Sudah dua hari kami berduaan tinggal di sini. Rasa nya bagai menjalani percutian bulan madu yang tidak pernah aku rasakan di sepanjang perkahwinan kami. Maklumlah, Erduardo agak sibuk dengan aktivitinya sendiri dan hubungan kami juga tidak begitu baik pada awal-awal penyatuan kami berdua. Namun kini, Erduardo begitu menyantuni aku dengan baik, mungkin pada saat ini dia ingin menjalani kembali saat-saat bahagia yang dia lepaskan bersamaku dulu. Jarang sekali aku tengok Erduardo dalam versi ini. Romantik habis, asyik nak berkepit je dengan aku. Terbuai indah dan berbunga-bunga hati aku jadinya saat mengharungi detik-detik manis ini sepanjang berada di sini.
Pada pagi itu, Erduardo mengajak aku bersiar-siar di sekeliling rumah ini setelah selesai kami bersarapan. Menghirup udara segar pagi yang dingin membuat kan aku berasa sangat tenang. Berjalan berpimpinan tangan dengannya aku rasa dunia bagai milik kami berdua. Tanpa ada sebarang gangguan yang bisa mengganggu-gugat ketenteraman kami.
"Abang.. actually, mansion ni milik siapa..?" soalku setelah kami melabuhkan punggung di sebatang tunggul kayu. Aku tentu sahaja di atas ribaannya. Senang katanya dia nak peluk aku nanti.
"Erm.. datuk Abang yang punya..dan baju yang Sayang pakai ni kepunyaan my late granny .." Jawabnya sambil mengelus hujung gaun biru yang tersarung indah di tubuh kecil molekku ini.
"Oh, really.. cantik, nampak macam masih baru je.." Aku belek gaun kembang paras lutut yang tersarung di tubuhku.
"Cantik, like a princess.. Abang suka sangat sebab Sayang yang pakai, nak pulak gaun ni warna biru, memang sesuai sangat dengan kulit Sayang.. so seductive me.. you make me turn on baby.." bicara Erduardo dengan pandangan mata yang menggoda.
"Don't call me Baby! so disgusting.." terus aku bangun dari ribaanya. Berlari meninggalkannya di situ.
"Carda.. wait! don't go so far.. nanti sesat. Hutan ni tebal..!" teriak Erduardo agak lantang. Aku hanya dengar sayup-sayup suara itu. Aku hentikan larian dan duduk berehat sebentar setelah aku rasa benar-benar jauh dari gapaian Erduardo.
Aku lihat sekeliling, pohon-pohon yang menghijau merimbun mengeliling diriku, terdengar aliran sungai di hadapanku dan terus kaki ini melangkah menuju ke arah itu. Air sungai yang mengalir jernih mengamit pandanganku. Airnya yang sejuk menyentuh kulit terasa segar. Bunga-bungaan liar menghiasi tepian sungai membuatkan aku ingin memetiknya.
"Carda.. jangan sentuh bunga tu, ia beracun.."
Teguran Erduardo dari arah belakang sempat mengejutkan aku, mujur tangannya pantas memaut pinggangku, kalau tak selamat aku berada di dalam sungai tersebut.
"Terima kasih Abang.. maaf Carda tinggalkan Abang tadi.. nasib baik Abang jumpa Carda kat sini.
Kalau tak.."
"Kalau tak..? What?!" soal Erduardo yang sudah mengangkat kedua belah keningnya.
"Kalau tak terpaksalah Carda tidur kat sini malam ni.. jomlah kita balik, hari dah nak petang ni.. lagipun Carda dah laparlah Abang.."
"Tahu pun, lain kali jangan nak lari-lari lagi, jangan jauh lagi daripada Abang.. Carda tak biasa kat sini, nanti sesat.. kalau sayang Abang..ikut cakap Abang!"
Terus aku berlari dalam pelukannya, pipinya aku kucup mesra. Lantas Erduardo cempung tubuhku, lalu membawa aku pulang ke rumah mewah itu kembali. Tubuhku dihempaskan sedikit kasar di atas sofa besar itu, lalu dia menindih tubuhku. Pandangan kami bertautan. Panahan matanya yang tajam tepat menusuk ke hatiku. Bagaikan mata ini mampu berbicara saat ini. Erduardo melabuhkan bibirnya di dahiku, tertutup mataku merasai sentuhan itu.
"Abang, Carda lapar..." aku bisikkan kata itu pada cuping telinga Erduardo.
"Jom.. ikut Abang.."
Erduardo membawa aku ke ruangan dapur.Tangannya lincah mengeluarkan bahan-bahan untuk menyedia kan juadahnya. Aku cuma memerhati, tangkas tangannya memotong pelbagai jenis sayuran yang sudah dikeluarkan dari peti sejuk itu. Daging kambing bahagian tulang bahu itu sudah diperasakan dengan perapan rempah ratus, lada hitam dan secubit garam.
Kemudiannya daging tersebut dipanggangnya di atas kuali leper serbaguna itu dan sayuran yang telah dipotong kecil-kecil tadi sudah dilayurkan bersama, semerbak baunya di udara dan dituangkan sedikit rum untuk meningkat rasa. Kagum aku dengan setiap pergerakan lincah Erduardo menyediakan juadah tersebut. Hampir tiga puluh minit, hidangan tadi sudah tersedia di atas meja makan.
Aku tuangkan wain merah ke dalam gelas berkaki tinggi itu, dan Erduardo menghampiriku di meja makan. Dia tampil segak dan kemas dengan t-shirt putih yang tersarung kemas di tubuh sasanya itu. Di padankan dengan jeans pants warna hitam. Rambut yang kelihatan masih basah itu, nampak sangat menggoda. Sempat dia melabuhkan ciumannya sekilas di hujung bibir mungilku.
Kami menikmati juadah kami pada malam itu dengan sungguh berselera sekali. Erduardo menyediakan daging kambing panggang dengan sos lada hitam yang sangat istimewa, sedikit salad sayuran dengan sos dressing thousand island yang mengugah seleraku. Tidak sampai lima belas minit, juadah yang disediakan Erduardo sebentar tadi selamat masuk ke dalam perut kami berdua. Tidak lepas-lepas bibir ini memuji keenakkan juadah tersebut dan itu buat senyuman Erduardo semakin lama semakin memekar di wajah tampannya. Dah lama aku tak menatap senyuman manis itu dan aku minta dia kekalkan senyuman itu untukku. Manis sangat tahap potong kaki! Ketampanannya sangat terserlah dengan sebuah senyuman itu. Aku suka lihat dia kekal begitu.
Setelah usai makan malam kami, Erduardo memimpin tanganku ke suatu sudut kediaman ini yang di mana ada sebuah piano berdiri megah di situ. Erduardo terus melabuhkan punggungnya di bangku panjang itu dan dia suruh aku duduk di sampingnya. Seketika kemudian, jari-jemarinya dipautnya bersama. Meletap-letup jemari itu apabila dibuatnya begitu. Erduardo menyentuh beberapa not piano dan dari petikan itu, ia menghasilkan irama yang merdu.
"Nak main piano bersama Abang tak..? Test power malam ni.." soalnya yang sudah bersedia.
Aku anggukkan kepala, jemari sudah menari-nari di beberapa not piano tersebut. Lagu 'Clair de Lune' karya Claude Debussy menjadi pilihan kami pada malam itu, sesuai sangatlah dengan keadaan kami sekarang yang disimbahi oleh cahaya bulan yang sedang mengambang penuh. Jari-jemari menekan dari satu not ke satu not dan menghasilkan irama indah yang merdu. Erduardo memberikan tepukan gemuruh untukku. Kagum dia dengan permainanku yang semakin mahir dan meningkat maju, walaupun sebenarnya, sudah lama aku tinggalkan semua ini. Tersipu malu aku dibuatnya, lantas aku menekup wajah dengan kedua belah tanganku.
Aku masih lagi bermain dan lagu 'A Thousand Years' dendangan Christina Peri menjadi pilihanku dan Erduardo juga mainkan lagu yang sama sebentar kemudian. Lincah jari-jemarinya menari-nari di atas piano yang berwarna hitam berkilat ini. Hilang semua kata-kataku untuk memuji dirinya. Dia terlalu bagus seperti seorang profesional lagaknya. Kami masih leka bermain dari satu lagu ke satu lagu. Dan kami selesaikan permainan kami dengan lagu 'River Flow in You' karya Yiruma. Aku tersenyum puas, setelah lama aku tidak menyentuh piano, sekarang seperti tidak percaya aku dapat mainkan not-not muzik itu dengan baik sekali. Erduardo membanjiri wajahku dengan ciuman yang bertalu-talu.
"Abang sudahlah.. lemas tahu tak.. are you drunk..?" soalku agak keras, tidak betah dilakukan sebegitu.
"So sorry Sayang.. Abang teruja sangat Sayang dah pandai bermain piano, tak sia-sia penat Abang ajar dulu..no, Abang ok lagilah.. nak tengok movie tak..? Awal lagi ni.. bosan tak buat apa-apa.."
"Nak tengok movie apa..? Abang pilihlah.. Carda tengok je.. tak kisahlah genre apa pun.." Tapi tangan aku sibuk juga memilih deretan video cd yang tersusun kemas di dalam rak kaca itu. Aku sudah buat pilihan, lalu aku suakan video cakera padat itu pada Erduardo.
"Sure ke nak tengok movie ni.. tak takut..?" soal Erduardo kembali.
"Kalau takut Carda peluk Abang kuat-kuat..." balasku.
Erduardo sudah tersenyum, pantas dia meletakkan video cakera padat pilihanku itu di alat pemainnya. Kaca televisyen plasma berskrin tujuh puluh inci itu sudah terpasang. Aku dan Erduardo sudah melabuhkan duduk di sofa berangkai tiga itu. Bantal kecil atas sofa ini aku ambil dan aku letakkan di ribaku. Tangan kekar Erduardo sudah melingkari bahuku. Tubuhku di bawanya mendekat di sisinya. Tayangan bermula dan kami menonton dengan penuh minat.
Baru setengah jam tontonan itu ditayangkan, mata Erduardo aku tengok semakin layu. Beberapa kali dia menguap. Tapi dia masih lagi mampu bertahan demi aku. Aku paut lengan Erduardo agak erat berikutan scene seterusnya ini agak seram. Ada babak yang agak keterlaluan seramnya membuatkan aku ketakutan. Aku terus memeluk tubuh Erduardo dan merengek padanya, menyuruh dia hentikan segera tayangan ini.
"Kan Abang dah kata, cerita ni seram.. Sayang nak tengok juga.. jangan tak boleh tidur pulak malam ni sudah.." tegasnya setelah memadamkan segala suis yang ada di situ.
"Abang janganlah takutkan Carda lagi.. dah jom kita tidur.. tiba-tiba Carda rasa mengantuk pulak mata ni.. " dalihku padahal ketakutan sudah menyelubungi diri ini.
Erduardo sudah menggelengkan kepalanya, terus dia cempung tubuhku lalu menuju ke bilik kami. Tubuhku dibaringkannya perlahan-lahan di atas katil itu. Dan dia sudah berura-ura untuk tinggalkan aku.
"Abang nak pergi mana..?" soalku yang telah bersandar di kepala katil.
"Toilet, kenapa nak ikut juga ke..?" soalnya semula.
Aku gelengkan kepala. Lantas aku berbaring semula di atas katil itu. Selimut tebal itu aku tarik dan aku selubungkan seluruh tubuhku. Mataku pejam rapat. Sebentar kemudian, Erduardo sudah melabuhkan tubuhnya di sebelahku. Lampu tidur yang masih terpasang, pantas Erduardo tutup. Aku dah menjerit arahkan lampu itu dipasang semula.
"Jangan tutup, biarkan ia terpasang..Carda takut gelap.. Abang sengajakan.."
"Ok.. ok! Abang pasang balik.. hey.. janganlah takut, Abang kan ada.. dah jangan macamni nanti lemas. Abang peluk kuat-kuat ok.. Abang takkan tinggalkan Sayang..dah tidur" pujuk Erduardo lembut.
Aku cuba lelapkan mata namun masih tidak berjaya. Masih teringat babak yang menyeramkan itu. Di mana si hero yang merupakan seorang drakula, menggunakan gigi taringnya yang runcing dan tajam sedang menghisap darah di leher heroinnya. Babak itu kelihatan sangat menakutkan di pandangan mataku. Sanggup si hero menyakitkan insan kesayangan itu sebegitu rupa. Kejam sungguh!
Harap-harap Erduardo tidak sekejam itu padaku.
"Kenapa pandang Abang macam tu, masih tak dapat tidur lagi.." soalnya lembut.
"Open your mouth now! I want to see your teeth.."
Erduardo tertawa, namun dia ikutkan sahaja arahanku itu. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan menayangkan barisan giginya yang putih tersusun rapi itu. Dah sebiji macam iklan ubat gigi. Dan aku lagaknya seperti seorang doktor gigi, memeriksa setiap barisan gigi Erduardo. Melihat tiada yang aku khuatirkan di situ, barulah hati ini berasa lega. Aku helakan nafas sedikit kasar.
"Why..? Apa yang Sayang cari dalam mulut Abang ni..!" soal Erduardo sedikit keras. Tidak puas hati dengan perilaku aku sebentar tadi. Pelik!
"Gigi taring.." jawabku pendek.
Berdekah ketawa Erduardo di dalam bilik ini. Semakin lama semakin galak. Berjaya buat aku jadi sebal di sebelahnya. Tanganku sudah terlipat ke dada.
"Sayang ni lawaklah.. Abang mana ada gigi taring seruncing itu.. Abang ni manusialah bukannya vampire! Sayang mesti teringat-ingat kat hero movie tu tadi ya..? Ya.. Abang tahulah Abang ni taklah sekacak hero tu tadi..." Erduardo sambung ketawanya, sampai berair matanya. Perlakuannya sangat menjengkelkan hatiku.
"Abang sudahlah tu, janganlah ketawakan Carda lagi, Carda gigit Abang nanti..Abang nak sangat ke..?"
"Let's do it Sayang.. Abang rela.." Erduardo tertawa lagi, kali ini semakin menjadi-jadi tawanya.
Aku sudah tidak sabar dengan tingkah Erduardo yang kelihatan seperti mempersendakan aku. Lantas aku menghampiri dirinya. Aku benamkan wajahku di ceruk lehernya, lantas aku gigit sedikit lehernya itu. Bukannya sakit malah dia jadi semakin bernafsu. Aku dengar suaranya sudah mendesah. Lantas dia menindih tubuhku. Aku sudah terpempan di bawah tindihan tubuh sasanya itu. Kedengaran nafasnya sudah tidak teratur, kasar dan sedikit kuat. Berombak dadanya turun naik mengikut irama jantungnya yang sudah canggung detaknya. Baju t-shirt yang tersarung di badannya sudah dilepaskannya. Senyumannya memekar, mata kami masih bertatapan, lantas Erduardo menunaikan keinginan batinnya yang sudah memuncak. Hilang sudah ketakutan yang menjalar di segenap ruang fikiranku tadi. Akhirnya aku tertidur pulas di dalam dakapan hangatnya setelah kehabisan tenaga melayari bahtera cinta agung kami berdua.
* * *
Erduardo menyelak sedikit tirai yang menutupi tingkap, sengaja mahu mentari pagi menyimbah masuk ke dalam kediaman ini. Cahaya yang terik itu berjaya membuatkan aku terbangun. Aku masih bermalasan di atas katil. Erduardo sudah melabuhkan punggungnya di sisiku.
"Good morning wife... bangunlah hari dah meninggi dah ni.." sapanya dengan lembut.
"Good morning husband.. malas.. I'm so tired now.. rasa macam tak nak bangun dah.."
"So sorry if I'm hurt you last night.. I'm miss you so badly.. dah lama kita tak semesra macam ni.. kalau boleh setiap saat Abang nak bersama dengan Sayang.. bangunlah tak lapar ke.. atau nak lagi..?"
"Abang..! Don't.. penat ni pun tak hilang lagi tau.. nakal ya... tunggu kejap Carda nak mandi dulu.. Abang tu dah mandi ke..?"
"Dahlah Sayang.. ok Sayang mandi dulu Abang tunggu kat bawah.."
Aku berlalu ke dalam bilik mandi, lantas membersih kan diri. Setelah lengkap berpakaian, aku sisirkan rambut di meja solek. Aku picitkan sedikit losen milik Erduardo di telapak tangan. Aku ratakan di seluruh lengan dan kaki jinjangku. Kemudian aku eluskan sedikit di batang leherku. Namun, aku sudah terkejut melihat keadaan leher jinjangku. Ada kesan merah di situ, persis tanda yang sama seperti tayangan movie yang aku tonton malam tadi. Terus aku menjerit agak kuat, membuatkan Erduardo tergesa-gesa mendapat aku.
"Why are you screaming like that.. apa yang tak kena.. tell me Carda!" soalnya agak cemas. Tubuhku dipeluknya erat sekali.
Aku tidak dapat bersuara akibat ketakutan yang terlampau. Mukaku berubah pucat serupa mayat. Manik-manik jernih merenik membasahi wajahku. Aku lihat dada Erduardo berombak kencang.
"Ok.. ok... please breaths slowly, tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus perlahan-lahan.. keep breaths and calm.. don't be scared.." pujuk Erduardo perlahan. Belakang tubuhku dielus lembut.
Aku sudah agak bertenang, lalu aku ambil jejemari Erduardo dan aku bawa jari telunjuknya di leherku.
"What?!" soal Erduardo tidak mengerti.
"Ni, tengok tanda ni.." arahku.
Erduardo menyelak rambutku, lalu diselitkan di balik telinga. Mata tertumpu di tempat kesan merah tersebut. Tangannya mengelus lembut kesan itu. Wajahnya berubah, dari cemas bertukar pasrah. Bibir nipisnya sudah mengherot sedikit. Tergeleng kepalanya. Sebal! Rasa tertipu hebat dirinya saat ini.
"Why..? kenapa Abang macam tak kisah je..Abang tak sayang Carda..ni serious tau, tak lawak pun.."
"Memang tak lawak Sayang, tapi rasa macam kena scam.. rasa diperbodoh-bodohkan..!"
"Kenapa Abang cakap macam tu..? Betullah selama ni Abang tak pernah sayangkan Carda.." Aku mencebikkan bibirku.
"Sayang!...tak cukup ke rasa yang Abang bagi pada Sayang.. Sayang nak Abang buktikan macam mana lagi..?"
"Kejap..Abang pun ada tanda yang sama macam Carda.." soalku sebaik sahaja mata terpandang kesan merah yang tertera di leher jinjangnya itu. Aku elus lembut, namun cepat jemari Erduardo menggenggam kemas jejemariku kembali, takut dirinya akan tertewas.
"Sayang.. tanda ini kita sendiri yang buat, takde kena mengena dengan cerita malam tadi tu.. Sayang tak ingat ke..? Abang dan Sayang yang jadi vampire malam tadi.. Enough! Jom turun breakfast sekarang.."
kata Erduardo agak tegas.
"Vampire... vampire.. I return to be vampire.. now can I bite you..?" Aku sudah bergumam seperti adegan ahli sihir dalam cerita dongeng 'Snow White' sambil aku berlari mendapat Erduardo yang sudah meninggalkan aku tiga langkah di hadapan.
"Don't be silly.. I will bite your first.." Erduardo sudah tayang muka geram, sambil memicit hujung hidungku agak kuat.
"Ouch.. sakitlah, Abang nak kena ni.." seraya aku kucup bibir seksinya itu, sengaja aku gigit bibir bawahnya yang sedikit tebal itu.
"Sayang..! now you are vampire..! so scared.." Erduardo sengaja gigilkan badannya, buat-buat takut.
"Ishh.. malaslah layan Abang.. masuk air! Nah ambil ni.." Aku sumbatkan mulutnya dengan sandwic tuna buatannya itu. Puas hatiku dapat mengenakan dirinya. Aku sudah berlalu, namun pantas lenganku diselar kembali, terduduk aku di atas ribaannya.
"Don't skip your breakfast, nanti sakit..! I love you Carda..I love you so much.. forever, ever and ever.."
Erduardo mengungkap kata-kata dengan tulus ikhlas dari lubuk hatinya yang paling dalam. Aku dapat rasakan keikhlasan itu, lantas bibir kami bertautan lembut dan lama.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya.. terimalah seadanya.
Share this novel