembali.
"Erm..kau nak cari Ed kat mana..?" soal Emily kembali.
"Erm... kat Monterrey.. di GarcÃa...tempat kita dulu.."
"Kau sure ke dia ada kat sana, bahayalah Ricca.. kau tu perempuan.. lagipun kesihatan kau tak mengizinkanlah.. apa kata kau tunggu je dia balik.. kita masih boleh berhubung.. kau ada no phone dia kan.."
"Ya, ada...baiklah.. aku akan tunggu dia balik.. tapi kau jangan naik muak pulak kalau aku tinggal sini lama dengan kau.."
"Eh, kenapa cakap macam tu, aku lagi sukalah.. aku pun tinggal seorang je..adik aku dah tinggalkan aku buat selama-lamanya.. dah dua tahun dia takde.. aku sunyi Ricca.." Emily dah peluk aku.
"Kau tak kawin Emi.. kau cantik jugak kot..?"
"Ada dulu.. aku hanya sempat bertunang, dia tak ikhlas pun dengan aku.. dia curang..lagi pun dia tak suka mendiang Elena..dahlah banyak pulak berbual. Aku nak masak.. dah tengah hari dah ni.."
Aku dan Emily pergi ke dapur. Aku bantu apa yang patut. Aku pun tak pandai sangat bab-bab dapur ni. Maklumlah, aku ni dibesarkan dalam keluarga serba-mewah, serba-serbi disediakan. Manalah tahu nak berdikari. Celik je mata, semua dah terhidang di depan mata. Ralit aku tengok Emily menyediakan juadah makan tengah hari kami, walaupun agak ringkas, tapi bagi aku menyediakan menu ini juga sangat leceh dan remeh. Sekarang baru aku tahu betapa besarnya peranan Aunty Marry dalam keluargaku.
Tiba-tiba aku teringatkan Aunty Marry. Entah apalah nasibnya di sana. Mesti teruk dia kena maki dengan Mr Sebastian. Silap hari bulan Aunty Marry di halau dari kediaman itu. Argh..! Teringatkan itu terus aku dail nombor telefon rumah, minta-minta Aunty Marry yang menjawabnya.
Terdengar suara Aunty Marry di hujung talian buat aku rasa lega. Macam-macam soalan aku tanya pada Aunty Marry, dan Aunty Marry menjawab segala persoalanku dengan tenang dan tidak pula aku dengar dia mengadu hal-hal yang negatif di rumah itu, cuma katanya tadi anak kembarku merindukan diri ini. Sempat aku pesan pada Aunty Marry, jika aku telefon di lain hari, jangan biarkan sesiapa yang sambut selain daripada dirinya. Dan jika ada sebarang keraguan cepat-cepat putuskan talian.
Aku matikan talian sebaik sahaja aku habis berbual dengan anak kembarku. Aku dengar suara mereka agak sedih dan sayu, namun aku hanya mampu kirimkan salam kerinduanku pada diri mereka. Aku jua rindukan mereka. Namun, keadaan sungguh memaksa diri ini berbuat demikian.
Masa berlalu pantas, tidak sedar sudah seminggu aku menetap di rumah Emily. Emily menerima baik kehadiranku di sini. Tiada sedikit pun dia merungut malah dia kelihatan sungguh gembira. Dari tunjuk ajarnya, aku sudah pandai serba sedikit membuat kerja-kerja rumah, seperti mengemas, membasuh dan juga memasak. Emily yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat perhotelan, kadang-kadang dia juga balik rumah tidak kira masa. Akulah yang membantunya menguruskan hal-hal di rumah.
Pernah juga aku sarankan pada Emily supaya aku bekerja semula, tetapi Emily menentang keras. Katanya dia masih mampu menanggung segala perbelanjaan aku di rumah ini. Akhirnya aku akur, cuma sekarang ini aku hanya mengajar anak-anak bermain piano dan biola di rumah. Emily memberikan keizinan untuk aku mengajar mereka di rumah ini. Hasil dari yuran kelas itu, aku berikan kepada Emily untuk perbelanjaanku sepanjang aku menetap di sini. Emily hanya ambil separuh dari hasil titik peluhku dan separuh lagi dia suruh aku simpan untuk diriku sendiri.
* * *
"Ricca... kau ok tak ni..aku tengok muka kau ni pucat.. kita ke klinik ya.. dari tadi kau asyik muntah.." saran Emily yang risau dengan keadaanku.
Aku anggukkan kepala tanda mengiakan arahan Emily itu. Badan yang agak lemah tidak mungkin mampu untuk aku berbalah lagi. Emily memecut keretanya ke klinik yang berhampiran. Tanpa berlengah aku diberikan rawatan kerana keadaanku yang semakin membimbangkan. Terus sahaja aku dikejarkan ke hospital dengan menaiki sebuah ambulan.
* * *
Aku celik sahaja mataku semula, mataku menjamah wajah insan kesayanganku. Pada mulanya aku tak beriak, namun setelah beberapa kali dia mengiakan kewujudannya aku terus menerkam tubuhnya itu. Dada bidangnya aku pukul bertubi-tubi dan dia hanya menerima sahaja. Tidak terkesan sama sekali. Lantas dibawanya aku ke dalam dakapannya. Bertalu-talu aku menerima kucupan darinya. Air matanya merembes keluar membasahi pipi.
Aku hapuskan air matanya itu dengan kedua ibu jariku, dan aku angkat keningku tanda menyoal mengapa dia jadi begitu. Hanya ucapan terima kasih dan kata-kata cinta yang terluah daripada bibirnya. Sementara itu, tangan kekar itu lembut mengelus perutku yang leper. Aku kebinggungan, lantas aku soal dia.
"Thanks Sayang... jaga baik-baik anugerah terindah ini.. Abang always love you.."
"Abang janji jangan tinggalkan Carda lagi..Carda sanggup susah senang dengan Abang, janji Abang sentiasa depan mata ini.." ujarku sunguh-sungguh.
"Maafkan Abang, Sayang..itu tidak mungkin.. bersamaku, kau hanya menempah mautmu sendiri.. cukuplah untuk Abang yang mengharunginya..ini jalan hidupku.."
"Tak, Abang! Carda akan mati kalau Abang tiada di sisi, Abang tinggalkan semua ini untuk kami.."
"Abang dah cuba Sayang, tapi bayangan itu tetap memburu.. sejauh mana Abang pergi..Abang tetap dikenali sebagai si Pembunuh Upahan..itu takdir Abang, Sayang... Abang tak dapat nak mengubahnya lagi.. Abang minta maaf..."
Erduardo berlalu perlahan-lahan meninggalkan aku. Berkali-kali kata maaf itu diulanginya. Aku hanya mampu menangis dan terus menangisi pemergian nya itu di dalam dakapan Emily yang baru sahaja mendapatkanku semula setelah dia dikehendaki berjumpa dengan doktor sebentar tadi.
"Sudahlah tu Ricca, jangan menangis lagi.. fikirkan baby dalam perut tu.. doktor pesan kau tak boleh stress.. nanti memudaratkan kandungan.."
"Emi... kenapa takdir hidup aku begini Emi... apa salah aku.."
"Oh.. God! Kau kena kuat Ricca, kau masih ada aku.. aku akan sentiasa dengan kau... kita sama-sama besarkan baby ni nanti.." Emily terus memujuk.
"How about me.. Ricca?" tegur Alejandro dengan sebuah senyuman manisnya.
Aku dah tergemap. Suara garau itu sangat menakutkan aku. Aku eratkan pelukanku terhadap Emily. Emily cuba menenangkanku, pelukan dieratkan lagi sambil mengelus belakangku lembut.
"Siapa kau.. jangan buat kecoh kat sini.. sebelum aku menjerit lebih baik kau beredar..." ugut Emily.
"Chill ok, aku datang sini buat nak buat huru- hara.. aku nak tengok bakal isteri aku.. by the way, aku Alejandro...Dr Alejandro... Ricca jangan takut ok.."
"Keluar... KELUAR.. ! Aku tak ingin nak tengok muka kau!" Aku menjerit sekuat hati.
"Semua yang ada kat sini, keluar dulu.. jangan ganggu pesakit.." arah dua orang jururawat yang bergegas masuk ke dalam bilik wad ini.
"Baiklah.. Abang Al keluar dulu ya Ricca, take care.."
"Ricca, aku keluar dulu tau..aku tunggu kau kat luar.." Emily juga sudah mahu meninggalkan aku, namun aku cepat-cepat menyelar lengannya. Aku mahu dia tetap denganku. Takut jika Alejandro datang menganggu kembali.
Setelah mendapatkan keizinan, Emily masih setia menemaniku di dalam bilik wad ini. Sebentar kemudian, ada seorang doktor datang untuk memeriksa keadaanku. Pelbagai nasihat diberikan kepadaku dan aku mendengarnya dengan baik. Segala saranannya aku rakam kemas dalam kotak fikiranku. Namun, tidak sampai beberapa saat segala butir yang disampaikan tadi hilang bertaburan bagai angin lalu. Mujur ada Emily di situ, dia yang banyak membantu menguruskan aku sepanjang hari ini.
"Ricca, aku balik dulu, nak ambil beberapa barang keperluan. Kau duduk sini baik-baik ya.. kalau ada apa-apa panggil je nurse atau doktor.. tekan butang merah ni.." berkali-kali Emily berpesan padaku. Sebentar kemudian, Emily telah hilang di pandangan mataku.
Sepanjang peninggalan Emily aku hanya berbaring, penat aku berbaring, aku berjalan dan berdiri di tepi tingkap. Penat aku berdiri aku duduk semula di atas katil sehingga aku terlena dengan sendirinya.
Lewat malam itu, barulah Emily tiba semula di sini. Emily bertanya padaku, aku dah makan ke belum, mandi atau tak, tapi aku seolah-olah dalam kebinggungan. Tiada jawapan yang aku dapat berikan atas soalan yang diajukan oleh Emily sebentar tadi.Emily hanya tersenyum. Melihat keadaan aku yang tidak terurus itu, lantas Emily membawa aku ke kamar mandi. Setelah usai aku dimandikan dan lengkap berpakaian, Emily menyuapkan aku makan.
Aku suruh Emily makan jua, dan Emily tidak membantah. Air matanya bergenang, lalu tumpah juga membasahi pipinya. Aku tidak beriak, cuma aku hapuskan sisa air matanya dengan telapak tanganku. Tubuhku didakapnya kemas. Tangannya mengelus belakang tubuhku lembut.
"Ricca.. aku akan jaga kau Ricca, aku tak mungkin akan membiarkan kau dalam kesengsaraan lagi.. aku akan mempertahankan hak kau Ricca..itu janji aku sebagai kawan kau!"
Aku hanya diam tak berkutik, tidak membalas, cuma aku tatap wajah Emily tepat dalam kesamaran cahaya lampu tidur itu. Aku hanya berikan senyuman manis pada Emily. Emily membalas senyuman itu dan dia suruh aku tidur sebentar kemudian, memandangkan hari sudah lewat malam.
Hampir seminggu aku menerima rawatan di sini, dan Emily tetap setia menjagaku. Dia sanggup berulang -alik dari hospital ke tempat kerjanya semata-mata untuk menguruskan aku. Puas juga aku memujuknya supaya tidak perlu bersusah payah sebegini rupa, namun Emily tetap bertegas dengan keputusannya.
Alejandro juga ada datang menjengukku. Dia tidak lagi mengancam aku, bahkan aku juga sudah lupa siapa dia dalam hidupku. Cuma pabila dia menyebutkan nama Mr Sebastian, aku bagaikan tertanya-tanya. Aku tahu nama itu sangat penting dalam hidup ini. Aku mahu berjumpa dengannya sepecat mungkin. Ya! Hati aku kuat mengatakan dia orang yang sangat rapat dengan diri ini.
"Abang Al, boleh bawa Ricca jumpa Mr Sebastian tu..?"
"Betul ke Ricca nak jumpa.. tapi Ricca kena ikut Abang Al balik... tinggal dengan Abang Al semula, Abang Al janji, takkan paksa Ricca lagi kawin dengan Abang Al..." Alejandro memujukku.
"Tapi... macam mana dengan Emily... Ricca tinggal dengan dia, nanti dia marah.."
"Takpe pasal Emily, Ricca tak perlu risau, Abang Al akan uruskan... Ricca ikut Abang Al ya.. Ricca nak jumpa Papa kan.. Papa pun tak sihat tu.. dia rindukan Ricca..ikut Abang Al balik ok.." Alejandro terus -terusan memujukku.
Aku mengangguk. Aku terus mengikuti langkah Alejandro tanpa sebarang bantahan. Alejandro mengukirkan senyuman. Masuk perangkapkah aku..?!
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update... Pstt... jangan lupa baca juga nukilan pertama author 'Cintaiku Seikhlas Hatimu' yg bisa meruntun hati.. bacaan secara unlock chapter..
Share this novel