BAB 1 ( ANAK PAPA )

Drama Completed 12753

Bandar Monterrey, Mexico...

06 Januari 1999...,

"Happy Birthday my princess...Ricca.." Jerit Mr Sebastian. Pipi gebuku diciumnya kiri dan kanan.

"Thank you, Papa.. where is my present..?" soalku tidak sabar.

"Ok dear.. before that, make a wish and blow out the candle first, Papa can't wait to taste your birthday cake.. it's true Honey.." Mr Sebastian berkata sambil memuncungkan bibir pada isterinya itu. Mrs Rosemaria hanya menguntum senyum hambar di situ. Sekadar memaniskan wajahnya di hadapan aku dan suaminya.

Aku juga turut tersenyum hanya kerana Papa Sebastian. Aku pandang wajah kesayanganku itu, terus aku buat seperti apa yang diarahkan olehnya. Setelah memotong kek berbentuk unicorn itu, aku suapkan potongan kecil kek itu pada Papa, lantas Papa mengulangi perbuatanku. Dia, aku tak ambil kisah pun. Dari tadi sibuk sangatlah dengan telefon bimbit barunya itu, hadiah pemberian Papa Sebastian sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada minggu lepas.

Seperti yang dijanjikan pada awalan lagi, malam itu Papa membawa aku dan isterinya keluar kota untuk bersiar-siar. Papa Sebastian bawa kami ke sebuah pusat hiburan yang terkemuka di bandar ini. Pelbagai permainan yang terdapat di taman tema itu aku dan Papa cuba bersama. Mrs Rosemaria hanya jadi pemerhati. Sedikit pun dia tidak menghiraukan aku, dia masih lagi leka dan setia menilik benda pipih itu.
Persetankanlah dia, janji dia tak ganggu aku ingin bermanja dengan Papa Sebastian.

Aku terlalu gembira pada hari ini kerana ia merupakan hadiah hari lahir yang aku tunggu-tunggu selama ini. Akhirnya, Papa Sebastian dapat juga meluangkan masanya bersama aku.

Aku menitiskan air mata kerana terlalu gembira. Aku tahu, Papa siang malam bekerja keras untukku dan keluarga kecilnya ini, tetapi aku juga seperti kanak-kanak seusia denganku. Aku sangat mendambakan perhatian dan kasih sayang kedua orang tua aku.

Aku sangat cemburukan Emily, teman sekelasku. Walaupun Emily dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, tetapi dia sangat kaya dengan kasih sayang kedua ibu bapanya. Setiap hari Emily akan dihantar oleh kedua orang tuanya itu ke sekolah. Aku pula, cuma pemandu upahan Papa, Uncle Roberto yang akan menguruskan hal persekolahan aku. Kadangkala aku rasa Uncle Roberto pula yang selayaknya menjadi orang tuaku. Tidak dinafikan, aku lebih rapat dengan dia berbanding Papa Sebastian. Semua teman sekelas akan memandang dengan kagum dan iri hati padaku, namun sebaliknya aku tersangatlah mencemburui mereka. Aku hanya dilimpahi dengan kemewahan harta benda. Bila terfikirkan itu aku mula menangis.

"Why are you crying.. ambil patung beruang ni.. tadi Papa dapatkan untuk kamu..jangan menangis lagi ya.., Ricca nak ais krim.. Papa belikan ya.." Pujuk Papa dengan lembut. Rambutku yang panjang diusap dengan penuh kasih.

"Nak... Ricca nak yang paling besar.." Kataku dengan penuh semangat, namun halangan daripada Mrs Rosemaria buat aku merajuk.

"Honey, kenapa you marah Ricca.. I penatlah nak pujuk anak you ni.. you tak habis-habis dengan phone dari tadi.. sikit pun you tak kisahkan dia.."

"Kalau you nak marah I, lebih baik kita balik je.. dia dah besarlah.. tak boleh nak manjakan sangat.. I busylah you tahu apa.." Marah Mrs Rosemaria lalu mencebik di hadapan Mr Sebastian.

"Kalau macam tu.. kita balik jelah.. Ricca kita balik ya sayang, Mama dah penat tu.. lain kali Papa belikan aiskrim lagi besar.. sama besar dengan rambut Mama.."
Aku dengan Papa Sebastian sama-sama ketawa. Papa sudah mengendongku dengan sebelah tangan kekarnya.

"You!... Isshh you ni.. bapa dengan anak sama je.. buat sakit hati I.. takpe kalau I dah takde nanti jangan menangis pula cari I.." Bentak Mrs Rosemaria sambil menghentakkan kaki. Terus dia menerobos diri dalam kereta mewah milik Papa.

"Honey.. you merepek apa ni.. jangan cakap macamtu lagi I tak suka..!" Tengking Mr Sebastian pada sang isteri. Terkejut aku di tempat duduk belakang kereta BMW 3 seriesnya. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus fokus pada pemanduannya.

Sekilas Mr Sebastian mencuri pandang pada Mrs Rosemaria yang duduk di sebelahnya. Tangan kirinya menggenggam tangan si isteri langsung dibawa ke ribaannya. Dielusnya lembut.

"I'm so sorry.. pasal tadi.. I pun penatlah Honey, you tolonglah I.. tengokkan juga Ricca ni.. dia anak you juga..." Pujuk sang suami.

"Anak I.. you lupa ke.. dia cuma anak tabung uji you... dia bukan anak I.. I cuma tumpangkan dia dalam rahim I.." Sinis jawapan yang dilemparkan oleh sang isteri membuatkan Mr Sebastian hilang sabar.

"Enough ROSE..!You tak perlu ungkit lagi pasal tu.. You pun dah dapat bayaran setimpalkan.. takkan tak cukup lagi.. bersyukur sikit I sanggup ambil you jadi wife I.. ingat sikit asal usul you tu..!" Jerkah Mr Sebastian pada Mrs Rosemaria membuatkan aku menikus di tempatku.

"How dare you.. you tengking and marahkan I depan budak ni.. I takkan maafkan you.. You dah melampau..!" Mereka bergelutan sesama sendiri. Aku cuma memerhati, hendak menghalang aku tak berani.

"Hey.. You dah gila ke hah..! I tengah memandu ni.. duduk elok-elok lah..!" Tengking Mr Sebastian. Kereta yang dipandu sudah terbabas dari landasan yang sepatutnya. Kereta Papa sudah melawan arus pemanduan.

"YOU... !!!"
"HONEY...!!!!!!"
"ARGHHHHHH...!!!!!"

DUMMMMM!!!!

Kereta kami terseret lebih satu kilometer dari tempat kejadian, sebelum terbalik di kawasan paya. Sedar-sedar sahaja aku mendapatkan khabar buruk daripada doktor yang bertugas.

"Ric, I'm so sorry for the loss.. your Mom died in that accident..we have tried..but God loves her more". Doktor lelaki itu mengelus kepalaku yang berbalut, namun aku masih diam tidak berkutik. Menangis pun tidak. Melihat doktor itu ingin berlalu, cepat-cepat aku selar lengannya.

"Doktor.. how is my dad.. dia baik-baik
sahaja kan?"

"Yes.. he's fine, he just suffered a minor injury.. kaki dan tangan kiri dia patah.."

"What... I need him.. I need him now doctor.. tolong bawa saya jumpa dia sekarang.."

"Ok.. ok.. stop crying then, kita pergi lawat dia..I bawa you jumpa dia..."
Aku membontoti langkah perlahan doktor lelaki itu dan aku terus menerpa pada Mr Sebastian sebaik sahaja mata ini terarah padanya.

"Papa... " Aku jerit sekuat hatiku dan aku peluk tubuh sasa milik Mr Sebastian.

"Auuchh.. " Mr Sebatian mengaduh.

"Sorry Papa... Ricca tak sengaja. Ricca takut Papa mati macam Rose.. Ricca sayang Papa.. Papa jangan tinggalkan Ricca.." Luahku pada Mr Sebastian. Aku masih memeluk tubuh itu dengan erat. Kami sama-sama menangis. Papa Sebastian kuncup dahiku.

"No...I will never leave the world without you... I will always be by your side.. I love you so much.."
Bersungguh Mr Sebastian mengungkapkan janji itu.

"Promise me.. Papa akan sentiasa ada dengan Ricca..!" Aku dah angkat jari kelengkeng lalu aku suakan pada Mr Sebastian.

"Papa janji Ricca..I will be your hero..!"
Lalu jari kami bertaut, lantas Papa dakap aku kembali. Aku kuncup kedua belah pipinya sebelum kembali ke bilik wad aku.

* * *

Suasana pemakaman Mrs Rosemaria pada pagi itu sungguh suram dan sangat sunyi, hanya dihadiri oleh teman sekerjanya seramai lima orang. Empat perempuan dan seorang lelaki muda. Dengan cuaca yang tidak mengizinkan itu, para tetamu yang hadir berlalu sangat cepat berikutan hujan sedang turun dengan lebatnya. Setelah upacara selesai, hanya tinggal seorang lelaki muda yang masih setia berdiri di situ mendatangani Papa Sebastian.

"Mr Sebastian...?" tanya lelaki itu.

"Ya, anda siapa.. ?" soal Mr Sebastian kembali kepada lelaki muda itu.

"I'm Hector.. boyfriend of the late Rose .. so sorry to said that.. Actually, I dah lama berhubung dengan your late wife.. Tak sangka.. orang sekacak dan segagah you ada masalah tentang seksual.. sampai isteri cari pucuk muda macam I.."

BUK...!!!

Satu tumbukan padu dilepaskan pada wajah lelaki bernama Hector itu. Terteleng kepalanya. Aku lihat ada titisan darah di hujung bibir lelaki itu.

"Hey.. Kau nak apa sebenarnya huh!.. memang aku tahu..mendiang tak sebaik mana.. tapi kau jangan sesekali nak hina dia.. sebelum kau mampus aku kerjakan baik kau berambus dari sini..!" Jerkah Mr Sebastian pada si Hector.

"Puih...! Jangan berlagak sangat Mr Sebastian, kau akan menyesal nanti.. Aku hanya nakkan hak aku.. Rose dah janji nak serahkan budak ni pada aku.." Laju lengan kanannya mencapai lengan kecilku, namun Mr Sebastian lebih pantas mematahkan niat buruk pemuda itu. Aku sudah selamat dalam jagaan Uncle Roberto dan juga Uncle Frankie, pengawal peribadinya.

"What! No... NEVER.. !! Apa kaitan anak aku dengan perjanjian kau orang berdua..! Kau nak ugut aku.. kau silap.. kau hanya tempah lubang kubur kau sendiri".

BANG...!!!

Tumbang tubuh si Hector di tanah perkuburan itu. Papa Sebastian mengeluarkan sepucuk pistol di suit hitamnya lalu menembak tepat pada kepala Hector sebelum sempat jejaka muda itu bertindak apa-apa.

Aku yang menyaksikan hanya tergagam di situ. Dengan pantas Papa Sebastian membawa aku pergi meninggalkan tanah perkuburan Kristian itu.

"Ricca.. Papa minta maaf jika buat Ricca takut.. Papa takkan benarkan sesiapa rampas Ricca daripada Papa..." Tubuhku dipeluk erat.

"Papa... janji dengan Ricca, ini kali terakhir Papa gunakan pistol ni.. demi Ricca sumpah Papa takkan bunuh orang lagi.." Ujarku dalam nada tersekat-sekat, masih terkejut dengan apa yang aku lihat sebentar tadi.

"Papa janji Sayang... Demi Ricca.. Papa takkan pernah pegang pistol ini lagi.. Roberto.. Frankie kau uruskan pasal tadi.. aku tak nak sampai terhidu pihak berkuasa.. FAHAM..!" Tegas Mr Sebastian mengeluarkan arahannya.

"Baik bos.. percaya pada kami..!" Jawab Roberto bersama Frankie serentak.

"Ambil pistol ni.. hapuskan segala bukti..!" Arah Mr Sebastian lagi sebelum berlalu dari situ bersama -sama dengan aku.

* * *

SEMINGGU sudah kejadian itu berlalu, setiap malam itu jugalah tidurku sentiasa terganggu. Walaupun tiada apa yang aku sesalkan, namun aku cuma khuatirkan tentang Papa Sebastian. Aku takut kalau dia disabitkan kesalahan lalu dipenjarakan. Akhirnya, berkesudahan di tali gantung.

"Argghhhh...!!!!" tanpa sedar aku menjerit kuat. Berlari Papa Sebastian mendapatkan aku di dalam bilik ini.

"Ricca.. kenapa menjerit.. Ricca sakit ke... jangan buat Papa risau Sayang.."

"Tak tahulah Pa.. Kepala Ricca ni tiba-tiba rasa sakit.." Adu aku padanya. Tangan kecil ini masih melekat di kepala.

"Dah.. jom ikut Papa kita ke hospital.."

Belum sempat aku berbuat apa-apa, tubuhku sudah selamat di dalam cempungannya. Hospital swasta yang paling terbaik Papa kejarkan aku ke sana. Aku terus diberikan rawatan setelah Papa menunjukkan kad bisnesnya itu pada salah seorang doktor yang bertugas.

"How doctor.. tell me about my beloved daughter, she's fine right..?"

"Please be patient.. Mr Sebastian..your daughter was diagnosed with Anterograde amnesia..Amnesia jenis ini biasa berlaku pada patient yang sukar untuk membentuk memori baru... from the result of my examination earlier, dia sukar untuk memberitahu apa yang terjadi sebentar tadi.. but don't worry we will monitor her.."

"Berbahaya ke doctor.., maksudnya anak I hilang ingatan.."

Yes, but Ricca hanya mengalami masalah dengan ingatan jangka pendeknya, sehingga dia begitu sulit untuk menangkap informasi baru... namun jangan bimbang, kondisi ini tidak mempengaruhi kehidupan sehariannya.." Doktor lelaki itu berjeda seketika, kemudian dia menyambung kembali bicaranya.

"Acctually, not.. but she need your support.. I akan bekalkan ubat..dan makan ikut aturannya.. jangan skip..Ricca.. she's strong girl.."

"Thanks doctor.. I akan ingat segala nasihat doktor.. I akan buat apa saja untuk anak kesayangan I.. boleh I lawat dia sekarang.."

"Ok sure... but.. jangan ganggu patient.. she's need rest.." Doktor lelaki itu menepuk lembut bahu Mr Sebastian sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Mr Sebastian melangkah longlai menghampiriku. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi biru itu. Lengan kecilku dielusnya lembut sambil meletakkan bibirnya di kekura tanganku. Air matanya mengalir di pipi kirinya.

"Papa... why.."

"I'm so sorry dear.. Papa banyak buat salah.. Papa yang buat you jadi macamni... Papa abaikan my responsibility.. Papa jadikan kerja Papa sebagai priority..Papa terlalu obses mengejar kemewahan... sedangkan you harta yang paling berharga.."

"Papa... don't say that okay.. You always be my hero.. Papa.. siapa Mama.. Ricca yang sebenarnya.."

"Erm.. Ricca tidur dulu ya.. nanti Papa cerita.. Ricca kena banyakkan rest..and you always be my daughter, get well soon.."

"Ok..Papa teman Ricca ya.. jangan lupa nanti cerita dengan Ricca about her.."

Papa menguncup dahiku dan menyelimuti aku dengan selimut tebal berwarna putih itu. Dia menepuk-nepuk lembut bahuku sehinggalah aku memejamkan mata. Namun, tidurku terganggu akibat igauan Papa. Papa menyebut sebaris nama wanita. Adakah sebaris nama indah itu milik ibu kandungku?

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya.. sudi-sudi tinggalkan comment ok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience