BAB 14 ( SETIAKU KORBANKAN )

Drama Completed 12753

Tubuhku yang sudah longlai itu dibaringkan di atas katil. Aku sudah sedar semula dari pengsan setelah Erduardo membasahi wajahku dengan merenjiskan sedikit air dari baki botol mineral itu.

"Abang.. Carda kat mana ni..kenapa Abang tinggal tempat macamni.. Carda nak balik Abang.." rengekku.

"Diam Carda! jangan berani lagi panggil aku dengan gelaran itu setelah apa yang dah kau lakukan.." lantang Erduardo menengking. Terdiam dan menikus aku jadinya di atas katil itu. Air mata mengalir tanpa esakkan.

"Jangan nak menangis, sekarang salin baju kau. Dan pergi makan sana..!!" Erduardo menjerkah diriku lagi. Kali ini sengaja dia dekatkan wajahnya di hadapanku. Aku cuba beranikan diri untuk tatap matanya, namun hanya ada rasa kebencian di dalamnya. Meluap-luap kebencian yang penuh dengan amarah dan dendam.

Aku ikutkan sahaja kemahuannya itu, perut yang sudah berkeroncong membuatkan aku mengambil sebuku roti bun bersama air susu yang sudah disediakan di atas meja itu. Roti itu aku bahagikan kepada dua bahagian dan sebahagian lagi aku suakan padanya. Dia mengambil namun dicariknya kecil lalu disuapkan ke mulutku. Aku juga membuat perkara yang sama, lambat-lambat dia membuka mulutnya, namun diterimanya juga suapanku itu setelah mendengar sedikit ugutanku.

"Carda, mengapa perkara ini harus terjadi pada kita..?" soalnya, tapi kali ini sedikit sayu dan kendur suaranya berlagu.

"Mungkin Tuhan dah aturkan.." balasku pendek.

"Kau sanggup tinggalkan semuanya demi aku, Carda.." soalnya lagi. Kali ini kedua-dua belah bahuku dipegangnya kejap.

Aku diam, tiada sebarang jawapan yang terkeluar daripada mulut ini membuatkan Erduardo agak kecewa. Senyumannya sinis, mungkin dia sudah mengagak jawapan yang bakal aku perdengarkan pada kedua-dua belah cuping telinganya. Roti dan air susu yang masih berbaki aku habiskan sepantas yang boleh. Kemudian aku berbicara.

"Abang... kalau Abang benar-benar berubah, Carda pasti akan ikut.. cuma Carda perlu bawa anak-anak bersama.. tak mungkin Carda tinggalkan mereka berdua... lepaskan Carda, Abang.. Carda merayu sangat dengan Abang..." lembut aku merayu padanya, pegangan tanganku kejap menggenggam jejemari nya.

KRANG!!!

Bunyi pintu yang ditendang kuat dari arah luar itu menyentak aku. Aku sudah ketakutan di atas katil ini, terus aku peluk batang tubuh Erduardo dari arah belakang. Namun, Erduardo dengan pantas mengikat kedua belah tangan dan kakiku, mulutku juga ditampal dengan pita hitam, lagaknya seperti seorang tebusan. Aku terpempan.

Hilai tawa bergema di dalam sebuah gudang lama ini, ada lima orang kesemuanya. Dan setiap seorang daripada mereka mempunyai tubuh yang tegap dan berotot, tak ubah seperti sebuah kumpulan mafia. Sempat aku kagum dengan penampilan yang sangat kemas, bersuit hitam lengkap bertali leher dan berkaca mata hitam. Tak ubah, seperti penampilan Erduardo sewaktu dia menjadi pengawal peribadi aku dulu.

"Bagus...Ed... bagus, kau tak pernah kecewakan aku..aku dah lama impikan anak si Sebastian yang angkuh itu..kini dendam lama aku terbayar..!
Hahahaha..." kata salah seorang daripada mereka berlima. Aku rasa dia adalah ketua geng tersebut. Hilai tawanya yang sangat menjengkelkan itu memenuhi ruang gudang ini.

Kemudian, dia perlahan-lahan menapak ke arahku. Lengan kekarnya yang dipenuhi tatu cuba untuk mengelus pipiku, namun dengan pantas Erduardo menghalang membuatkan dia tertawa lagi. Tangan itu pula naik menampar pipi kiri dan kanan Erduardo silih berganti dengan mula menayangkan muka amarah yang sangat mengerunkan. Sempat dia mencekak leher Erduardo sehinggakan memerah jadinya wajah putih milik jejaka itu. Seketika kemudian, terbatuk-batuk dan berair mata itu menahan kesakitannya, bagaikan ingin terputus nyawanya sebentar tadi akibat kesulitan untuk bernafas seperti biasa.

Aku cuma mampu merayu, air mata sudah membanjiri wajahku. Berkali-kali aku lihat Erduardo menggelengkan kepalanya supaya aku terus tetap berdiam dan jangan mengkhuatirkan dirinya. Dia juga sudah berkali-kali memohon maaf pada ketua geng mafia itu atas perbuatannya tadi.

"Tuan Marcus..aku minta maaf.. aku janji takkan ulang lagi tapi aku minta..." belum sempat Erduardo menghabiskan kata-katanya, ketua geng mafia yang usianya dalam lingkungan awal 50-an itu sudah mencelah.

"Maaf... jangan kau mimpi..Korang bertiga ajar si tolol ni, aku tahu dia mampus, Gabriel bawa perempuan cantik ni ke tempat aku.. dah kita berangkat sekarang..!" arah ketua itu lagi dengan lantang pakej muka bengis ditayangkan pada anak-anak buahnya itu.

Aku sudah meronta-ronta dalam pegangan kemas orang suruhan Tuan Marcus yang dipanggil Gabriel. Dia kelihatan agak baik, dan teragak-agak untuk berkasar denganku. Sempat dia membisikkan kepadaku supaya jangan melawan dan dia berjanji akan bantu aku untuk lepaskan diri dari cengkaman tuannya itu. Masih ada juga insan yang masih mengasihani diri ini. Katanya lagi, dia rakan baik Erduardo dan dia sangat terhutang budi dengan suamiku itu. Masih layakkah aku mengelarkan dirinya itu sebagai suamiku..entahlah aku pun keliru. Mana tidaknya, dia pergi tidak berhantar dan pulang juga tidak berjemput. Sudah sekian lama dia meninggal kan diriku ini, hampir mencecah enam tahun lamanya. Adakah gelaran 'SUAMI' itu masih lagi relevan untuk dirinya? Dan dia juga tidak pernah menceraikan aku. Kami hanya berpisah akibat keadaan, keadaan yang memaksa kami melalui semua ini.

"Cik.. oo..cik..jauhnya termenung.." tegur Gabriel

"Hah! apa dia, by the way thanks Gabby tolong Ricca.. buat pengetahuan awak saya isteri pada Ed.."

"Apa?! Patutlah Ed marah sangat tadi, Tuan Marcus usik kepunyaannya..Kak Ricca makanlah sikit takut Tuan Marcus marah pula.. ikutkan sahaja dulu kemahuannya, dan ini untuk langkah berjaga-jaga.."

"Terima kasih Gabby, apa perkembangan Ed sekarang, dia baik-baik saja kan..?" soalku dengan cemas.

Gabriel menggelengkan kepalanya, lantas berlalu meninggalkan aku di sebuah suite mewah. Aku lihat sekeliling tempat aku berada sekarang di sebalik cermin kaca yang kesemua pintu keluarnya sudah berkunci. Aku selak sedikit langsir yang melitupi cermin. Aku sudah berada di sebuah rumah agam berdekatan dengan kawasan pantai. Dan jika diamati kembali, kawasan ini agak hampir serupa dengan tempat tinggalku. Tak ubah seperti, rumah agam milik Mr Sebastian.

Bunyi derapan tapak kaki menghampiri bilik ini menggugat ketenanganku. Makin lama makin hampir membuatkan jantungku berdebar. Tombol pintu itu kelihatan dipulas kasar dan figura beberapa orang di muka pintu itu aku amati satu per satu. Tak lain tak bukan, Tuan Marcus si tua gatal tak sedar diri dan dua orang gadis berpakaian agak menjolok mata di kiri dan kanan pelukan kemas tangan kekarnya. Aku putarkan bola mataku ke atas. Sebal!

"Hey.. Baby, macam mana suka tak dengan istana Abang.. kenapa Baby tak makan lagi, tak suka?" soal si Marcus. Kali ini penampilannya agak berbeza, lebih ranggi dan stylo, sekaligus membuatkan dia kelihat lebih muda dari usia sebenarnya.

Uwek..! nak muntah aku dengar dia gelar dirinya sebegitu rupa, tak sedar ke diri tu dah tua, selayaknya diri itu dipanggil bapak!

Teringat pesanan Gabriel, pantas aku mengikuti rentaknya. Nasib baik rupanya elok, tidak botak atau gendut, masih tegap dan sasa sosok tubuhnya, cuma tatu yang tercacah memenuhi anggota badannya itu buat aku kurang selesa.

"Baby.. malam ni temankan Abang ya jumpa klien, sekaligus kita pergi candle light dinner, ni Tina, pereka fesyen rambut profesional dan yang ni Sisly jurusolek, Abang sediakan khas untuk Baby.. Korang berdua jangan hampakan aku, kalau tak tahulah nasib korang.. lagi one hour kita jumpa balik ye Baby..." panjang lebar dia mengarahkan kedua gadis itu sebelum berlalu pergi. Laju sahaja jejemari kasarnya mengelus pipiku. Aku merengus kasar. Jelingan tajam aku berikan padanya. Terdengar hilai tawanya buat aku hentakkan kaki.

"Hai.. I'm Tina... dan ni assistant I, Sisly.. dah ready ke..?" soal Tina yang agak teruja.

"Erm.. I'm Ricca.. dah lama ke you all kerja dengan si tua tak sedar diri ni.." aku soal padanya semula. Bersedia atau tak, aku terpaksa tempuhi jua. Tina sudah tertawa bila aku gelar majikannya itu sebegitu, puas jugalah dia memujuk aku supaya bertenang dan memberikan kerjasama yang baik pada mereka berdua.

"Nope.. kami sebenarnya tak kenal sangat dengan Sir Marcus tu, by the way dia tu hot juga.. untung tau you jadi pilihan dia.. duit berkepuk, senang sampai tujuh keturunan tak habis.." kata Tina yang agak mengedik. Tangannya mula membelai rambut panjangku.

Berlainan pula sikap Sisly, dia lebih banyak berdiam dan hanya fokus dengan kerjanya. Hanya sekali- sekala dia mencelah, tidak seperti Tina yang mulut bagai murai tercabut ekor. Mujur hasil kerjanya tidak mengecewakan. Aku lihat diriku di biasan cermin panjang itu. Kelihatan sangat anggun dan menggoda, tapi apalah makna semua ini, melainkan jika diri ini dihias sebegini rupa untuk insan kesayanganku.

Tepat pukul lapan malam, kelibat Tuan Marcus sudah terpacak di muka pintu. Terbelalak biji matanya menatap wajahku. Bagai mahu tergolek sahaja matanya di lantai karpet baldu warna merah yang terbentang di suite mewah ini. Aku mengenakan gaun malam warna hitam labuh berpotongan 'V' yang terdedah di bahagian belakang dan berbelah di hadapan separas peha. Gaun itu tersangatlah seksi sehinggakan aku sendiri tidak sanggup untuk mengenakannya di tubuh rampingku. Sengajalah tu dia nak ambil kesempatan untuk melihat kecantikkan paras tubuh badanku ini.

"Wow.. cantiknya Baby malamni.. macam bidadari..tapi macam ada yang kuranglah.."

Perlahan-lahan dia menapak ke arahku yang masih melabuhkan duduk di meja solek itu. Kotak empat segi baldu biru sederhana besar itu dibukanya sebelum disuakan ke arahku. Di dalamnya ada satu set barangan kemas berlian berkilauan menembusi penglihatanku. Aku teruja..? Sedikit pun aku tak heran..tapi aku buat-buat terharu dengan pemberiannya itu. Kalau dapat dekat Tina ni mahu dia melompat keriangan. Silap-silap Tuan Marcus ini diterkamnya. Tina dan Sisly awal-awal lagi dah disuruhnya keluar, saat dia menjejakkan kakinya di sini tadi.

"Abang pakaikan ya.."
Aku cuma tersenyum dan memberikan ruang untuknya. Tapi yang buat aku sebal, tangannya ni tak reti pulak nak duduk diam. Dah diberi betis nak peha pulak. Kalau ikutkan hati nak je aku kerat-kerat jari gatal orang tua ni. Sudahnya aku berikan ciuman sekilas di tepi bibirnya untuk menghentikan perlakuannya itu. Tak sanggup aku nak membiarkan jari-jemari kasarnya itu berleluasa menjalar di segenap inci tubuhku. Jika Erduardo yang melakukan itu takpelah jugak.

'Abang.. Carda harap Abang baik-baik sahaja, dan bantulah Carda secepat mungkin Abang.. Carda dah tak sanggup lagi..' dalam hatiku berbisik, sekaligus mendoakan kesejahteraan buat Erduardo.

"Erm... shall we.. dah siap ni, nanti lambat pulak". Aku berbisik di cuping telinganya dengan nada menggoda. Sekaligus pantas lengan kekar itu memaut pinggang rampingku. Aku berjalan seiringan dengan langkahnya meninggalkan suite mewah ini menuju ke limosinnya yang terpakir megah di perkarangan rumah. Sepanjang perjalanan aku dijamu dengan coktail Margarita yang menjadi kesukaanku. Di tangannya pula segelas Vodka sudah diteguknya rakus.

Selama tiga puluh lima minit perjalanan diambil untuk sampai ke ballroom yang sangat meriah suasana di dalamnya. Bagaikan menyambut sebuah pesta. Tema Royal Masquerade yang diangkat pada malam itu, memerlukan para jemputannya memakai topeng di wajah. Aku juga tidak ketinggalan turut dipakaikan topeng bercorak bunga-bungaan menutup sebahagian wajahku. Pinggang rampingku diraihnya dan kami berjalan masuk ke dalam dewan yang luas itu.

Lensa kamera tidak lepas berkerlipan merakam foto kami sebaik sahaja kaki melangkah masuk. Sorotan lampu yang menuju ke arah kami sehinggalah kaki ini berhenti di lantai tari. Aku hanya mengikuti sahaja rentak si tua Marcus yang sudah berjaya membuat kan aku mahu jadi gila di sini. Tangan gatalnya masih utuh di pinggangku, namun makin lama, aku rasa tangan itu makin ke bawah dan lebih tepat lagi ke arah punggungku. Aku cuba menepis, namun semakin kejap pula tangan kekar itu memeluknya. Sudahnya, aku bisikkan padanya bahawa aku mahu ke toilet sebentar.

"Jangan lama-lama Baby.. nanti Abang rindu.. dan jangan cuba untuk larikan diri.." Marcus memberikan amaran.Tepi bibirku dikucupnya sekilas.

Sempat lagi dia mengambil kesempatan pada diriku. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku berteriak sekuat hatiku di situ. Biar dia tahu aku ni gadis seperti apa sebenarnya. Namun aku pujuk hati ini supaya bersabar setelah mengetahui natijahnya jika aku membuat sebarang kesilapan. Setelah selesai urusanku di sini, kaki melangkah kembali ke ruangan yang penuh bergemerlapan itu.

Aku melangkah secara perlahan-lahan kerana stiletto setinggi lima inci yang tersarung di kaki ini. Dahlah tumitnya begitu runcing, silap aku melangkah, mahu tersembam aku mencium lantai jubin granit yang berkilauan ini. Baru dua tapak aku melangkah, lenganku diselar. Tubuhku dibawa merapat ke dinding.

"Diam, dan ikut arahanku.." suara itu berbisik di cuping telingaku. Sanggulan rambutku dilepaskannya. Terurai rambut panjang lurusku sedikit menutupi belakang tubuhku yang terdedah.

Aku kenal siapa dia, langsung aku pantas mengikuti segala arahannya. Gaun hitam tersebut sudah aku tukar dengan gaun biru pemberiannya. Aku tampil lain dan lebih sopan dari yang tadi. Terus dengan pantas kami meninggalkan tempat ini dengan tidak menimbulkan sedikit kecurigaan. Sangkaannya tepat, konco-konco Marcus ada di mana-mana. Nyaris -nyaris kami ingin tertangkap, mujur si hero aku ini bijak bertindak.

"Abang, ke mana lagi kita hendak larikan diri..?"
Aku soal dia yang masih mengenakan topeng di wajahnya.

"Carda, kau mengenali aku.. ikut sahaja Carda, aku tahu di mana kita akan selamat.." ujarnya seraya melepaskan topeng yang menyembunyikan wajah tampannya itu. Ada senyuman meleret di wajah itu menyerlahkan lagi ketampanannya.

Dia memecut kereta sport Ferrari merah ini dengan kelajuan maksimum. Mengaum enjinnya membelah kesunyian jalan raya pada lewat malam itu. Hampir sejam dia memandu, akhirnya aku dibawanya ke suatu tempat yang agak terpencil. Sebuah mansion yang terletak di kawasan hutan kelihatan sedikit menggerunkan. Aku sudah merapat padanya. Lengan kekar itu aku paut erat.

"Shall we.. takpe jangan takut, aku ada Carda.. atau.."

"Abang... !!!"

Aku sudah tersipu malu di dalam cempungan lelaki tampan ini. Lebih tepat lagi, di dalam dukungan suamiku sendiri, rasanya bagaikan aku mendapatkan kembali saat-saat indah yang banyak aku terlepas melakukannya bersama dengannya.

"Bagaimana kau dapat mengenali diriku Carda..?" soalnya kembali.

"Dari wangian di tubuhmu, Abang.. suaramu juga.."
balasku yang sudah dibaringkan di atas katil empuk bersaiz besar ini.

"Jangan kau cuba menggodaku Carda, aku takut kau akan kecewa.." Erduardo memberikan amaran, dia juga sudah berbaring di sebelahku.

Tiga butang teratas baju kemeja putihnya itu sudah dilepaskannya. Aku dengar dia melepaskan satu keluhan yang berat, matanya dipejamkan sebentar. Namun, terkejut dia setelah matanya menatap sepasang mataku. Aku sudah benar-benar hampir dengan sekujur tubuhnya. Aku mengiringkan tubuhku menghadapnya dengan posisi yang cukup menggoda. Aku lihat dia sudah tidak keruan. Matanya membulat, halkumnya sudah bergerak atas bawah, wajahnya mula memerah. Dia tertewas juga akhirnya, setelah puas dia mempertahankan pendiriannya itu.
Dengan sekali kucupan di bibirnya, aku kembali menjadi hak mutlaknya dengan seiring waktu yang pantas berlalu. Aku mahu dia kembali menjadi milikku, jika kesemuanya yang pernah aku miliki perlu aku lepaskan, aku siap korbankan untuknya.

"Aku sayang kau Erduardo... amat!"
Kalimat itu aku bisikkan padanya sebelum mata ini terpejam di dalam pelukan hangatnya. Aku sempat lihat dia menganggukkan kepalanya, lantas dahiku menjadi sasaran bibir nipisnya lagi.

"Aku jua Carda.. mi amor.." suaranya berbisik merdu di cuping telingaku, lantas bibir kami menyatu, sebelum mata ini benar-benar terpejam lena.

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update..

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-02-08 16:06:40 

tp tula stop sini dlu .. nnti sambung smula... bes gak .. rasa mcm ada kat brazil je

DHIA AMIRA.
2024-02-08 16:06:04 

bca crita ni n layan lagu2 jennifer lopez , dspacito, pit bull bes oo...


NovelPlus Premium

The best ads free experience