BAB 11 ( WHY NOT ME ? )

Drama Completed 12753

Erduardo yang masih setia menemaniku di bilik rawatan itu menggenggam kemas jemariku. Sedikit pun dia tidak melepaskannya. Seketika kemudian, seorang doktor wanita muda menghampiri kami dengan segaris senyuman yang menghiasi wajah ayunya itu.

"Congratulations.. your wife is pregnant.. about sixteen weeks.." kata Dr Sally merupakan doktor kandungan itu tersenyum manis pada kami.

"Yes!.. thank you Dr Sally for the explanation and all the advice.. but, are you sure my wife is four months pregnant..?"

"Ya... semua dah tercatat pada hasil ujian ultrasound yang pihak hospital lakukan sebentar tadi dan ini hasil dari ultrasonografi isteri..tahniah sekali lagi..kandungan puan tiada apa-apa masalah, dan sekarang puan boleh balik dan jangan lupa datang buat pemeriksaan seperti jadual yang ditetapkan" terang Dr Sally panjang lebar.

"Terima kasih sekali lagi Dr Sally, kami pergi dulu.." ucap kami serentak.

Aku dipimpin kemas oleh Erduardo di sebelahku. Dia tersenyum hambar. Sepertinya dia tidak gembira dengan berita kehamilanku ini. Aku hanya berdiam diri, lantaran seluruh fizikalku terasa sangat lelah dan tidak bermaya. Sebaik sahaja Erduardo memulakan pemanduannya aku terlena di sebelah kerusi pemandu itu.

Terdengar sayup-sayup suara Erduardo menampar cuping telingaku, namun terasa sangat berat mata ini mahu terbuka, seraya Erduardo mencempung tubuhku sehingga aku selamat mendarat di atas katil kami. Seketika kemudian, aku terdengar pancuran air menderu-deru jatuh di dalam kamar mandi, tahulah aku yang Erduardo tengah membersihkan dirinya di dalam kamar itu. Mata terus terbuka luas. Aku mengeliat seketika, merenggangkan kembali urat-urat yang berasa tegang. Aku jatuhkan kakiku ke lantai yang beralaskan permaidani tebal itu.

"Abang...tolong Abang.. kenapa Carda tak boleh berdiri..tak rasa apa-apa pada kaki ni.." aku terjerit sedikit kuat memanggil Erduardo untuk mendapatkan bantuan.

Erduardo mendapatkan aku dengan tergopoh-gapah. Dia memeluk tubuhku erat bila mendapati aku hampir rebah di situ.

"Kenapa jadi begini Sayang...tadi baik-baik sahaja kan..dah jangan menangis.. Sayang nak pergi mana, biar Abang dukung.."

"Toilet..." jawabku terbata-bata. Tangisku masih bersisa.

"Sudah.. jangan menangis lagi... semuanya akan baik-baik sahaja, mungkin Sayang penat sangat ni.. takpe Abang akan bantu Sayang.." ucap Erduardo penuh kelembutan. Air mataku yang masih bersisa diseka lembut dengan ibu jarinya, seraya dia kucup dahiku.

"Sayang nak mandi tak..? Abang tolong mandikan.." soal Erduardo lagi.

Aku hanya mengangguk lemah. Aku biarkan sahaja Erduardo menguruskan aku. Emosi aku benar-benar terganggu saat ini. Wajah muram menghiasi diri. Setelah lengkap berpakaian aku terus melelapkan mata. Aku peluk tubuh Erduardo erat-erat malam itu. Kehangatan dan wangian daripada tubuh sasanya itu membuatkan aku berasa damai kembali. Akhirnya aku terlena dalam pelukan hangatnya itu.

"Abang...boleh tolong bawakan Carda jumpa Papa.." pintaku pada Erduardo sebaik sahaja mata ini terbuka di pagi itu.

"Boleh, tapi sebelum tu Sayang kena mandi.. cantik-cantik.. dah wangi baru kita jumpa Papa ok.. sebelum tu, Abang nak bersihkan tilam ni dulu.. Sayang terkencing atas tilam ya malam tadi.." hujung jari telunjuknya mencuit hujung hidung mancungku.

Aku dah menundukkan wajah, rasa bersalah pada Erduardo sangat membelenggui diri. Aku rasa sedih dengan diri ini, tatkala baru ingin mengecapi kebahagian, aku terus-terusan diuji. Dengan keadaan yang tengah berbadan dua ini, aku rasa aku sangat membebankan Erduardo tatkala ini.

"Hey, kenapa termenung ni.. menangis je kerjanya.. Sayang tak perlu sedih ok.. Abang tak rasa sedikit terbeban pun dengan semua ni, malah Abang rasa cinta Abang makin menebal untuk Sayang.. janganlah bersedih macamni.. nanti anak kita tak comel.. Mommy dia asyik sedih je.." tangan kekar Erduardo mengelus lembut perutku yang sedikit membukit. Dia melabuhkan ciuman ringkas di pipi kiriku.

"Mommy ni bucuklah.. jom Daddy mandikan.." Erduardo mencempung tubuhku, lalu dibawanya ke kamar mandi.

"Abang, tak penat ke uruskan Carda macamni.. Carda ni menyusahkan Abang je kan..?" soalku ketika Erduardo tengah menyisirkan rambut panjang lurusku.

"Ssshh.. tak baik tau cakap macamni... Abang ikhlas jaga Sayang.. Sayangkan cinta hati Abang, sejak kecil Abang dambakan Sayang.. so, apa pun keadaan Sayang lepasni Abang akan selalu ada di samping Sayang.. I don't care.. I love you so much.. Abang takkan hidup tanpa dirimu Sayang.." kata Erduardo sambil mengelus lembut lenganku.

"Carda pun sayang Abang, terima kasih kerana masih bersama dengan Carda, terima keadaan Carda macamni.. sanggup susah payah jaga Carda.."

"Itu namanya cinta yang ikhlas Sayang, bukan hanya untuk melempiaskan nafsu semata-mata.. Erm.. barulah cantik dan wangi. Sayang.. can I get the best kisses in the world from my beloved wife now?"

"Ed... jangan nakal ok.. kita budak-budak lagi, mana boleh bercium..tak sangka Ed ni budak lelaki gatal.. Papa...Papa..tengok ni, Ed nak cium Ricca!"

"Hah..! Sayang.. jangan main-mainlah..Ed dah terlalu dewasa untuk dipanggil budak.. sekarang dah nak jadi bapak budaklah!" jeritnya tidak puas hati.

"Eh, awak ni... tak ingat ke, awak tu baru sepuluh tahun, dan saya baru sembilan tahun tau..! Kenapa pakai baju macamni...mana baju gaun saya.. dan awak ni, kenapa tak pakai baju.. eii.. tak malu!"

Erduardo dah tepuk dahi, wajahnya diraut dengan tapak tangan agak kasar beberapa kali, langkahnya laju mendapatkan Mr Sebastian di tingkat dua. Seketika kemudian, muncul Mr Sebastian bersama Erduardo semula di bilik ini. Mr Sebastian terus memeluk tubuhku yang hanya duduk diam di sofa kulit itu. Mr White Bear aku peluk erat, tak ubah kelihatan seperti aku yang berumur sembilan tahun.
Kedua mereka memandangku dengan pandangan yang terkandung beribu persoalan. Tidak mengerti dengan keadaan yang menimpaku tatkala ini.

"Ricca! Kenapa sampai jadi macamni Ricca.. apa salah Papa, Ricca..!" soal Mr Sebastian dengan linangan air mata.

"Mungkin ini karma buat Papa setelah apa yang Papa dah buat selama ni.." balasku membuatkan Mr Sebastian dan Erduardo memandang sesama sendiri.

"Ed... kita kena bawa Ricca dapatkan rawatan sekarang, Papa buntu dengan semua ni.. barang kali penyakit Ricca semakin teruk.." tegas Mr Sebastian.

"Baiklah Pa..." patuh Erduardo dengan arahan daripada mentuanya itu. Erduardo mencempung tubuhku, membuatkan Mr Sebastian hampir mahu pitam.

"Dah kenapa pulak nak berdukung bagai.. Ricca dah tak boleh berjalan sendiri ke..?"

"Ya , Pa... kaki Carda ni dah tak berfungsi sejak lewat malam tadi lagi.."


"Oh.. God!..dah cepat kita dapatkan rawatan.. kesiannya anak Papa, sabar ya Ricca.. semua ni hanya buat sementara.. Papa akan dapatkan rawatan yang terbaik buat anak Papa..."

Hampir lima belas minit mendapatkan rawatan, doktor yang bertugas memanggil Mr Sebastian dan Erduardo di ruangan kerjanya. Doktor Luis yang bertanggungjawab menangani kes aku ini menerang kan kondisiku yang sudah hampir mencecah ke peringkat terakhir, sekaligus membuatkan Mr Sebastian terpempan di tempat duduknya. Wajahnya yang terlihat sugul dan gugur juga air mata jantannya di situ.

Kata Dr Luis lagi di peringkat ini pesakit akan menunjukkan gejala seperti perubahan suasana hati dan perilaku yang parah, kebingungan yang semakin mendalam tentang waktu, tempat dan peristiwa kehidupannya. Kemungkinan juga menanam perasaan curiga tentang teman, keluarga atau pengasuh. Gelaja-gejala ini sangat terkait rapat denganku.

"Dr Luis, sekarang isteri saya sukar untuk berjalan, dan menelan makanannya, adakah itu juga merupa kan gejala bagi pesakit Alzheimer yang berada di tahap ini..?" soal Erduardo pada Dr Luis yang sedari tadi hanya berdiam diri.

"Ya, itu juga merupakan salah satu simptom penyakit ini... buat kes Ricca, dia masih bertuah kerana masih lagi berupaya mengingati memori zaman kecilnya, sekitar umurnya sembilan tahun.."

"But, doktor she's pregnant now.. mungkin itu akan memburukkan lagi keadaan.."

"About this, kita kena bincang dengan pakar kandungan, Dr Sally your turn..."

"Hai Mr and Mrs Erduardo.. ok saya teruskan sajalah.. untuk kes Puan Ricca, pihak kami mencadangkan kehamilan dihentikan serta-merta, tapi memandangkan, usia kandungan Puan Carda dah capai second trimester, kita tidak galakkan Puan Ricca melakukan abortion.. ia akan membahayakan nyawa Puan Ricca, sebaiknya Puan Ricca teruskan, dan dia memerlukan penjagaan rapi. Kami suggest Tuan Sebastian or Mr Erduardo upah seorang jururawat untuk penjagaan khusus anak dan isteri encik berdua.." terang Dr Sally panjang lebar.

"Yang penting sekarang ni sokongan family members..she's needed very much..selain ubat-ubatan yang kami akan bekalkan untuk Puan Ricca nanti.. dan jangan lupa berdoa juga.. jangan sesekali buat dia stress, itu akan memburukkan keadaan pesakit.." tambah Dr Luis pula.

"Baiklah Dr Luis, Dr Sally.. kami akan menjaga Ricca dengan baik, kami ingat segala pesan doktor berdua.. kami minta diri dulu.." pamit Mr Sebastian bersama Erduardo.

"Oh ya, sebelum terlupa, encik berdua boleh juga mendapatkan khidmat dari pakar psikiatris kami untuk menguruskan tahap emosi pesakit.." Dr Luis mengakhiri bicaranya.

"Baiklah Dr Luis, Dr Sally.. terima kasih sekali lagi, kami minta diri dulu.."

Aku yang duduk di kerusi roda itu ditolak keluar oleh sepasang tangan kekar milik Erduardo. Sebelum meninggalkan ruang kerja milik Dr Luis sempat aku ucapkan terima kasih pada kedua-dua doktor pakar berlainan kepakaran itu. Tangan aku lambaikan kepada mereka berdua seperti anak kecil berumur sembilan tahun.

"Dr Luis...Dr Sally, takde gula-gula ke untuk Ricca, dulu masa Papa masuk wad, Dr Julian bagi gula-gula dekat Ricca..."

"Ricca... Dr Julian is a Paediatrician, Ricca sekarang dekat Nuerologi.. kat sini tiada gula-gula.. lagipun Ricca tak boleh makan gula-gula banyak tau, nanti rosak gigi.. betul tak Ed..?" terang Dr Luis

"Ya.. Ricca kan tahu Ed tak suka gula-gula.. nanti Ed belanja makan buah apple.." pujuk Erduardo pula.

Aku akur dengan penerangan Dr Luis memandangkan dia seorang doktor yang sedikit tegas dan garang, tapi aku suka tengok Dr Sally, dia cantik macam Aunty Maribel.

"Kita balik dulu ya Sayang... Ricca tentu dah penatkan.. kita berehat dekat rumah ya.." pujuk Mr Sebastian pula.

Setelah beberapa minit Mr Sebastian memandu kami sampai di rumah agamnya. Semua keperluanku telah disediakan oleh Mr Sebastian sewaktu perjalanan pulang ke rumah. Aku sempat melarang Erduardo yang ingin memandu keretanya tadi. Oleh sebab itu, Mr Sebastian yang terpaksa memandu. Sama juga keadaannya sewaktu Erduardo masuk ke dalam bilikku. Aku melarang keras dia berkongsi bilik denganku. Erduardo terpaksa akur atas nasihat Dr Luis sebentar tadi.

Buat masa ini Aunty Marry yang menguruskan perihal aku. Kadang kala, khidmat Erduardo hanya diperlukan untuk mengangkat aku untuk ke tandas dan juga membaringkan aku di atas katil. Semua barangan milik Erduardo sudah dipindahkan ke bilik sebelah. Dengan berat hati Erduardo melaksanakan perintah itu. Dia menjaga aku dengan baik sekali.

* * *

Pagi itu aku dikejutkan dengan bunyi irama lagu dari petikan piano oleh Erduardo. Lagu Moonlight Sonata karya Beethoven berkumandang di tingkat bawah, ruang tamu kediaman mewah ini. Perlahan-lahan aku meniti satu persatu anak tangga dibantu oleh jururawat Claudia yang sudah berkhidmat hampir dua bulan di sini. Aku sudah boleh berjalan kembali walaupun hanya bertatih seperti anak kecil yang baru belajar berjalan. Sampai sahaja di tingkat bawah kerusi roda elektrik hadiah daripada Mr Sebastian aku gunakan untuk memudahkan pergerakanku.

Erduardo tersenyum ke arahku. Dia masih lagi memainkan bait-bait lagu itu sehingga menemui penghujungnya. Aku berikan tepukan paling gemuruh untuknya. Dia labuhkan ciuman ringkasnya pada pipiku. Perutku yang sudah ketara besarnya dielus lembut. Dari perkhabaran Dr Sally, aku mengandung kan anak kembar berikutan perutku sedikit ketara bezanya dengan ibu hamil yang hanya ada satu janin di dalam rahimnya.

"Ricca, nak main biola.." soal Erduardo pula.

Aku anggukkan kepalaku menjawab persoalannya itu. Erduardo berlalu seketika ingin mengambil biolaku yang tersimpan di bilik galeri lukisan di tingkat dua. Hampir dua puluh minit aku menantikan kemunculan Erduardo semula, namun kelibatnya masih tidak kunjung tiba. Pelbagai andaian buruk meniti di fikiran ini. Aku mengarahkan Claudia untuk pergi mendapatkan kembali Erduardo, namun baru dua langkah Claudia melangkahkan kakinya, bayangan Erduardo sudah menyapa sepasang korneaku. Tapi mengapa langkahnya begitu lemah. Terhujung -hayang seperti orang terlebih pengambilan alkohol.

Dengan pantas dia melangkah mendapatkan aku dalam kepayahan. Wajahnya yang tampan sudah dibasahi keringat. Dia cuba memaniskan wajahnya itu, namun kelihatan sangat canggung. Huluran biola itu aku ambil terlebih dahulu dari tangannya, lalu aku letakkan di bangku panjang itu. Dia menyandarkan tubuhnya di sisi piano itu, terus aku dakap tubuh sasanya yang hampir melorot ke lantai.

Aku peluk pinggangnya, namun terasa ada sesuatu yang ganjil di situ. Tanganku terasa basah dan melekit dengan darah pekat merahnya yang mengalir.
Pekikan suara Claudia membuatkan aku tergemap. Claudia berlari mendapatkan kami yang hampir rebah bersama. Nasib Erduardo masih lagi mampu bertahan, dia menyuruh Claudia menelefon pihak polis dan juga ambulan untuk bantuan kecemasan.

"Carda...jangan menangis Sayang... Ed janji Ed akan terus bertahan... demi Carda..dan anak kembar kita.." luah Erduardo terbata-bata di dalam ribaanku.

"Ed... bertahan Ed...jangan tinggalkan Carda.. Carda sayangkan Ed... buka mata ni Ed.. kenapa harus kau yang melalui semua ini, bukannya aku.. aku tak sanggup kehilangan kau Ed..." Aku sudah menangis semahu-mahunya. Tangan mengelus lembut pipi itu.

"Abang janji Sayang... Abang takkan pernah tinggalkan Sayang... jangan menangis.." suara itu semakin sayu dan matanya perlahan-lahan terpejam. Pegangan tangannya di jejemariku juga terlepas dengan sendirinya.

"ABANG !.. A..BANNGG!!!!!

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update... terimalah seadanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience