BAB 5 ( BENCINTA )

Drama Completed 12753

Seperti yang dijanjikan, tepat pukul sembilan malam kelas muzik aku bermula. Baru lewat dua minit aku dah kena jerkah dekat si mamat poyo tu, siapa lagi kalau bukan Mr Ed... Erduardo.. 'biawak komodo!'. Sakit hati aku, sampai hati dia marahkan aku depan pelajar dia yang lain. 'Takpe.. sekarang kau boleh marahkan aku.. tunggu Papa Sebastian balik tahulah nasib kau biawak komodo..!'

"Apa lagi yang tercegat tu.. cepat sikit.. aku takde masa nak tunggu kau lama-lama.." suara celah gigi dia berikan padaku sewaktu aku melalui hadapan batang tubuh sasanya itu. Alahai, wangilah pulak mamat ni..!

Aku mengambil tempat di sisi kiri Erduardo, manakala Emily di sebelah kanan. Kami memainkan instrumen kami dengan baik mengikut nota muzik yang diberikan. Berkumandang irama merdu yang terhasil dari pelbagai jenis alat muzik mengikut nota-nota muzik khas yang telah disediakan. Untuk permulaan, hanya lagu-lagu ringkas yang kami mainkan pada malam ini. Kelas kami berakhir tepat pukul sepuluh malam. Setelah kesemua anak muridnya yang seramai sepuluh orang itu berlalu dari pusat pengajian tersebut, aku bersama Emily disuruhnya menunggu dirinya terlebih dahulu.

"Nak terus balik atau nak pergi mana-mana tak..?"
soal Erduardo kepada aku dan juga Emily.

"Ops.. tadi bukan main garang lagi.. sekarang dah macam mat romeo.. apa kes Ed?" soal Emily kembali.

"Takdelah, aku tak nak engkau dua orang ni main-main dalam kelas aku.. tu je..! Aku tanya ni jawablah.." Erduardo papar muka bengang soalannya tidak berjawab dari tadi, malah dibalas dengan soalan kembali.

"Ed.. aku nak lepak jap kat club.. Emi kau teman aku ya..." soal aku dengan wajah penuh mengharap pada Emily.

"So sorry Ricca.. aku kena balik, adik aku tinggal sorang kat rumah.. Papa dengan Mama aku sambut anniversary diorang malamni.. kau pergi dengan Ed jelah.. ok aku gerak dulu.. bye Ricca.. bye Ed.."

Aku melepaskan pemergian Emily dengan berat hati. Tangan naik melambai pada Emily sehingga keretanya itu hilang dari pandangan. Berduaan dengan Erduardo membuatkan aku hilang semangat. Aku pandang dia, dia pandang aku. Hati bertambah sakit melihat kaca matanya itu.

"Kau nak pergi club juga ke..?" soal Erduardo kembali setelah kami sampai di tempat parkir.

"Boleh juga.. aku bosanlah.. dekat rumah bukannya ada sesiapa.. selain kau dengan Aunty Marry.. Aunty Marry mesti dah tidur.. aku nak borak dengan siapa..?" balasku dengan keluhan yang memberat.

"Aku kan ada.. boleh je kalau kau nak berbual dengan aku.. aku temankan kau..dari pergi club yang bingit dengan lagu entah apa-apa tu.."

"Ok juga.. kau teman aku malam ni.. kau naik moto ke.. ni motosikal kau..?" soal aku tidak percaya.

"Ye.. malaslah aku nak drive.. rasa nak merempit pulak malam ni...dah lama aku biarkan moto ni terperap kat garaj tu.."

"Erm.. not bad.. ok.. aku nak tahu juga skill kau tunggang superbike ni.. kebetulan pulak, nasib hari ni aku pakai jeans..!"

"Dah cepatlah naik.. peluk aku kuat-kuat.. takut tercicir pulak nanti.." Erduardo tersengih macam kerang busuk. Aku..? sengaja aku henyakkan beg tangan aku di belakang tempat duduk itu. Berkerut seribu wajah hodoh Erduardo dengan kaca mata tebalnya itu. Aku tertawa dalam hati.

Erduardo menyarungkan topi keledar di kepalaku dan diikatnya kemas. Aku mula tersenyum dengan tingkahnya itu. Marah aku padanya tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Aku peluk tubuhnya erat sewaktu dia meningkatkan lagi kelajuan pemanduannya. Jujur aku sedikit gentar berada di belakangnya ini, maklum sahajalah ini baru pertama kali aku membonceng motosikal, jenis berkuasa tinggi pulak tu, mahunya tak seriau!

Mungkin Erduardo perasan aku sedikit ketakutan, dia capai tanganku dan dibawa ke arah pinggangnya. Dia menepuk-nepuk lembut jejemariku sebelum mengelusnya. Kemudian, aku mula rasa debaranku sudah sedikit menghilang, makin lama makin seronok pula yang aku rasakan. Melekap erat tubuhku di belakang tubuh sasa milik jejaka tampan ini kalau dia buang kaca mata tebalnya itu jauh-jauh.

Perjalanan hampir satu jam itu kami selusuri dengan tenang dan penuh kebahagian. Kehangatan tubuh sasa dan wangian maskulinnya itu seperti membakar kedinginan yang kurasakan di malam yang indah ditemani dengan cahaya taburan bintang-bintang yang bergemerlapan di ruang angkasa.

Setelah tiba di rumah semula, aku bawa diri ke bilikku terlebih dahulu. Setelah membersihkan diri dan lengkap berpakaian, aku cari keberadaan Erduardo. Aku bawa kaki melangkah ke bilik tidurnya yang bertentangan dengan bilik tidurku. Pintu bilik itu aku ketuk terlebih dahulu, namun ia sudah terbuka sedikit, tanpa berlengah aku bawa diri aku masuk ke dalam bilik tidur kepunyaan jejaka ini.

Meliar mataku memandang sekitar ruangan peribadi milik jejaka ini. Boleh tahan juga cita rasanya. Kelihatan bilik ini ringkas tetapi mewah dengan karya-karya seni. Aku membelek setiap lukisan yang tertera di dinding bilik itu. Lukisan itu penuh dengan kesedihan berlatar belakangkan keindahan pohon sakura. Cantik! penuh dengan misteri dan dramatik.

Aku beralih pula pada suatu sudut di sebelah hujung bilik ini, ada sebilah pedang tergantung di dinding itu. Mirip seperti sebilah pedang samurai. Baru tangan ini mahu menyentuhnya suara garau Erduardo memecah kesunyian. Dia baru sahaja keluar dari bilik mandi dengan hanya mengenakan tuala terlilit di pinggang.

Terpana aku melihat sosok tubuh badan milik jejaka ini.Kelihatan begitu mengiurkan tambahan pula dalam keadaan yang masih dibasahi dengan juraian titisan mandiannya itu sempat membuatkan adrenalin aku memacu tinggi. Mata tidak terkelip walaupun sesaat. Pantas aku mengelak dari menatap tubuh sasanya itu, setelah tersedar dengan petikkan jari Erduardo itu. Aku lihat dia tersenyum sinis padaku.

"Ed.. so sorry.. aku masuk bilik kau tanpa izin terlebih dahulu.."

"So ok.. tapi jangan pernah sentuh benda itu.. aku tak akan pernah izinkan, yang lain-lain kau nak raba aku tak kisah..."

"Itu pedang kan Ed... kenapa kau memilikinya..?" tanpa sedar aku betul-betul berada di hadapan jejaka itu. Jarak kami hanya tinggal seinci.

"Sebab... aku..mahu memilikimu.." tubuhku ditariknya hingga merapatkan ke tubuh sasanya, lantas dia memaut pinggang rampingku dengan tangan kirinya, manakala tangan kanannya memegang tangan kiriku. Pandangan matanya masih tepat menatap wajahku.

Dia labuhkan ciumannya di puncak kepalaku, tertutup mataku menerima kuncupan itu daripadanya, seperti mana yang selalu Marteenez lakukan padaku di kelab malam tempoh hari. Aku tatap wajah kacak Erduardo tanpa kaca matanya itu, lantas jejemariku mengacak-ngacak sedikit rambutnya yang masih lembap. Terpaku aku melihat penampilan baru Erduardo itu, dia kelihatan sama seperti Marteenez.

Aku jarakkan sedikit kedudukan kami, tergeleng kepalaku, namun Erduardo masih tersenyum lantas dia tarik aku kembali merapat ke arahnya, lalu bibirku dipagut kemas. Pada mulanya aku terkaku, namun rasa sentuhan itu tidak berbeza sama sekali dengan Marteenez, aku balas sehingga menjadi ciuman panas antara kami. Erduardo melepaskan tautan bibirnya pabila dia melihat aku sudah kekurangan oksigen untuk bernafas.

"I'm sorry Carda.. your lips so hot.. I like to kiss you so badly.." Erduardo mengumamkan kata itu di cuping telingaku.

"It's ok Ed.. I love too.. I really mean it..I just want to be your mine..and you be my mine.." Aku merapat lagi pada Erduardo lantas Erduardo mencumbui kembali bibirku sekilas. Keadaan bilik itu semakin hangat apabila Erduardo mengajak aku berdansa setelah dia siap mengenakan pakaiannya.

Lagu 'Bailando' dendangan Enrique Iglesias berkumandang di ruangan bilik sederhana besar ini. Aku terkesima, tangan menutup mulut yang terbuka luas, lantas tanganku menyambut huluran tangan Erduardo yang telah bersiap sedia, kami menari dengan tarian salsa memandangkan Erduardo membuka langkah dengan tarian itu.

Berpusing-pusing tubuhku dengan gerakan 'Windmill' iaitu satu gerakan di mana penari wanita berputar, dan tangan penari lelaki berputar melewati atas kepala penari wanita, lengan penari lelaki berputar ke bawah dan atas seperti yang dilakukan oleh Erduardo pada aku ketika ini. Kami berseronok pada malam ini tanpa sebarang gangguan dan kami menikmati malam itu dengan penuh kegembiraan. Bebas berpelukan dan bergelak tawa tanpa sesiapa yang menghalang.

Erduardo juga aku lihat agak berlaianan pada malam ini. Dia kelihatan sangat berbudi bahasa, hilang segala sifat kasarnya dengan aku. Panggilan pada aku jua pun turut berubah, dia memanggil aku dengan nama Carda, tidak lagi ber 'aku'... 'kau' dengan aku. Aku rasa diri ini bagaikan di alam mimpi. Bagaikan ada sang rerama sedang beterbangan di dalam perut aku saat ini.

Namun, kegembiraan yang aku rasakan saat ini diragut kasar pada diri ini. Malam itu, rumah Papa Sebastian dipecah masuk oleh sekumpulan penjahat mungkin mereka salah satu musuh perniagaan Mr Sebastian.

"Ed..tolong..! lepaslah bodoh.. sakit tau tak..kau nak apa hah..?!"Jerit aku lantang pada telinga salah seorang penjahat yang mengendong tubuhku di atas bahunya.

Aku meronta agak kuat dan memukul-mukul belakang badan penjahat itu, namun tidak meninggalkan sebarang kesan padanya yang bertubuh besar dan tinggi, mungkin dua atau tiga kali ganda besarnya dari tubuh sasa milik Erduardo.

"Ed.. Erduardo Marteenez!...tolong Carda..!!!" aku jerit lagi. Serta-merta tubuhku terlepas dari dukungan penjahat tersebut, lantas tubuh ini sudah melayang jatuh ke bawah, mujur tangan kekar Erduardo pantas menyelar lenganku ini. Saat ini aku tergantung di tembok berdekatan tangga di tingkat tiga rumah agam ini.

"Carda.. pegang tangan Ed kuat-kuat.. jangan lepaskan.. Carda.. Carda...!!!"

"Ed... ED... ERDUARDO..!!!"

BUKKK!!!

Tubuh Erduardo dihenyak dengan teruk dan sehingga lunyai tubuh itu dikerjakan oleh penjenayah -penjenayah itu.

"Tolong... jangan apa-apa kan kami... apa yang yang korang nak hah..!" Aku memekik di situ setelah Erduardo berjaya menyelamatkan aku.

"Hahahaha... aku nak dia.. dia banyak hutang dengan aku...dan kau ni pun boleh tahan jugak.. apa kata kau.. aku 'kenduri'kan ramai-ramai malam ni... hahahaha.." kata salah seorang penjahat yang berpakaian serba hitam itu.

"Ed.. tolong Carda.. Ed... jangan.. jangan apa-apakan aku... jangan.. tolong aku merayu..aku merayu pada korang semua.."

"Hahaha... aku suka kau merayu pada kami.. rayu kami lagi adik cantik.. rayu..rayu kami lagi...kau buat kami bersemangat.." seorang lagi daripada mereka bersuara sambil melepaskan pakaiannya satu per satu.

"Tolong... jangan apa-apa kan kami.. jangan sentuh akulah bodoh.. kau belum tahu lagi aku ni anak siapa..? korang akan menyesal...!" teriak aku lagi dengan linangan air mata.

"Kau anak siapa hah...ada pulak aku kisah.. Eii.. takutnya.. jangan jeling-jeling sangatlah..kau ni buat aku geramlah..mari sini kat Abang... jangan malu -malu Sayang..."

Krakkkk...!!!

Lengan bajuku direntap kasar oleh salah seorang daripada penjahat itu. Terkoyak jadinya gaun tidur paras lutut yang aku pakai pada malam ini. Aku yang naik geram atas perbuatan itu segera melayangkan tamparan kuat pada wajah si penjahat itu.

"Kurang ajar punya perempuan, kau betul-betul buat aku geram, sini..biar aku ajar kau cukup-cukup.. sampai suara kau pun tak terdengar lagi nanti..!"

Bang...!!!

Satu tembakan dilepaskan tepat mengena penjahat yang bertubuh besar itu, betul-betul tepat mengena pada dahinya, tumbang dia di situ juga. Terhenti perilaku penjahat yang lainnya pabila terpandang sahaja kelibat Mr Sebastian berdiri di ruang tamu itu.

"Papa...!!!!" aku berlari mendapatkan Mr Sebastian. Tubuhnya ku peluk erat.

"Ricca..anak Papa ok..takde apa-apa yang terluka..Ed mana..?"

"Tu.. Papa.. sakit..! mereka semua ni harus diajar.."
Aku tunjukkan keberadaan Erduardo serta luka-luka yang aku alami. Itu membuatkan Mr Sebastian naik geram, lantas tidak tunggu lama, penjahat itu tumbang mengenai peluru pistol revolver Smith and Wesson 500 Magnum (S&W 500M) milik Papaku itu.

Melihat itu, membuatkan aku teringat kembali peristiwa hitam di tanah perkuburan mendiang Rosemaria sewaktu aku masih kecil. Bayangan itu berlegar dan berputar-putar di layar mata. Serta -merta tubuhku rebah di situ, nasib sempat dicapai oleh tangan kekar milik Erduardo. Aku rebah di pangkuan milik lelaki itu.

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. hihihi..sorry lambat update..author busy sikit lately ni.. terimalah seadanya.. Terima kasih yg sudi follow author.. author sgt² menghargainya.. singgah baca dan jangan lupa komen.. syg semua...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-11-02 15:34:02 

just one cent from me ...

DHIA AMIRA.
2023-11-02 15:33:53 

maaf sis jika trasa

DHIA AMIRA.
2023-11-02 15:33:46 

pnulisn sis kli ini more kemas than 1st story .. 1st story mmg best tp kli ni ada upgrade


NovelPlus Premium

The best ads free experience