Tiga tahun kemudian...,
Aku kini mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Erduardo. Aku usahakan perniagaan peninggalan mendiang bapaku dengan sebaik mungkin. Darah yang mengalir di tubuh ini juga tidak lari mewarisi bakat dalam perniagaan membuatkan aku tidak berasa terlalu terbeban, sebaliknya aku seronok dan bersemangat untuk menguruskannya untuk lebih berkembang pesat dan menjadi lebih meluas serta terkenal di serata tempat bukan sahaja di dalam negara sendiri bahkan di luar negara juga.
Sejak tiga tahun Erduardo meninggalkan aku dan anak-anak, tiada lagi ugutan dan ancaman yang kami terima daripada musuh-musuh. Tiga tahun berlalu dengan penuh keamanan dan kedamaian. Aku berasa sangat selamat. Tahap keselamatan aku dan anak-anak juga berasa sangat terjamin. Walaupun aku berasa sangat kesunyian tanpa kehadiran Erduardo di sisi tetapi amat tidak pernah aku menyesalinya. Jika ini sebuah pengorbanan yang harus aku lakukan, aku sanggup demi keselamatan aku dan anak-anakku.
Aku juga sudah tiada mendengar sebarang perkembangan Erduardo lagi. Entah apalah khabarnya saat ini. Adakah dia baik-baik sahaja atau di sebaliknya. Setiap nafas yang kuhela tidak pernah sekali pun aku tidak mengenangkan dirinya itu. Namun kesibukan aku menguruskan perniagaan dan anak-anak, terkadang buat aku tidak terlampau larut memikirkan tentangnya. Kehadiran Carlisle yang sudah meningkat dewasa membuatkan aku rasa kerinduan aku terhadap Erduardo sedikit terubat. Dia tidak ubah seperti kelahiran Erduardo buat kali keduanya.
* * *
Sejak kebelakangan ini, hujan selalu sangat membasahi bumi Mexico ini. Tambah-tambah lagi pada waktu malam. Bagaikan musim ini seperti mengetahui perasaanku yang dilanda kesedihan ini. Kerinduan aku pada Erduardo semakin membuak -buak, lantas aku ambil bingkai foto yang aku letak di dalam atas meja kerjaku. Aku elus gambar Erduardo yang tersenyum manis di saat aku merakamkan foto ini di sebuah pantai di kala mentari terbenam. Di saat aku dan dia sedang melayari keindahan berbulan madu kami sehingga terlahirnya Carlisle.
Aku tersentak apabila dentuman guruh yang kuat dan kilat sambung-menyambung menyimbahkan cahayanya sebentar tadi. Aku letakkan kembali bingkai gambar itu di atas meja. Kot kulit panjang berwarna hitam itu aku sarungkan ke tubuh tinggi lampaiku dan segera aku capai kunci kereta berserta briefcaseku berjenama Prada itu dan terus melangkah ke lif, bersiap-siap untuk meningggalkan bangunan syarikat sepuluh tingkat ini.
Aku terus menerobos diriku ke dalam perut Lykan Hypersport putih milikku dan segera menghidupkan enjinnya. Mengaum enjin kereta itu setelah pedal minyak aku pijak agak kuat. Meluncur laju jentera itu membelah jalan raya. Jalan raya yang agak sesak membuatkan diriku agak kelelahan berada di situasi itu, ditambahkan lagi dengan cuaca buruk dan deringan telefon yang tidak henti-henti dari tadi.
Hati yang sedikit gusar terus aku mencapai iPhoneku yang berada di dalam tas tangan. Aku geser jari telunjukku di butang hijau itu. Mujur saat ini keadaan jalan raya sudah sedikit lancar dan aku terus memecut laju jenteraku ini untuk segera tiba ke kediamanku. Alex memberitahu aku bahawa Carlisle terkena serangan demam panas dengan suhu badan yang agak tinggi. Aku beritahu Alex yang aku akan tiba dalam jangkaan sepuluh minit lagi. Sementara menunggu kehadiranku, aku suruh Alex meletakkan tuala basah di kepala adiknya itu untuk meredakan panas badannya.
Setiba aku di perkarangan rumah, terus aku berlari mendapatkan mereka bertiga.Aku terus mengendong tubuh Carlisle dengan bantuan Alex dan Bella. Tanpa berlengah lagi, terus aku memecut keretaku ke hospital yang berhampiran. Tapi entah bagaimana, pemanduanku terbabas kira-kira sepuluh kilometer lagi untuk sampai ke hospital. Kereta yang kupandu terbabas sehingga melanggar sebatang pokok di bahu jalan.
Dalam keadaan separuh sedar aku dengar suara seorang jejaka yang menghulurkan bantuan kepadaku.
"Cik... cik ok tak ni...?" soalnya padaku.
"Tolong kami uncle... Mama tercedera, adik kami demam panas.." beritahu Bella dan Alex dengan cemas.
"Mari saya bantu, cepat keluar... bawa adik tu sekali, Mama adik..biar uncle yang dukung.." katanya sedikit cemas.
"Encik selamatkan anak-anak saya..saya boleh lagi keluar dari kereta ni sendiri..." pintaku. Lengan kekarnya aku genggam erat.
"Cepat cik, saya takut kereta ni akan meletup bila-bila masa sahaja..kita takde masa nak berdebat sekarang.." terus lenganku ditarik, lalu dicempungnya tubuhku ini. Aku hanya menurut tanpa sebarang bantahan lagi. Carlisle telah diselamatkannya terlebih dahulu. Pantas sungguh dia bertindak.
Sebaik sahaja kami semua keluar dari perut kereta kesayanganku ini, ia meletup gara-gara tangki minyak nya sudah bocor. Mujur tindakan pemuda ini agak pantas dan sentiasa kekal tenang, dan kami semua sudah agak jauh dari kereta tersebut.
"Naiklah kereta ni.. saya hantarkan kamu semua ke hospital untuk dapatkan rawatan.." pelawa lelaki itu.
"Terima kasih..." ucap aku yang memangku tubuh lemah Carlisle di tempat duduk penumpang di bahagian belakang bersama Bella. Alex duduk di hadapan sebelah pemandu.
Kami mendapatkan rawatan sebaik sahaja sampai di perkarangan hospital berkenaan. Aku dan Carlisle terpaksa di tahan ke dalam wad kerana keadaan kami yang sangat lemah. Alex dan Bella pula aku titipkan dalam jagaan pemuda tersebut.
* * *
Di pagi hari itu aku kembali sedar semula. Berasa kepala ini sedikit berdenyut lantaran sinar cahaya dari lampu yang menerjah sepasang kornea yang baru terbuka. Tangan naik menyentuh dahi yang
bertampal plaster sederhana besar itu.
"Selamat pagi cantik... macam mana hari ni dah ok sikit.." tegur pemuda itu dengan senyuman penuh di wajahnya.
"Erm.. bertambah sihat, cuma kepala ni masih sakit...macam mana keadaan anak kecil saya.. boleh bawa saya jumpa dengannya..." pintaku sedikit mengesa.
"Anak..? Saya ingatkan adik awak.. ada di wad kanak-kanak di tingkat tiga. Keadaannya dah stabil, cuma dari tadi sebut nama awak, Ricca..right! Alex dan Bella saya tinggalkan di rumah saya dengan bibik..." terangnya satu per satu padaku.
"Terima kasih.. terima kasih sangat-sangat sebab sudi bantu saya dan anak-anak... encik...?"
"Encik Akihiko... Akihiko Marcus..."
Wajahku terus berubah sebaik saja nama keluarganya itu disebut. Namun aku cuba berfikiran jernih, takkan dalam dunia ni, hanya 'dia' seorang yang menggunakan sebaris nama itu. Dan dalam hati berharap agar jejaka kacukan 'Jepun-Mexico' ini tidak ada kaitan langsung dengan Marcus yang sudah lama mati itu.
"Ricca.... ooo.. Ricca awak ok tak ni.. kata nak tengok anak awakkan, Carlisle..." panggilan daripada Akihiko menyentak lamunanku yang membuyar.
Aku anggukkan kepala dan perlahan-lahan turun dari katil. Aku duduk di atas kerusi roda yang telah disediakan oleh jejaka yang murah dengan senyuman ini dan dia menolak kerusi roda aku ini sehingga kami tiba di tingkat tiga, di mana Carlisle di tempatkan.
Sebaik sahaja diri ini melihat sekujur tubuh Carlisle yang sedang lena berbaring di atas katil hospitalnya segera aku mendapatkan anak bongsuku itu. Perlahan-lahan aku mengelus rambutnya dan aku labuhkan kucupanku di puncak kepalanya.
"Mama...Carl rindu Papa..." adu Carlisle sebaik sahaja dia terjaga dari lenanya. Tubuhku didakapnya erat. Aku dah terpempan. Kemudian, muncul seorang doktor lelaki dan memaklumkan tahap kesihatan Carlisle yang sudah semakin membaik. Cuma satu hal yang aku khuatiri, doktor mengatakan Carlisle merindui akan ayahnya.
Mana pulak aku nak cari Erduardo saat ini, dah tiga tahun kot aku tak berhubung dengan lelaki itu. Takkan nak sebarkan dalam akhbar dan media sosial pula, itu bukan satu cara yang baik untuk masa sekarang ni. Ia akan membawa masalah kepada bisnes yang sedang meningkat maju ini nanti. Aduh! Carlisle benar-benar buat aku mahu pecah kepala. Saat-saat macamni pulak dia nakkan Erduardo.
Aku hanya termenung jauh setelah doktor itu berlalu. Sedikit pun aku tak dengar apa yang dirungutkan oleh Carlisle sebentar tadi. Hanya Akihiko yang setia melayan setiap omelan Carlisle itu dan sekarang ni aku dengar nama Akihiko yang senantiasa meniti di bibir kecilnya itu, dan sedikit sebanyak buat hatiku berasa lega.
"Baiklah Carl... Mama akan berusaha cari Papa tapi, Mama tak janji kita akan dapat jumpa dia dalam masa terdekat ni...ok sekarang rehat dulu.. esok doktor kata kita dah boleh balik rumah.."
"Ok... Mama, tapi takpelah kot, Carl dah ada kawan baru... Uncle Aki.. Uncle Aki baik macam Papa, dia pun kacak macam Papa..Mama bagi Carl kawan dengan Uncle Aki, ya" pinta Carlisle dengan penuh mengharap. Saja je dia tunjuk muka comelnya itu. Macam tahu-tahu je kelemahan aku.
"Baik... tapi jangan naughty-naughty dengan Uncle Aki, jangan susahkan dia.. dah makan tu.. erm sedapnya makanan dia"
Aku suapkan makanan pada Carlisle dan sebentar kemudian Carlisle tidur semula dan aku kembali ke bilik wadku yang berada di tingkat satu. Akihiko masih setia menemani aku di sini.
"Terima kasih sekali lagi..." kataku sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil.
"Thank you... for what?" soalnya ingin kepastian.
"For everything.." balasku pendek.
Aku nampak dia tersenyum mekar. Tampan juga jejaka ini, lebih-lebih lagi bila dia tersenyum begini. Aku mula berbaring sebaik sahaja sepasang kakinya melangkah keluar, berlalu pergi dari bilik ini. Katanya ada hal yang nak diselesaikan petang ini juga.
* * *
Aku pulang semula ke rumahku. Akihiko yang menghantar kami kembali ke sini. Aku lihat dia agak terpegun melihat rumah ini dan aku menjelaskan padanya tentang keraguannya itu. Terangguk-angguk kepalanya mendengar setiap penerangan aku itu. Sebentar kemudian, Rosalie tiba dengan menatang sebuah dulang. Ada jus buah-buahan campuran bersama sedikit cemilan untuk Akihiko yang disediakan oleh Rosalie petang itu. Aku mempelawanya untuk menikmati juadah itu. Matanya masih meliar melihat dekorasi rumah mewah ini. Nampaknya dia sangat tertarik dan menanyakan tentang lukisan tangan yang tergantung indah menghiasi dinding ruang tamu kediaman ini.
"Ricca... cantik betullah lukisan pemandangan ni.. lukisan bunga-bungaan itu pun buat saya sangat kagum, terpesona saya melihatnya..."
"Ye ke... tak sangka Encik Aki ni berjiwa seni.. semua lukisan ni hasil kerja tangan saya.. saya memang suka melukis..painting is my passion.." akui aku dengan tersenyum manis di hadapannya. Tertegun pemuda itu memandangku. Seketika mata kami bertembung, cepat-cepat aku larikan pandanganku, membuat dia kembali ke alam realiti.
"Oh.. really, tak sangka kita punyai hobi yang sama.. tapi saya rasa ada yang kurang dalam lukisan ni, ia macam tak cukup jiwa, nanti ada masa saya bawa Ricca dan anak-anak pergi ke rumah saya, saya ada galeri kecil di rumah.." beritahu Akihiko lagi.
"Ya, Mama... Bella ada tengok, Uncle Aki dah tunjuk pada Bella, cantik sangat Ma! Lukisan tu seolah-olah hidup... kan Alex..?" soal Bella pada kembarnya itu.
"Yup... it's so fantastic, Uncle Aki pun ada ajar kami macam mana nak melukis dengan betul.." terang Alex pula.
Akihiko meminta diri setelah jam menunjukkan tepat pukul lapan malam. Lama betul dia meluangkan masa dengan kami semua. Alex dan Carlisle yang paling gembira kerana sedikit sebanyak kerinduan nya pada seorang lelaki yang bergelar bapa terubat. Akihiko pula sejenis yang cepat mesra dan suka melayan. Apalagi budak-budak ni, betul-betul mengambil kesempatan.
Fikiranku mula melayang pada Erduardo. Aku juga amat mendambakan kehadirannya di dalam hidupku. Jujur, aku sangat merindui akan dirinya itu, namun jika perpisahan ini harga yang terpaksa aku bayar demi keselamatan diri dan anak-anak, aku terpaksa mengharunginya walaupun aku merasakan setiap saat diriku bagaikan dicarik-carik dan dihantui dengan bayangan Erduardo, lelaki pertama yang hadir dalam hidupku, mengajar aku erti cinta, kasih dan rindu. Lelaki pertama yang berjaya membuatku diriku tidak keruan.
Masa berlalu seiring waktunya yang telah teratur. Hujan, panas dan empat musim silih berganti dari tahun ke tahun. Pejam celik sudah tiga tahun aku menjalinkan persahabatan dengan Akihiko dan dia juga merupakan rakan kongsi perniagaanku dan hasil tunjuk ajarnya tentang selok-belok perniagaan membuatkan perusahaan peninggalan mendiang Mr Sebastian semakin pesat membangun. Kini aku berjaya menerokai pasaran antarabangsa. Saham syarikat pula sudah memasuki pasaran saham dan ia berjaya menduduki tempat kelima di dalam global pasaran saham dunia. Dan wajahku bersama Akihiko menghiasi majalah bisnes sepanjang tiga tahun berturut-turut. Aku sangat berbangga dengan pencapaianku itu, jika Mr Sebastian masih hidup pasti dia sangat berbangga dengan kejayaan anak perempuan tunggalnya ini.
'Papa....semua ni untuk Papa, Ricca dah berjaya Papa...!'
* * *
Suatu petang, Akihiko mempelawaku untuk makan malam bersama dengannya berdua, bagi meraikan kejayaan kami bersama. Seawal pukul tujuh, aku dah bersiap. Teruja, entahlah..aku pun tak dapat nak mendeskripsikan tentang perasaan ini. Kadang -kadang aku berasa sangat selesa dengan jejaka ini, kadang-kadang aku rasa kehadiran Akihiko tidak lebih seperti 'penjaga istimewa' untuk diri ini dan anak-anak.
"Amboi...cantiknya Mama malam ni nak pergi dating ya dengan Uncle Aki..." Bella mula menyakatku.
"Yup...bukan dating, just dinner..takde apa-apa pun antara kami, tak lebih hanya sekadar rakan kerja" balasku sambil menyisir rambut yang ku biarkan lepas. Skaf berwarna merah aku lilitkan di atas kepala untuk menambahkan seri wajahku.
"Ma..tak nak cari kebahagian sendiri ke? Dah enam tahun Ma, Daddy Ed tak pernah muncul lagi dalam hidup kita.." Bella merengus.
"But I still love him, tak kan pernah berubah..dah jangan risau pasal Mama, Mama tahu nak cari kebahagiaan Mama..." tegasku sambil mengelus jari-jemari Bella yang runcing.
"Tapi... how about us, Ma? Kami perlukan kasih sayang seorang ayah, kesian dekat Carl..setiap malam dia mengigau about Daddy Ed..." Bella berlalu ke arah katilku. Dia henyakkan punggungnya di birai katil empuk bersaiz king itu.
Aku hampiri Bella di birai katil. Aku labuhkan punggungku di sebelahnya. Tangan mengelus rambut lurus panjangnya yang dibiarkan lepas.
"Bella...berikan Mama masa ok, Mama janji, Mama tak kan pernah akan kecewakan anak-anak Mama"
Aku kucup sisi kepala Bella, dan aku tinggalkan beberapa pesanan untuknya supaya perhatikan tingkah adik-adiknya sepeninggalan aku. Bunyi hon yang panjang itu memberikan petanda kehadiran Akihiko di sini.
"Baiklah, Mama pergi dulu..janji tak lama"
"Takpe Ma, enjoyed your dinner...jangan risau Bella boleh jaga adik-adik.. jangan nakal-nakal ok with Uncle Aki.." usiknya lagi.
"Bella..! ok, Mama minta diri.." aku cubit manja pipi gebu Bella, suka benar dia mengiat aku.
* * *
Akihiko membawaku ke sebuah restoran hotel agak mewah pada malam itu. Aku perhatikan dekorasi di dalam restoran yang agak eksklusif ini. Terpempan aku jadinya apabila melihat lukisan yang menghiasi dinding restoran di salah sebuah sudut. Lukisan milik aku terpapar di situ, namun ada kelainan pada lukisan tersebut. Lukisan itu seperti hidup dan diberikan sedikit sentuhan istimewa. Aku dah tutup mulut dengan tapak tangan ini akibat terlalu terkejut. Aku lihat Akihiko hanya tersenyum.
"Jom kita duduk di sana... first of all, I'm so sorry about the painting..I tiru lukisan you tu..then I buat yang baru..." akui pemuda ini.
"I'm speechless...it's so beautiful, I tak kisah Aki.. cuma, boleh tak you tolong ajarkan I.."
Akihiko menganggukkan kepalanya. Sebentar kemudian, hidangan istimewa terhidang di atas meja. Stik dari daging jenis wagyu yang dipanggang sempurna dan dihidangkan bersama sos istimewa menjadi menu utama kami pada malam ini. Disajikan lagi dengan wain merah Chateau Margaux 1787 yang ternyata wain merah yang paling mahal yang pernah aku cuba sepanjang hidupku. Agak kuat bagiku, namun agak kena dengan tekakku dan aku menyukai rasanya yang mewah itu.
"Thanks Aki.. for the special dinner. I'm verry enjoyed it.."
"Anything for you... you ok tak ni? Wine ni agak strong ke untuk you, muka you dah merah.."
"No... I ok.." cepat saja aku menafikannya, padahal kepalaku terasa agak berat. Tak pernah pula aku rasa secepat ini aku akan mabuk. Aki ada letak sesuatu ke dalam minuman aku ni..?
Akihiko ajak aku menari, dan aku menerima pelawaannya itu. Pandanganku agak samar-samar di bawah sinaran lampu neon yang agak malap cahayanya. Dalam sedang asyik menari, aku dah rasa pinggang rampingku dipegang kejap oleh Akihiko sehingga meliar jatuh menyentuh punggungku. Aku yang separa sedar hanya membiarkan sahaja perlakuannya itu yang sudahku sangkakan dirinya sebagai Erduardo.
Bibir manis itu bertautan dengan bibir mungilku. Keghairahan cumbuan kami itu berlanjutan sehingga ke dalam bilik hotel. Aku tidak sedar apa yang berlaku lagi selepas itu.
Kepala yang masih memberat membuatkan perlahan-lahan aku membuka mata pada keesokkan paginya. Aku periksa diriku di bawah selimut tebal berwarna putih itu. Terkejut melihat diri yang sudah tiada seurat benang pun menutupi tubuhku ini. Aku kutip satu persatu pakaianku yang bergelimpangan di atas lantai. Mujur tak jauh mana terbangnya.
Lantaran tangan kekar yang masih melingkari pinggang ini membuatkan pergerakkanku sedikit terbatas. Mungkin menyedari sedikit gerakkan daripadaku, dia lantas tersedar.
"Good morning my lovely wife, mi amor.." tegurnya dengan suara yang serak basah itu. Wow seksi sungguh!
"Erduardo...! Abang...???"
"Yes, dear it's me... Ed.. Eduardo Marteenez..your husband.." lantas pipiku dikucupnya lembut.
"Abang..!!!!!" Aku terus memeluk tubuhnya. Erat, seerat-eratnya. Air mata ini gugur dengan lebatnya. Erduardo memujukku lantas kami melepaskan kerinduan kami yang sudah lama terpendam sehinggakan aku merasakan dunia ini milik kami berdua. Terlupa tentang segalanya untuk seketika. Cuma ada aku dan cinta hatiku ini sahaja di dunia indah ciptaan kami berdua. Berbunga mekar kembali diriku disirami baja kasih sayang daripada sentuhan Erduardo yang sudah lamaku nantikan. Diriku kini seperti berada di taman indah dengan ditaburi bunga-bunga cinta! Indah... tersangat indah..!
Assalamualaikum dan hai semua.. Abg Erduardo kembali setelah lama menyepi.. Minta maaf agak kelewatan mengupdate.. terimalah seadanya.. Enjoyed reading...
Share this novel