Sedar-sedar bau ubat yang kuat menyengat rongga hidungku. Lenganku digenggam erat sepasang tangan kurus putih mulus. Kedua-dua pergelangan tangannya berbalut kain kasa putih. Rambut panjang hitam keperang-perangan yang menutupi wajahnya aku elus lembut dan serta-merta membawa dia terjaga dari lenanya.
"Thanks God..Mama sedar juga akhirnya.. nurse, Mama saya dah sedar..!" teriaknya dalam keadaan yang masih mamai.
Sebentar kemudian, tiba seorang doktor lelaki yang membuatkan aku hampir pengsan kembali akibat terkejut yang melampau. Mukaku yang sudah sedia pucat bertambah-tambah pucatnya dan dahi sudah basah dengan bulir-bulir air jernih yang merembes. Bergeletar seluruh tubuhku. Tepat dan tajam mata aku menikam wajah bersih milik doktor lelaki ini. Mata turun melihat tag pengenalan dirinya. Orlando... Orlando Rulli..sebaris nama yang mengingatkan aku pada seseorang.
"Alejandro.." aku menyeru sebaris nama itu membuatkan doktor lelaki ini terhenti perlakuannya yang sedang membuat pemeriksaan ke atas diriku.
Tak semena-mena jatuh sebatang pen di dalam pegangan tangannya.
"Are you ok doctor... your pen..." Bella tunduk mengutip sebatang pen yang jatuh, lalu disuakan kembali ke arah doktor tampan itu.
"Papa...! PAPA...?!" Panggilan daripada Bella yang sedikit keras mengejutkan kembali Dr Orlando ke alam realiti. Memerah wajah putihnya yang sudah tertangkap cerlung menatap wajahku.
"Erm..mm.. Papa?! Sorry, but can I ask you one question.. puan kenal ke dengan Mr Alejandro... Alejandro Rulli.." soalnya dengan bersungguh.Tepat sepasang matanya menikam sepasang mataku dan Bella dengan silih berganti.
"Sebelum saya menjawab soalan Dr Orlando, boleh saya tahu dulu apa hubungan Dr Orlando dengan Mr Alejandro Rulli..?" soalku tegas kepada doktor lelaki itu, sengaja aku menekan suaraku apabila menyebut sebaris nama itu, lebih-lebih lagi pada nama keluarganya itu.
"Alejandro....Al, abang kembar seiras saya... dah lama saya mencarinya, hampir puluhan tahun saya terpisah dengan dia. Sudah puas saya mencari dia di merata tempat, namun sampai sekarang saya menemui jalan buntu...puan tahu sesuatu..?" soalnya beria. Matanya sudah berkaca-kaca.
Aku tertunduk mendengar luahan daripada doktor lelaki ini. Terketar-ketar aku ingin bersuara, namun Bella lebih pantas mencelah.
"Sorry.. Dr Orlando... saya rasa baik doktor beredar sekarang, izinkan Mama saya berehat, Mama saya baik-baik sahajakan doktor.. dan apa kata doktor teruskan pemeriksaan pesakit yang ada di sebelah katil ini..." Bella dah melipatkan kedua belah lengannya ke dada. Tidak berpuas hati dengan perilaku Dr Orlando yang agak mencurigakan. Tidak berkenan dengan cara pandangan doktor lelaki itu pada diriku ini. Macam sesuatu, sesuatu sangat!
"Bella... don't be rude... Dr Orlando cuma bertanya, dan...ada sesuatu yang ingin saya sampaikan doktor..sebelum itu saya nak memohon maaf jika apa yang saya nak perkatakan ini membuatkan doktor tidak senang...yang sebenarnya.. saya sangat mengenali dia..Dia bapa kepada anak saya.. tapi malangnya, dia sudah tiada di dunia ini lagi.. he's death" balasku lemah.
"Ma...! Apa semua ni Ma...?!" Bella mula memberontak, dirinya sangat-sangat terkejut mendengar setiap patah perkataan yang terkeluar dari bibir mungilku sebentar tadi.
"Yes... Bella, he is your biological father's twin. Papa Alejandro ada kembar.. dan Dr Orlando ni kembar mendiang Papa Alejandro..." senafas aku menghabiskan ayatku. Aku lihat berkali-kali Bella menggelengkan kepalanya. Agak sukar dirinya menghadapi kebenaran itu. Dia juga masih terlalu muda semasa Alejandro meninggalkan dirinya itu.
Perlahan-lahan Bella menghampiri doktor lelaki itu yang sudah terduduk di birai katilku. Wajahnya kekal menunduk itu disentuh lembut oleh Bella dengan tangannya yang terketar-ketar.
"Pa..Papa..." terus Bella memeluk tubuh tinggi lampai doktor lelaki itu. Wajahnya sudah lencun dengan air mata.
Dr Orlando membalas pelukan Bella, dan perlakuan mereka disaksikan oleh Alex yang baru tiba di muka pintu bilik wad vip ini. Sepasang matanya tunak memandang wajah Dr Orlando yang sedang memeluk erat kakak kembarnya itu. Alex segera melangkah mendapatkan kembarnya itu.
"Pa! Pa...pa....?!" tersekat-sekat suara Alex mengeluarkan bicaranya. Luir ditelan seperti berpasir. Alex terus mendakap tubuh doktor itu. Aku tahu dia sudah terbawa perasaan. Namun, wajah itu sangat seiras, membuatkan sesiapa saja yang memandang pasti menjangkakan orang yang sama.
Dr Orlando sudah terkaku, dalam sekelip mata dia mempunyai sepasang anak kembar walaupun dirinya yang sebenar masih berstatus bujang. Tidak tahu dia mahu beriaksi. Aku yang memandangnya juga terasa bersalah mengheret dirinya berada di dalam situasi ini.
"Alex... Bella.. sudah, berikan Dr Orlando ruang, dia masih ada lagi kerja yang perlu dilaksanakan.." teguranku itu membawa sepasang kembar itu ke alam nyata.
"Dr Orlando?! Ni bukan ke Papa Alejandro, Mama?" soal Alex tidak puas hati.
"No, Alex... ni Dr Orlando...adik kembar mendiang Papa Alejandro.. your uncle, mereka kembar seiras.." aku terangkan pada Alex dan aku elus lengan Alex dengan lembut.
"Ooh...begitu mirip Ma, sukar untuk dibezakan. By the way, Mama macam mana... dah tiga hari Mama tak sedar.. Carl dah sibuk tanya Mama.." ujar Alex.
Argh... anak kecilku itu! aku juga merindukan dirinya. Sudah kebah kah demamnya? Hatiku gundah memikirkannya.
"Mama.." panggil Carlisle lembut di atas kerusi roda yang ditemani oleh Rosalie.
"Carl... sini sayang..alahai kesiannya anak Mama ni..Ros apa yang berlaku?" soal aku pada Rosalie. Luluh hati aku melihat tubuh lemah Carlisle di atas kerusi roda itu, tambahan lagi ada drip air di tangan kiri anak lelaki bongsuku ini.
"Carl demam panas, demamnya makin tinggi waktu Ricca dan Tuan Ed tinggalkan kami di rumah malam itu. Alex yang bawa kami ke hospital.." terang Rosalie sambil mengelus lembut rambut keperangan Carlisle.
"Ya, Ma... keadaan Carl agak membimbangkan malam tu..kan doktor dah pesan, kalau Carl demam, cepat-cepat bawa pergi hospital.." tambah Alex.
Aku menundukkan kepala beberapa kali mengiakan kata-kata Alex. Seketika aku baru tersedar ketiadaan suamiku di sini. Mata sudah tertancap di katil sebelah di mana Dr Orlando sudah berdiri di situ. Kain tirai yang menghalang sudah ditarik oleh seorang jururawat yang membantu tugas Dr Orlando. Tunak sepasang mataku apabila melihat tubuh Erduardo terbaring kaku di atas katil itu. Terus aku bangun dari pembaringanku, namun pergerakkanku terbatas. Pinggangku terasa sangat sakit dan sangat ngilu.
"Ricca.. jangan banyak bergerak.. baring saja ok. Ricca baru je buat operation kat pinggang ni..buah pinggang Ricca tercedera akibat tembakan itu... Ricca ingat tak..?" Rosalie menghalang, namun aku tetap berdegil. Terus Dr Orlando dan seorang jururawat mendapatkan aku.
"Ricca sabar ok... Encik Ed dah stabil, tiada apa perlu digusarkan... bertuah Puan Ricca mendapat suami sebaik Encik Erduardo, dia juga baru...."
"Doktor Orlando ada kecemasan..." panggil seorang jururawat dalam keadaan tergesa-gesa.
Tidak sempat Dr Orlando menghabiskan ayatnya. Dia meminta diri dan terus bergegas keluar dari bilik ini. Aku masih menagih penjelasan daripada dirinya itu. Apa sebenarnya yang terjadi selama tiga hari aku tidak sedarkan diri..!
* * *
Aku kembali sedar setelah terlena buat kali kedua beberapa jam lepas dari kesan ubat yang aku ambil selepas menjamah makan tengah hariku tadi. Alex dan Bella sudah terlena di sofa yang telah tersedia di dalam bilik ini. Rosalie masih setia duduk di sebuah kerusi di sebelah katilku. Dia tersenyum padaku. Jari telunjuknya sibuk menekan butang yang terdapat di sisi katil bagi menyelaraskan katil automatik hospitalku ini. Aku menganggukkan kepala apabila sudah berasa di dalam keadaan yang selesa.
Bantal kepalaku dibetulkan kedudukannya oleh Rosalie. Dia bertanyakan keperluanku. Aku cuma menggelengkan kepala apabila Rosalie menghulur kan segelas air putih padaku. Aku genggam jejemari Rosalie dan terus aku suruh dia menceritakan hal yang berlaku semasa tiga hari lepas. Tidak sabar lagi aku ingin mengetahui kejadian tiga hari itu. Sebelum itu, aku bertanyakan tentang Carlisle kerana dia sudah tiada lagi di sini. Aku tiba-tiba sahaja terlena setelah menerima satu suntikan yang sempat diberikan oleh Dr Orlando sebelum pemergiannya itu tadi.
"Ricca.. sabar ok..bertenang.. Carl dah Ros hantar ke biliknya semula. Ricca terlena tadi setelah Dr Orlando berikan suntikan. Ricca jangan bergerak aktif sangat ya.. takut luka tu berdarah kembali. Ricca macam ni..." Rosalie berjeda seketika.
Rosalie menarik nafas dalam-dalam dan mula menyambung kata-katanya. Lenganku dielus lembut. Aku sabar menanti dirinya membuka mulut.
"Ricca... menurut kata Dr Orlando, buah pinggang Ricca rosak akibat terkena tembakan itu. Peluru itu menembusi tepat pada buah pinggang Ricca.." hembusan nafas kasar dilepaskan Rosalie. Jejemari kami bertaut erat.
"Habis tu, Ed yang mendermakan buah pinggangnya pada saya...dan..apa jadi dengan kandungan saya Ros..." tanganku terus melekap di perutku yang sedikit membukit.
"Kandungan baik-baik sahaja dan baby dalam perut Ricca ni sangat kuat... sekuat Ricca dan Papanya..lihat tu..sakit-sakit masih lagi kekal tersenyum. Ricca nak jumpa Tuan Ed.." soal Rosalie yang turut mengelus lembut perutku.
Aku anggukkan kepala, perlahan-lahan aku cuba bangkit dari pembaringanku. Rosalie membantu aku dengan sangat berhati-hati. Bimbang jika tersalah langkah, akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepadaku. Langkah diatur dengan perlahan sekali dan setapak demi setapak aku melangkah menghampiri katil milik suamiku di sebelah kiri katilku.
"Abang... kenapa Abang buat semua ni... Sayang masih boleh lagi bertahan dengan sebelah buah pinggang ni..." kataku yang sudah melabuhkan duduk di atas kerusi yang telah tersedia itu.
"Sayang, please..Abang buat bukan saja-saja Sayang.. walau sekalipun jika nyawa ini galang gantinya Abang sanggup berikan kepada Sayang... Abang buat semua ni khas untuk Sayang dan anak kita yang bakal lahir ni nanti..." jejemari Erduardo naik mengelus lembut sisi wajahku. Air mataku berjuraian membasahi kedua belah pipi dihapuskan lembut dengan ibu jarinya.
"Terima kasih Abang... Sayang sangat-sangat menghargainya... Abang lelaki yang paling indah kurniaan Tuhan pada Sayang. Sayang sangat bertuah Abang, terima kasih Tuhan.. kau berikan aku lelaki yang cukup hebat sebagai teman hidupku.." sambung ku lagi dan terus aku lentokkan kepalaku di dada bidangnya.
"Dahlah tu Sayang... jangan puji Abang lebih-lebih. Abang ni manusia biasa je... banyak lagi kelemahan, tak sempurna mana pun..Sayang berehatlah ya..Sayang sakitkan... jangan risaukan Abang.. Abang akan segera sembuh..! Lebih-lebih lagi Sayang sentiasa di depan mata Abang.." dahiku di kucup lembut. Lama dia meletakkan bibir pucatnya di situ. Hangatnya masih terasa sehingga menyelusupi di setiap urat-urat nadiku.
"A..bang..." Aku peluk tubuh sasa Erduardo yang duduk bersandar di katil wadnya.
* * *
Setahun berlalu dengan begitu pantas, aku terus menjalani kehidupanku dengan penuh kedamaian dan tiada lagi permusuhan yang perlu aku tempuh sepanjang tahun yang pertama ini berlalu. Diharap tiada lagi drama dan pertumpahan darah berlaku untuk tahun-tahun yang akan mendatang. Perniagaan yang diusahakan oleh Erduardo juga berjalan dengan penuh lancar dan sangat berkembang maju. Sudah lebih berpuluh-puluh cawangan anak syarikat Erduardo usahakan di seluruh negara Mexico ini. Dan satu lagi cawangan akan dibuka awal tahun hadapan di bandar Mèrida.
"Mama...." jerit Carlisle yang mendukung adik perempuannya yang baru berusia enam bulan.
"Carl..jangan bawa Camiela main jauh-jauh..dah biar Mama je yang dukung Camie.." Aku berlari anak mendapatkan mereka berdua di tepi pantai itu.
Carlisle menyerahkan Camiela yang berada di dalam cempungannya itu kepadaku. Aku segera mengambilnya dan aku bawa Camiela masuk ke dalam bilikku. Masa untuk memberikan Camiela susu dan masa-masa ini adalah untuk tidurkan Camiela sebentar, jika tidak cukup tidurnya pasti bangunnya pada keesokkan harinya, dia pasti akan mengamuk sakan. Bukan senang untuk memujuk Camiela semula, hanya Erduardo seorang sahaja yang pantas untuk menghentikan amukan anak gadis kecilnya itu. Lain benar pula ulahnya dengan abang kandungnya ini.
Camiela sangat rapat dengan Erduardo dan keduanya tidak pernah lama-lama berjauhan. Pernah sekali suatu ketika Erduardo dikehendaki menguruskan anak syarikatnya di luar kawasan dan memerlukan selama seminggu dia di sana. Belum cukup tempoh pun dia berada di sana, Erduardo dah terpaksa pulang tiga hari berikutnya kerana tahap kesihatannya terganggu. Erduardo demam panas sewaktu berjauhan dengan Camiela yang baru dua hari dia bermalam di sana. Oleh sebab itu, Erduardo hanya menguruskan anak syarikatnya yang berada berdekatan sahaja dan memastikan dirinya itu akan berada di rumah pada setiap waktu malam. Jika memerlukan dia menguruskan juga, pasti dia akan pergi membuat lawatan seharian sahaja dan tidak akan pernah bermalam. Benar-benar berlawanan dengan Carlisle dulu, terkadang aku juga naik cemburu dengan kedekatannya berdua. Erduardo dan Camiela yang tak boleh nak berenggang langsung!. Mentang-mentang anak bongsu..!
* * *
"Hai.. Papa Orlando...come join us.." pelawa Bella kepada Dr Orlando.
"This is special for both of you... Happy birthday my handsome son and gorgeous daughter..." ucap Dr Orlando. Walaupun hakikatnya mereka ini hanya sekadar anak saudara, tapi Dr Orlando telah menganggap Bella dan Alex sebagai anaknya sendiri.
"Thanks Papa Orlando, you're so sweet..." Bella dan Alex memeluk tubuh tinggi lampai kembar mendiang Alejandro itu serentak.
Malam itu, kami mengadakan sebuah parti yang agak meriah bagi menyambut hari kelahiran anak kembarku, Bella dan Alex. Sambutan hari lahir mereka yang dihadiri rata-rata teman sekuliah mereka, membuatkan Bella dan Alex kelihatan sangat seronok dan begitu bahagia. Carlisle juga tumpang gembira sama. Di suatu sudut aku lihat ada seorang pemuda sedang asyik berbual dengan Bella. Bella memperkenalkan temannya itu kepadaku.
Aku menerima baik kehadirannya itu yang aku lihat ikhlas berteman dengan anak gadisku ini. Wajahnya yang sentiasa dihiasi dengan senyuman membuat kan hatiku terbuka untuk menerimanya. Bella juga kelihatan sangat rapat dengannya. Jejaka yang dipanggil Eezar ini juga merupakan pemuda yang sangat berbudi bahasa dan baik budi pekertinya. Erduardo juga suka dengan Eezar yang pandai menghormati dan mengambil hatinya. Aku lihat kedua-dua lelaki itu begitu mesra sehingga kelihatan seperti mereka sudah lama mengenali di antara satu sama lain.
Sehingga lewat satu pagi majlis baru tamat dan tetamu yang hadir beransur-ansur kembali ke kediaman masing-masing. Aku ambil peluang itu untuk mengemaskan kembali meja yang sudah berselerakkan setelah aku baru sahaja usai menyusui Camiela. Aku kemas bersama Rosalie yang masih berjaga.
"Ros... tak tidur lagi? Dah lewat ni.." tegurku pada Rosalie yang leka mengutip cawan-cawan kaca yang berselerakkan di atas meja panjang ini.
"Ooh... Ricca, terkejut Ros... nak kemas dulu semua ni, lagipun takkan nak biarkan bersepah.." balas Rosalie kembali. Tangannya masih ligat mengutip setiap satu cawan-cawan yang berselerakkan.
"Erm... Ros, Ricca nak tanya sikit ni, Ros perasan tak Bella dengan Eezar tadi, rapat semacam je.. Ros tahu sesuatu...Bella kot-kot ada cerita dekat Ros ke?" aku mula buat soal siasat. Memang persoalan itu sering berlegar-legar di fikiran sejak dari tadi.
"Oh..Eezar.. ada juga Bella kongsi cerita pasal Eezar pada Ros, mereka memang rapat... dan Eezar tu bukannya orang lain dengan Ros, dia adik sepupu Ros belah mendiang ayah Ros.." Rosalie kelihatan begitu teruja apabila berbicara tentang adik sepupunya itu.
"La... ye ke, patutlah dia kelihatan rapat dengan Ros tadi, sikit-sikit cari Ros kat dapur, tolong Ros ambilkan makanan..sampai segan pulak saya di buatnya...yelah diakan tetamu, tapi macam tuan rumah pulak..." aku lepaskan keluhan kecil.
"Eezar tu memang macam tu, dari kecil ringan tulang, walaupun dia tu anak orang berada, tapi tak pernah sombong dan meninggi diri..untung Uncle Julian dengan Aunty Laura dapat anak sebaik Eezar" terang Rosalie satu per satu sikit sebanyak tentang teman lelaki anak gadisku itu.
Leka kami berbual sehingga tak sedar jam dah menunjukkan lewat tiga pagi. Erduardo sudah turun mendapatkan aku berhampiran di kolam mandi itu. Rosalie mengundurkan diri sebaik saja Erduardo muncul di situ. Kami juga sudah usai mengemaskan semula meja-meja yang digunakan tadi. Tinggal meja-meja itu sahaja yang perlu diangkat kembali nanti. Semua sampah-sarap yang dimasukkan ke dalam beg plastik hitam sudah dibuang oleh Rosalie sebentar tadi.
"Sayang... kenapa lambat sangat naik bilik.. sampai hati tinggal Abang kat bilik tu sorang-sorang".
rajuk Erduardo.
"Bukan ke anak kesayangan Abang tu teman.. apa pulak yang keseorangannya..?: Aku tampar lembut lengan Erduardo yang sudah merayap di pinggang rampingku.
"Auch.. sampai hati tolak Abang ya.. takkan jelouse dengan Camie lagi..? Sayang ni macam budak-budaklah.."
"Budak tak budak... Abang tu lebihkan Camie..tahulah sayang, tapi jangan terlalu sangat.. sampai tak boleh nak berenggang langsung.."
"Oh God!... Sayang Camie tu kecik lagilah.. Sayang ni merajuk macam ni, makin cantik pulak, jangan buat Abang geram Sayang.." pelukkan Erduardo semakin erat di pinggang rampingku. Sekali sekala tangannya lembut mengelus punggungku yang montok.
"A..bang...," terbuntang mataku apabila dia sengaja meramas kuat punggungku dan tali halus gaun malamku dilepaskan ikatannya. Tubuhku sudah di dakapnya erat. Bibirnya terus menyambar ulas bibir mungilku yang dioles dengan lip gloss merah jambu lembut berperisa buah strawberi. Makin berghairah dia mengerjakan ulas bibirku itu. Makin lama makin mendalam dan bertukar menjadi semakin meliar apabila aku menikmati sentuhannya itu.
Erduardo mengangkat tubuhku lalu di dudukannya aku di atas meja itu. Dadanya semakin berombak ganas di sebalik baju t-shirt hitam yang melekat elok di tubuh sasa miliknya pabila matanya terpandang sepasang aset montok yang putih mengebu di dadaku yang sudah berombak mengikut irama nafas yang sudah tidak teratur. Tidak tunggu lama, Erduardo menjalankan tugasnya sebagai seorang suami ke atas diriku sehinggalah berlarutan di kolam mandi itu. Pukul lima pagi kami berendam di kolam mandi. Aduhai.. betul-betul kerja gila..!
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update chapter seterusnya... maaf agak kelewatan akibat ada beberapa kekangan yg tak dapat dielakkan... Hope ejoyed reading to all readers... jemput bca :):):)
Share this novel