Bau ubat yang kuat menusuk ke rongga deria bauku pada pagi itu sudah memberikan aku jawapan di atas soalan yang berlegar-legar benakku saat ini. Kelopak mata aku buka perlahan-lahan. Aku nampak wajah kesayanganku sedang kerisauan di sampingku.
"Papa..." panggil ku lemah pada Mr Sebastian.
"Ye Ricca, princess Papa dah sedar.. ada rasa sakit mana-mana tak..? Doktor..! doktor.. anak I dah sedar.."
"Ok... minta kerjasama semua yang ada dekat sini keluar sebentar.. saya nak check patient.."
Setelah beberapa minit berlalu, doktor yang merawatku mendapatkan kembali Mr Sebastian. Mereka berbicara tentang tahap kesihatanku dengan agak serius. Dan disepanjang aku mendengarnya, doktor tersebut meminta Mr Sebastian bertenang dan aku sudah didiagnos menghidap penyakit Alzheimer. Menurut ujian-ujian yang dijalankan padaku sepanjang menerima rawatan di hospital ini, aku disahkan menghidap penyakit ini kerana terdapat siptom-siptom yang memberat kepada penyakit tersebut.
Hasil dari ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI ) yang dijalankan ke atasku, terdapat keadaan otakku semakin mengecut dari sebelumnya dan itu menguatkan lagi dakwaan doktor yang bertanggung jawab mengendalikan kes penyakit yang aku alami ini.
Sejak kebelakang ini, aku sering melupakan hal-hal penting, terutamanya informasi yang baru aku pelajari menyebabkan aku sekaligus kehilangan pekerjaan. Keadaan itu membawa perubahan sikap aku menjadi lebih buruk. Aku sering cepat marah, tertekan dan hampir membuatkan aku kurang keyakinan diri.
Aku lebih banyak menyendiri dan sekarang aku mula berjinak-jinak dengan minuman beralkohol. Sudah puas Mr Sebastian menasihati aku, namun segala peringatannya aku buat sambil lewa. Aku menjadi semakin liar dan suka menghabiskan masa di kelab -kelab malam. Emily juga sudah jenuh menasihati aku. Aku dan Emily juga menjadi semakin renggang akibat aku sangat terasa hati dengannya. Emily sudah tidak mahu lagi ambil peduli dengan segala tingkahku. Erduardo pula, macam biskut chipsmore.. kejap ada kejap takde.. bosan!
Suatu hari di kelab malam, seperti biasa aku akan menghiburkan diri dengan caraku sendiri. Penat aku menari, aku duduk di bar memesan beberapa jenis minuman kegemaranku, semuanya mengandungi jumlah alkohol yang agak tinggi. Vodka dan Margarita menjadi pilihan utamaku, manakala wine putih dan rose wine sekadar sampingan. Yang peliknya, aku jenis yang sukar untuk mabuk dalam tempoh waktu yang pantas.
"Hai cantik.. seorang je.. boleh aku duduk sini.." tegur seorang jejaka tampan.
"Erm.. ok .. sure.. I'm Ricca.. Riccarda.." aku tersenyum padanya lantas menghulurkan tangan dalam keadaan sedikit terhuyung-hayang.
"I'm Marteenez, nice to meet you..sejak tadi aku perhatikan, kau minum banyak sangat.. kau tak takut mabuk ke.. nanti macam mana nak balik..?"
"Kaukan ada.. buat apa nak takut.."
"What! kau ni bukan sebarangan gadis, berani betul.. padahal kita baru je kenal.. kau percaya ke aku ni lelaki baik-baik.. buatnya aku ni jenis ambil kesempatan macam mana.." soal Mateenez sekadar menguji.
"Awak ni nakal lah Marteenez, aku tahu kau takkan berani sebab, bila dengar saja nama Papa aku semua orang akan gerun.." baki Whispering Angle Rosé aku teguk agak rakus dalam gelas kaca berkaki tinggi itu.
Aku biarkan ia meleleh di tepian bibir mungilku, sengaja mahu membakar naluri kelakian jejaka di hadapanku ini, namun dalam tidak sedar aku diperhatikan seorang jejaka di salah satu sudut berhampiran dengan kedudukan kami.
"Percaya diri betul kau ni yerk.. dah jangan minum lagi, tak baik untuk kesihatan.. aku tahu kau sedih.. nak berhibur, jom ikut aku..sebelum tu kau duduk sini sekejap, tunggu sampai aku datang semula" Marteenez memberikan amaran.
Marteenez membawa aku ke sebuah pantai dengan Toyota Celica warna merahnya.Meluncur laju kereta itu membelah kepekatan malam. Mata ini terus memandang laut sebaik sahaja kaki memijak pantai. Ombak bergulung-gulung memukul pantai.Kemudian, pandangan tertumpu ke laut lepas. Ombak terus beralun mendendang irama alam. Pandangan di permukaan laut cukup memberi ketenangan dan serta-merta aku berasa sungguh gembira sepanjang berada di sini. Kegembiraan yang telah lama hilang dalam diri ini.
Dari tempatku berdiri itu, aku terpandang seseorang. Seorang pemuda yang bersih wajahnya. Dari jauh, aku seperti mengenali pemuda tersebut. Seketika lirikan mata ini terpaku pada wajah pemuda yang semakin menghampiriku. Langkahnya kemas dan teratur menelurusi pantai yang sangat putih pasirnya itu. Hatiku semakin berdebar-debar apabila pemuda itu semakin mendekatiku.
Pada jarak hampir sehasta, pemuda itu begitu jelas penampilannya. Dengan gaya yang agak santai hanya menyarungkan t-shirt berkolar berbentuk V warna putih dipadankan dengan jeans hitam. Jaket kulit warna hitam yang tersarung di luar baju t-shirt itu melengkapi penampilan jejaka tinggi lampai bertubuh sasa ini. Melihat aku yang kedinginan dia segera melepaskan jaket itu lalu disarungkannya ke tubuh rampingku.
"Thanks handsome.. aku tak sangka kau tahu tempat kesukaan aku.. aku rasa tenang.. tapi aku rasa sangat sejuk sekarang.. kita balik ya.. aku takut Papa Sebastian risaukan aku.."
"Baiklah.. aku hantar kau pulang sekarang.. nampaknya kau dah nampak penat... Ricca boleh aku peluk kau sebentar.." pinta jejaka itu sedikit malu-malu.
Aku terus merapat padanya. Rasa kedinginan itu tidak mampu lagi untuk aku tahan. Terus aku dakap tubuh sasanya itu dan tanpa membuang waktu Marteenez membalas pelukan itu dengan erat. Seperti menghamburkan satu perasaan yang sarat dengan sejuta kerinduaan yang mendalam.
"Ricca... aku rindu padamu..sangat-sangat merindukanmu.." luluh suara itu bergetar.
"Apa..?! kau cakap apa tadi Marteenez.." soalku pada Marteenez semula apabila tidak jelas butiran katanya.
"Tak.. takde apa-apa.. Ricca kita balik sekarang.." Dalihnya langsung memautkan jari-jemarinya lantas dia bawanya aku berlari mengikut langkahnya.
"Marteenez... tapak tangan kau berdarah!" soalku dalam terkejut. Basah dan lekit tapak tanganku terkena darahnya.
"Argh.. sikit je... tak perlu kau khuatirkan Sayang.. aku akan sembuh jika kau selalu ada di sampingku.."
Aku lepaskan ikatan kain yang menghiasi kepala, lalu aku balut luka Marteenez menggunakan kain tersebut. Marteenez hanya tersenyum manis sepanjang aku berbuat demikian. Sekilas aku menatap wajah itu. Tepat, tidak bekerdip walaupun sesaat, kami saling bertatapan dan jarak semakin mengecil antara kami. Jantung semakin laju berdetak.
Bersaksikan cahaya bulan yang mengambang, Marteenez berjaya mencuri ciuman pertamaku dan sehingga berlanjutan untuk kebersamaan, namun Marteenez segera memberhentikan niatnya itu apabila aku secara tidak sengaja membicarakan tentang parut bersilang di pipi kirinya dan aku sebut nama Erduardo secara berulangan tanpa sedar.
Dia berjaya membawa aku mengingati masa lampauku bersama Erduardo. Entah mengapa saat ini aku merindukan kehadiran jejaka itu. Di manakah dia berada sekarang ini..?
Tepat pukul dua pagi aku tiba di rumah semula setelah Marteenez menghantar aku sejurus selepas kami sedikit berselisihan faham. Perlahan-lahan aku menyelinap kembali masuk ke dalam rumah agam milik Papa Sebastian ini. Baru dua langkah aku menapak, keadaan yang gelap-gelita jadi terang -benderang pabila jari kasar Papa Sebastian menekan satu butang.
"Ricca.. baru sekarang Ricca nak balik.. Papa risau tahu tak..!" Tegas suara itu berkumandang.
"Maaflah Pa.. Ricca pergi tenangkan fikiran je.. chill Pa.. Ricca tahu jaga diri.."
"Ricca.. mabuk lagi.. kalau begini jangan salahkan Papa jika Papa kahwinkan Ricca dalam masa terdekat ni.."
"Pa.. apa ni Papa... Ricca dah besarlah..mana ada zaman paksa-paksa kahwin lagi ni Pa..Ricca tak setuju Pa..!Ricca tak setuju..!" Bentak aku sedikit meninggi membuatkan Mr Sebastian agak terkejut.
"Ricca.. Papa tak kira Ricca kena kahwin juga.. kalau tak sedia jadi miskin!" bergema suara garau Mr Sebastian pada awal pagi itu. Naik nadanya seoktaf menghamburkan amarahnya.
Aku jadi takut dan segera berlari meninggalkan Mr Sebastian menuju ke bilik tidur dengan linangan air mata. Aku menangis teresak-esak sambil menggenggam loket yang tergantung di leher jinjang ini dengan erat.
"Ricca.... RICCA...!!!!" teriak Mr Sebastian.
Mendengar itu terus aku aku hempaskan pintu bilik tidurku ini agak kuat. Aku rebahkan tubuhku di atas katil. Mr White Bear aku peluk erat-erat. Aku masih lagi dengan tangisku yang bersisa.
"Mama Rubi... Papa jahat! Dia tak sayang Ricca lagi.. Mama tolong bawa Ricca pergi bersama Mama.." rintihku.
"Carda! Don't do that.. aku sayang kau, jangan pergi tinggalkan aku..!"
Aku terlihat bayangan Erduardo di hadapanku.
"Ed... Erduardo..." aku rebah di atas permaidani tebal itu, pisau yang berada di dalam pegangan tangan terlepas.
Mr Sebastian muncul di kamar tidurku seketika kemudian, terkesima dia melihat keadaanku itu.
"Ricca... please forgive me.. Papa bersalah buat Ricca begini.. tapi Ricca dah melampau.. Papa terpaksa buat tindakan segera Ricca..untuk masa depan satu-satunya anak Papa..."
"Papa... Ricca juga minta maaf... Ricca banyak susahkan hati Papa.. Ricca...sayang Papa..." aku dakap tubuh sasa milik Mr Sebastian erat. Aku menangis lagi di dada bidang miliknya dan Mr Sebastian segera mencempung tubuh rampingku lalu dibaringkan di atas katil itu semula. Mr Sebastian menunggu sehingga aku melelapkan mata barulah dia pergi meninggalkan aku.
* * *
Majlis perkahwinanku yang dibuat secara mengejut itu membuatkan aku agak tertekan, namun apabila terpandang gaun putih perkahwinan yang tergantung indah di sudut sebelah kiriku berdekatan letaknya almari pakaianku, membuatkan aku tidak sabar ingin memakainya. Cantik reka bentuknya, persis gaun perkahwinan Mama Rubi suatu masa dahulu.
"Ricca... dah sedia.." Aunty Marry bertanya padaku.
Aku anggukkan kepala tanda menjawab soalannya. Aunty Marry hanya tersenyum bahagia. Hampir satu jam Aunty Marry merias aku. Aku melihat hasilnya dalam pantulan cermin meja solekku. Terpegun aku melihat diriku sendiri.
"Aunty Marry... betul ke ni Ricca..." berpusing-pusing tubuhku di cermin panjang itu.
"Yes.. Ricca.. it's you... kau sangat cantik anakku.. sama seperti mendiang ibumu dulu. Bertuah sungguh bakal suamimu nanti, memperisterikan gadis secantik bidadari seperti kamu...bidadari juga berasa malu untuk menatap wajahmu ini lama-lama wahai anakku..."
"Betulkah begitu Aunty Marry.. Aunty Marry tahu siapa gerangan putera pilihan Papa yang selayaknya menjadi suamiku..."
"Maaf... seandainya aku tahu, aku sudah memberitahumu terlebih dahulu...malangnya putera ini begitu dirahsiakan kewujudannya oleh Papamu..."
'Isshh... Papa ni.. sengaja buat hatiku makin berdebar..!'
Kemunculan Mr Sebastian di dalam kamarku membuatkan hati ini semakin tidak keruan. Jantung mula bekerja keras. Mahu sahaja jatuh bergolekkan di atas lantai yang dihamparkan dengan permaidani berbulu tebal itu. Mr Sebastian memimpin tangan ini menuju ke limosin dan kami di bawa ke sebuah gereja yang berhampiran dengan kediaman kami. Geraja Iglesia Nuestra Senora del Roble menanti
kedatanganku bersama Mr Sebastian.
Mr Sebastian memimpin tanganku menuju ke altar. Sekilas aku memandang lelaki yang menunggu aku di situ. Jarak yang jauh membuatkan aku tidak dapat mengetahui siapakah gerangan jejaka yang bakal menjadi suamiku itu. Debaran semakin menggila apabila kaki semakin menghampiri paderi yang bakal menyatukan kami menjadi sepasang suami isteri.
Paderi Jacob selaku paderi yang mempengerusi majlis perkahwinan kami pada hari ini, menghadap kan kami secara bersemuka dan menghubungkan tangan kanan kami. Setelah itu, ikrar perkahwinan kami bermula dengan pengantin lelakiku dan seterusnya aku melafazkan ikrar yang sama seperti yang dilafazkan olehnya.
"I, Riccarda Marseille Eglesias, take you Erduardo Marteenez Fernandez, to be my husband. l promise to be true to you in good times and in bad, in sickness and in health. I will love you and honour you all the days of my life.."
Usai aku membaca ikrar itu, jatuh air jernih membasahi kedua belah pipiku, tersentuh hati ini melalui momen paling indah dalam hidupku. Kami bertukar-tukar menyarungkan cincin lambang luaran kasih dan kesetian terhadap pasangan.
"Ok, now you can kiss your bride..." kata paderi Jacob kepada Erduardo.
Terlihat tangan sepasang tangan kekar itu mengangkat tirai yang menutupi wajahku. Aku terpegun melihat jejaka di hadapanku itu. Erduardo Marteenez, jejaka 'nerd' itu merupakan jejaka pilihan Mr Sebastian untukku. Aku rebah di pangkuan jejaka itu sebaik sahaja bibir kami menyatu.
"Carda... CARDA.. !!!"
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya.. sorry lewat akibat kekangan masa...
Share this novel