BAB 7 ( BELAJAR MENERIMA )

Drama Completed 12753

Siling bilik aku tenung lama. Mata melilau sebaik sahaja terbuka luas. Apa yang berlaku sebentar tadi?!. Aku bangun melangkah ke cermin panjang berdekatan di almari pakaianku, melihat biasaan diri di dalamnya. Aku tertegun sendirian. Tidak tahu mahu beriaksi bagaimana. Perasaan bercampur baur, mentafsir segala persoalan yang berlegar-legar di minda.

Kemudian aku terdengar pintu bilik ini di kuak perlahan-lahan.Muncul seorang jejaka yang sangat polos dengan kaca mata tebal tersangkut di wajah. Satu perkataan sahaja terlintas di sanubari ini. Hodoh..! Ya tersangatlah jelik di pandangan mataku. Aku hamburkan segala rasa seperti lahar yang sedang memuntahkan lavanya. Mungkin jika si dia memiliki tahap kesabaran yang cukup nipis seperti kulit bawang mahu sahaja perkahwinan yang baru tak sampai tiga jam ini berakhir dengan jayanya, namun aku tersilap percaturan, suami aku ini dikurniakan tahap kesabaran yang tersangatlah tinggi tahap dewa. Barangkali sepasang telinganya sudah cukup kebal menerima bebelan dan sumpah seranahku bermula dari dia menjejakkan kaki di dalam bilik ini.

Aku pula yang sudah berasa cukup penat dengan omelan serta jerit pekikku sendiri. Terpandang tubuhnya yang sempat memacu adrenalinku membuatkan aku terdiam sendiri. Tidak terhenti sampai di situ, dia berjaya membuatkan aku jatuh tersungkur mendambakannya dirinya, sehinggakan aku mahu dia menjadi sebagai hak mutlak untuk diriku. Namun dalam masa yang sama aku turut membencinya.

Aku tidak mengerti akan perasaan aku sendiri. Cinta dan benci merupakan dua perasaan yang tersangat kontra menjadi satu perasaan yang agak sukar untuk ditafsirkan. Aku cinta padanya, tapi dalam masa yang sama aku terlalu membencikan dirinya. Adakah disebabkan penampilan yang agak ketinggalan zaman itu membuatkan aku tidak suka akan dirinya itu. Dan apabila dia tanpa kaca mata tebal itu, aku jatuh suka padanya. Malah jatuh cinta berkali-kali rasanya.

"Carda.. Carda..mi amor..termenung jauh nampaknya tu, Ed risaukan Carda..isteri Ed ni baik-baik aje kan..?" Erduardo memeluk pinggang rampingku.

"Erduardo Marteenez Fernandez.. ternyata orang yang sama.. kenapa kau kelirukan aku Ed.. sampai hati kau kan..?" tajam sepasang mataku menikam wajah tampannya itu.

"Carda.. bukan ke Ed dah jelaskan semuanya pada Carda, Ed terpaksa.. kalau Carda rasa dipermainkan, Ed minta maaf.."

"Ed, kau tahukan aku ni ada masalah peringatan.. aku takkan ingat Ed..melainkan kau ingatkan aku hari- hari.. Apa kau sanggup terima kekurangan aku..? Jika tidak lebih baik kita buat haluan masing-masing.." sepasang lengan kekarnya itu aku pegang kejap lalu aku goncangkan agak kuat.

"CARDA..! don't said it again.. Ed terima Carda seadanya, malah Ed sanggup habiskan sisa hidup ini bersamamu, selagi jantung ini berdegup, Ed akan jaga Carda sebaik mungkin.. Ed akan membahagia kan Carda... I Love You.. so much.." bibir mungilku dipagut kemas oleh Erduardo.

Hatiku berbunga riang, namun tidak ku ketahui sampai bilakah kebahagian ini akan kekal bersamaku.
Hari-hari yang akan mendatang pasti penuh cabaran, meniti liku-liku hidup yang penuh pancaroba. Setiap hari aku tidak pernah jemu bertemankan sebuah buku dan sebatang pen. Segala aktivitiku, tidak pernah gagal untuk aku coretkan di dalam buku ini. Setiap hari aku akan merenung gambar Erduardo terlebih dahulu sebelum aku memulakan rutin harian hidupku.

Untuk beberapa bulan pertama ini, aku hanya menghabiskan masa di rumah, manakala Papa Sebastian dan Erduardo sibuk dengan tugasan masing-masing. Aunty Marry, menjadi sahabat akrab aku buat masa ini. Emily pula akan mengunjungi diriku setiap hari minggu. Itupun hanya ke gereja dan makam kedua ibuku. Semuanya aku catatkan pada buku nota harianku sebagai sumber rujukanku nanti.

"Emily...aku bosan setiap hari begini..kau masih sibuk ke..?"

"Ricca.. aku minta maaf, aku sangat sibuk dengan tugasan harianku... aku perlu menguruskan adik aku yang lumpuh Ricca.. kedua orang tuaku sudah bercerai.. dan membuat haluan masing-masing.."

"Aku faham Emily.. baiklah aku tidak akan membebankan kau.. apa kata kau tinggal dengan aku Emi.. sekurang-kurangnya aku punya teman untuk berbual.."

"Terima kasih Ricca... aku amat menghargainya.. tapi kau tahukan, aku dah banyak terhutang budi dengan keluarga kau.. jujur aku malu Ricca, biarlah aku usaha sendiri.. dengan pekerjaan aku sekarang, aku mampu untuk sara hidup aku bersama adikku.. bonus yang Papa Sebastian bagi pun sangat lumayan Ricca.." jelas Emily panjang lebar. Aku pula mendengar seperti angin lalu. Sebutir maklumat pun yang disampaikan oleh Emily tidak lekat di benakku. Kosong..Ya! segalanya aku rasakan kosong.

"Ricca... aku pulang dulu ya... aku tak boleh lama..Elena perlukan aku..aku tinggalkan kau dengan Aunty Marry.. Aunty Marry, Emi minta diri.."

Aunty Marry hanya tersenyum, aku lambaikan tangan aku pada Emily sehingga hilang kelibatnya di muka pintu itu. Air mata mula mengalir, lantas aku kesat kasar dengan belakang telapak tanganku. Aku mengikuti langkah kaki Aunty Marry ke dapur. Aku mula teruja apabila Aunty Marry mahu mengajar aku menyediakan hidangan makan malam.

'Osso buco' merupakan hidangan pertamaku untuk Papa Sebastian bersama Erduardo. Aku tunggu kepulangan mereka berdua di meja makan. Setiap selang sepuluh minit aku akan halakan pandangan ini di muka pintu. Puas aku menunggu sehingga tertidur aku dibuatnya. Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di tempat tidur. Erduardo di sampingku sudah lena diulit mimpi. Aku alihkan tangan kekar milik Erduardo yang melingkari pinggang rampingku.

Kaki melangkah ke tingkat bawah terus menuju ke arah dapur. Peti sejuk aku buka pintunya. Minuman tin hijau itu ambil dan aku tarik pembukanya, lalu aku teguk rakus. Aku bawa satu tin lagi ke meja makan. Di situ aku menikmati rasa segar itu melalui kerongkong aku. Meleleh sehingga membasahi gaun malam yang aku pakai. Kaki mula memanjat semula anak tangga dalam keadaan sedikit terhuyung-hayang.

Seketika tubuhku rasa seperti di awang-awangan. Aku selamat berada di dalam cempungan lengan kekar milik suamiku. Tubuhku dilemparkan sedikit kasar di atas tilam empuk itu. Terpempan aku dibuatnya, mata yang kuyu kini celik semula. Dia menindih tubuhku agak kasar, sekelip mata gaun satin yang membaluti tubuh terbang melayang entah ke mana. Terus disarungkan t-shirt putih miliknya di tubuhku.

"Ed...kenapa kau kasar begini dengan aku.." meronta-ronta tubuhku diperlakukan kasar oleh suamiku itu sebentar tadi.

"Carda.. please.. aku bukan mahu berkasar, tetapi jangan sesekali kau mencabar diriku.. aku dah pesan jangan minum lagi Carda... kau tu tak sihat..!" keras suaranya memberikan amaran.

"Chill lah.. bukan banyak pun Ed, aku tahu jaga diri.. kau tentu sayang sangat pada aku sampai kau jadi begini..." Aku tersenyum memancing amarahnya lagi.

"Carda... aku terlalu mencintai dirimu.. aku tak mahu lagi kau sentuh minuman itu.. aku tak mahu kau terbunuh Carda.. aku tak akan mampu hidup tanpa dirimu..."

"Ed.. kau tak menyesal memperisterikan aku..?" soalku sedikit sayu.

"Aku lebih menyesal jika kau terlepas pada orang lain Carda... Aku sayang kau melebihi nyawaku sendiri..dah kita tidur.. aku tak boleh tidur jika kau tiada di sebelahku..."

"Arghh... Ed.. kau ni melebih pulak..Ed.. kau ni romantik juga ya.. tak sesuai langsung dengan muka ketat kau tu.. berbanding betul sewaktu kau bawa watak Marteenez, macam lelaki kasanova... penuh ghairah, seksi dan yang paling aku ingat ayat-ayat manis kau yang penuh menggoda!" jari-jemariku menari-nari di dada bidang telanjangnya.

"Kau suka aku jadi Marteenez... berbanding Erduardo..?" dia genggam jemariku lalu dibawanya ke ulas bibir kemerah-merahannya itu.

"Ya... aku suka Marteenez.. dia nakal, tak seperti Erduardo..keras, sombong dah macam robot kau tahu.." bibirku cebik lantas Erduardo menguncupnya sekilas. Dahiku juga menjadi sasarannya.

Erduardo tertawa dengan luahan hatiku. Kepalanya diangguk-anggukkan tanda mengerti. Dia juga sudah berjanji denganku. Dia akan sentiasa menjadi 'Marteenez' jika dia bersama denganku. Dan aku juga sudah berjanji akan belajar menerima dirinya seadanya dia.

Malam itu kami bersatu menghangatkan ranjang yang telah lama kedinginan. Sejak kebelakangan ini Erduardo sering meninggalkan aku bersendirian. Jujur, aku berasa kesunyian tanpanya. Biola itu aku sering mainkan sebagai pengganti dirinya. Terkadang aku menangis sendirian, tiada teman untuk aku ajak berbual. Semuanya sibuk dengan dunia masing -masing.

Pernah aku luahkan rasa ini pada Mr Sebastian. Katanya, aku memang tidak sesuai untuk bekerja dengan sebarang majikan, melainkan aku bekerja sendiri. Aku jadi bos, dan sekaligus menjadi pekerja dalam satu masa.

"Pa... Ricca bosanlah Pa.. Ricca nak kerja balik boleh tak..?"

"Ricca, Papa tahu anak Papa ni bosan, tapi tiada sebarang kerja yang sesuai Ricca.. Ricca kan sakit.. apa kata Ricca melukis kembali.."

"Drawing... Yes, Pa... it's a brilliant idea.. Ricca terlupalah Papa..thanks Pa.. esok Ricca kemaskan balik bilik galeri kecil Ricca kat tingkat bawah tu.."

"Ok.. Ricca.. nanti beritahu je Ed barang apa yang perlu dibeli.. Papa izinkan Ricca keluar dengan Ed.."

"Baiklah Pa, cakap pasal Ed.. dia mana Pa.. asalkan malam je hilang.. dua, tiga pagi baru muncul...lepas tu kalau balik pasti ada luka.. Ed buat kerja tak baik ke Pa..?"

Tersentak Mr Sebastian dengan pertanyaan aku itu, lantas dia menukar topik bicaranya.

"Ed... dia ada kerja sikit.. Biasalah anak jantan.. luka-luka tu biasalah permainan budak lelaki... Ricca jangan risau Erduardo bukan seperti yang Ricca sangkakan... dia budak baik..!" Berulang kali Mr Sebastian mengungkapkan kata-katanya itu supaya aku dapat memperolehi maklumat yang disampaikan olehnya.

"Baiklah Papa... Ricca percayakan Papa.. Ricca naik bilik dulu.. Papa jangan minum banyak sangat..nanti Erduardo menantu Papa tu bising..!"

"Ya... Papa tahu... pergilah berehat.."

Aku bawa diri ini menuju ke tingkat atas. Buku nota aku ambil di atas almari solek itu. Aku selak satu per satu helaian yang telah bertulis itu. Ini adalah rutin harian aku lakukan sebelum masuk tidur. Setelah berpuas hati, barulah aku simpan kembali di dalam laci kecil itu. 'Stiky note' berwarna-warni itu aku gunakan untuk panduan harianku. Kini, setiap sudut bilik ini dipenuhi dengan tampalan itu untuk sumber rujukanku. Keadaan memoriku yang semakin merosot membuatkan aku terpaksa bergantung dengan penggunaannya sekaligus, menjadikan bilik ini menjadi sangat ceria dengan warna yang beraneka.

Mujur Erduardo tidak mempersoalkan tentang itu dan dia sangat menjaga emosiku. Sokongan dan sikap prihatinnya padaku tidak pernah diabaikan walaupun sesibuk mana pun dia. Itu membuatkan aku sangat-sangat mencintai dirinya. Kalau boleh, setiap saat aku ingin dia berada di depan mataku. Aku mula berbaring di atas katilku. Bantal milik Erduardo aku ambil dan aku peluk erat. Aroma maskulin yang masih tertinggal pada bantal itu, aku sedut dalam -dalam sebagai penghapus rinduku padanya. Mata yang semakin memberat untuk terbuka, akhirnya terpejam jua, sehinggalah aku dikejutkan dengan erangan Erduardo yang menahan kesakitan. Telapak tangannya luka lagi bersama luka parah di bahagian pinggang kirinya.

"Ed... Erduardo... jangan tinggalkan Carda..
Papa... tolong Ricca... Ed cedera parah...PAPA...!!!"

"Carda... ja..ngan..risau.. Ed.. takkan pernah tinggalkan Carda..." katanya dengan terbata-bata, matanya semakin terpejam.

"Ed... Ed.. ERDUARDO...!!!!!"

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. jangan lupa komen ok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience