BAB 8 ( ALEJANDRO )

Drama Completed 12753

Erduardo terus dikejarkan ke hospital malam itu dan sekarang dia masih lagi menerima rawatan di bilik kecemasan. Sebanyak dua belas jahitan diterima olehnya pada malam itu akibat kecederaannya yang agak parah dan kemudiannya, dia sudah ditolak ke dalam wad VIP dan masih lagi belum sedarkan diri. Aku masih setia menemani dia di situ, walaupun Mr Sebastian mengarahkan aku untuk berehat sahaja di rumah.

"Pa..Ricca nak teman Ed sampai dia sedar.. Papa jangan risau ok.. Ricca boleh tidur kat sofa tu nanti.." Lurus telunjukku terarah pada sofa tiga serangkai warna coklat gelap itu.

"Baiklah... jaga diri, Papa pulang dulu.. esok pagi- pagi Papa datang. Ricca kalau penat, tidur sahaja.. jangan risau ada doktor di sini akan pantau Ed nanti.."

Aku hanya menghantar pemergian Mr Sebastian dengan sorotan mataku. Aku kembali menatap sekujur tubuh Erduardo yang memucat itu. Puncak kepalanya aku elus lembut dan aku letakkan bibirku di situ. Lama sehingga tanpa sedar air jernih mengalir di pipi sehingga tumpah mengenai wajah suamiku.

"Carda.. jangan menangis Sayang.. Ed masih bernafas untuk melindungi dirimu.."

"Ed.. kau dah sedar..kau buat aku risau Ed.. kenapa sampai harus jadi begini..kau betul-betul mahu aku mati cepat ya Ed..."

"CARDA..! Jangan berbicara seperti itu, aku tak akan sanggup kehilangan kau, Carda.. Aku benar -benar cintakan kau, Carda.." Erduardo bersungguh mengungkap kata itu. Jemariku digenggam erat.

"Aku tahu itu Ed, dah kau berehat sahaja, jangan banyak bergerak.. aku sentiasa di sini, menemanimu"

"Erm.. kau tidur di sini sahajalah.. aku mahu peluk kau, aku rindukan kau Carda, mi amor..."

Aku terus berbaring di sebelah kanan Erduardo, setelah dia memberikan sedikit ruang untukku berbuat demikian. Aku mengiringkan tubuhku menghadapnya di atas katil wad yang sederhana besar ini. Betul-betul muat untuk kami berdua. Kami bertentangan mata seolah-olah mata kami berbicara di saat ini. Erduardo melabuhkan ciumannya di puncak kepalaku dan bibirku dipagutnya lembut. Dia hanya meletakkan lengan kekarnya di atas dadaku. Aku mengelus lengannya itu lembut sehinggakan bertaut erat jejemari kami dan kemudiannya kami sama-sama terlena.

* * *

"Bertuah punya anak..suami tu sakit, boleh pulak dia berkongsi katil..."

"Ssshh... takpe Pa, Ed yang suruh... perlahan sikit suaranya Pa, isteri Ed ni masih tidur.. kesian dia berjaga semalaman tunggu Ed..."

"Erm.. kamu macam mana Ed...maaflah Papa lambat berikan bantuan sampai kamu jadi begini.."

"Takpelah Pa, Ed dah biasa.. lebih teruk dari ni Ed pernah lalui dulu..."

Mendengar itu terus aku bangun dan berdiri di hadapan Mr Sebastian. Terpempan mereka berdua akibat ulahku.

"Apa..?! Apa semua ni Papa... Ed...korang berdua ada konspirasi apa ni..beritahu Ricca sekarang.. Papa.. Ed.." desakku, lengan Mr Sebastian aku goncang kuat.

"Ricca...tiada apa-apa Ricca, cuma Ed tolong Papa..Ricca tahukan bisnes yang Papa ceburi ini banyak musuh.."

"Papa... Ricca tak habis fikir.. takkan sampai sekarang Papa masih di kelilingi musuh..?! Papa kan dah janji dengan Ricca.. dan sekarang Papa nak libatkan Ed pulak..?" soal aku agak keras pada Mr Sebastian.

"Ricca... RICCA..!" jerit Mr Sebastian namun aku tidak endahkan, terus sahaja aku berlari meninggal kan mereka berdua di situ.

Sakit.. ! Ya..Aku tengah sakit hati ditipu hidup-hidup dengan bapa kandungku sendiri. Entah apalah bisnes yang dilakukannya selain perusahaan import eksport kereta mewahnya itu, aku yakin pasti ada bisnes lain dari itu. Papa Sebastian terlibat dengan kartel dadah kah..? ataupun bisnes perdagangan manusia..?

Arghh! Aku tak habis fikir dengan semua ini. Kakiku terus melangkah tanpa arah tujuan. Sehinggakan tidak sedar aku telah sampai di sebuah lautan yang terbentang luas. Mungkin sahaja kawasan hospital tempat Erduardo mendapatkan rawatan berdekatan dengan kawasan ini agaknya.

Diagonal mataku tepat merenung laut. Laut benar-benar bergelora. Seperti hatiku yang sedang berperang dengan pelbagai rasa. Aku masih di situ, duduk di hamparan batu, di tepi pantai itu menghadap ke laut. Bebola mata memandang kapal -kapal yang bergerak perlahan mula menghampiri ke pangkalan.

Di sekitar tepi pantai, pelepah rimbun menghijau, pepohon palma bergoyang-goyang mengikut angin yang mendesahnya. Deru angin mengerah tenaga menentang awan. Enggan membiarkan sang awan berdiri megah. Sang awan pasrah, bergerak perlahan meninggalkan tiap-tiap tempat duduk. Terpamer gelisah sang awan dengan ekspresi diri bertukar wajah. Sesekali aku mendongak ke langit, awan-awan hitam kian memberat, air ditampung tidak tertanggung. Mungkin menunggu masa meminta diri untuk gugur dari terus terpasung.

Aku bangkit dari duduk. Cuba berdiri, namun batu agak licin. Aku terlihat ada satu huluran tangan untuk membantu, tanpa menghiraukan siapakah dia, aku sambut huluran tangan kekar itu. Tidak lama kemudian, aku sudah berdiri tegak. Awan semakin berat dan kelam.

"Senorita..siapakah namamu wahai si manis jelita.. maaf jika aku lancang berbicara.." tegur si jejaka tampan.

"Riccarda.. panggil aku Ricca..kau sendiri siapa.. kau pasti doktorkan.. berdasarkan pakaian kau, dan stetoskop itu.."

"Riccarda.. cantik nama milikmu.. wajah kau mengingatkan aku pada seseorang. Ya, aku Alejandro
Rulli, seorang doktor psikiatri.. kau mahu ke mana Ricca..?"

Seketika, aku hilang arah tujuan. Tidak dapat mengingati aku dari mana sebenarnya dan bagaimana aku boleh sampai di sini. Segala-galanya kosong. Aku hanya menggelengkan kepala. Tidak ubah seperti seorang anak kecil yang kehilangan arah. Aku mula merengek dan menangis, membuatkan Alejandro tergamam. Mana tidaknya, tubuh tinggi lampainya aku dakap sesuka hati.

Pada mulanya, dia agak terkejut dengan tindakan aku terhadap dirinya itu, namun naluri kelakiannya bergetar, terus dia membalas pelukanku dengan erat. Aku terdengar dia menyeru sebaris nama. 'Maribel'.. siapakah 'Maribel' pada lelaki ini..?

"Maribel..? aku Ricca... kenapa kau memanggil aku Maribel.."

"Maaf..aku.. Arggh.. lupakan sahaja, Ricca sendiri mahu ke mana, kita perlu cepat.. hari mahu hujan sebentar lagi.."

Aku gelengkan kepala lagi dan lagi. Masih sukar untuk mengingati kembali dari mana aku sebenarnya tadi. Tiada jawapan daripadaku, Alejandro membuat keputusan untuk membawa aku kembali ke tempatnya.

"Ricca bangun, kita dah sampai.."
Lembut suara Alejandro menyapa gegendang telingaku. Wajahku dipalingkan menghadapnya. Wajahnya dikerutkan apabila melihat wajahku yang basah. Air mataku diseka dengan jejemari yang kasar.

"Lapar," bisikku.
Segaris senyuman terlukis di bibirnya.

"Ok.. jom makan..tentu laparkan hujan lebat begini.. kau tak ingat apa-apa Ricca.. kau dari mana?"

Aku geleng lagi, tidak pedulikan pertanyaan Alejandro terus aku jamah juadah yang sudah tersiap sedia di meja makan itu. Seketika, guruh berdentum kuat, kilat sambar-menyambar membuatkan aku ketakutan. Terus aku mendapatkan Alejandro yang duduk di sampingku, aku peluk tubuh sasanya itu dengan erat.

"Ricca takut.., tolong peluk Ricca kuat-kuat.."

"Ya...aku peluk kau.. jangan takut.. kau selamat dalam pelukanku.."

Aku memejamkan mata. Wajahku tersembam di dada sasa Alejandro. Hanya kedengaran degupan jantung nya yang kencang. Nafas tak teratur Alejandro bergabung dengan nafasku. Pelukan Alejandro kejap.Tak mahu aku leraikan pelukan ini. Degup jantung kami senada berirama.

"Sayang, saya boleh gila begini. Jangan tinggalkan saya...awak," bisiknya.

Suara garaunya terdengar merdu di telingaku. Degup kencang jantungnya seakan berlagu. Terasa ubun-ubunku dikucup bertalu-talu. Air mataku laju tumpah membasahi kemeja Alejandro. Akal warasku hilang entah ke mana. Aku ingin menangis sepuas-puasnya. Aku merenggangkan pelukan Alejandro. Namun, tangan jejaka itu lebih tangkas menangkap tanganku.

Wajahku didongak, air mataku diseka. Rambutku yang berterbangan di muka, diselak lembut. Tangan kekar itu mengelus-elus pipiku. Terasa hembusan hangat nafasnya di wajahku. Bibir Alejandro mula mendekati wajahku. Bibir kami bertaut, lama. Hangat terasa ke seluruh tubuhku. Perasaan hati mula bergelora. Saat ini, akal dan minda sudah tidak berfungsi. Hanya rasa hati yang mengepalai bahtera.

"I want you Maribel Diaz, I want you.."

"I'm Ricca not Maribel.. Alejandro, please don't do this.." aku cuba menolak tubuhnya, namun lebih kuat pegangannya.

"No. Don't push me away again, Maribel. I want you, no one else. Only you.." lirih suara itu berlagu.

Bibirku ditaut lagi. Lebih dalam dan lama. Aku hanyut dan hanya merelakan perbuatannya. Kami tenggelam dalam dunia kami. Tenggelam dalam rasa rindu yang menggunung. Di hadapan kami cuma ada cinta yang menggunung. Cuma ada rasa ingin memiliki dan dimiliki.

"Erduardo..." aku menyeru nama itu, membuatkan Alejandro menghentikan perbuatannya.Tubuhku ditolaknya lembut.

"Siapa Erduardo..? Kau ingat sesuatu..aku minta maaf atas ketelanjuran aku terhadap kau.. Ricca aku betul-betul minta maaf.. aku sangka kan kau Maribel aku.. aku betul-betul rindukannya.."

"Kenapa kau kata aku Maribel kau, Alejandro.."

"Wajah kau sama seperti Maribel.." lalu Alejandro mengambil foto Maribel yang tersimpan di laci meja kecil sisi katil itu, lalu disuakan kepadaku. Aku mengambil huluran itu. Ternanar aku melihat wajah Maribel Diaz seperti biasan wajahku.

"Mana dia..?" aku mula menyoal.

"Dia dah bertemu dengan Tuhan.. dan paling menyedihkan aku sebagai suami dan seorang doktor gagal menyelamatkannya.."

"Dia mati sebab apa? maaf jika aku lancang.."

"Kena bunuh! dah bersiaplah.. aku bawa kau ke hospital.. mana tahu kau ingat sesuatu bila berada di sana nanti.. pakai sahaja baju baru.. ada di dalam almari itu..."

"Yang ini...?" Aku angkat tinggi dress putih milikku yang barusan aku kutip di lantai.

"Tinggalkan sahaja di sini, nanti aku suruh orang gajiku yang uruskan.." kata Alejandro lagi.

Aku bersiap setelah itu. Dress warna hitam milik mendiang Maribel tersarung indah di tubuh langsingku. Aku mendapatkan Alejandro di ruang tamu itu, seketika dia menatap lekat padaku. Bulat bebola matanya menikam wajahku. Alejandro memuji kecantikkan aku. Aku tersenyum manis padanya. Bibirku mahu dipagutnya lagi, namun segera aku menolak. Berkali-kali dia memohon maaf, namun aku hanya menggelengkan kepalaku, lantas aku hadiahkannya sebuah ciuman singkat di pipi kirinya.

"Ricca... jika terjadi apa-apa selepas ini pada kau, aku akan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap kau.."

"Apa yang akan terjadi Alejandro..?" soalku polos. Langkah aku terhenti apabila Alejandro menyelar lenganku. Dia mendekati aku, lantas berbisikkan sesuatu di cuping telingaku.

"Kau yakin itu yang akan bakal terjadi Alejandro, aku takkan sesekali melepaskan kau, aku sedia menjadi milikmu.."

Bibir kami bertautan, dalam dan lama. Terbuai aku dengan sentuhan Alejandro yang sangat mengkhayalkan itu. Aku tatap wajah tampannya itu, tangan naik mengelus lembut wajah yang bisa membangunkan jiwa membara seorang gadis. Lantaran kilauan dari cincin yang tersarung indah di jari manisku ini membuatkan aku ternanar. Bayangan Erduardo yang tersenyum manis, namun dalam penuh kesakitan terpapar di ruang benakku. Terhenti perlakuanku terhadap Alejandro. Kaki mula mahu melangkah, air mata mula mengalir mencemari wajah mulusku. Tangan sudah menekup ulas bibir, sudah menyedari tindakan lepas laku itu sepatutnya tidak sewajarnya berlaku.

Alejandro menghalang pemergianku, pantas lenganku diselar dan tubuhku dibawa dalam dakapannya. Aku menangis semahunya di dada bidang milik lelaki tampan ini. Terasa lemah lututku menampung berat tubuhku ini untuk berdiri lebih lama, sudahnya melorot tubuh ini. Alejandro pantas mencempung tubuhku lalu dimasukkan ke dalam perut keretanya.

"Ricca... kita ke hospital sekarang.. kita dapatkan rawatan di sana ya.."

Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda mengiakan. Sesekali aku nampak Alejandro mengalihkan pandangannya menatap padaku. Jelas riak kerisauan terpamer di wajahnya. Aku merasakan jejemari kasarnya mengelus lembut jejemariku.

"Ricca... bertahan ya sayang.. aku tahu kau kuat.."

"Ya.. Erduardo... aku baik-baik sahaja, dah jangan kau terlalu merisaukan aku.."

"Apa..?! Kau betul-betul buat aku keliru Ricca!"

Alejandro meneruskan pemanduannya setelah dia memberhentikan kereta secara mengejut. Tangan itu meraut wajahnya sedikit kasar. Kepalanya masih lagi digelengkan. Aku tayangkan muka tak bersalah, seperti tiada apa-apa yang berlaku membuatkan dirinya yang berada di sampingku itu mengerutkan keningnya sehingga mahu bertautan. Tidak habis fikir kerana dia melihat aku boleh setenang itu dan panggilan aku terhadap dirinya juga sudah berubah. Apa maknanya semua ini..? tidak sudah-sudah dia menerima kejutan sejak dari tadi. Tidak tunggu lama, terus dia memecut keretanya itu lebih laju menuju ke tempat dia berkhidmat. Sudah tidak sabar untuk mendapatkan jawapan pada setiap persoalannya itu.

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. terimalah seadanya... jangan lupa komen..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience