BAB 21 ( KESUNYIAN )

Drama Completed 12753

Sudah genap seminggu pemergian Mr Sebastian yang pergi tanpa sebarang pamitan. Aku tetap membisu seperti biasa. Tiada lagi sebarang senyuman terhias di wajah ini. Cuma kebisuan yang berpanjangan. Mujur dengan hadirnya Carlisle sedikit sebanyak merawat kesedihanku atas kehilangan Mr Sebastian untuk selama-lamanya ini.

"Sayang...makan sikit, dah lambat ni.. tak elok biarkan perut tu kosong.." pujuk Erduardo.

"Ed, nampak tak saya tengah berbual dengan Carl ni.. janganlah kacau saya.. pergilah buat kerja tu.." Aku tolak tubuh Erduardo yang cuba mendekat.

"Sayang... jangan degil, kalau tak..Abang tak bagi lagi main dengan Carl.." ugut Erduardo.

"Alaa... awak ni jahatlah.. saya tak kacau awak pun.. lagi lima minit saya janji akan habiskan bubur tu.. bagi saya lagi lima minit.." pintaku.

Lima minit berlalu...,

"Carda... makan bubur ni, nanti dah sejuk tak sedap.." arah Erduardo yang tak jemu memujukku. Aku ambil sebatang sudu besi itu lalu aku suakan ke arahnya.

"Ya... Abang suap.. macam selalu.." Erduardo hanya pamerkan senyum. Senyuman manis seperti selalu yang sentiasa buat jantung ini meluruh.

Erduardo masih kekal tersenyum, tangan kekarnya mengelus rambut panjangku. Dia labuhkan punggungnya di birai katil dan mangkuk bubur itu diambil lalu menyudukan bubur itu ke dalam mulutku. Aku mengunyah perlahan-lahan bubur ayam itu dan menelannya perlahan. Aku dah merengek lalu menepis suapan yang baru disuakan Erduardo sebentar tadi.

"Carda... what's wrong.. tak sedap ke..?" soal Erduardo yang agak kebinggungan.

"Tak..saya tak boleh nak telan.. tekak saya sakit.." adu aku pada Erduardo seperti budak kecil. Tangisan masih lagi berlagu.

"Ssshh.. sudah jangan menangis lagi.. nanti Abang buatkan puri labu.. Sayang sukakan..sebelum tu nak makan aiskrim tak?"

"Nak! Jangan beritahu Alex dan Bella..nanti habis aiskrim tu mereka kerjakan.. promise..?" Aku angkat jari kelengkengku dan aku suakan pada Erduardo.

Erduardo tautkan jari kelengkengnya itu pada jari kelengkeng aku. Digoncangkan sedikit atas dan bawah. Aku mula menyudu aiskrim perisa coklat, strawberi dan vanila yang Erduardo letakkan di dalam sebuah mangkuk kaca itu. Habis semangkuk aiskrim itu aku makan. Memang makanan kegemaranku, habis mulut aku comot sebab tak nak berkongsi dengan Alex dan Bella punya pasal..! Erduardo hanya menggelengkan kepalanya. Dia terus berlalu dari situ.

Sebentar kemudian, Erduardo mendapatkan aku semula, dia menatang sebuah dulang. Semangkuk puri labu yang semerbak baunya membuatkan aku lapar. Erduardo hanya tersenyum melihat wajahku. Segera ditariknya sehelai tisu basah yang berada di atas meja itu, lalu dilapkan lembut di wajahku yang sudah dicemari sos coklat.

"Carda cepat makan, lepas ni boleh makan ubat.. kejap lagi Abang mandikan Carda.. Carlisle bangun nanti dia nak menyusu..."

Aku hanya menganggukkan kepala. Aku ikut semua apa yang Erduardo suruh tanpa sebarang bantahan. Bila melibatkan Carlisle hati aku mula mencair. Kecomelan bayi itu buat hatiku luluh dan terasa diri ini seperti orang dewasa. Walhal, aku rasa umurku kini seakan anak kecil.

Setelah usai aku menyusukan Carlisle, aku bawa diri ini duduk di gazebo menghadap kolam mandi, belakang rumah. Aku dah maklumkan pada Erduardo terlebih dahulu. Aku bawa buku sketch bersama sekotak pensel warna. Aku habiskan masa aku dengan melukis pelbagai pemandangan yang cantik. Apa sahaja yang terlintas di fikiran ini aku luahkan melalui lakaran di atas kertas putih itu. Erduardo mendapatkan aku sebentar kemudian. Dia bawakan aku jus oren dan sedikit kudapan untuk dibuat cemilan.

"Erm.. cantiknya lukisan Sayang, lukis gambar Abang.." soalnya lembut.

"Haah... cantik tak..?" Aku angkat buku sketch itu lalu aku suakan pada Erduardo di hadapanku.

"Cantik sangat Sayang, seiras seperti yang aslinya. Sayang sangat berbakat.. nak buat jual tak.. boleh dapat duit?" saran Eduardo.

"Tak boleh, kalau nak jual..saya lukis gambar lain.. Saya sayang lukisan ni.. saya nak simpan. Nanti boleh Abang tengok kalau saya dah takde.."

"Hey.. kenapa cakap macamni.. takkan Sayang nak tinggalkan Abang juga.. Carl masih kecilkan..Kami semua perlukan Sayang, Alex.. Bella.."

Aku mengusap pipi Erduardo lembut. Air mata yang sempat menitis membasahi wajahnya aku hapuskan dengan telapak tanganku. Aku pujuk Erduardo supaya jangan menangis lagi. Aku sambung semula melukis, Erduardo menatapnya penuh minat.

* * *

Empat tahun kemudian...,

"Carl...jangan lari-lari nanti jatuh..." aku menegur anak bongsuku itu. Dah genap lima tahun usianya.

Dia tumbuh sebagai seorang anak kecil yang sangat comel dan sihat. Alex dan Bella pula sudah masuk sekolah peringkat menengah. Mereka juga membesar dengan cerdas dan pintar. Walaupun usia mereka masih mentah, namun mereka sangat matang dan pandai berdikari. Tidak sedikit pun mereka membebani aku, malah aku pula yang buat mereka terbeban. Walaupun aku sering melupakan mereka, namun mereka tetap menyantuniku dengan baik.

Erduardo pula, aku lihat dia semakin sibuk mengurus kan hal-hal syarikat peninggalan bapa mentuanya. Segala harta dan aset yang ditinggalkan oleh mendiang Mr Sebastian diuruskan dengan baik. Malah, semakin pesat syarikat perusahaan import dan eksport kereta mewah itu membangun. Sehingga dinobatkan antara syarikat yang terunggul dalam perusahaan automatif dan sekaligus mengangkat nama Erduardo sebagai CEO termuda yang sangat berprestij dalam bidang ini.

Aku pula banyak menghabiskan masaku bersama Carlisle. Aku menjaga anak kecilku itu dengan bantuan pembantu rumah yang aku panggil Rosalie. Kadang-kadang jururawat Alice datang menjenguk dan menghulurkan bantuan. Segala macam jenis rawatan yang diusahakan untuk mengubati penyakitku ini. Namun, ternyata agak sia-sia.

Menjelang akhir Disember, aku mula jatuh sakit. Tubuhku susut secara mendadak. Aku hanya habiskan masa berbaring di atas katil. Mujur sambutan Merry Christmas tahun ini masih sempat aku raikan bersama Erduardo dan anak-anak. Dalam hati aku tetap berdoa jika Tuhan memberikan aku sebuah keajaiban. Berbekalkan dengan semangat yang masih berkobar-kobar untuk hidup dan ingin mengecapi kebahagian dengan insan-insan kesayanganku, aku bersyukur doaku telah didengari dan dimakbulkan Tuhan menjelang Tahun Baru. Aku berjaya menempuhi masa-masa sukarku. Kaki yang selama ini kejung dan membeku, akhirnya terasa ada tindak balas setiap rangsangan yang diberikan oleh Erduardo pada setiap hari. Erduardo selalu mengurut kakiku pada setiap malam sebelum tidur.

Erduardo juga kelihatan sangat gembira dengan keajaiban yang berlaku pada diriku. Pernah dirinya sempat berputus harapan melihat keadaanku yang agak kritikal. Namun hasrat hatinya yang tidak pernah padam untuk melihat aku sembuh kembali, tidak pernah sekali pun dia berasa lelah dan mengeluh. Cakap sahajalah di mana ceruk sekalipun tentang cara untuk memulihkan penyakitku ini, pasti Erduardo akan sedaya upayanya mencari tahu dan dengan penuh harapan dia akan membawa aku pergi mengubati penyakit yang aku tanggung ini. Berkat kesabarannya, tidak terlalu melampau jika dikatakan aku sudah beransur-ansur pulih. Kaki sebelah kiriku sudah dapat digerakkan seperti biasa, cuma kaki kananku agak sedikit sukar untuk berfungsi, mungkin kerana kecederaan yang aku alami semasa kecil dahulu.

Aku cuba berdamai dengan keadaanku ini. Tiada apa lagi yang aku sesalkan. Dalam keadaan aku yang semakin pulih, aku sudah sangat bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk mengharungi jalan hidup yang sudah bebas dari gangguan musuh -musuh yang masih menaruh dendam terhadap keluargaku ini. Aku masih menaruh harapan agar permusuhan ini sudah tiba di penghujungnya dan tiada lagi pertumpahan darah yang akan berlaku. Aku juga berharap Eduardo sudah bebas dengan semua ini dan gelaran 'Pembunuh Upahan' itu akan segera terkubur. Aku ingin hidup tenang dan bahagia di samping keluarga kecilku ini.

* * *

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, langit mana yang selamanya cerah. Semua takdir dan jalan hidup yang telah tertulis harus ditempuhi walaupun ia ternyata sulit. Aku masih lagi terus dihantui dengan serpihan musuh-musuh mendiang Mr Sebastian yang masih berkeliaran di luar sana. Ada juga musuh-musuh baru yang sakit hati dan dengki melihat kejayaan yang dikecapi oleh Erduardo. Pelbagai tohmahan dan tuduhan melulu yang dilemparkan kepada Erduardo atas kejayaannya yang secara mendadak itu.Tidak kurang hebatnya juga ada segelintir di antara mereka yang menabur fitnah dan membuat kenyataan di rangkaian pelbagai cabang media dengan menyatakan Erduardo terlibat dengan ilmu mistik untuk mengapai kejayaan yang luar biasa ini.

"Abang sampai bila kita nak hidup macam ni.. Carda dah muak tahu tak..?" Kataku sedikit meninggi. Entah apa yang merasuk, sekarang aku mudah sangat melenting.

"Sabar Sayang.. Abang tengah cari jalan... jangan risau.. semuanya akan baik-baik saja.."

"Sabar!Sabar!.. sampai bila nak sabar, Carda tak nak Carl membesar dalam keadaan begini Abang.. dalam penuh ketakutan dan terpaksa berpindah- randah.. Carda tak nak anak Carda lalui perkara yang sama seperti Carda dulu..." bentakku.

"Abang pun tak nak Carda.. Abang sayangkan Carda dan anak-anak, Abang akan cuba sedaya upaya.."

"Dahlah.. Carda dah muak Abang.. dah MUAK...
CUKUP-CUKUPLAH.. ! I hate this moments... Carda tak minta lebih, cuma Carda nak hidup tenang..."

Aku pergi meninggalkan Erduardo di ruang tamu itu seorang diri. Aku mendengar Erduardo mendengus kasar. Panggilannya sebentar kemudian, menghentikan langkah kakiku.

"Sayang... kalau begitu, izinkan Abang yang pergi dari sini..jika itu yang terbaik buat keluarga kita.."
Erduardo menuturkan kata itu dalam kepayahan. Terbata-bata ayatnya. Air mata sudah mula menitis membasahi pipinya.

Aku berpaling mendapatkannya kembali. Laju langkahku bawa dan aku berhenti betul-betul di hadapannya. Tangan naik melayangkan satu tamparan yang agak kuat di wajahnya itu. Geram dan panas hatiku sebaik sahaja kata itu terbit di bibirnya. Dia diam tak berkutik. Seperti pasrah dan telah bersedia menerima tindakan aku itu. Seperti dia telah menjangkakan aku bertindak sedemikian rupa.

"Pukulah.. tamparlah.. buat apa sahaja pada Abang, agar hati Sayang berasa puas..Abang dah buntu untuk fikirkan jalan penyelesaiannya.. benar, Abang memang tidak boleh lari lagi dengan kutukan ini. Diri ini bagai sudah terkena sumpahan Sayang.." luah Erduardo padaku. Segala rasa yang dipendam selama ini, diluahkannya ketika ini. Tubuhnya sudah terjelopok di atas lantai jubin granit yang berkilauan itu.

Aku berlutut jadinya bagi menyamai ketinggian aku dengannya. Lengan kekar itu aku pegang kejap. Air mataku sudah laju turunnya seperti bak air terjun menghempas batu-batuan.

"Then, please go...go.. biarkan saya dan anak-anak bebas dari semua ni.. Jujur, aku dah terlalu penat Erduardo Marteenez Fernandez!" jeritku di hadapan wajahnya.

Aku sudah berdiri dan terus berlalu meninggalkan Erduardo di ruang tamu itu dan tidak lagi berpaling seperti tadi. Segera aku bawa diri ke bilikku. Aku kunci pintu bilik itu dengan menekan punat kecil pada tombol pintu itu. Aku bawa bersadar tubuh ini di belakang pintu. Melorot tubuhku perlahan-lahan setelah mengenangkan segalanya. Air jernih yang membasahi wajah, aku hapuskan dengan belakang tapak tangan dengan agak kasar.

Sudah tiba masanya untuk aku terus bertahan. Aku harus belajar menerima segalanya. Tidak perlu terus-terusan bersedih. Jika ini jalan terbaik untukku, aku pasrah. Asalkan hidupku bersama anak-anak tetap bahagia dan kekal tenang. Keputusan aku telah nekad. Aku harus hidup sendirian jauh daripada Erduardo untuk selamanya. Walaupun kedengaran seperti tidak masuk akal, ini keputusan aku.

Aku beriaksi seperti biasa bila berhadapan dengan Erduardo, sengaja aku cipta persengketaan dengannya. Sengaja aku buat lelaki ini naik darah. Namun, semuanya tidak berjaya seperti yang aku rancang. Mengapa denganku dia mempunyai daya kesabaran yang sangat tinggi, tidak seperti dirinya ketika berhadapan dengan manusia di luar sana yang beranimencabar kesabarannya, cepat betul dia melenting sehingga membuatkan sesiapa sahaja akan gerun dan menikus berhadapan dengan amarahnya yang bisa meragut tangkai hati dan membuatkan denyutan jantung jua tidak bisa berdetak lagi. Apatah lagi jika perkara itu sangat terkait rapat denganku.

Aku sudah tidak berdaya lagi untuk terus-terusan bermusuhan dengannya. Dia berjaya membuatkan hatiku meluruh. Dia curahkan segala kasih sayang nya sehingga tidak sedikit pun aku rasa tidak diperdulikan. Ada sahaja caranya untuk memenangi hati ini, walhal perlakuanku terhadapnya sudah agak melampau seingat aku. Mulut ni rasanya tidak pernah menuturkan kata manis padanya lagi. Kenapa Erduardo? Mengapa kau seksa aku sebegini..? Bagaimana kita akan berpisah jika kau terus-terusan menyantun diriku dengan baik..? Kau buat aku rasa bersalah setiap hari Erduardo..! Kau benar-benar dah takluk secebis hatiku..!

Pada malam harinya, aku seperti biasa akan tidur dulu sebelum Erduardo. Kami juga sudah tidak tidur sekatil lagi sejak aku minta dia pergi meninggalkan diri ini. Malam itu aku rasa sangat berlainan dengan hari-hari sebelumnya, aku rasa ada sesuatu yang akan berlaku antara aku dan juga Erduardo. Aku biarkan sahaja perasaan itu. Sangkaan aku ia hanya terjadi kerana aku terlalu banyak berfikir. Aku lena setelah mengambil ubat-ubatanku seperti biasa.

* * *

Pagi itu aku tersedar lebih awal dari kebiasaannya, seperti biasa aku akan perhatikan dahulu Erduardo di sofa itu. Terkejut aku sekujur tubuh Erduardo sudah tiada di situ. Selalunya dia akan bangun tepat jam tujuh pagi atau enam pagi, tidak awal dan tidak terlalu lambat. Sekarang baru pukul lima pagi. Berkali-kali aku kerling jam di atas meja itu, bagi memastikan waktu yang dipaparkan di muka jam itu tepat.

Benar jam baru menunjukkan angka lima pagi. Aku
selak selimut tebal itu dari tubuh. Aku sarungkan hoodie tebal itu di tubuhku. Kedinginan pagi yang hening ini seperti menggigit setiap tulang -belulangku. Aku bawa kakiku melangkah ke sofa yang menjadi tempat peraduan Erduardo.Kejam sungguh aku sanggup buat dia sebegini. Memikirkan itu buat aku mahu menangis. Terasa kolam mataku sudah memberat dan panas.Tanpaku dapat menahan nya lagi, air jernih mengalir pantas membasahi wajahku. Aku ambil bantal yang mengalas kepala Erduardo. Aku sedut haruman Erduardo di situ. Hati seakan terubat namun ada selembar kertas yang sudah terlipat kemas jatuh di atas permaidani berbulu tebal itu.

Aku ambil kembali kertas yang merupakan sekeping surat yang ditulis untukku dan perlahan-lahan aku buka lipatan itu. Tertera tulisan tangan Erduardo yang kemas dan cantik menyapa mataku. Perlahan-lahan aku baca isi kandungannya.

Dearest Carda... isteri yang paling cute di hati Abang,

Awalannya kehadiran surat ini hanyalah sebagai pengganti diriku untuk menyatakan diri ini sebenarnya sudah pergi meninggalkan beribu batu jauhnya daripada dirimu, Sayangku.

Carda my love,

You are my only one..just you... janganlah dirimu bersedih atas pemergian ini. Abang sudah mengotakan seperti mana keinginanmu. Jika kita masih diberikan kesempatan, kita akan bersatu suatu hari nanti. Jagalah dirimu dan anak-anak...

Carda kesayanganku,
Tolong jaga dirimu baik-baik... berbahagialah dirimu dalam ketenangan.. sampaikan salam sayang, peluk cium Abang pada anak-anak, terutamanya pada Carlisle.. tidak lupa juga pada Alex dan Bella. Abang sayang kamu semua..


Love,

Erduardo Marteenez Fernandez.

Berkali-kali aku baca isi kandungan surat itu. Seperti tidak mempercayainya. Patutlah aku merasai sentuhan Erduardo padaku di keheningan awal pagi sebentar tadi yang aku kirakan sebagai igauan mimpiku seperti malam-malamku sebelum ini. Patutlah aku terasa sentuhan itu sangat jelas. Seperti benar-benar ia terjadi. Bibir basah Erduardo menyentuh segenap inci wajahku awal pagi tadi.

Aku sentuh setiap inci wajahku.Terasa sentuhan itu seperti baru sahaja berlabuh di situ. Aku perlahan -lahan menyeru sebaris nama itu. Doa kutitipkan semoga dia juga berada di dalam kesejahteraan. Aku harap dia tidak menyesali segala apa yang kupinta daripadanya. Aku lipat kembali surat peninggalan Erduardo dan aku simpan elok di dalam sebuah kotak yang terdapat di laci kecil meja solek itu.

Aku segera dapatkan Carlisle yang sedang nyenyak tidur di dalam biliknya. Perlahan-lahan aku melabuh kan punggungku di birai katil milik satu-satunya zuriat milik Erduardo bersama denganku. Aku labuhkan kucupanku di sisi kepalanya. Jejemariku mengelus lembut rambut keperang-perangannya.

"Carl... Papa dah tinggalkan kita.. Mama tidak menyesalinya.. namun Mama sedikit terkilan.. Carl jangan salahkan Papa, Papa buat begitu untuk kebahagian kita..Mama sayang Carl..."

"Mama.. why are you crying, if you don't regret it.. Papa pesan juga pada Carl supaya jaga Mama dengan sebaik mungkin.. Carl sayang Mama juga. Papa pesan jangan biarkan Mama menangis lagi.."

"Carl... Papa ucap selamat tinggal pada Carl juga.."
soalku inginkan kepastian.

Carlisle mengangguk dan dengan pantas aku dakap tubuh kecil anak bongsu lelakiku itu ke dalam dakapanku. Belum pun sehari Erduardo meninggal kan kami aku dah rasa separuh jiwaku terbang melayang. Kesunyian menghambat perasaanku dengan berat dan parah. Ya! Kesunyian ini benar-benar membuatkan separuh nyawaku terbang melayang. Seperti layangan terputus talinya!

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience