Selepas mendapatkan rawatan di hospital, Erduardo meminta semula kunci keretanya padaku. Katanya lagi dia ingin mengendalikan sendiri jenteranya itu setelah melihat kecederaan yang aku alami. Kedua pergelangan tanganku sedikit membengkak, biru dan lebam akibat ikatan tali yang kuat.
"Betul ke Abang boleh drive dengan sebelah tangan je..?" soal aku dalam kebimbangan. Teragak-agak ingin menyerahkan kembali kunci keretanya.
"Trust me... car key please..." Erduardo tayang muka comel.
"Are you sure...Carda boleh drivelah..sikit je ni.. dah tak sakit pun.." Aku rampas kembali kunci kereta di telapak tangannya.
"Carda.. give me back kalau tak Abang kiss Sayang kat sini, biar semua orang tengok, biar mulut tu bertambah bengkak.. nak?!" Lengan kekarnya dah mencengkam kuat lengan kurusku sehingga terdorong aku ke dada bidangnya.
Namanya aku nak mengalah, tak mungkinlah. Sebelum dia sempat mengotakan katanya aku dulu yang bertindak. Bibir kami saling bertautan di khalayak ramai. Ada pula yang bersorak dan bertepuk tangan memberikan galakkan. Apalagi encik 'Abang' aku ni tak mungkinlah nak tunjuk kelemahannya, sehinggalah dia terlihat aku meringis menahan kesakitan. Akhirnya, aku terpaksa mengalah jua.
"Kalau tadi Sayang tak buat hal, kan tak perlu tanggung sakit macam ni.. dah sini Abang sapukan ubat.." tangan dominannya lembut meratakan ubat di tepi bibirku yang pecah.
"Carda risau je.. bahayalah memandu dalam keadaan macam ni.. Abang nak kita mati sama-sama ke?" soalku kembali, tangan dah aku lipat ke dada. Muncung dah panjang sedepa.
"Carda! Abang belum gila nak bunuh isteri Abang sendiri.. percayalah kat Abang ni sikit.. tangan Sayang tu pun sakit.. Abang tak nak apa-apa terjadi lagi Sayang, Abang tak mampu nak tengok kesayangan Abang ni sakit... hati Abang ni sakit!" Erduardo mendengus di sandaran belakang kereta mewahnya itu.
Aku hanya membisu. Malas lagi mahu berbalah aku serahkan kunci itu semula pada tuannya. Sebentar kemudian, mengaum enjin kereta itu membelah jalan. Aku hanya lemparkan pandangan ke luar tingkap. Aku mula percaya dengan kemampuan Erduardo itu, lancar sahaja dia memandu dengan kelajuan yang sederhana. Mata mula memberat setelah agak kebosanan kerana Erduardo juga hanya membisu dan sangat fokus terhadap pemanduannya. Aku terlelap dengan sendirinya sehinggakan kepala ini sudah terlentok di bahu Erduardo.
"Bangunlah Sayang... dah berapa kali Abang kejut ni..nak dukung Abang tak mampu Sayang..please wake up.." lembut suara itu menyapa gegendang telingaku.
Perlahan-lahan aku buka mata. Wajah Erduardo begitu hampir denganku. Aku lemparkan senyuman manisku padanya lantas Erduardo kucup pipiku. Setelah melepaskan tali pinggang keledar yang melilit tubuhku, perlahan aku keluar setelah pintu dibuka oleh Erduardo terlebih dahulu.
Aku memandang sekeliling tempat yang dibawa oleh Erduardo. Tempat yang tidak asing bagi diri ini. Kereta mewah itu betul-betul terpakir di pekarangan rumah mewah di kawasan persisiran pantai. Bayu lembut menerpa kami pada petang itu. Air laut yang membiru sangat indah dijamah sepasang korneaku ini. Deruan ombak yang membadai pantai bagai mengalu-alukan kedatanganku di sini.
"Abang... ni mansion Papa right..?" soalku lembut padanya.
"Yes, Dear... come, kita jumpa Papa kat dalam.. dia dah tunggu kita tu.." balas Erduardo yang tersenyum manis.
Huluran tangan kekar Erduardo aku sambut dengan hati yang girang. Segala kesakitan yang menjalar terhapus dengan sendirinya. Berjalan bergandingan tangan bersama Erduardo menyelusuri pasir pantai yang memutih dan lembut bagaikan sutera ini sangat mendamaikan hatiku. Berbunga-bunga hatiku jadinya.
"Ricca... my princess.." jerit Mr Sebastian yang dah mendepakan lengannya.
"Papa..." aku leraikan tautan tangan Erduardo dan terus berlari ke arah bapaku itu. Aku dakap erat tubuh tinggi lampai itu. Air mata aku kini berjuraian membasahi pipi.
"Ricca.. Oh..God! Kenapa teruk sangat keadaan princess Papa ni.. siapa buat anak Papa jadi macamni.. tell me..biar Papa bagi pelajaran pada orang tu.." Mr Sebastian sudah berang sambil lengannya membelek-belek tubuh ini. Berpusing -pusing ke kiri dan ke kanan aku dibuatnya. Naik pening kepala ini jadinya.
"Pa.. it's ok.. sebab Papa juga Ricca selamatkan.. Papa yang hantar orang suruhan Papa kan.."
"Tak Ricca, Papa tak tahu..puas Papa cuba cari Ricca tapi Papa gagal, Sayang..maafkan Papa.."
"Ed... bukan orang suruhan Papa ke..?" soalku semula.
"Eh.. Papa lupa pulak.. tapi Ed ke yang selamatkan Ricca.., dan siapa yang culik Ricca masa hari pernikahan Ricca dengan Alejandro tempoh hari..?" soal Mr Sebastian inginkan kepastian.
Aku pandang wajah Erduardo yang berdiri di hadapanku. Wajah itu tidak mempamerkan sebarang riak. Kaku dan keras. Mungkin berhadapan dengan bapa mentua merangkap majikannya ini buat dia jadi seperti itu. Sebentar kemudian, aku dengar Mr Sebastian mengarahkan Erduardo untuk masuk ke dalam bilik khas dan aku disuruhnya berehat di dalam bilikku di tingkat tiga. Aku yang tidak meragukan apa-apa terus sahaja mengikuti arahan bapaku itu.
Baru hendak melangkah ke dalam bilik, aku diterpa oleh dua orang kanak-kanak seiras wajahnya. Mereka memanggilku dengan panggilan 'Mama'. 'Bermaksud aku 'ibu' kepada mereka berdua. Yelah kot..?! Tapi kenapa aku tak ingat apa-apa pasal mereka..' getus hatiku.
"Mama... Mama pergi mana, dah masuk dua minggu kita tak berjumpa..kami rindu sangat dengan Mama..." adu budak lelaki itu, manakala yang perempuan tidak lepas memeluk erat pinggang rampingku.
"Alex, Bella... dah, mari sini kat Daddy.. jangan kacau Mama Ricca.. Mama Ricca perlu berehat.." suara garau itu menyapa gegendang telingaku. Aku tunggu kemunculannya di ruang tamu ini.
"Tapi... kami rindu Mamalah, Daddy.." sayu suara dua orang anak kecil itu berlagu sekaligus meruntun hatiku. Aku pandang mereka bertiga silih berganti dengan wajahku yang penuh tanda tanya.
"Takpe, biarkan mereka dengan saya, awak siapa..?" soalku dengan muka tak bersalah.
Riak wajah pemuda kacak itu serta-merta berubah. Tajam matanya menikam anak mataku. Namun, seketika mata itu mengendur pula, tiada lagi sinis seperti tadi. Dia mula berbicara. Dan aku mendengar penuh tekun.
"By the way, I'm Alejandro..bapa kepada anak kembar ini, dan awak adalah..ibu mereka berdua.." lemah suara itu mengeluarkan kata-katanya dengan terbata-bata.
Aku sudah tertawa di situ. Makin lama makin galak. Berasa lucu dengan apa yang diperkatakan oleh pemuda itu sebentar tadi.
"Awak tengah buat lawak ke.. huh, awak berjaya dengan cemerlang.." kataku dengan tawa yang masih tersisa.
"Apa yang lawaknya?" soal Alejandro kembali mengulangi pertanyaan yang sama.
Aku sambung tawaku sempat membuatkan dirinya naik berang. Dengan pantas dirinya menghampiri diriku dan bahuku dipegangnya kejap.
"It's truth Ricca... I'm not kidding.. awak, ibu kepada Alex dan Bella..dan aku, bapa mereka..!" tegas dia mengatakan hal itu.
"Dan awak husband saya...?!" Soalku agak meninggi. Jari telunjukku dah aku tunjal-tunjalkan ke dada bidangnya.
"Husband to be... remember it..!" Alejandro meninggalkan aku bersama dua anak kecil itu. Sebelum berlalu sempat dia meletakkan ulas bibirnya di sisi kepalaku.
Aku terpempan. Tak mungkin aku bersuamikan dengan dua orang jejaka sekaligus, tiada dapat dua keris dalam satu sarung! Alejandro, kau hanya bermimpi di siang hari. Aku gelengkan kepalaku dan aku bawa dua orang anak kecil itu ke dalam bilikku. Mereka hanya menurut tanpa sebarang bantahan.
Aku rebahkan badanku di atas katil empuk itu melepaskan lelah yang berpanjangan. Aku baring di tengah-tengah, manakala dua orang kanak-kanak itu mengapit kiri dan kananku. Yang lelaki di sebelah kiri manakala yang perempuan di sebelah kanan. Petah bibir kecil mereka bertanyakan pelbagai soalan sehingga aku tidak tahu hendak menjawabnya.
Sebentar kemudian, pintu bilikku diketuk dan muncul seorang wanita separuh abad menatang sebuah dulang berisikan semangkuk bubur ayam bersama segelas jus oren. Makanan kesukaanku. Ada juga semangkuk 'potato chips' di situ.
"Alex... Bella, come ikut Nanny Marry, biarkan Mama Ricca berehat.. Mama Ricca tak sihat Sayang.." ujar wanita separuh abad itu.
Mungkin dia pembantu rumah Papa Sebastian agaknya. Eh, kejap.. Ya, baru aku ingat! Aunty Marry adalah pengasuh aku dulu. Aduhai.. banyak benda pulak aku dah lupa tentang setiap penghuni di rumah mewah ini. Ini mesti gara-gara aku dah tak ambil ubat-ubatanku dalam tempoh masa yang agak lama, menjadikan memori aku semakin merosot.
Badan yang sudah berlengas dan agak melekit membuatkan aku ambil keputusan untuk ke kamar mandi. Air bathtub aku penuhkan dengan air separa hangat. Gel mandian aromaterapi bunga sakura kesukaanku, aku picitkan ke dalam bathtub sehingga menjadi buih-buih yang mengebu. Aku tanggalkan segala pakaianku dan aku bawa diri ini masuk ke dalam tub mandi ini. Berendam dalam air mandian suam-suam kuku ini membuatkan badan terasa segar kembali. Hilang segala rasa sengal yang menjalar di tubuh ini. Aku gosok-gosokkan perlahan tubuhku dengan span di tangan. Berhati-hati aku usap apabila span itu sampai di pergelangan kakiku yang berasa sedikit pedih akibat luka dari ikatan tali yang agak kuat, cepat-cepat aku bilas kembali tubuh yang berlumuran dengan sabun. Bathrobe aku sarungkan ke tubuh. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke katilku semula.
Setelah lengkap berpakaian, aku duduk di birai katil. Ubatan dari plastik ubat aku keluarkan isinya. Ada krim sapu yang digunakan oleh Erduardo tadi untuk merawat lukaku. Aku ambil dan aku sapu pada setiap luka-lukaku. Menyeringis aku menahan kepedihan. Setelah selesai, aku basuh semula tanganku dan tiba-tiba perutku berkeroncong hebat.
Tanpa berlengah aku melangkahkan kakiku di meja kopi di penjuru sebelah kiri berhadapan dengan katilku. Aku buka penutup makanan itu dan bau semerbak dari bubur ayam itu membangkitkan seleraku. Beberapa keping kerepek kentang itu aku hancurkan ke dalam bubur dan aku sudukan perlahan -lahan ke dalam mulut. Aku ulang sehingga habis.
Aku sisipkan sedikit air oren yang masih berbaki di dalam gelas itu sehingga licin. Setelah habis kesemua hidangan itu, aku duduk berehat sebentar di atas sofa kulit berbentuk L warna putih itu.Kemudian, segala ubat-ubatanku aku telan satu persatu.
Setelah segalanya usai aku lakukan, aku tolak pintu sliding perlahan-lahan. Aku bawa diri ini duduk di balkoni yang terdapat satu set meja berkerusi dua jenis besi yang berukir. Aku labuhkan punggung di atas salah sebuah kerusi yang berhampiran dengan diriku ini. Pemandangan yang menghala ke laut itu sangat mendamaikan. Pohon-pohon yang menghijau meliuk ditiup sang bayu.
Aku terpesona dengan pemandangan yang memukau itu sehinggalah kelibat Alejandro berada di tengah pesisiran pantai itu menyapa sepasang mataku. Dia, aku lihat sedang melayan mesra gelagat anak kembar itu. Berkejaran dengan berselang-seli tawa yang girang membuatkan aku terpanggil untuk menyertai mereka. Namun, aku batalkan niat setelah rasa kantuk menyelubungi diri.
Aku tutup semula pintu sliding itu dan terus merebahkan badanku di katil emput bersaiz king ini. Tidak tunggu lama aku telah belayar ke alam mimpi. Sehinggalah aku tersedar kembali di awal pagi itu. Segera aku membersihkan diri dan berhias sekadar terlihat kemas di pandangan mata. Aku bawa diri ini turun ke tingkat yang paling bawah ingin membantu Aunty Marry menyediakan sarapan.Namun, ditegah keras oleh Aunty Marry. Katanya aku masih sakit dan dia juga sudah mempunyai pembantu. Takut dirinya dimarahi teruk oleh Mr Sebastian nanti.
Aku akur, dan duduk sahaja di ruang tamu. Kebetulan Mr Sebastian sudah ada di sana sambil tangannya memegang sebuah gadget jenama Samsung Galaxy Tab S9 FE. Jejemarinya laju mengesek ke atas dan bawah skrin lebar tablet itu. Sekali-sekala dia membetulkan kedudukan kaca matanya.
"Good morning Pa.. amboi busy betul dengan tab..ada berita menarik ke..?"
"Good morning Princess... erm.. biasalah orang bisnes macam Papa ni, mestilah sibuk..awal Ricca bangun, mimpi apa malam tadi..? soal Mr Sebastian dengan wajah yang ceria.
"Mimpikan Ed... by the way Ed mana Pa? sejak semalam dia tak cari pun Ricca lepas jumpa Papa.."
Terus berubah wajah Mr Sebastian bila aku sebut nama suamiku itu.
"Erm.. Ricca kita sarapan dulu ya.. nanti Papa beritahu.."
Aku akur dengan permintaan itu, aku membontoti langkah Mr Sebastian dari belakang, memandang pergerakkan aku juga agak terbatas dek rasa sakit di pergelangan kedua belah kakiku. Aku labuhkan punggungku berdekatan dengan Mr Sebastian. Alejandro menarik kerusi untukku dan dua orang anak kembar kami. Entah mengapa aku rasa tidak selesa dengan kehadiran Alejandro di sini.
"Ok...semua dah ada dekat sini, so Papa berterus terang sahajalah..." Mr Sebastian menyisip sedikit air kopi di cawannya sebelum dia meneruskan katanya. Aku menanti penuh sabar. Harap-harap berita gembira sahaja yang keluar daripada mulutnya itu.
"Ricca, semalam Papa dan berbincang dengan Ed..Ed sedia melepaskan Ricca demi Alejandro dan anak-anak..."
"What...?! Pa, katakan semua ini gurauan Pa... tak...tak mungkin Ed kata begitu Pa... tak mungkin..!"
"Sabar Ricca, bawa bertenang.. memang sukar Ricca nak terima tapi itu yang keluar daripada mulut Ed sendiri! Papa tak tipu Ricca..."
"Tak... tak mungkin melainkan Papa yang paksa..Ricca benci Papa... Mana Ed... kenapa dia sendiri tak cakap depan-depan dengan Ricca! Papa tipu Ricca.. I hate you Pa..! I hate you... !"
Aku bangun dan berlari tinggalkan mereka di situ. Aku berlari walaupun kesakitan pergelangan kaki ini semakin menusuk, namun tidak sesakit hati yang hancur dengan berita yang disampaikan oleh Mr Sebastian sebentar tadi.
Kaki melangkah mengikut hala tujuan yang berpaksikan amarah yang meluap. Tidak sedar aku kini sudah berada di tengah pantai. Terhuyung- hayang tubuhku dihempas ombak yang mengganas.
Seketika aku rasakan pautan tangan kekar di lengan kurusku. Dia menarik kuat sehinggalah tubuh ini selamat berada di daratan kembali.
Terbatuk-batuk aku jadinya akibat tertelan air pantai sebentar tadi. Pedih rongga hidung dan mataku akibat air masin itu.
"Ricca.. please jangan buat tindakan bodoh..fikirkan anak-anak kecil kita Ricca..takkan Ricca sanggup biarkan mereka membesar tanpa kasih sayang seorang ibu..jangan jadi selfish Ricca.." pujuk Alejandro lembut.
Aku hanya membisu di dalam cempungan Alejandro. Dia suruh aku bersihkan diri sementara Mr Sebastian sudah menitiskan air matanya akibat ulahku tadi.
"Ricca... Papa begging you, kita boleh bincang baik-baik Ricca, kenapa buat Papa macam ni..?"
"Keputusan Ricca muktamad Papa, selagi Ed tak cakap sendiri dengan Ricca, Ricca takkan percaya sedikit pun cakap Papa..!" kataku tegas pada Mr Sebastian.
Aku berlalu ke dalam bilikku semula. Pintu bilik aku kunci terlebih dahulu. Terus aku bawa diri ini ke kamar mandi. Air pancuran itu, aku buka pilinya. Aku berdiri di bawahnya dan lencun tubuhku di dalam deraian air laju mencurah di lantai kamar mandi ini. Seketika, melorot perlahan-lahan tubuhku menyembah bumi dengan pakaian yang masih utuh di tubuhku.
"Sayangku, Carda... jangan begini ya Sayang.. Abang pergi bukannya Abang tak sayangkan Carda.. Abang pergi sebab tugas Sayang..." suara itu bergema di situ. Aku rasa sentuhannya di tubuhku. Perlahan-lahan aku buka mata. Ya.. dia ada denganku di sini. Sedang mendakap tubuhku erat di dalam pelukan.
"Carda tak mimpikan Abang... katakan ini bukan mimpi..."
"Ya, Sayang... ni Abang... Carda tak bermimpi.." ucap Erduardo lembut seraya tubuhku dicempungnya walaupun aku tahu lengan kanannya itu masih cedera.
"Lepaskan Carda, Carda boleh jalan sendiri.. lengan Abang masih berbalut tu.. dah basah kita ganti pakaian.. biar Carda tukar pembalut luka tu.."
Erduardo turunkan aku semula, dan perlahan-lahan kami menuju ke katil. Aku ambil tuala mandi untuk Erduardo. Segera aku menyalin pakaiannya yang basah dan mengantikan dengan yang baru. Seketika, aku buat perkara yang sama pada diriku. Setelah lengkap berpakaian, aku ambil peti pertolongan cemas dan aku tukarkan pembalut luka di lengan Erduardo. Lukanya semakin membaik dan itu buat aku berasa lega.
"Abang betul ke Abang nak tinggalkan Carda.." aku soal dia setelah kerja-kerja merawat lukanya selesai. Cepat juga lukanya sembuh semula.
"Jika itu yang terbaik Sayang, tapi percayalah jauh di sudut hati Abang yang terpaling dalam, Abang cintakan Sayang sepenuh hati Abang..."
"Kalau cinta... kalau sayang.. kenapa sanggup serahkan Carda pada orang lain..." soalku sedikit meninggi, rasa amarah menyelubungi diri.
"Please Carda, ini semua untuk kebaikan dirimu. Bersamaku, kau hanya terseksa Carda, aku sebenarnya srorang pembunuh Carda.. seorang pembunuh upahan bapa kau sendiri..."
"Apa?! Kau bercanda kan... katakan semua ini tak betul Erduardo!!!!" Aku dah berteriak, namun pantas telapak tangan Erduardo menekup mulutku. Mungkin impaknya terlalu besar aku sudah terlentang di atas katil ini dan Erduardo sudah menghimpit tubuhku akibat aku memaut lengan yang berbalut itu. Mengerang Erduardo kesakitan, namun pantas aku memaut ulas bibirnya itu dengan tautan bibirku. Sudahnya kami melempiaskan kerinduan yang saling berbahagi antara kami. Rasa yang aku pendamkan sejak tadi ketika menyalinkan pakaian basah suamiku ini. Tubuh kekar berotot yang sungguh mengiurkan itu sudah begitu mengoda diri ini. Dan aku tak bisa melepaskan dirinya itu lagi. Aku tahu dia jua merasakan perasaan yang sama. Hanya bibirnya yang sanggup mengungkapkan kata, tapi hatinya begitu berat untuk berjauhan denganku.
"Carda andai ini pertemuan kita yang terakhir aku
harap kau takkan pernah menyesalinya... aku sayang kau Carda... selama-lamanya.. Aku harap hubungan terakhir ini akan membuahkan hasilnya.. I love you.. love you so much.." samar-samar aku dengar kata-kata itu berkumandang di cuping telingaku. Mataku terpejam rapat, pulas aku terlena akibat lemas melayan gejolak cinta kami yang membuak -buak menginginkan antara satu sama lain.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. terimalah seadanya...
Share this novel