BAB 29 ( ERDUARDO ANAK KECIL)

Drama Completed 12753

Erduardo hanya tersenyum. Senyuman itu kelihatan sangat mirip dengan seorang budak lelaki yang sering bertandang di dalam mimpiku sejak kebelakangan ini.

"Erduardo..." tiba-tiba aku menyebut sebaris nama itu.

Aku lihat dia sudah tersenyum manis, lagi bersemangat jari-jemarinya menari di atas papan kecil berwarna putih hitam itu. Aku didudukan bersebelahan dengannya. Aku mula terbuai dengan dendangan irama yang lembut dari not-not yang diketik oleh sepuluh jari-jemari panjang milik jejaka di sebelahku ini. Terimbau kembali kenangan masa kecilku.

*** imbas kembali ***

"Ed...ooo.. Ed, cepatlah kata nak ajar saya main piano kan?" soalku kepada budak lelaki yang berumur sepuluh tahun itu. Dia masih berdiri tegak di muka pintu rumahnya, tunak menatap wajahku sehingga tertunduk malu aku jadinya.

"Ed, kenapa buat tetamu macam tu, ish budak ni.. Ricca jemput masuk, sorry Aunty kat dapur tadi..tengah bancuhkan susu untuk Erica ni, Ricca duduk dulu ya..". Arah Aunty Katherine sebelum beralih kepada anak lelakinya itu.

"Ed, bawa Ricca ni duduk dulu kat ruang tamu tu...Ed...Ed..!!!" teriak Aunty Katherine sambil tangannya naik memulas telinga Erduardo, namun Erduardo masih kekal begitu, menayangkan sebaris senyuman tanpa gagal.

Aku dah tertawa, ternyata Erduardo sudah jauh mengelamun. Sehingga ibunya tarik telinganya pun dia masih tidak menyedarinya, dah naik merah telinganya itu, barulah dia tersedar dari lamunannya. Entah sampai manalah dia mengelamunkan aku tadi agaknya. Dah sampai ketujuh keturunan ke Encik Erduardo!

"Carda, do you marry me..?" Erduardo secara tiba-tiba menyuarakan isi hatinya.

"What?!... Ed, wake up, awak ok ke tak ni? kita ni kecik lagi lah, saya datang sini nak belajar main piano, bukannya nak jadi wife awaklah. Kalau awak tak nak ajar saya balik jelah.." aku dah melipatkan kedua belah lenganku ke dada. Berura-ura untuk melangkahkan kakiku keluar dari rumah mewah itu.

Aku terus melangkah keluar dari rumah banglo mewah itu, namun pantas lengan Erduardo menyelar lengan kecilku. Tarikkan itu membuatkan langkahku terhenti.

"Ed, kenapa tarik tangan Ricca macam tu, aduhai kenapalah dengan budak ni hari ni, tak sihat ke?" sapaan daripada ibunya itu membuatkan pautannya itu terlerai.

"Taklah, Mommy...dia ni nak balik pulak, orang belum ajar lagi pun, dia dah nak balik.." adu Erduardo pada ibunya itu. Pandangan ibunya teralih padaku.

"Laa...kenapa pulak nak balik, maaflah Aunty sibuk pulak hari ni, Ricca merajuk dengan Aunty ya..tak layan macam selalu tu"

Cepat aku gelengkan kepala, aku cuma bosan. Erduardo ni macam sengaja melambat-lambatkan masa untuk mengajarku. Selalunya dia tak macam ni, cepat je dia ajar aku, macam tak sabar je nak suruh aku balik, tapi hari ni lain pulak jadinya, macam dia sengaja nak suruh aku berlama-lama di sini.

Aunty Katherine, ibu kepada Erduardo sudah tersenyum dan berlalu ke dapur semula. Sebentar kemudian, dia datang semula dengan membawa sepiring kek coklat kegemaranku. Aku dah tersenyum lebar.

"Boleh saya ambil kek tu..." soalku tanpa segan silu.

"Ambillah, ni memang khas Aunty Kate buatkan untuk Ricca.." kata Aunty Katherine sambil mengendong Erica. Erica, adik kepada Erduardo yang berusia lima tahun, kelihatan tidak sihat itu merengek sahaja sepanjang hari.

"Thanks Aunty Kate, Ed..lepas makan ni ajar saya ye..saya dah tak banyak masa, Papa Sebastian suruh saya balik rumah tepat pukul lima petang..erm, awak nak sikit tak, saya suapkan.."

Erduardo dah buka mulutnya, dan aku menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya. Aku sumbatkan sepotong kek colat itu ke dalam mulutnya tanpa berlengah. Dia dah tercekik dek potongan yang sederhana besar itu, terbatuk-batuk dia di situ, wajahnya sudah berubah kemerahan. Aku jadi panik dan berlari ke meja bulat itu mengambilkannya segelas air yang baru kuminum separuh tadi.

"Awak nak bunuh saya ke Carda..?" sinis dia lemparkan pertanyaan itu kepadaku.

"Saya minta maaf, tadi tu saya nak bergurau.." balas aku yang sudah menundukkan kepala, takut nak pandang muka bengisnya itu.

"Lebih baik awak balik sekarang, sebelum saya buat sesuatu yang buruk pada awak!" tegas Erduardo memberikan amaran.

"A..wak...awak nak buat apa ni?" Terketar-ketar aku soal dia kembali, tiba-tiba pulak aku ditolaknya rapat ke dinding rumah mewahnya itu.

Erduardo tidak menjawab, tapi dia menarik lenganku dengan kuat sehingga melekap tepat wajahku ke dadanya. Sebaik sahaja aku mengangkat wajahku kembali, Erduardo mencumbui ulas bibirku. Pada mulanya aku cuba menolak, namun kemanisan bibir nipis merah jambunya yang bercampur dengan rasa coklat itu buat aku kecanduan. Aku membalas ciumannya dan kecomotan bibirnya dari lelehan sos coklat itu sudah berpindah padaku. Kami sama-sama tertawa melihat diri masing-masing.

"Oh.. my God... Ed, kenapa makan kek tu? Kan Mommy dah pesan jangan makan, Ed kan arlegik kacang, Mommy ada letak kacang almond dalam kek tu.."

"Tak jadi apa pun Mommy.. Ed ok je.."

"Eh, tak kan lah..biasanya Ed akan sesak nafas kan" soal Aunty Kate yang berasa pelik.

"Betullah, Mommy.. Ed takde sesak nafas pun, sebab... jomlah Carda kita sambung latihan kita yang tertangguh tu..." kata Erduardo kepada Aunty Katherine sambil menarik tanganku.

Aunty Katherine hanya tersenyum dan melirik pandangan padaku. Dia sudah tersenyum lebar, mungkin dia dah dapat jawapan dari persoalannya itu.

"Erm.. cuci dan lap muka kamu berdua tu dulu, sebelum belajar..dah macam apa ntah Mommy tengok. Ed..kan Mommy dah pesan jangan nakal, Ricca tu girl, bukannya boy.. jangan kasar dengan dia.."

"Tapi...dia yang mulakan dulu Mommy.."

"No, jangan bagi alasan, sebagai lelaki, you must protect her..bukannya sakitkan dia.." Aunty Kate lembut dengan menasihati anak lelakinya ini. Jadi cemburu aku pada budak lelaki ini. Dengan Aunty Kate aku menumpang kasih seorang ibu yang tidak dapat aku rasakan pada Mama Rosemaria, namun hayatnya tak panjang, baru seminggu aku rasakan kasih sayangnya, dia mati dibunuh oleh sekumpulan penjahat. Ya! Aku sendiri menyaksikan pembunuhan ahli keluarga Erduardo ketika itu.

*** imbas kembali tamat ***

"Ma... oh, Papa pun ada.. patutlah merdu je dengar bunyi piano ni tadi.. Papa yang mainkan rupanya.." kata Camiela.

"Mama...boleh tak nanti masa wedding Camie dengan Abang Carl, Mama dengan Papa mainkan piano and violin untuk iringi kami ke altar.." soal Camiela padaku, bahuku disentuhnya lembut.

"Papa ok je, Mamalah setuju ke tidak? Sayang, boleh tak, anak awak tu minta sesuatu daripada awak tu.. haish.., mengelamun pulak dia.." keluh Erduardo.

Terasa jejemariku disentuh oleh jemari kasar itu, terus tersentak aku dari lamunan yang membuyar.

"Ya, Mama setuju..." aku memberikan persetujuan yang aku sendiri tidak tahu apa hujung pangkalnya.

Erduardo bangun dari duduknya dan terus mencempung kembali tubuhku dan didudukkannya semula aku di atas kerusi roda itu. Dia sudah sedia untuk pergi dariku, meminta diri daripada Camiela. Puncak kepala anak bongsunya itu, dikucupnya dan seketika dia beralih padaku.

"Papa pulang dulu ya..Camie, jaga Mama baik-baik" kata Erduardo mengundur diri.

Melihat Erduardo melangkah pergi, hati aku rasa sayu. Cepat-cepat aku menahan langkahnya itu dengan melelar lengan sasanya.

"Jangan pergi..jangan tinggalkan saya lagi Ed, saya sayang awak..saya sayang awak, Ed!!!!" Aku jerit sekuat hatiku, sama seperti yang aku lakukan empat puluh tahun yang lalu.

Erduardo berpaling, seraya dia menapak laju ke arahku kembali. Dia kelihatan seperti terpempan lantas, dia mengajuku soalan.

"Sayang..seperti Abang pernah mendengar teriakkan ini semasa Abang dibawa pergi oleh Daddy Marcus sewaktu ketika dahulu, adakah kau orang yang sama Sayang..?" Erduardo sudah memegang kedua belah bahu dengan lembut.

Aku menganggukkan kepalaku beberapa kali. Terus aku didakapnya dengan erat, dan aku juga membalas dakapannya itu dengan penuh rasa cinta. Aku peluk tubuh kekar itu dengan erat, melepaskan kerinduaan yang sarat menggunung. Camiela yang melihat adegan itu, menumpahkan air mata kebahagiaannya melihat kedua ibu bapanya kini bersatu kembali. Dia mendepakan kedua belah tangannya minta didakap jua.

'Aduhai..nak juga menyelit! Bagilah ruang sikit kat ibu kau ni Camiela, awak tu dah nak jadi isteri orang dah, janganlah manja sangat..! Mama baru nak 'sweet-sweet' dengan Papa, kacau daun betullah anak bongsuku ni..!' hatiku berkata-kata. Bibir sudah aku juihkan ke sisi.

Sejak dari hari itu, Erduardo tinggal semula denganku di mansion milik mendiang Mr Sebastian ini, bersama Carlisle dan juga Camiela. Seminggu dari sekarang, mereka berdua bakal menamatkan zaman bujang mereka. Pelbagai persiapan sudah dipersiapkan dan kediaman ini sudah dihiasi dengan pelbagai dekorasi yang cantik dan elegan dari gabungan warna putih dan krim.

Aku hanya bisa melihat, tiada sebarang sumbangan tenaga daripadaku walaupun sedikit cuma. Kesemua persiapan diuruskan oleh Bella, Alex, Eezar dan jua Angelina. Mereka tidak mahu aku kepenatan, kerana aku merupakan orang penting untuk hari bersejarah itu. Aku hanya disuruh berlatih untuk mengingati setiap not-not untuk beberapa buah lagu yang akan didendangkan pada hari perkahwinan itu nanti. Begitu juga dengan Erduardo. Mereka hanya menyuruh kami berlatih dan berehat secukupnya.

"Ish, awak tak bosan ke Ed, kita dari pagi hingga ke petang asyik disuruh buat perkara yang sama.." soal aku pada si suami yang aku anggap umurnya yang baru sepuluh tahun.

"Takdelah, Abang seronok Sayang..dua puluh empat jam boleh berkepit dengan Sayang.." kata Erduardo dengan senyuman memekar.

"Stop panggil saya Sayang...saya malulah..nanti Papa Sebastian dengar, awak tak takut dengan dia ke?"

"Tak...dia sangat baik orangnya, dan dia sangat sayangkan Abang.."

''Ish, awak ni... kenapa pulak nak ber 'abang' ber 'sayang' dengan saya, awak tu bukan abang saya lah!'' terketap-ketap gigiku memarahi dirinya.

Erduardo hanya mampu tersenyum dan terus
mengekalkan senyumannya, dia tiada pilihan selain mengikuti saja rentakku. Dia juga sudah maklum dengan konduksi ini. Yang penting baginya, aku ada di depan matanya sahaja, hal-hal lain hanya seperti angin lalu. Tidak menganggu-gugat sedikit pun dirinya yang berhati keras, sekeras batu kerikil. Dingin, sedingin ais lautan Antartika. Namun, jangan terkejut jiwanya rapuh, seperti jambangan bunga dan serapuh biskut tart nanas buatan air tangan Rosalie, biskut kegemaranku di hari menjelang perayaan Krismas.

"Tak, Abang tetap nak panggil dengan panggilan Sayang juga.." Erduardo tetap berdegil.

"Suka hati awaklah, semoga awak berbahagia selalu.." aku tekan butang khas yang ada di sebelah kerusi roda elektrik ini, sudah siap sedia untuk meninggalkan dirinya di situ.

"Hey! Sampai hati tinggalkan Abang.. Sayang tunggu Abang..." jerit Erduardo.

Aku tak ambil pusing dengan teriakkannya itu. Terus menuju ke dalam bilikku. Sebentar kemudian, Erduardo sudah berdiri di muka pintu yang terbuka luas. Dia perlahan-lahan melangkah ke dalam ruangan peribadiku ini, yang seketika dulu aku dan dia kongsikan bersama.

"Sayang...boleh Abang masuk.." Erduardo meminta keizinanku.


"Come... please help me, saya rasa nak berbaringlah sekejap.." aku mengamit Erduardo yang berdiri di muka pintu bilik itu.

Eduardo melangkah masuk ke dalam bilik ini, pintu bilik ini ditutupnya semula dan ditekannya punat kecil itu, serta-merta pintu itu sudah terkunci sepenuhnya. Dia membawa langkahnya menghampiriku, dan melabuhkan duduknya di birai katil bercadar biru lembut beropol-ropol, warna kegemaran kami. Mata Erduardo melilau mengitari sekeliling ruang bilik berkeluasan sederhana ini. Tiada yang berubah sedikit pun, sama seperti dulu, sewaktu dia masih menggunakan bilik ini. Cuma, di suatu sudut itu sudah penuh dengan jambangan bunga lily daripada pemberiannya. Tersusun rapi di atas kabinet itu, membuatkan dia tersenyum manis.

"Kenapa tersenyum, apa yang membuatkan awak gembira seperti ini?" soalku yang kebinggungan.

"Nothing... cuma teringatkan kisah lama dan aku gembira, aku masih bernafas untuk melihat cinta hatiku ini.." lirih Erduardo bersuara.

"Aah..awak ni memang pandai bermain kata kan..ayat-ayat awak semuanya puitis, dah macam orang dewasa sangat, jangan tua sebelum umurnya lah, tak padan dengan umur awak tu nak bermadah pujangga!" Marahku padanya.

Dia masih kekal tersenyum. Entah mengapa setiap kali dia mengoyakkan senyumannya itu aku jadi terpesona. Dia berjaya membuat hatiku tidak keruan. Sepasang matanya menatap tepat ke dalam mata hitamku. Jarak di antara kami hanya tinggal beberapa inci membuatkan aku dapat mendengar degupan irama jantungnya yang deras berlari. Bagaikan membuat larian pecut seratus meter hanya beberapa saat diambil untuk sampai ke garisan penamatnya. Deruan nafas panasnya itu yang menampar wajah terasa bagai bayu lembut yang membelai jiwaku yang sudah mula berkeringat.

Erduardo menghapus jarak. Dia mula mengelus wajahku yang masih kekal kelihatan muda walaupun sudah agak berumur, hasil penjagaan rapi terhadap penampilanku membuatkan aku tampil kelihatan awet muda dan masih bergetah. Dahiku dikucupnya dengan penuh kesyahduan. Lama dia meletakkan ulas bibirnya di situ. Kemudian, ulas bibir mungilku menjadi sasarannya, bergetar seluruh urat nadiku apabila tautan semakin meliar.

* * *

Erduardo menolak kerusi rodaku menyelusuri pantai pada petang itu. Aku dibawanya berehat di sebatang pohon sakura itu. Dilabuhkan duduknya di tunggul kayu itu, dan aku kekal berada di atas kerusi roda itu.

"Sayang... kaki ni dah tak boleh digerakkan lagi ke.." tanya Erduardo sambil menyentuh lembut kaki kiriku.


"Erm.. nampaknya begitulah, sakit lamaku kembali semula" kataku perlahan.


"Sayang... tak nak jalani terapi lagi ke..?" soal Erduardo kembali. Bunga sakura yang baru gugur itu diselitkan ke cuping telingaku.


"Dr Carol kata, aku takde harapan lagi untuk sembuh Ed, jangka hayatku bagaikan bom jangka, bila-bila masa je aku akan mati Ed..."

"Sayang..!!! kau bercandakan.." Erduardo sudah terpempan, tangannya kuat mencengkam kakiku itu, namun tiada sedikit pun aku merasakan kesakitannya dari daya yang dikenakan ke atas kakiku itu.


"Tak Ed, aku tak bergurau... ini kenyataannya, keadaanku sudah tidak dapat diselamatkan, tapi kalau aku pergi sekarang, aku takkan pernah menyesal.." lirih aku mengucapkan kata sambil menundukkan sedikit kepalaku.


"Jangan cakap macam ni lagi Sayang, aku tak mampu hidup jika kau tiada Sayang...jangan tinggalkan aku..!" Erduardo lirih meluahkan sehingga mengalir air matanya.

Aku pegang kedua belah pipi Erduardo dan aku hapus air matanya dengan kedua ibu jariku. Aku gelengkan kepalaku untuk menghentikan perbuatannya itu. Erduardo sudah melentokkan kepalanya di atas ribaanku.Tangannya naik memeluk pinggangku dan aku mengusap kepalanya perlahan.

"Amboi, romantiknya pasangan dua sejoli ni, kalah pulak jika nak dibandingkan Carl dengan Carol ni.." tegur Carlisle bersama Dr Carolina pada petang itu.

"This is for you, Aunty Ricca..." Dr Carolina menghulurkan sebakul buah-buahan yang dibawanya sebagai buah tangan.

Erduardo mengambil huluran daripada Dr Carolina itu dengan menguntum sebuah senyuman. Kemudian diletakkannya bakul itu di atas sebuah meja yang ada di situ.

"Susah-susah je Dr Carol... kalau datang sini tak bawa buah tangan tak sah.." kataku padanya sambil
mengelus lengannya yang putih mulus itu.


"Takde susahnya Aunty Ricca, Carol pun beli je dekat kedai..bukannya Carol buat sendiri pun..kan dah banyak kali Carol pesan, tak payah panggil Carol dengan gelaran doktor tu... panggil Carol je dah cukup.."

Aku hanya tersenyum. Sesekali aku menganggukkan kepalaku kepada Dr Carolina yang berdiri di samping tunangannya itu. Melihat kemesraan mereka aku jadi senang hati. Erduardo menguntum senyum padaku sejenak sebelum menolak kembali kerusi rodaku ke halaman rumah semula meninggalkan pasangan dua sejoli itu menghabiskan masa senggangnya menyelusuri pasir putih lembut yang memutih itu.

"Ed, lihat di sana tu... berhentikan saya di sini sebentar.." pintaku pada Erduardo.

"Sayang, kau mahu lihat apa di sini...?" soal Erduardo sedikit keraguan.


"Saja, saya nak lihat mentari terbenam.. lihat tu cantikkan..." aku halakan telunjukku lurus di dada langit yang disimbahi dengan latar warna jingga keemasan.

Erduardo sudah melabuhkan duduknya di atas sebuah kerusi rehat di kolam mandi itu. Sebelum itu, sempat dia membawa aku duduk di atas ribaannya. Dipeluknya aku dari arah belakang, bersama-sama menikmati pemandangan matahari yang terbenam.

"Cantik, tapi tidak secantik bidadariku ini.. kau sangat cantik jika dibandingkan dengan apapun..." Erduardo memujiku, lantas dikucupnya pipi kiriku.

"Aah... Ed, kau terlalu memuji..." Aku dah tertunduk malu.

".....Ed...kau nak buat apa ni...jangan Ed... Ed!!!!"

Kecebush....!


"Ed! kau ni kan... saya dah kata saya tak boleh berenang lagi.."


"Maaf, aku ingatkan dengan berbuat begini, Sayang boleh gerakkan kaki tu kembali.." Erduardo sudah mencempung tubuhku yang sudah habis basah lencun yang dicampakkannya barusan di dalam kolam mandi itu.


"Kau! Kau ingatkan aku ni berbohong ke hah! kau jahat Ed, aku tak nak kawan kau lagi...! Tak nak! Tak nak!!!!"

"Mama...!!!"

"Papa...!!!!"

Assalamualaikum dan hai semua... Done update.. tinggal satu chapter lagi... sorry lmbt.. mood tgh bercuti... hihihi.. Hope enjoyed..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience