BAB 10 ( MANGSA CULIK )

Drama Completed 12753

Pada petang itu, Erduardo membawa aku bersiar-siar di sebuah pantai yang cantik, sepertinya aku pernah menjejakkan kaki di sini. Tiupan sang bayu yang lembut menampar-nampar wajahku membuatkan aku terasa damai.

Di sekitar tepi pantai, pepohon yang rimbun menghijau terliuk-liuk mengikut sang angin yang menghembus. Mataku tepat merenung laut. Laut benar-benar bergelora. Gelora laut masih belum reda, gelombang-gelombang ombak gila menggulung, mengecil dan kemudiannya pecah di pantai. Kemudian kembali ke laut semula. Terus berulang- ulang sisipan hidup sang laut itu tanpa ada masa hentinya.

Di hujung sana si helang menunjukkan kepakarannya berlegar di permukaan laut, menolak sayap ke belakang, menjunam diri di permukaan laut dan si ikan terperangkap di cakar kakinya. Tertegun aku melihat adegan itu dengan mata kepalaku sendiri.
Tidak sedar kehadiran sang suami yang telah melabuhkan tangan kekarnya di pinggang rampingku. Dia memeluk kejap dari belakang. Sesekali melabuhkan ciumannya di bahuku yang terdedah.

"Tengok apa tu Sayang, ralit dari tadi.. Ed peluk pun tak sedar.. kalau orang lain yang peluk pun, mesti Carda serah diri je kan.."

"Tak mungkin, sebab Carda tahulah.. Carda biarkan aje.. Carda tengok eagle tengah tangkap ikan kat laut tu.."

"Erm.. nak tunggu sampai sunset.." soal Erduardo lagi. Tangannya masih kemas memeluk pinggangku, dagunya pula disangkutkan di bahuku.

"Up to you.. tapi kejap lagi je dah nak senja ni ..tengoklah tu, cahaya dah mula redup, jom kita duduk dekat batu besar sana tu.."

Kami berpimpinan tangan menuju ke batu besar itu. Aku labuhkan punggungku di ribaan Erduardo seperti mana yang dipintanya awal-awal tadi. Di penghujung hari, senja mula menampakkan diri. Cahayanya merah kejinggaan meliputi latar laut yang terbentang luas.

"Cantiknya Ed.." aku memuji keindahan alam. Lengan Erduardo aku elus lembut.

"Cantik.. tapi tak secantik my sweet lovely wife.. Carda yang terpaling cantik di mata Ed, tiada tandingnya.." tulus dia mengungkap kata itu.

"Amboi, sweet talker.. jangan puji lebih-lebih, nanti Carda dah tak cantik macam mana..?"

"Carda sentiasa cantik di mata Ed.. percayalah..kita pergi makan jom.. perut Ed dah lapar.."

Aku hanya tersenyum melihat tangan Erduardo
menggosok-gosok perutnya yang dihiasi enam ketul roti bun itu. Bahagian tubuh badan milik jejaka tampan ini yang tidak pernah gagal menggoda naluri kewanitaanku. Aku betulkan kembali kemeja yang tersarung di tubuh sasanya itu. Setiap butang yang terbuka aku kancingkan kembali. Sesekali jejemari ini nakal mengelus ke bahagian itu, dan segera jari-jari panjang Erduardo menangkap jari-jemariku yang menjalar di sekitar itu. Terjerit aku dengan tindakan pantasnya itu. Sudahnya pipiku diciumnya beberapa kali.

"Nanti kita sambung dalam bilik, sebelum tu kita makan dulu ok.. Ed dah lapar sangat ni.."

"Ed! tunggulah... tahulah lapar.. Ed...! Ed!.." tertawa aku di dalam cempungannya itu sambil dibawanya aku berlari.

Setibanya di sebuah restoren yang berhampiran pantai tersebut, tubuhku diturunkan perlahan-lahan. Kami beriringan melangkah masuk ke dalam restoren eksklusif itu. Makanan dipesan sebaik sahaja seorang pelayan restoren itu menghampiri meja kami dengan membawa dua buah buku menu. Sementara menunggu makanan sampai, aku meminta diri ke tandas sebentar. Setelah urusanku selesai di sana, aku mendapatkan kembali Erduardo di meja kami. Makanan yang dipesan juga sudah terhidang di atas meja kaca segiempat sama itu. Kami menikmati makan malam kami dengan penuh tertib dan berselera sekali.

"Happy anniversary my love.., you're my best friend, my patner in crime, my better half and my everthing.. I love you so much, mi amor.." Erduardo membisikkan kata-kata manis itu di cuping telingaku.

"Oh ya... sorry I'm forget about it.. but I love you too.." Jejemari Erduardo aku genggam erat.

Champagne yang dituang ke dalam gelas kaca berkaki langsing itu kami sulang bersama dan kami meneguknya sedikit rakus, lelehan di tepi bibirku Erduardo hapuskan dengan menggunakan bibirnya, dan seketika bibir kami bertautan sehinggakan mengeluarkan sedikit bunyian dari tautan yang agak berahi itu. Berselang-seli madah cinta dengan tautan bibirnya di bibir mungilku.

Seperti yang dijanjikan, Erduardo membawa aku terus ke bilik hotel kami untuk melempiaskan keinginan yang memuncak itu. Aku rasa bagaikan seperti malam pertama kami direalisasikan oleh Erduardo kembali pada malam ini. Tubuhku sudah selamat di dalam cempungannya seperti seorang pengantin di malam pertama mereka. Sesekali bibir nipis kemerah-kemerahannya menyambar bibir mungilku.

Tubuhku dibaringkan secara perlahan-lahan di atas katil empuk bersaiz king itu. Erduardo menatap wajahku penuh kelembutan, wajah kacaknya itu sentiasa dihiasi dengan sebaris senyuman yang memukau. Mata kami bertatapan, penuh dengan keinginan yang membara, sehangat api cinta yang membakar gelora di jiwa. Bertalu-talu aku menerima kuncupan cinta daripada si gagah perkasa, cinta sejatiku.

Deruan nafas yang menggila, membuatkan dadaku yang membukit, berombak kencang dan kelihatan sangat menggelorakan hati si jejaka. Tanpa lengah terus dibawanya bibirnya ke arah itu, sebelum membenamkan kepalanya di ceruk batang leherku yang jinjang. Menggeliat tubuhku apabila Erduardo menyentuh kawasan sensitifku itu.

Keadaan bilik yang suram dengan wangian lavender dari lilin aromaterapi itu menyemarakkan lagi semangat kami pada malam itu. Erduardo menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan baik sekali terhadapku pada malam itu. Dia tahu apa yang aku inginkan daripadanya. Sentuhannya yang penuh kelembutan itu membuai-buai perasaanku sehinggakan berjaya membawaku berasa terbang bebas di awang -awangan. Sepertinya aku merasakan dunia ini hanya milik kami berdua malam itu. Akhirnya, aku tertidur pulas di dalam dakapan hangatnya sehingga ke pagi.

Mentari terik yang menyinar di bilik ini berjaya mengejutkan aku dari lena. Aku gosok-gosokkan perlahan mataku sebelum membukanya lebih besar. Aku lihat tempat di sebelahku telah kosong dan hanya tinggal secebis nota kecil untukku.

Ed turun dulu, cari Ed dekat pantai..sarapan atas meja.. pakai baju yang tergantung di dalam almari.

Love,
Erduardo Marteenez Fernandez..

Aku tersenyum di atas katil. Nota itu aku kuncup sayang. Tulisan tangan Erduardo terlihat cantik dan sangat kemas. Aku lipat kemas kertas kecil warna merah jambu itu dan aku simpan di dalam laci. Bantal milik Erduardo aku ambil dan aku sedut haruman itu dalam-dalam. Aku peluk sebentar membayangkan aku tengah memeluk dirinya. Aku tertawa sendiri dengan perilaku itu. Jika ketahuan oleh Erduardo pastinya aku digelakkan sepuas hatinya. Tergeleng kepalaku memikirkan itu.

Aku bawa diriku ke kamar mandi. Segera aku bersihkan diri dan bersiap dengan sepantas mungkin. Pintu almari itu aku tolak perlahan, ada sepasang dress warna lavender bercorak bunga -bungaan kecil warna kuning tergantung cantik di dalam almari itu. Lengkap dengan sepasang pakaian dalam jenama Victoria's Secret warna merah jambu yang agak seksi potongannya. Tak kalah cita rasa Encik Suamiku ini.

Segera aku pakaikan di tubuh langsingku ini. Berpusing-pusing aku jadinya di hadapan cermin meja solek itu. Rambutku yang panjang aku ikat cara ekor kuda. Aku semburkan sedikit lagi minyak wangi di tubuhku agar sentiasa wangi dan segar. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri segera aku ambil sarapan yang telah tersedia di atas meja. Tortila ayam bersama segelas susu segar telah selamat mendarat ke dalam perutku. Tidak sabar lagi aku ingin berjumpa sang kekasih hati. Sandal jenis flip flop itu aku sarung ke kaki. Langkah aku hanyunkan sedikit laju menuju ke pantai.

Di seberang sana, aku lihat Erduardo sedang melambai-lambaikan tangannya di hadapanku. Terus aku berlari mendapatkannya. Gayanya seperti sudah berkurun lamanya terpisah. Aku peluk tubuh tinggi lampai itu dengan erat. Erduardo pula melabuhkan ciuman ringkasnya di dahiku.

"Carda.. lepaslah, you make me turn on ok.." bisiknya di cuping telingaku.

"Erm.. I miss you so badly.." balasku yang masih lagi memeluk pinggang miliknya. Kejap pelukan itu.

"Don't blame me if something happens to you after this.."

"I don't care.. because you're mine.. and I'm yours"

Terbuntang mata Erduardo mendengar apa yang terluah di bibirku itu sebentar tadi. Jejemarinya mencuit hujung hidung mancungku dan terus memicitnya kerana aku masih ingkar dengan pintaannya tadi. Terlepas serta-merta pelukanku terhadapnya.

"Fuh! Lega.. Carda nak bunuh Ed ke ni.. Ed tak bernafaslah Sayang.. pelukan tu istimewa sangat.. saja kan.." suaranya sengaja direndahkan terdengar mengoda di halwa pendengaranku.

"Erm.. saja nak goda Encik Suami sendiri tak salahkan.." aku muncungkan sedikit bibirku, jari-jemari masih menggosok-gosok hujung hidungku yang sedikit kemerahan.

"Ala.. la.. la... sorry Sayang.. janji buat lagi.." kata Erduardo dalam tawanya.

"Abang... nakal ya..."

"Sorry... what?! Abang.. you called me Abang.."

"Yes, kenapa tak percaya..?" soalku kembali.

Kepala digelengkan. "Terima kasih Sayang.. akhirnya.. doa Abang didengari Tuhan". Seraya melabuhkan ciumannya di bibirku. Aku balas ciumannya itu sehingga tercungap-cunggap aku mencuri oksigen kembali.

"Sayang ok tak ni... sejak semalam lagi cepat sangat Sayang lepaskan ciuman Abang.. kenapa tak macam dulu.. macam sesuatu je Sayang sekarang ni.."

"Entah... Sayang rasa badan ni cepat letih, pening, loya-loya.. tapi kalau peluk Abang rasa tu terus hilang.."

"Entah-entah Sayang pregnant kot.. kita pergi check nak.. mana tahu ada Erduardo Jr dalam perut Sayang ni..." lantas perutku yang langsing kebetulan sedikit terdedah itu dielusnya lembut.

"Ok.. tapi sebelum tu boleh tak tolong belikan Sayang coconut shake kat gerai sana tu.. teringin sangat nak minum.. tekak ni pun haus dari tadi asyik berlari je.."

Erduardo menganggukkan kepala, meninggalkan aku seketika di sebatang pokok oak yang merimbun. Aku labuhkan punggungku di tunggul kayu itu sambil memandang air pantai yang jernih membiru. Tanpa sedar aku didatangi seorang jejaka menyapaku dari arah belakang. Tangan kekarnya pantas menekup sehelai kain di mulutku dan akhirnya aku terkulai di dalam dakapan jejaka itu.

* * *

"Lepas... lepaskan aku.. ! LEPAS!!!!" Aku teriak sekuat hatiku. Mahu tercabut rasanya kerongkong aku ini, namun aku tidak peduli.Terus-terusan aku menjerit sehingga bergema suaraku di sebuah gudang lama itu.

"Woi.. diamlah.. bingit tau tak..lagi lama kau kat sini, boleh pekak telinga aku ni.. Bos apa ni bos.. perempuan ni manusia ke anjing jadian, menyalak tak sudah-sudah..."

BANG..!

Tumbang jasad seorang lelaki yang bercakap buruk pasal aku tadi. Aku tidak gentar, malah aku sokong perbuatannya itu. Berani-beraninya dia menghina diriku. Mungkin dia orang suruhan Papa Sebastian dalam fikiranku.

"Terima kasih awak.. datang selamatkan saya.. tapi kejap.. kenapa dia panggil awak Bos.. awak Bos dia ke..?" Soalku kepada lelaki bertopeng bertubuh kekar itu.

"Hahahaha....sabar Sayang.. jangan takut ok.. Abang takkan biarkan Sayang tersakiti...berani dia nak menghina kesayangan Abang..."

Aku lihat dia menapak ke arahku. Bibirku dipagutnya kemas, namun ada sedikit kekasaran dan kegopohan di situ, membuatkan aku segera melepaskan tautan itu. Aku dapat merasakan dia bukan Erduardo, suamiku.

"Sayang, kenapa tak balas ciuman Abang.. Abang rindukan Sayang.. rindu sangat-sangat... Maribel, I miss you so badly.."

"Ale..Alejandro.. Oh no... why you make me like this.. I'm not you're Maribel.. I'm Ricca.."

"No... no... kau Maribel aku... Aku sayang kau Maribel.. kenapa kau tinggalkan aku... mana kau pergi selama ini.."

"Dr Alejandro... lepaskan Ricca dulu.. Ricca sakit diikat begini.."

"Maaf, Sayang... aku tak boleh lepaskan kau, nanti kau lari lagi tinggalkan aku..!" Bentak Alejandro, sedikit meninggi nada suaranya.

"Aku janji, kali ini aku takkan lari lagi... lepaskan aku Alejandro.." Aku kuncup sekilas pipinya itu untuk memenangi kepercayaan darinya.

"Baik.. aku lepaskan kau.. janji dengan aku, kau takkan tinggalkan aku..."

"Ya.. aku janji.." Aku anggukkan kepala tanda setuju.

Alejandro melepaskan ikatan tali di tangan dan kakiku. Dia mengelus pergelangan tanganku yang sudah bertanda merah itu.

"Sakit..? maafkan aku Maribel..dah jom ikut aku kita balik rumah.. nanti aku sapukan ubat. Janji jangan lari!" Ulangnya lagi.

Alejandro mencempung tubuhku tanpa aku dapat berbuat apa-apa. Aku mengikuti sahaja tindak -tanduknya terlebih dahulu, bimbang jika aku salah tingkah, bila-bila masa nyawaku akan melayang di tangannya. Buat sementara waktu ini, biarlah aku jadi Maribel untuknya.

Setelah empat puluh lima minit dalam perjalanan
dari tempat persembunyian Alejandro, kami tiba di rumahnya. Alejandro menyuruh aku duduk di sofa terlebih dahulu sementara dia pergi mendapatkan ubat di peti pertolongan cemas. Sebentar kemudian, Alejandro mendapatkan aku di sofa itu. Ubat sapu luka di keluarkan di dalam kotak segi empat itu dan terus dioleskan lembut di pergelangan tanganku. Bibirnya meniup lembut ke arah itu pabila aku mengaduh kesakitan.

"Pedih... auchh... sakitlah Al.."

"Tahan sedikit Bel, dasar anak manjalah awak ni.. lepasni saya bagi ubat special pada awak.."

"Apa dia..?!" soalku tidak sabar.

Cup..!

Bibirku menjadi sasarannya, kali ini penuh kelembutan, tiada lagi kasar dan tergopoh-gapah serupa tadi. Aku pada mulanya hanya kaku, namun aku harus bijak mengendalikan situasi. Dalam keterpaksaan aku harus membalas tautan bibir itu, takut jika aku menolak Alejandro akan menyedarinya yang aku hanya berpura-pura menjadi Maribelnya.

Dalam keasyikan itu, kami dikejutkan dengan kedatangan Erduardo tanpa diundang. Terkesima Erduardo melihat aku sedang bercumbu dengan seorang jejaka setampan wajahnya. Hatinya dikuasai dengan amarah dan cemburu yang melangit. Tanpa berlengah Alejandro diserangnya bertalu-talu sehingga lunyai jejaka itu dikerjakan oleh Erduardo.

"Sudah... sudah Abang... semua ni salah faham..!"

"Arghhh...!! aku tak peduli, kau milikku Carda, hanya untuk aku...!" Tegas dia berbicara.

Aku lihat Erduardo sudah mengangkat pedangnya tinggi di udara, seperti ingin melibaskan pada Alejandro.

"Abang... jangan..!!!" Aku teriak kata-kata itu sekuat hatiku.

Tubuhku layu menanti untuk rebah ke lantai, namun pantas Erduardo mengapai tubuhku lalu tubuhku sudah berada kemas di dalam cempungannya. Kakinya melangkah keluar dari kediaman mewah milik Alejandro meninggalkan Alejandro yang sudah terbaring di ruang tamu rumahnya itu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa ketika ini kerana tubuhku jua sudah menggigil hebat di dalam cempungan Erduardo. Terus dia kejarkan aku ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan. Aku hanya mampu berdoa semoga keadaan Alejandro baik-baik sahaja di kediamannya itu.

Assalamualaikum san hai semua.. Done update.. terima kasih yg sudi tinggalkan komen dan sudi follow author...love you all .. happy reading everyone...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience