Ciuman itu berterusan berselang-seli dengan penceritaan yang berkisar tentang kehidupan perit yang terpaksa ditempuh oleh Eezar ketika usia mudanya. Seawal umurnya lapan tahun dia terpaksa menempuh kehidupan dengan kemusnahan rumah tangga ibu dan bapanya. Setiap hari dia dihidangkan dengan suara pekikan ibunya yang dibelasah teruk oleh bapanya setelah mengetahui kecurangan ibunya yang tengah sarat mengandungkan benih lelaki lain, teman lelaki ibunya sendiri. Eezar sendiri yang mendedahkan kecurangan ibunya itu pada bapanya apabila ibunya sengaja menayangkan perbuatan kejinya itu di hadapan anak lelakinya ini.
"Ya, Love... Diy saksikan sendiri my Mom doing the sex with her boyfriend in front me, I'm in eight at this time.. Diy dipaksa melihat adegan tak bermoral itu dan merakam aksi terkutuk mereka itu..! Shit! It's so disgusting..." Eezar meluahkan segalanya dalam tangisannya.
Digenggamnya tin minuman yang sudah kosong itu dengan sekuat hati sehingga renyuk tin itu di telapak tangannya, meluahkan segala rasa yang terpahat di hatinya itu. Aku bertindak mengelus kepalanya yang sudah aku bawa ke dadaku. Air matanya yang masih bersisa aku hapuskan dengan ibu jariku.
"Thanks Love, terima Diy dalam hidup Love... Diy janji akan cuba berubah. Demi anak kita.. I love you, very much, my Love" tangan kekar itu mengelus perutku yang rata, memang benar dia sudah membayangkan diriku ini isterinya, Bella. Eezar sudah mabuk sepenuhnya, dia bertindak lebih agresif, cuba untuk memaut ulas bibir mungilku. Aku cuba menolak namun, aku tidak mampu melawan kudrat segagah Eezar, pesonanya juga membunuhku, yang sudahku sangka dirinya itu adalah suamiku, Erduardo.
"SAYANG...!!!!"
"DIY...!!!!"
Aku tergamam, mujur belum sempat bibir kami bertaut. Segera aku bingkas menjarakkan kedudukanku dengan menantuku ini. Terus hilang segala kesan mabuk itu dari tubuh ini mendengar lantangnya suara Erduardo bagaikan halilintar itu.
"Apa yang korang buat malam-malam buta kat sini hah!" Jerkah Erduardo dengan amarah yang meluap.
Belum sempat kami menjelaskan semuanya, Erduardo menerpa ke arah Eezar yang baru sahaja ingin berdiri. Tak sempat nak berdiri, Erduardo dah menghadiahkannya tumbukan padu pada wajah menantunya ini. Pecah tepi bibir milik Eezar. Tubuh Eezar lunyai dikerjakan Erduardo di dini hari itu, hingga seperti tinggal nyawa-nyawa ikan dah si Eezar dibelasahnya. Aku dan Bella hanya mampu melihat.
"Kau ni dah kenapa hah! Dah tak kenal mana mak mentua, mana isteri sendiri! Atau..kau ni memang dah sagap sangat, semua kau sapu! Dasar anak terbiar, dah biasa sangat tengok benda-benda prono, kecik-kecik lagi dah tengok mak kau sendiri buat benda terkutuk... sebab tu kau dah terbiasa!" Erduardo menghamburkan amarahnya berselang-seli dengan hayunan tumbukannya bertubi-tubi pada wajah Eezar.
"Dad, are you stalk me..?!" soal Eezar terbata-bata sambil cuba menahan segala serangan bapa mentuanya ini.
"Yes, aku tak akan mudah-mudah nak lepaskan Bella pada kau, even dia bukan darah daging aku sekalipun, aku dah sayang dia macam anak kandung aku sendiri! Dan kau bernasib baik malam tu, aku tak bunuh kau terus! Memang liat betul nyawa kau!" teriak Erduardo bagaikan hilang kewarasannya.
"Abang..!!!"
"Dad...!!!!"
Aku terpempan, aku cuba peluk Bella, tetapi Bella kuat menepis diriku. Aku tahu Bella marah padaku atas apa yang berlaku antara aku dan suaminya sebentar tadi.
"Apa semua ni Abang, jangan cakap apa yang terjadi pada Eezar malam tu, semuanya dari ulah Abang... kenapa Abang, kenapa?"
"Kau takkan faham Carda, aku kecewa dengan semua ni, aku sepertinya gagal mempertahankan family kita. Aku benar-benar kecewa!" Erduardo meraup wajahnya kasar dan terus berlalu meninggalkan kami di situ.
Sebentar kemudian, dia terus melangkah ke keretanya dan segera menghidupkan enjin keretanya itu. Aku yang tersedar melihat dia berura-ura untuk meninggalkan diriku, terus aku berlari mendapatkannya.
"Abang... tunggu! Abang nak tinggalkan Sayang lagi ke..?" lirih aku menyoalnya. Tangisanku mula berlagu.
"Tepi, jangan halang aku, aku perlukan ketenangan Carda, jaga diri...aku tak tahu bila lagi aku akan kembali..." Erduardo menepis pelukkanku dari tubuhnya, rasa begitu jijik sentuhanku itu terhadapnya. Panggilan diriku juga sudah berubah. Dia benar-benar kecewa denganku. Namun, aku masih tidak berputus asa, aku terus-terusan merayunya dalam tangisan yang menggila. Aku sudah tidak peduli dengan keadaan Eezar dan Bella di sana, yang aku mahu saat ini cuma Erduardo akan tetap ada di sini bersamaku. Pelukan aku padanya semakin erat.
"Carda...lepas! Jangan paksa aku berkasar pada kau..please..!"
"No... Abang tak boleh pergi...Carda akan mati, Abang!"
"CARDA!!!"
Tangan kekar Erduardo tanpa sengaja melayang ke arah pipi kiriku hingga terteleng kepalaku. Pautan kedua belah tanganku juga sekaligus terurai dengan sendirinya. Aku tatap wajah Erduardo penuh dendam. Air mata yang mengalir aku hapus kasar, jujur..aku sudah hilang rasa dengan Erduardo yang berkeras untuk meninggalkan aku. Tidak lagi aku halang dirinya itu, aku seperti tidak menghiraukannya lagi. Tidak peduli lagi atas pemergiannya itu. Terus aku melangkah semula ke dalam rumah dengan langkah yang gontai. Sebentar kemudian, Erduardo terus memecut laju jentera mewahnya itu, tidak lagi menoleh ke belakang.
* * *
Sudah sebulan pemergian Erduardo tanpa sebarang khabar darinya lagi. Aku sibuk menguruskan perniagaanku bersama Bella. Bella sudah menerima diriku kembali dengan baik setelah aku terangkan kepadanya kedudukan sebenar yang berlaku pada malam itu. Eezar juga berusaha menyakinkan isterinya itu. Puas juga dia berusaha untuk memenangi kembali hati isterinya ini. Mulai saat itu, aku dan Eezar sudah berjanji tidak akan menyentuh lagi sebarang minuman beralkohol. Segala jenis alkohol yang terdapat di dalam kediaman ini sudah aku jual dan ada yang aku hadiahkan kepada kenalan perniagaan Alex, Eezar dan juga Bella. Kini, kediaman ini sudah bebas dari segala jenis alkohol. Tiada lagi botol-botol arak di dalam kabinet kaca itu malah di dalam peti sejuk juga.
"Ma...Mama ok tak ni..? Sejak kebelakangan ni, Mama selalu tak sihat je..kalau Mama tak larat, Mama berehat jelah kat rumah.. Bella ok, kandungan ni pun baru nak masuk empat bulan..." kata Bella, perut yang sedikit membukit itu dielusnya perlahan.
"Mama bosanlah duduk kat rumah, takpe Mama ok lagi... boleh buat kerja lagi, biasalah orang tua, demam sikit-sikit tu perkara biasa.." aku sambung semula memeriksa stok jenis kain yang hendak ditempah pada komputer riba pejabat kami ini.
"Mama ni degillah...kalau ada Daddy Ed kan senang, cepat je Mama ikut arahan.."
"Bella, jangan sebut lagi nama tu! Berapa kali Mama nak kena ingatkan ni hah!" Tengking aku pada Bella, terjungkit bahu Bella akibat terkejut dengan jerkahanku secara mengejut itu.
"Ma, dah sebulan.. Ma, takkan sampai sekarang Mama masih marah?" soal Bella terketar-ketar.
"Shut up! Please... Mama merayu sangat, jangan sebut-sebut lagi pasal lelaki tu, bagi Mama dia dah lama mati!"
"MA!!!!!!"
* * *
Musim berganti musim, umurku juga semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pada setiap tahun yang berlalu tiada lagi sambutan hari lahirku sambut sejak pemergian Erduardo. Pada setiap petang, aku habiskan masaku bersantai di sebatang pokok sakura yang merimbun. Pokok yang kutanam bersama Bella, Alex dan cinta hatiku sewaktu pasangan kembar ini mencecah usia empat tahun. Dah tiga puluh tahun usia pohon ini. Aku suka duduk di sini kerana setiap kali pohon ini berbunga lebat ia akan gugur seperti menyapa kedatanganku berehat di sini. Haruman dari bunga itu juga membuatkan aku gembira dan ia seperti bau haruman dari tubuh Erduardo.
Tahap kesihatan yang semakin memburuk membuatkan aku terpaksa menggunakan semula kerusi roda lamaku ini, mujur ia masih berfungsi dengan baik. Aku duduk di situ sambil mata ini menghadap ke laut yang terbentang luas. Mendengar irama alam membuat jiwaku tenang. Gugurnya bunga sakura di ribaanku seperti terasa bagaikan sepasang lengan kekar Erduardo sedang hangat memelukku.
"Nanny...Nanny..ni gambar siapa?" soal seorang anak perempuan kecil.
"Elissa... come, dekat sikit dengan Nanny.." arahku, sambil mengambil huluran sebingkai gambar daripada anak gadis Bella bersama Eezar ini.
Kaca mata aku betulkan kedudukannya, mataku menatap imej yang ada di dalamnya. Lama aku menatap gambar itu sehingga anak kecil ini mengulangi pertanyaannya kembali. Aku gelengkan kepala sambil tersenyum. Tiada nama yang mampu aku sebut kerana aku juga sudah melupakannya.
"Nanny... Nanny memang tak tahu ya, orang yang ada dalam gambar tu ada kat sana Nanny..." Elissa menghalakan telunjuknya ke arah pantai itu.
Aku lihat ada seorang lelaki yang sudah agak berumur lingkungan sebaya denganku melambai ke arah kami dan mula mengorak langkahnya menuju ke tempat aku dan cucuku ini berada. Semakin dia menghampiri semakin berdebar laju jantungku berdetak, sehingga terasa sesak nafasku. Dadaku tiba-tiba terasa ingin meletup ketika ini.
"Elissa...panggil Uncle Carl cepat, Nanny sesak nafas.." arahku pada anak kecil ini.
Langkah kaki jejaka itu semakin laju dan dia sudah berada tepat melutut di hadapanku.
"Sayang...kenapa ni, oh God!"
"Pa... PAPA?! Kenapa dengan Mama ni"...soal Carlisle samar-samar aku dengari. Suara itu berbaur cemas.
"Apa yang tercegat lagi, tolong Mama ni cepat, awak tu yang doktor bukannya Papa, manalah Papa tahu.. tiba-tiba je Mama kamu jadi macam ni!"
Aku terus dikejarkan ke hospital kerana diri ini sudah semakin lemah. Apabila aku buka mata semula, wajah jejaka itu menyapa mataku. Aku tidak berikan sebarang riaksi, kaku. Cuma dia seperti tidak keruan dapat bertemu denganku semula.Tangan kasarnya menyentuh kepalaku. Dielusnya lembut rambutku yang sudah sedikit memutih ditumbuhi uban. Kelihatan dirinya juga begitu.
"Sayang... Abang minta maaf atas segalanya maafkan Abang, Sayang.. Abang benar-benar menyesalinya. Abang ambil masa terlalu lama untuk kembali, Sayang..maafkan Abang.." Erduardo memeluk tubuhku yang masih berbaring, dilabuhkan kucupan hangatnya di dahiku. Aku hanya merelakan perbuatannya itu. Namun, masih tiada sebarang bicara daripadaku membuatkan Erduardo berubah pelik. Melihat aku yang mahu bangun dari baringanku, Erduardo pantas membantu.
"Terima kasih...awak siapa?" soalku membuka bicara.
"Sayang..janganlah bergurau kasar macam ni..takkan masih marah dengan Abang, dah sepuluh tahun Sayang..." Erduardo mengeluh kesal.
"Maaf, saya memang tak kenal awak..mungkin awak ni salah orang, saya ni bukannya orang yang awak cari tu...setahu saya suami saya dah lama mati" ujarku tanpa rasa bersalah.
"Sayang! Sampai hati Sayang cakap macam tu.. Abang tahu, Abang dah banyak buat Sayang kecewa.. maafkan Abang.. jangan hukum Abang macam ni Sayang.." luah Erduardo sambil mendakap tubuhku erat.
"Cukup! Leave me alone... jangan ganggu, saya nak berehat.."
"Ma...kenapa jerit-jerit ni.. Mama tak boleh macam ni, nanti jantung Mama tu sakit balik.." jelas Carlisle. Erduardo yang masih memeluk tubuhku sudah didakapnya erat, bertambah-tambah erat jadinya, tidak lagi aku meronta apabila terasa selesa dengan elusan lembut tangan kekar itu di belakang tubuhku.
"Entah orang tua ni...gila agaknya, mengaku Mama ni wife dia.." adu aku pada anak lelaki ini.
Carlisle, aku lihat dia menahan tawanya, langsung dia tarik lengan lelaki itu menjauh sedikit dari katilku ini. Aku pasang telinga mendengar perbualan mereka itu, namun, sebutir bicaranya tidak dapatku dengar dengan jelas. Mereka berbicara seperti dalam kelambu. Telinga lintah pun belum tentu dapat tangkap apa yang mereka katakan. Macam pakai bahasa kod rahsia pun ada, namun masing-masing kelihatan sangat serius tampang wajahnya. Ketat dan tegang!.
"Mama berehatlah ya.. Carl janji orang ni takkan kacau Mama dah.."
"Erm..." balasku pendek.
Aku lihat Carlisle mengaturkan langkahnya untuk keluar dari bilik ini. Lelaki tua ini pun mengikuti dari arah belakang. Sempat dia melabuhkan kucupan ringkasnya pada tepi bibirku. Menjerit aku dibuatnya kerana terkejut, tapi aku dapat rasa sesuatu dari ciuman itu, ciuman dari seseorang yang teristimewa di dalam hatiku ini, adakah dia orang yang sama?!
Pagi itu gamat ruangan dalam bilik wad vip ini dengan kehadiran seluruh ahli keluargaku. Alex dan Angelina bersama anak kembarnya, Alexandro dan Alexis, anak kembar kelahiran kedua mereka, Aries dan Ardell, Bella bersama Eezar serta anak perempuannya Elissa. Carlisle ditemani tunangnya, Dr Carolina, dan Camiela bersama teman lelakinya, Carlos. Angelina tengah sarat mengandungkan anak ketiga mereka dan dijangkakan akan bersalin hujung bulan Mac ini.
Aku tercari-cari keberadaan lelaki itu, namun kelibatnya tiada di situ. Ingin bertanya, aku malu sudahnya aku diamkan sahaja.
"Ma...Mama cari siapa, dari tadi mata tu asyik pandang kat pintu tu je..?" soal Camiela yang duduk di sampingku.
"Nanny cari Granpa Ed kot!" kata Elissa pada Mak sunya itu.
Semua yang ada di situ tertawa, sukalah tu dapat mengusik aku.
"Carl, bila Mama boleh balik ni.. dah naik bosan Mama kat sini, lama-lama boleh jadi gila Mama dibuatnya".
"Aunty, sabar ok...Aunty kalau nak cepat sembuh kena ikut nasihat doktor. Erm..ikutkan pemerhatian saya ni, Aunty Ricca dah boleh discharge dah, cuma ada sikit lagi pemantauan nak dibuat, ada ujian yang akan dijalankan ke atas Aunty, kalau Aunty past exam ni, saya sendiri akan beri kebenaran untuk Aunty pulang..." kata Dr Carolina dengan penuh lemah lembut.
"Ujian apa tu Dr Carol..?" soal aku pada tunangan anak lelakiku ini. Namun, belum sempat dia hendak menjawab, ada seseorang yang mengganggu.
"Hai... Sayang, ingat kat Abang lagi tak?"
Dia menghampiri ke arahku dengan sejambak bunga lily putih kesukaanku. Aku tidak memperdulikannya, malah jambangan bunga itu yang aku kejarkan dulu. Macam dulu-dulu, sewaktu Erduardo menghadiahkan aku jambangan bunga ini, aku pasti kejar bunga itu dulu.
"Tak berubah langsung Sayang kan, tetap macam dulu jugak.. ni yang buat Abang bertambah geram ni.." kata Erduardo separuh berbisik.
"Granpa Ed geram, geram dengan siapa?" giliran Ardell pula bertanya.
"Ni...dengan Nanny kamu yang comel ni..sampai hati dia tak kenal Grandpa, tengok tu...dia lebihkan bunga itu dari Granpa!" adu Erduardo pada cucunya itu.
Semua yang ada di situ dah mengekek ketawakan aku. Mereka beransur-ansur keluar dari bilik ini tinggalkan aku bersama cucu-cucu perempuan aku dan Erduardo.
"Erm.. dah boleh ingat ke Aunty, siapa lelaki ini?" soal Dr Carolina semula sebelum dia mengorak langkahnya.
Aku masih gelengkan kepala, memang benar aku masih tidak dapat mengenali lelaki ini. Tiada satu pun memori yang terakam di dalam kotak fikiranku tentang lelaki ini. Bukan aku sengaja, tapi ia memang benar!
* * *
Aku dibenarkan pulang semula setelah dua minggu berada di hospital tempat Carlisle bertugas. Keadaanku semakin membaik dalam jagaan Carlisle dan juga Camiela. Erduardo pula memilih untuk tinggal bersama Alex yang tidak jauh dari kediaman mendiang Mr Sebastian ini.
"Ma... macam mana hari ni dah rasa sihat.." soal Carlisle yang mengambil tempat di sisiku.
"Mama sihat, maklumlah doktor sendiri yang jaga, mana tak sihatnya. Mana Carol, dia tak datang hari ni?"
"Carol, busy Ma.. maklumlah hari kahwin kami dah dekat, banyak persiapan nak dibuatnya.. tu anak bongsu Mama pun apa kurangnya, pening kepala Kak Bella tu nak design gaun penganti dia tu.. cerewet sangat!" luah anak lelakiku ini.
"Mestilah, kahwin tu untuk sekali seumur hidup, mestilah nak cantik-cantik, macam Mama jugak dulu.." aku dah tersenyum sendirian.
"Mama masih tak ingat kat Papa?" Carlisle soal aku sambil mengelus lembut kekura tuaku.
Aku gelengkan kepala menjawab pertanyaan itu. Betullah telahan bakal isterinya itu, otakku sudah kembali mengecut, dan sakit lamaku menyerang kembali. Memandangkan umurku yang sudah meningkat senja, rawatan tidak berjalan dengan efektif lagi, cuma sokongan dan bantuan psikologi yang dapat diberikan untuk kelangsungan hidupku.
"Takpelah Ma, janji Mama sihat..dan masih ada bersama kami" Carlisle mendakap tubuhku dengan erat.
"Carl...mana Mr Sebastian dengan Aunty Marry..? dah lama Mama tak jumpa mereka"
Terkesima Carlisle mendengar pertanyaan dariku.
"Ma... mereka dah lama tiada Ma, Mama lupa ya.. takpe kalau Mama rindu nanti Carl bawa Mama pergi melawat kubur mereka".
"Janji tau... Mama rindu sangat kat mereka".
Carlisle menganggukkan kepalanya. Dia tolak kerusi rodaku menyelusuri pantai pada petang itu. Berubah mendung wajah kacaknya memikirkan keadaanku itu.
Di hujung sana, Erduardo yang ingin menemuiku terhenti langkahnya. Jambangan bunga lily putih itu ditinggalkan di sebiji batu besar, tempat kesukaanku dulu sewaktu bermadu kasih bersama Erduardo. Setelah meninggalkan sejambak bunga tersebut, Erduardo melangkah pergi, semua itu disaksikan oleh sepasang mata Carlisle.
"Ma, ada bunga dekat batu besar tu.. Papa yang tinggalkan bunga kesukaan Mama kat situ tadi".
"Oh, mana dia?" soalku
"Dah balik, dia kecewa Mama masih tak ingat kat dia kot!" luah Carlisle dengan berat dan perlahan.
Seperti biasa, aku tak ambil pusing apa yang diperkatakan oleh Carlisle, cuma tertumpu pada jambangan bunga yang indah gubahannya. Carlisle tersenyum hambar, kemudian dia menolak lagi kerusi rodaku ini sehingga ke perkarangan rumah. Rupa- rupanya Erduardo masih ada di anjung rumah mewah ini. Duduk di kerusi besi yang berukir itu. Di tangannya sedang memegang sebotol arak itu dituangkan ke dalam mulutnya. Masuk yang ini sudah masuk botol yang keenam.
"Hey! awak...berani betul awak minum dekat rumah saya..!!!" Aku menjerkah dia dengan sekuat hatiku.
"Relakslah.. Sayang ni macam tak biasa pulak.. come join me, Carl.." kata Erduardo dengan santai, sebiji botol yang masih belum terbuka penutupnya di sua pada anak lelakinya itu.
"Thanks Pa, Carl tak minum, Mama tak bagi.." jujur Carlisle menjawab sambil menolak huluran bapanya dengan sopan.
"Good son.. ikut cakap Mama, tinggalkan Papa kejap dengan Mama, ada hal nak bincang sikit, don't worry, Papa belum mabuk lagi..."
Sebentar kemudian, Erduardo perlahan-lahan menghampiriku setelah kelibat Carlisle sudah jauh dari pandangan.
"Suka tak bunga tu, dari tadi Abang tengok Sayang asyik belek je bunga tu.." soalnya.
"Terima kasih, awak yang bagikan... cakaplah, tadi kata ada hal nak bincang.." soalku padanya. Puas aku menanti dia membuka mulutnya.
"Hey! Awak nak bawa saya kat mana ni.. lepaslah! Tak payah nak dukung-dukung macam ni, saya ni berat tahu tak!"
Erduardo hanya tersenyum. Melihat aku masih meronta-ronta terus disambarnya bibirku, langsung terdiam aku dibuatnya. Aku lihat dia masih kekal tersenyum. Senyuman itu kelihatan sangat mirip dengan seorang budak lelaki yang sering bertandang di dalam mimpiku sejak kebelakangan ini.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update... sorry lmbt..
Share this novel