PROLOG

Drama Completed 12753

27 March 2011...

Prraaannnggg... !!!!

Bunyi kaca bersepaian di bilik pengantin tingkat tiga itu akibat ulahku. Aku, Riccarda Marseille Eglesias anak tunggal kepada seorang tokoh perniagaan termasyhur yang dikenali sebagai Mr Sebastian Eglesias menentang perkahwinan yang diaturkan ini. Papa menginginkan aku menikahi jejaka pilihannya. Akibat tiada keberanian untuk kehilangan segala harta kekayaan serta segala kemewahan yang telah ditaburkan, aku menurut. Diperkuatkan lagi dengan sikap tegas dan dominannya membuatkan aku gentar untuk melawan setiap aturan yang dibuat olehnya sejak aku berusia sembilan tahun lagi.

Dialah bapa dan dia jugalah ibuku. Segala kemewahan dan kebutuhanku dipenuhinya dengan baik sehinggakan aku tidak sedikit pun rasa kekurangan. Cuma, aku terlalu mendahagakan belaian seorang ibu dalam hidupku. Sejak kematian ibuku, mendiang Rosemaria, Papa Sebastian tidak pernah berkahwin lagi. Dia sangat setia pada wanita belahan jiwanya itu, ibu satu-satunya wanita yang bertakhta di hatinya. Aku senangi sikap Papa Sebastian yang satu itu.

Namun, aku sangat menentang perjodohan ini. Bagi aku, Erduardo bukanlah jejaka yang tepat untuk diriku. Dirinya yang berketerampilan sangat 'nerd' ini buat aku sangat-sangatlah tidak tertarik padanya. Malah aku teramat membencikan dirinya ini. Sebenarnya aku sudah menaruh hati dalam diam dengan seseorang jejaka yang bernama Marteenez. Bagi aku jejaka seperti Marteenez adalah orang yang selayaknya menjadi pedamping aku. Dia bukan sahaja memiliki tubuh sasa yang mengiurkan, malah sangat sempurna di mataku. Senyumannya, gayanya, sikapnya yang agak nakal buat aku tergila-gilakannya setiap saat.

Tup... tup... semua anganku musnah sekelip mata. Papa Sebastian menjodohkan aku dengan jejaka yang terlihat sangat 'old school' ini. Berani-beraninya dia masuk dalam hidupku. Entah ceruk manalah Papa Sebastian jumpa mamat ni. Kampungan habis, masih wujudkah baju kemeja corak kotak-kotak yang dipadankan dengan seluar slack hitam..Argh! Belum lagi dengan gaya rambut sikat belah tengah dengan kaca mata petak tebal... Ufft..! Ketinggalan zaman betul.. dia masih hidup dalam zaman dinasour kah..?

* * *


"Sial..! Celaka..! Aku tak naklah... Kenapa kau paksa aku... Apa hak kau huh...!" Pekik aku pada sang suami yang baru saja selamat menikahi aku tak sampai tiga jam yang lalu.

Dia hanya berdiamkan diri. Sikit pun dia tak hiraukan aku yang terlolong bagaikan kesurupan setan. Malah tangannya pantas melepaskan pakaian yang membaluti tubuhnya. Terdiam aku saat terpandang tubuhnya yang dihiasi enam ketul roti bun itu.

"Dah kenapa diam.. dah penat ke Mrs Erduardo..? atau... " Dia berjeda seketika sambil melangkah menghampiriku.

Selangkah demi selangkah sehinggakan tubuhku terbaring di atas katil bersaiz king yang dipenuhi dengan hiasan kelopak bunga mawar merah yang berbentuk hati itu. Dia naik menindih tubuhku, semakin lama semakin cuba menghapuskan jarak antara aku dengannya, dadaku sudah mula berombak membuatkan dia tersenyum.

Melihat aku yang telah tertewas, lantas dia bangun meninggalkan aku dalam keadaan yang sudah dipenuhi dengan rasa keinginan yang memuncak. Sedikit sahaja lagi bibir seksinya itu ingin menyatu dengan bibir mungilku, namun dengan rasa tidak bersalah dia melencongkan wajahnya, lantas mengetipkan kelopak mawar itu di bibirnya. Aku masih terpinga-pinga di atas katil itu lantaran perbuatannya.

"Aku takkan sentuh kau sebab aku tahu kau tak pernah terima aku..maaf sebab tadi.. aku terpaksa.. lagipun paderi Jacob yang suruh.." Lirih suara itu berkumandang di cuping telingaku.

Hatiku agak tersentuh mendengarnya. Aku menghantar pemergiannya ke kamar mandi itu dengan sorotan mata. Melihat belakang tubuh kekar itu disirami pancuran air, aku sekali lagi tewas. Entah apa yang merasuk, aku terus menanggalkan gaun pengantinku dan melangkah masuk ke dalam kamar mandi yang tidak berkunci itu.

Erduardo tercengang apabila dia membuka mata. Aku dan dia berdiri di aliran pancuran air yang sama. Kami sama-sama terkesima. Kami sama-sama dalam keadaan yang sangat tidak terandalan untuk dilihat. Baru kami perasan tiada seurat benang pun menutupi tubuh kami ketika itu. Dalam erti kata lain kami sedang berbogel. Melihat aku yang ingin menjerit cepat-cepat Erduardo memusingkan tubuhku supaya membelakanginya, lalu dia tutup mulut aku dengan telapak tangannya. Aku yang kelemasan bertindak mengigit jejemarinya. Dia terjerit dengan tindakan aku itu.

Aku duluan yang keluar dari bilik mandi itu setelah bathrobe warna merah jambu yang tersangkut di pintu cermin itu aku raih dan terus ku sarungkan ke tubuh telanjangku.

"Take off... take off..!" Aku memekik lagi.

"What! Are you sure.. very-very sure.. ok..done.."
Erduardo tersengih.Tak sampai seminit, tuala mandi putih yang terlilit di pinggangnya dilucutkan.

"Oh.. shit! What are you doing... Aku suruh kau tanggalkan your glasses.. bukannya tuala mandi ni.. Isshh.. ingat aku teringin sangat ke huh!"

"Dah tu terjerit-jerit.. terkejut aku kau buat.. cubalah berlembut sikit..aku ni suami kau tahu tak.. kot ya pun hormatlah aku ni sikit.." Bentaknya.

Terbahak-bahak aku gelakkan dia. Dia nak aku hormatkan dia..mengaku dia sebagai suami aku.. 'Aduhaii... lambat lagi Mr Erduardo..!' tapi aku buat kerja gila..

"Hormat tu boleh... tapi dengan satu syarat.. kau kena bersaing dengan Mr Marteenez... Aku bagi kau masa seminggu, kalau kau berjaya kalahkan Mr Marteenez..aku akan jadi wife kau yang paling baik..!"

"Marteenez... siapa lelaki tu... lelaki simpanan kau..?" Erduardo soal aku semula. Suaranya kedengaran agak keras dan sedikit meninggi.

"Dia cinta pertama aku... aku gilakan dia... kau yang tak tahu malu.. kau hancurkan angan-angan aku nak jadi isteri dia..." Aku tunjal-tunjalkan jari telunjukku pada dada bidangnya. Sakit hati punya pasal.

"Kalau aku tak nak.. kau nak buat apa..?" soalnya lagi padaku sambil menyarungkan sehelai t-shirt ke tubuhnya.

"Siap-siap untuk jadi duda Mr Erduardo..aku akan cari cara untuk kita tamatkan pernikahan ini.."
Aku berlalu dari situ setelah itu.

Langkah kaki terus ke wardrobe mengambil sehelai baju tidur satin yang aku pilih secara rawak. Langsung aku sarungkan baju warna merah menyala yang agak seksi itu di tubuh langsingku di hadapannya. Aku nampak sepasang matanya tidak lepas menjamah tubuh ini atas bawah. Alang-alang dia dah tengok, aku biarkan sahaja. Keadaan dalam bilik ini pun agak suram, entah dia nampak atau tak aku ni, maklumlah kaca matanya dah dilepaskan pada wajahnya itu.

Aku mula menapak mendekati katil itu. Langsung aku rebahkan tubuhku di atas tilam empuk itu. Aku baring di tengah-tengah katil. Sengaja aku penuhkan ruang kosong dengan meletakkan bantal kepala itu kiri dan kananku. Aku takkan biarkan Erduardo tidur sekatil meraikan malam pertamanya bersamaku. Hal itu takkan pernah terjadi antara aku dengannya.

Puas aku menunggu kedatangan Erduardo dalam bilik ini setelah dia pergi meninggalkan aku. Dia berdiri di balkoni itu sejak dari tadi. Dia tengah kira bintang kat langit tu ke..? Entah apalah kejadahnya berdiri di situ lama-lama. Tak sejuk ke..! Aku kerling jam loceng di sisi katil. Oh.. God! Dah dekat dua pagi..lama betul dia berdiri. Tak sakit ke kakinya itu..Argh..!! lantaklah buat apa aku nak kisahkan dia. Lebih baik aku tidur sekarang..

Baru sahaja mata ini hendak tertutup, aku dengar sliding door itu ditarik. Berlumba-lumba sang bayu dingin menyerbu masuk di ruang bilik ini. Aku dah kesejukan lantas aku tarik selimut tebal itu menutupi tubuhku.

"Sorry... aku kacau tidur kau..!" Dia bersuara lantas merebahkan tubuhnya di sofa bed itu.

Aku yang baru hendak terlena, tersentak dengan suara garau itu. Langsung membulat kembali mata ini kerana terkejut. Aku lihat dia sudah tertidur sambil merengkot tanpa bantal dan selimut di sofa bed kulit itu. Tubuhnya membelakangi aku. Jatuh kasihan pula aku lihat keadaannya itu. Tanpa berfikir lebih lama aku segera capai bantal dan selimut tebal itu.

Keadaan dalam bilik ini sangat dingin, mungkin musim sejuk sudah memunculkan diri. Penghawa dingin itu sudah aku matikan. Menggigil tubuh ini menahan kedinginan di dini hari. Menyesal pulak pakai baju seksi begini. Ingatkan nak kenakan dia. Alih-alih diri sendiri yang merana.

Aku terus berbaring di sebelahnya tanpa menghirau kan lagi tentang keselesaan atau apa-apa yang bakal terjadi selepas ini. Terus aku peluk tubuh sasanya itu. Tanpa aku sedari dia menarik aku dalam pelukannya.

"ERDUARDO....!!!" Aku jeritkan namanya bagaikan hendak terkeluar anak tekak.

"Kau dah kenapa..bangun-bangun je nak menyalak.. Tekak kau ni tak sakit ke huh.." Sempat aku tepis jejemarinya yang cuba mengelus pipiku.

"Apa kau dah buat kat aku..kau... kau..."
Aku lihat diri sendiri di bawah selimut tebal ini. Mata tertancap pada baju satin merah yang terdampar di atas permaidani berbulu tebal itu.

"Kau isteri aku.. aku rasa tak salah.. siapa mulakan dulu.. kau ke aku.. Kau dah lupa ke.. atau kau ni ada sindrom amnesia..nak aku cerita balik.."

"Shut up...go to hell..!" Pekikku.

"Jangan marah-marah Sayang... kau buat aku geram tau.. aku tahu kau enjoy last night but aku kesal kau tak habis-habis seru nama si Marteenez tu.. hebat sangat ke jantan tu.. boleh aku tengok orangnya..!"

Aku dah senyum simpul..lantas aku capai telefon bimbit di atas meja kecil di sisi katil ini lalu aku tunjukkan gambar Marteenez padanya.

"Itulah Marteenez... mi amour.. handsome kan.. jauh beza dari kau..!" Kataku tanpa rasa bersalah.

Erduardo melihat dengan tekun. Itu dirinya sendiri. Dia tatap wajah aku silih berganti dengan wajah yang tertera di skrin telefon bimbit ku itu. Seketika kemudian, dia tertawa terbahak-bahak sambil ucapkan terima kasih dan tiga perkataan cinta itu secara sangat romantis di hadapanku. Bergetar seluruh tubuhku. Merinding aku jadinya.

"Dah jangan berangan... pergi mandi cepat.. sarapan dah lewat ni.. nanti entah apa Papa cakap pasal kita... aku ok je takut kau yang tak sanggup untuk tahan malu nanti...hati-hati kaca tu.."

"Aduhhhh... saakiiiittt...!" Aku terjerit menahan kesakitan akibat terpijak kaca.

Erduardo berlari mendapatkan aku. Perlahan-lahan dia mencabutkan kaca yang tertusuk di telapak kakiku. Aku terjerit lagi. Air mata merembes di wajah tanpa aku sedari. Erduardo memujuk aku dengan lembut persis Marteenez menghiburku ketika duka. Tubuhku dicempungnya dan terus dibawa ke katil. Dia merawat luka di kakiku. Mujur tak seteruk mana.

"Pergilah mandi.. lepas ni boleh sarapan.." Arah Erduardo setelah dia keluar dari bilik mandi itu.

"Nak mandi macam mana.. nak jalan pun tak boleh.. sakitlah..!"

"Kau ni manja betullah..dah sini.. biar aku uruskan kau harini.. kau jangan banyak bunyi pulak.."

Aku dah mencebik. Aku hanya pasrah membiarkan Erduardo menguruskan aku hari ini. Sengaja aku berbuat demikian, padahal takdelah seteruk mana pun lukanya. Aku saja nak uji, dia benar-benar sabar dengan aku atau tak.

Balik-balik aku yang terkena. Erduardo ni sangatlah penyabar orangnya. Dia benar-benar jaga aku sebaik mungkin. Walaupun dia tahu aku cuma bersandiwara namun, dia ikut sahaja rentakku. Akhirnya, aku yang mengalah. Aku mula jatuh sayang padanya.

* * *

"Amboi newleyweds baru nak tunjuk muka ke.. dah nak masuk waktu lunch baru kamu berdua nak turun..
Dah ni kenapa kaki ni.. takkan ganas sangat malam tadi.. kalau macamnilah gayanya tak lama lagi naik pangkatlah Papa.." Mr Sebastian tersenyum bahagia.

"Naik pangkat... Papa dapat gelaran Tan Sri ke..?" tanya ku polos pada Mr Sebastian membuatkan dia tertawa lepas. Kepalaku diusapnya lembut.

"Alahai.. anak Papa ni... Ed.. nak Papa jelaskan atau Ed sendiri yang beritahu.."

"Takpelah Pa.. biarkan dia sendiri yang fikirkan jawapan.." Balas Erduardo itu buat aku semakin tertanya-tanya.

"Dahlah makanlah dulu.. Jangan lupa take your medicine.. tak boleh culas ok.." Mr Sebastian memberi peringatan.

"Ok.. Papa.."

Setelah usai bersarapan, aku ajak Erduardo berehat di gazebo berhadapan dengan kolam mandi itu.

"Kau kenapa kena makan ubat.. kau sakit ke..?"
Soal Erduardo sebaik sahaja turunkan aku dalam cempungannya.

"Erm.. aku ada amnesia.. betullah apa yang kau kata tadi.. aku ni cepat lupa.. daya ingatan tak berapa bagus.." Kataku sayu.

"Patutlah... boleh aku tahu sebab apa kau jadi macam tu.."

"Aku.. aku jadi macamni sebab dulu masa umur aku sembilan tahun, aku alami kemalangan..kepala aku terhantuk kuat.. Mama aku mati..dahlah malas nak ingat..!"

"Aku minta maaf.. kau dah tak marahkan aku.."

"Marah.. marah sebab apa..? Apa yang kau dah buat kat aku malam tadi..?"

"Hah..! takpelah... kalau kau dah tak ingat.. tapi jangan kau lupa pula aku ni siapa dengan kau...!"

"Kalau kau sentiasa dengan aku rasanya aku takkan lupakan kau.. mesti kau sayang sangat kat aku kan..?"

Erduardo hanya menganggukkan kepalanya. Dia tatap wajah aku tepat tanpa berkelip matanya. Pandangan dengan penuh rasa. Aku cuba tebak rasa itu, namun masih tidak menemui jawapannya. Aku balas dengan senyuman. Dia merapatkan jarak antara kami. Mata masih bertentangan. Semakin lama semakin hampir lantas bibir bertautan. Erduardo melepaskan kaca matanya, tangan kiri kekar miliknya memaut kemas belakang kepalaku mengemaskan lagi tautan bibirnya di bibirku.

"Marteenez...???"

"Yes... I'm your Marteenez... Erduardo Marteenez.. your husband..!"

Terukir senyumanku.. tidak tunggu lama aku pagut kembali bibir seksi milik Erduardo.. Erm... manis..!

Assalamualaikum dan hai semua... Terimalah nukilan ketiga dari author.. 'Suamiku Si Pembunuh Upahan???' kali ni free reading jer.. hope enjoyed..sila-silakan tinggalkan comment ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience