BAB 30 ( DI AKHIR NAFAS INI )

Drama Completed 12753

Aku lihat Camiela sudah menolak pintu kaca yang berhampiran untuk ke kolam mandi itu dengan keras.


"Papa....!!!!"

"Mama...!!!!"

Camiela menjerit mendapatkan aku dan Erduardo berhampiran kolam mandi itu dengan perasaan yang berbaur cemas. Jelas kelihatan di seraut wajahnya yang putih gebu itu sudah berkerut seribu. Segera kakinya melangkah mendekati aku di dalam cempungan Papanya itu.

"Papa dengan Mama ni kenapa, Mama jatuh kolam ke?" soal Camiela cemas.

Erduardo tertawa dengan pertanyaan itu, segera dia gelengkan kepala.

"No..takde apa pun yang perlu dirisaukan, selagi Papa ada di samping Mama..." jawab Erduardo bersahaja, lalu dibawanya aku ke dalam rumah menuju ke dalam bilik kami.

"Pa...I need your explanation..what's going on..?" Camiela mencebik tidak puas hati, fikiran yang sedia buntu bertambah menjadi runsing.

"Takde apalah, Camie..Papa just nak bergurau je dengan Mama tu" bisik Carlisle pada adik bongsunya itu. Kebetulan dia baru sahaja menghampiri kolam mandi itu.

"What?! Takkan bergurau macam tu sekali, Mama nampak macam marah je.." Camiela menghembuskan nafasnya sedikit kasar.

"Tak payah campurlah, kita buat kerja kita". Carlisle menghalang adiknya itu menghampiriku.

Aku semakin menjauh dari mereka bertiga setelah langkah Erduardo semakin laju dan besar. Sebentar kemudian, aku yang sudah lengkap berpakaian, diduduknya oleh Erduardo di birai katil kami.

"Sayang masih marahkan Abang?" soalnya ingin kepastian kerana dari tadi aku hanya membisu.

"Apa yang awak lakukan, kerana saya tiada sebab yang munasabah nak memarahi diri awak, Ed.." kataku sambil memainkan hujung jejemariku.

Sempat Erduardo tercengang mendengar kata daripada aku itu, otaknya belum dapat menerima perubahan yang agak drastik itu. Beberapa kali kepalanya digelengkan, namun seketika dia menguntumkan senyuman. Tangan yang sibuk mengeringkan rambutku yang basah dengan sehelai tuala kecil terhenti.

"Sayang, tunggu sini kejap, Abang nak ambilkan kerusi roda Sayang di luar.." pesan Erduardo.

Aku hanya anggukan kepala, menyambung kembali perlakuan Erduardo yang terhenti sebentar tadi. Sebentar kemudian, Erduardo tiba dengan sebuah kerusi roda elektrik kepunyaanku. Aku didudukkan di atas kerusi itu semula, dan segera meninggalkan Erduardo membawa diri ini ke dapur mendapatkan Rosalie di situ.

"Ros...kau buat apa di sini, boleh aku bantu.." sempat Rosalie terkejut dengan sapaanku itu. Tangannya naik mengurut dadanya.

"Eh, Ricca..tak perlulah, nanti Tuan Ed dan anak-anak kau marahi aku, mereka dah pesan jangan bagi kau buat sebarang kerja..." kata Rosalie serba-salah.

"Alah...aku bosanlah, takkan sekadar potong sayur pun tak boleh..?" aku dah pegang sayur lobak merah itu, namun pantas tangan Rosalie merampasnya kembali.

"Tak boleh, Ricca..apa kata kita berbual sahaja, biar aku buat kerja-kerja memasak ini. Lagipun dah nak siap dah ni.." kata Rosalie lagi.

"Oklah, jika begitu..mana Aunty Marry..aku tak nampak dia pun, dia tak tolong kau ke Rosalie..?"

"Oh, God..kau lupa ya, Aunty Marry kan dah lama mati Ricca, kau lupa lagilah ni.." jawab Rosalie lirih.

"Erm, Rosalie..dah siapkan ke makan malam" soal Erduardo yang tiba-tiba muncul di sini.

"Sikit lagi Tuan Ed, Puan Ricca ajak berbual, bosan katanya, kejap lagi saya hidangkan makanan" ligat tangan Rosalie menyudahkan kerja-kerja memasaknya.

"Baiklah, Sayang jom ikut Abang, jangan kacau Rosalie buat kerja, nanti lambat Sayang dapat makan, Rosalie ni kalau dah dapat berborak, lupa kerja-kerja dia ni.." Erduardo cuba berseloroh, namun aku nampak Rosalie dah tarik muka.

"Awak ni kan, Ed..tak baik tau buat kawan saya macam tu.." tangan naik menampar lembut lengan kekar itu. Erduardo hanya tersenyum sementara lengannya sudah menolak kerusi roda ini menjauh dari kawasan dapur itu.

Makan malam kami selesai jua dengan menjamu roasted spaghetti squash with cheesy bacon bersama lemonade sparkling jus. Erduardo membawa aku berehat sejenak di kolam mandi itu setelah usai menjamu selera. Dia macam tahu-tahu sahaja aku nak ke sana. Aku didudukkannya di atas kerusi rehat yang ada berhampiran kolam tersebut. Erduardo sudah melabuhkan punggungnya di sisiku.

Aku luruskan pandanganku melihat ke dada langit yang diterangi dengan taburan bintang. Bintang -bintang yang berkerlipan pada malam ini sangat bersinar, cantik menghiasi dada langit yang luas terbentang di ruang angkasa itu. Pandangan beralih pula pada wajah lelaki yang setia menemaniku. Dia sedang tersenyum manis dengan wajah yang bersinar disimbahi cahaya bulan yang mengambang. Aku turut mengoyakkan senyuman di situ. Hatiku jadi damai dan setenang air yang membiru di kolam mandi itu.

"Sayang...kenapa kau membisu sahaja malam ni?" soal Erduardo yang sudah mengelus lembut jari-jemariku.

"Saya sedang menikmati pemandangan yang sangat indah, Ed..tiada kata yang saya ingin ucapkan, menatap wajahmu buat saya kehilangan kata-kata.."

"Amboi, sejak bila Sayang pandai bermadah pujangga ni..? ingatkan Abang je.."

"Awak yang ajar saya, Ed..awak lupa ya..?" aku sentuh pipi Erduardo. Aku elus sejenak.

Erduardo hanya menguntumkan senyuman, melihat aku yang sedikit menggigil kedinginan akibat bayu lembut yang menghembus, cepat-cepat dia tanggalkan jaketnya lalu disarungkan ke tubuhku.

"Abang peluk Sayang ya...sejuk ya, kuat pulak angin bertiup malam ni, atau nak masuk ke dalam.." Erduardo soal aku yang dah mula tidak betah berlamaan di situ.


"A...bang.." aku cuba untuk memanggil Erduardo dengan panggilan itu. Erduardo dah tersenyum lebar. Kekacakkannya terserlah.

"Cuba panggil sekali lagi Sayang..Abang ingin mendengarnya lagi.." pinta Erduardo bersungguh.

"Abang...A..bang, aahh, janggal sungguh saya rasakannya, Ed.." aku dah tertunduk malu, tertawa kecil aku sendirian. Langsung kedua belah tanganku angkat menutup wajahku.

"Mulai saat ini, cuba panggil Abang dengan panggilan itu. Lama-lama nanti Sayang akan biasa.." Erduardo menyentuh tanganku lalu dielusnya perlahan. Lembut dia menjatuhkan kembali kedua belah lenganku ke ribaanku. Pipi kiriku dikucupnya mesra.

"Baiklah...saya akan panggil awak dengan panggilan itu, sebelum tu boleh tak bawa saya duduk di situ, Abang Erduardoku yang kacak lagi gagah perkasa". Pintaku yang dah mendepakan kedua belah tanganku.

"Ok, jom..sepertinya Sayang mahu imbas kembali kenangan lama kita.." lebar senyuman Erduardo.

Tidak tunggu lama Erduardo mencempung tubuhku dan dibawanya aku duduk di atas rumput karpet yang menghijau itu. Dia labuhkan duduknya di sampingku. Sebentar kemudian, dia menarik lembut lenganku dan dia biarkan aku duduk bersandar di dada bidangnya. Erduardo mengelus lembut rambutku yang panjang yang sudah rapi disanggul itu. Tangan kekarnya itu menarik penyepit rambutku dan terurai rambutku itu di dalam sanggulannya. Rambut lurus yang terurai yang sempat menutupi wajah ini, diselitkannya di balik cuping telingaku.

"Sayang lebih cantik begini, Abang lebih suka lihat rambut Sayang lepas begini..kau sangat cantik Carda..maafkan aku sia-siakan masa kita cukup lama..aku menyesal, Sayang..sungguh aku menyesalinya. Maafkan aku kerana terlalu ego!" lirih suara Erduardo kudengari, dia mendengus keras. Membuang nafasnya dengan berat.

Aku hanya gelengkan kepala, tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Erduardo. Tidak ada satu pun yang terlintas di fikiranku tentang lelaki ini pada masa lalunya. Yang aku ingat hanyalah masa kecilku, saat pertama kali aku bertemu dengannya sehinggalah aku terpaksa berpisah dengannya sewaktu dia dibawa pergi oleh ketua penjenayah itu.

"Abang... merepek apa ni..?" soalku yang kebinggungan.

"Erm... tiada apalah, jom kita masuk, hari semakin larut, sejuk berembun di luar ni.." lengan kekar Erduardo sudah mencempung tubuhku dan dibawanya ke dalam rumah dan terus menuju ke dalam bilik tidur kami.

Dibaringkan tubuhku di atas katil bersaiz king itu dengan berhati-hati. Sebentar kemudian, dia berbaring di sebelahku, tubuhku ditariknya merapat ke dalam pelukannya. Matanya menatap tepat wajahku di dalam sinaran cahaya lampu tidur yang ada di atas meja sisi di sebelahnya. Bibirnya diletakkan di puncak kepalaku, manakala jejemarinya mengelus lembut setiap inci wajahku. Dimulainya dengan menyentuh alisku yang terbentuk cantik, jatuh pula pada hidungku yang mancung dan turun pada bibirku yang mungil memerah bak delima. Berputar-putar jari telunjuknya itu menggelilingi bentuk bibirku yang bisa menggoda hati lelakinya. Tidak tunggu lama, bibirnya memagut kemas ulas bibirku sehingga basah dan dia berjaya membuatkan aku hanyut dengan sentuhannya itu.

* * *

Hari-hari yang ditunggu akhirnya menjelma jua. Aku dan Erduardo mengambil tempat yang sudah dikhaskan untuk memainkan instrument kami. Erduardo kelihatan segak dengan sepasang tuxedo serba putih di hari bahagia kedua anak kandungnya yang bakal disatukan dengan pasangan pilihan masing-masing sebentar sahaja lagi. Aku hanya menyarungkan sepasang gaun ringkas sedondon dengan warna tema pilihan Camiela pada hari bersejarahnya ini.

Rambut panjangku hanya dihiasi dengan gaya blow di hujungnya dan dihiasi dengan bunga-bungaan kecil di tengah-tengahnya. Erduardo sudah siap sedia di tempat duduknya di sebuah piano seperti kaca itu dan aku sudah duduk disebuah kerusi yang tidak jauh dari tempat Erduardo melabuhkan punggungnya. Dalam kiraan tiga, aku dan Erduardo memainkan not-not dari biola dan piano tersebut yang membuahkan satu irama dan lagu yang merdu, bersesuaian dengan tema majlis kami pada hari ini.

Aku mengesek tali biola itu dengan kayu pengeseknya dengan penuh bersemangat sekali. Aku berikan permainan yang paling terbaik buat majlis istimewa kedua-dua anakku ini. Erduardo juga tidak kalah hebatnya, apabila jejemarinya ligat memetik setiap satu not dari nota-nota muzik itu yang sudah terakam kemas di dalam kotak fikirannya. Dan kebanyakkan lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu yang sudah biasa didendangkannya kepadaku. Aku rasa kalau dia tutup mata pun, dia masih dapat mainkan lagu itu dengan baik. Tepukan gemuruh diberikan sebaik sahaja kedua pasangan mempelai telah selamat disatukan.

Kelihatan Carlisle dan Camiela sangat bahagia saat ini disamping pasangan masing-masing. Setelah selesai upacara di gereja, majlis diteruskan di sekitar perkarangan mansion mendiang Mr Sebastian. Aku dan Erduardo masih lagi dikehendaki memainkan beberapa buah lagu untuk memeriahkan lagi majlis upacara memotong kek perkahwinan mereka. Dua biji kek setinggi lima tingkat itu sudah siap dibawa masuk dan menantikan pasangan mempelai memotongnya. Aku lihat kemesraan pasangan pengantin itu dan tanpa sedar air mataku mengalir membasahi kedua belah pipiku. Segera aku hapuskannya dengan telapak tanganku, tidak mahu sesiapa yang menyedarinya.

Majlis diteruskan lagi sehingga ke malam harinya. Kali ini, majlis hanya diraikan oleh teman rapat kedua pasangan mempelai. Aku dan Erduardo hanya jadi pemerhati di pohon sakura itu, kelihatan mereka sangat-sangat gembira diatas penyatuan ini. Carlisle tidak lepas memeluk pinggang ramping isterinya, Carolina, manakala Camiela di dalam rangkulan Carlos. Mereka sedang meraikan kemeriahan malam ini dengan gelak tawa dan pelbagai jenis tarian yang diiringi pelbagai jenis muzik. Sakan mereka berdansa bersama dengan teman-teman yang meraikan mereka dengan ditemani pasangan masing-masing. Tiupan sang bayu lembut di pantai malam ini dan diterangi cahaya lampu-lampu neon yang bergemerlapan bagaikan menghidupkan lagi suasana romantis majlis yang sedang berlangsung.

Aku jadi terleka dengan melihat kegembiraan mereka di dalam dakapan Erduardo dari arah belakang. Sesekali aku dapat merasakan ciuman Erduardo singgah di serata inci wajahku. Hembusan nafasnya yang menyentuh kulit membuatkan aku sekali-sekala mengeliat kegelian. Erduardo hanya tersenyum, senyuman itu memekar sehingga aku hanyut dibawanya terbang dan tenggelam dengan sentuhannya yang penuh dengan semarak api cinta yang 'membunuh' perasaanku. Berkali-kali aku rasa mati di dalam tindak-tanduknya itu, dia tidak pernah gagal buat aku merasakan kehangatan api cintanya itu. Bagai membakar seluruh hatiku yang sedang membeku.

"Ed, ops... Abang, I love you, Erduardo.." aku ungkap dengan penuh rasa cinta.

"I love you too, mi amor.." lembut dia mengucup bibirku.

Sedang leka aku rasai kehangatan dari kucupan itu, kami dikejutkan dengan teriakkan kuat para tetamu yang menerima serangan secara tiba-tiba oleh sekumpulan penjenayah yang menggunakan topeng berkepala serigala. Bertempiaran para tetamu cuba menyelamatkan diri, namun pasir yang memutih sudah disimbahi lautan darah manusia yang bergelimpangan mati dibunuh dengan kejam.

Aku cuba berteriak, namun pantas lengan Erduardo menekup mulutku dan memberikan aku amaran supaya jangan membuat sebarang suara dan terus kekal diam. Aku terpempan sebaik sahaja Erduardo sudah mendapatkan mereka dengan berdiri megah di situ. Di tangannya sudah siap sedia memegang sebilah pedang samurainya yang masih lagi bersarung tinggal masa untuk mengeluarkannya dan menghunus kepada penjenayah yang tinggal seramai sepuluh orang itu sahaja.

Erduardo juga sudah dikepung oleh penjenayah bersenjatakan yang sama sepertinya, nasib Erduardo cepat bertindak menyelamatkan dua pasangan pengantin itu, walaupun Carlos bersama Carlisle sudah mengalami sedikit kecederaan.

"Woi...!! kau orang semua selesaikan dengan aku, jangan libatkan mereka.. aku kan yang engkau semua cari..!!!!" tempik Erduardo lantang, sempat menggegarkan jantungku.

"Kamu berempat pergi dari sini segera, larikan diri sejauh mungkin, bawa perempuan di bawah pokok sakura itu sekali, cepat!!!!" Arah Erduardo dengan penuh ketegasan.

"Erm... akhirnya aku jumpa kau juga budak hingusan! Serang dia sekarang... aku nak dia mampus..!" Tempikkan itu aku dengar dengan jelas. Aku percaya itu mungkin ketua mereka. Menggigil tubuhku saat ini sebelum diri ini dibawa pergi oleh Camiela bersama Carolina. Aku lihat gaun pengantin mereka sudah dicemari darah membuatkan sepasang mataku jadi berpinar. Kepalaku berdenyut hebat pabila melihat pula kecederaan yang dialami oleh Carlisle dan Carlos.

Di hujung sana, Erduardo sedang bertarung hebat dan dibantu oleh Alex. Tidak sampai setengah jam, penjenayah seramai sepuluh orang itu tumpas dengan limbasan jurusan rahsia Erduardo. Tidak seorang pun yang mampu membalas serangan mautnya itu. Sebentar kemudian, Erduardo mendapatkan aku dan setiap ahli keluarga yang sedang berkumpul di pekarangan rumah mewah itu. Kelelahan aku lihat Erduardo bersama Alex yang sudah dicemari dengan darah merah yang pekat di setiap inci kemeja putihnya itu.

"Pa.. Alex, baik kita ke hospital sekarang, Carl dan Carlos tercedera, Mama pun macam terkejut sangat tu.." ujar Bella terketar-ketar.

"Baiklah, jangan risau Papa dengan Alex selamat, cuma penat sahaja.." kata Erduardo pada Bella. Aku lihat dadanya berombak kencang.

"Pa... Papa ok tak ni...? Pa...Papa..!!!"

"Mama...!!!!"

* * *

Tiga hari berlalu..

Aku lihat Erduardo terbaring kaku di atas katil hospitalnya itu. Dada bidangnya itu dibungkus dengan plaster besar berwarna putih. Matanya masih terpejam rapat. Denyutan jantungnya juga berdengup perlahan. Aku sentuh jejemarinya, dan terasa ia bergerak-gerak perlahan, seperti membalas rangsangan daripada sentuhan itu.

"Doktor... jari dia bergerak doktor... !" aku teriak memanggil doktor yang kebetulan sedang membuat pemeriksaan di katil bersebelahan dengan katil Erduardo.

"Erm, maafkan kami puan, tolong keluar sebentar..doktor hendak membuat pemeriksaan pada pesakit..." kata seorang jururawat padaku.

Aku tinggalkan Erduardo sebentar, hanya memerhati di sebalik cermin kaca itu. Seketika, bahuku disentuh lembut oleh Bella.

"Ma... macam mana keadaan Papa... Carlisle dan Carlos dah semakin sihat...esok mereka berdua boleh keluar dari hospital ini..."

"Siapa...? aku tak kenal mereka... kau sendiri siapa..?"


"Ma... aku, Bella...anak Mama.." kata Bella sedikit meninggi.

Aku geleng kepala, sentuhan dari Bella aku tepis kasar. Aku sudah tidak selesa dengan kehadiran Bella di situ.


"Puan, ada apa-apa masalah... ?" tanya seorang jururawat yang melintasi kami.


"Nurse, kenapa dengan Mama saya, dia seperti tidak mengenali saya lagi.." ujar Bella sedikit merintih.


"Oh... Puan Ricca ya, awak ni tentu anak dia kan..saya ingat lagi wajah Puan..." kata jururawat itu pada Bella. Aku lihat Bella sudah menganggukkan kepalanya.


"Begini.... Puan Bella, menurut doktor yang merawat, Puan Ricca sudah mengalami kerosakkan saraf otaknya untuk mengingati segala yang berkenaan tentang dirinya. Penyakit Alzheimernya sudah menyerang dan diburukkan lagi dengan penyakit Demensia yang sudah menular baru-baru ini...untuk penerangan lanjut nanti saya cadangkan Puan Bella berjumpa dengan Dr Alberto... saya minta diri dulu..." terang jururawat itu panjang lebar.

"Terima kasih nurse Lisa, boleh bawakan saya berjumpa dengan Dr Alberto..." pinta Bella yang masih berdiri di sebelahku.

"Ok...sure jom ikut saya... sebelum tu kita hantar dulu Puan Ricca ke dalam bilik ini semula" mereka berdua menolak kerusi rodaku, namun aku keras membantah. Sedikit terasa dengan kata-kata jururawat bernama Lisa ini tentang diriku sebentar tadi.

"Takpe nurse, saya boleh buat sendiri.." aku masuk semula di dalam bilik wad yang menempatkan Erduardo. Bella pula mengikuti langkah jururawat Lisa dari belakang.

Aku hampiri Erduardo yang dah mula sedar. Walaupun aku sudah tidak dapat mengingati dirinya itu, namun ada perasaan yang aneh dalam diriku apabila terpandang seraut wajahnya itu.

"Sayang...Sayang..! hey..Abang panggil ni kenapa buat tak tahu je...?" Erduardo menyentuh lenganku.

"Awak siapa...? awak Marteenez kan?" soalku pada lelaki ini. Erduardo mengangguk. Itu juga sebaris namanya.

* * *

Barulah dia faham dengan keadaanku yang tiba-tiba berubah setelah dimaklumkan oleh seorang doktor yang bertanggung jawab merawatku. Erduardo kini dibenarkan pulang setelah seminggu dia ditahan wad kerana kecederaan yang dialaminya di bahagian dadanya.

"Carda... di sini rupanya mi amor.. puas Abang cari tadi.." teguran Erduardo hanya aku biarkan seperti angin lalu. Tangan sibuk menyusun bunga sakura yang gugur.

"Siapa Carda...?" soalku pada Erduardo yang sudah membawa aku di dalam ribaannya.

Erduardo tidak menjawab malah bibirku pula menjadi sasarannya.

"Siapa Carda, Marteenez... kau curang dengan aku ya?!" aku ulang soalan yang sama pada lelaki ini.

Sekali lagi bibir ini jadi sasarannya. Namun makin dalam tautan itu. Melihat aku yang sudah tercungap baru dia lepaskan kucupan itu. Tersenyum dia di situ.

"Sekarang ingat tak? Aku tak pernah curang dengan kau Carda...! I swear..."

"Carda lagi... aku ni Sakura... nama aku Sakura..mana datangnya Carda tu..?!" naik seoktaf nada bicaraku.

"Kau, jangan main-main Carda... aku tahu kau cuma berguraukan..?" Erduardo semakin cuak.

Aku tertawa, memang sukar untuk aku menipu dirinya itu. Kali ini aku pula yang bertindak seperti dirinya awal-awal tadi. Habis wajahnya aku cium dan dia hanya melerakannya.


"Ada hati ya, nak tipu Abang...Abang ni dah masak dengan perangai isteri Abang ni.."


"Saja nak duga.. mana tau Abang berubah.. orang kata lelaki ni lagi tua, lagi hot.. nak juga tahu 'hot' tu dari segi apa..?!"

"Nak cuba ke..? ok kita try kat sini sekarang.. nak?!" tangan Erduardo sudah menarik zip belakang baju dressku.

"Abang... tak malu ke anak-anak tengok?"

"Anak-anak kita mana ada, semua dah pergi bercuti... tinggal kita berdua je ni, buat apa nak malu?"

"Argh... gatal... malas nak layan.."

"Abang gatal dengan Sayang je... jomlah tadi kata nak try.." Erduardo masih giat mengenakan aku.

"No..no...Mr Marteenez, don't do that... Marteenez..no..!" Erduardo tidak mempedulikan, malah lebih giat dia mencumbui setiap inci tubuhku.

Aku dipeluknya di dalam dakapannya penuh kasih. Aku elus lengan sasanya dengan lembut. Aku dan Erduardo tengah bersantai di pohon sakura itu melihat mentari terbenam.

"Carda... mencintaimu aku rasa satu anugerah yang paling terindah dalam hidupku..." Erduardo mengungkap kata setelah lama kami membisu.

"Lagi.... dah mulalah tu, bermadah pujangga.." aku tampar lembut lengan sasanya itu.

"Carda, di akhir nafas ini aku mahu hidup bersama dengan kau Carda... kita tidak akan terpisah lagi.."

"Sshh..." aku kucup bibir nipis Erduardo untuk menghentikan bicaranya.

Tak usah kau ungkapkan itu lagi wahai suamiku, walaupun aku terkadang dan semakin melupakan dirimu, aku tak pernah sanggup untuk berjauhan dengan dirimu, Abang....selama ini kau terkenal dengan jolokkan 'suamiku sipembunuh upahan', memang benar Abang, setiap hari kau tidak pernah gagal membunuh hatiku dengan cinta kau yang membara.

Aku sayang kau... 'Suamiku SiPembunuh Upahan'..! sehingga di akhir nafas ini aku berharap Tuhan hadirkan engkau untuk sentiasa menemani diriku ini.

"I love you, My Hired Killer's Husband, Mr Erduardo...!!!!!" aku teriakkan kata-kata itu di tengah-tengah lautan ketika senja semakin berarak pulang.

"I love you too... My Lovely Wife, mi amor...!!!"
Erduardo juga menjerit agak lantang di situ.

Aku tersenyum lebar jadinya mendengar kata cinta itu. Hatiku berbunga-bunga seakan terasa seperti rerama mula berterbangan di sekitar perutku yang kempis. Aku halakan pandanganku pada wajah lelaki itu yang mula mendekat. Dari mata turun ke hati. Tautan bibirnya itu seakan penawar bagi hatiku yang dilanda pelbagai persoalan. Semakin lama semakin mendalam. Ya! aku jatuh cinta berkali-kali dengan jejaka ini. Memang kena sangat gelaran itu pada dirinya..berkali-kali aku di'bunuh'nya..!


-TAMAT -

Erna Md Nordin
Seremban,
Isnin, 19 Februari 2024/
9 Syaaban 1445H
11.06 p.m

Assalamualaikum dan hai semua... Akhirnya, kisah Abg Erduardo dengan Si cantik manis Carda melabuhkan tirai.. alhamdulillah.. Enjoyed reading gaisss! Pada sesiapa yang masih sudi follow author diucapkan ribuan terima kasih.. author berharap di masa akan datang penulisan author semakin diterima dan dapat menghasilkan karya-karya yang lebih baik. Love you all.. terima kasih di atas sokongan yg diberikan..sesungguhnya yg baik itu kita jadikan teladan yg buruk itu kita jdkn sempadan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience