BAB 23 ( RAJUK ELYSABELLA )

Drama Completed 12753

Sudah tiga hari sejak Erduardo muncul semula dalam hidupku, aku kembali ceria. Alex dan Carlisle yang paling seronok. Bella pula seperti tidak menyenangi kehadiran Erduardo di rumah agam ini. Dia lebih suka Akihiko yang bertandang di sini berbanding Erduardo, bapa pembaptisannya itu. Ada saja yang tak kena di mata Elysabella walaupun telah sedaya upaya Erduardo berusaha menambat hatinya.

"Bella apa lagi yang tak kena ni.. Mama tak suka Bella bersikap begini.. you so rude to Ed, Bella!" jerkahku pada anak gadisku itu. Amarahku sudah membuak-buak. Habis rosak segala mood aku untuk bersantai dengan mereka semua petang ini.

"It's ok Sayang... mungkin dia tak biasa lagi dengan Abang, salah Abang juga..." Erduardo cuba memujuk.

"Jangan nak bagi muka sangat, nanti semakin berani dia melawan Abang..." aku dah bercekak pinggang.

Elysabella pula sudah merengus kasar. Lantas dia berlari meninggalkan kami di situ. Memprotes tindakanku sebentar tadi.

Pin..!!! Pin...!!!!

"BELLLA....!!!!" jeritku bersama Erduardo serentak.

"Woi...! nak mati ke hah....!" tengking si pemandu lori, laju melanjutkan kembali pemanduannya yang terhenti.

"Maaf encik atas kecuaian anak saya.." Erduardo lantas bangun dan menundukkan kepalanya pada pemandu lori itu. Aku dah terpempan di sebelah Erduardo melihat lengannya yang berdarah terseret di jalan raya.

"Bella... Bella tak apa-apa..?" soal Erduardo pada Bella yang berada di dalam dakapanku.

"Tak... takde.. Bella selamat.. I'm so sorry Daddy Ed...I love you.." kata Bella terketar-ketar. Badannya masih menggigil akibat terkejut, lantas tubuh sasa Erduardo dipeluknya erat.

"Argghhh... jangan peluk Daddy kuat sangat.. Daddy terluka ni.." adu Erduardo.


"So sorry Daddy, yelah Ma.. Ed tercedera.. cepat Ma kita bawa Ed ke hospital sekarang..!" usulnya dengan cemas dan sedikit mengesa.


"Bella... Bella.." Erduardo sudah mengacak-ngacak rambut lurus milik Bella dan aku lihat wajah Bella merona kemerahan. Ah.. sudah! Hormon oksitoksin budak ni dah terlebih sangat agaknya.

Aku dah gelengkan kepala, terus aku suruh Alex dan Carlisle kemas semula barang-barangan yang kami bawa untuk berkelah tadi. Setelah segalanya sudah selesai dikemas, aku pecut pacuan empat roda milik Erduardo ini menuju ke hospital berhampiran. Erduardo mendapat rawatan sebaik sahaja kami tiba di hospital tersebut.

Mujur hanya kecederaan ringan di bahagian lengan dan pinggang yang dialami oleh Erduardo dan dari imbasan sinar X tadi, doktor yang merawat memberitahu tiada sebarang kecederaan dalaman yang dialaminya. Elysabella berkali-kali memohon maaf pada Erduardo dari tadi. Dia kelihatan sangat bersalah pada Erduardo saat ini dan Erduardo sudah memaafkannya dengan senang hati. Dia sedikit pun tak menyimpan sebarang dendam pada anak gadisku yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya itu.

Betul kata orang, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan aku berlapang dada, hubungan Bella bersama Erduardo kembali erat. Ternyata Erduardo sangat menyayangi mereka bertiga, tiada beza kasih yang dicurahkan kepada ketiga anaknya itu. Malah dia sanggup mempetaruhkan nyawanya untuk kami semua. Tidakku sangka Bella yang dulunya tidak berapa menyukai Erduardo, namun sekarang dialah yang paling rapat, dah macam pasangan kekasih pula lagaknya. Cemburu..? Ya.. aku cemburu melihat kemesraan mereka. Dan hatiku sedikit terjentik, jangan pula sampai Elysabella menyimpan sebarang perasaan pada suamiku ini.

"Hai... jauh betul wife Abang ni mengelamun... ingat kat boyfriend ke..?" usiknya.

"Abang..! Apa pulak ke situ.. Sayang mana ada boyfriend selain Abang.." jelasku bersunguh.


"Ye ke..? Tu... lelaki mix Jepun tu, bukan boyfriend.Bella bagitahu nama dia.. Aki..Akihiko.. right? kalau Abang tak sampai tepat waktu malam tu.. entah apalah jadi pada wife Abang yang jelita ni.." Erduardo cium bibirku.


"Erm.. malaslah cakap pasal dia, patutlah malam tu semacam je..ada muslihat rupanya.." Aku dah melipat tanganku ke dada. Sebal!


"Siapa je tak jatuh cinta pada wife Abang yang cantik jelita ni... Abang tak salahkan dia, cuma Abang kesal..."


"Why..?" soalku dengan kerutan di dahi, dah nak bertaut kening ini jadinya.

Erduardo melepaskan keluhan berat. Dia meraup wajahnya sedikit kasar dengan telapak tangannya.
Erduardo menghampiriku, lenganku ditarik ke dalam dakapannya. Pipi kiriku dikucupnya mesra.

"Why...?" Aku ulang kembali pertanyaan yang sama.

"Sebab, Abang sempat fikir Sayang dah tak cintakan Abang lagi, Sayang dah jumpa seseorang yang menggantikan tempat Abang.."

"No!, of course not... Sayang hanya cintakan Abang, forever.. ever and ever... cuma Sayang terlalu ego memaksa Abang pergi, maafkan Sayang, Abang.. percayalah, separuh nyawa ini mati dengan pemergian Abang dulu. By the way, macam mana Abang tahu Sayang perlukan Abang malam tu.."

"Abang dapat rasakannya, dahlah sekarang Abang nak habiskan masa setiap saat dengan Sayang.." Erduardo tersenyum nakal.

Erduardo mencempung tubuhku lalu dibaringkan perlahan-lahan di atas katil. Baru je nak berkasih sayang, terdengar pintu bilik ini diketuk, terbantut perlakuan Erduardo terhadapku. Aku lihat wajahnya sudah sedikit pasrah. Nasib kami masih lagi lengkap berpakaian. Segera dia bangun dan menapak ke arah pintu. Tombol pintu itu dipulas agak kasar. Tegak Bella berdiri di muka pintu.

"Sorry Daddy if I disturb both of you... Bella cuma nak beritahu, Bella nak pergi kelas.. Uncle Aki dah ada dekat bawah dia yang hantarkan.."

"Bella ada special relationship with him.. Daddy tengok rapat semacam je.. Alex tak ikut sekali..?" soalnya agak tegas pada anak gadis yang meningkat dewasa itu. Hujung bulan ni genap usianya tujuh belas tahun.


"Alex dah pergi naik superbike dia.. Carl ada dengan Aunty Ros dekat bawah.. Bella pergi dulu Mama, Daddy.. dah lambat..we just friends Dad.." balas Elysabella kembali.

"Ok.. bye Bella, take care..Mama always love you.."
Aku kucup sisi kepala Bella dan menghantar pemergian Bella bersama Akihiko pada pagi itu.

Aku kembali menuju ke bilik, bersiap-siap untuk ke pejabat. Erduardo juga mengikuti aku dari arah belakang. Mulai dari saat ini, aku lantik dia menjadi CEO syarikat ini dan aku lebih selesa menjadi sebagai pembantunya. Aku kembalikan jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu. Dia juga lebih cekap menerajui syarikat ini berbanding denganku. Dan tidak hairan syarikat automobil ini mampu berkembang pesat dalam masa sesingkat ini. Semakin ramai yang percaya dengan kebolehan Erduardo dan pelabur dari luar negara juga tidak melepaskan peluang untuk membuat pelaburan dengan syarikat yang diterajui oleh Erduardo ini.

"Abang...berehatlah kejap, Sayang ada bawakan air.. Abang tak nak pergi lunch ke..?" soalku yang menghampirinya di meja kerjanya itu.

"Sayang sini..." lenganku telah ditariknya lembut dan dia suruh aku duduk di atas ribaannya.


"Apa..Abang stalk Bella dengan Aki.. I don't believe it.. why..? Is it necessary to do that.."

"Abang tak percaya sesiapa pun Sayang, better you see this, dia berbuat baik untuk kepentingannya. Patutlah di bahagian kewangan syarikat ada macam- macam masalah..baik Sayang nasihatkan Bella" tegas nada Erduardo memperingatiku sambil mengelus lenganku yang terdedah. Sesekali dia mengucup lembut bahuku.

"Erm... baiklah nanti Sayang pujuk anak dara Sayang tu..jauhkan diri daripada Aki.." kataku sambil tersenyum manis pada suamiku ini. Lantas aku tolak lembut lengan kekarnya yang melingkari pinggangku untuk bangun semula.

Erduardo lantas bangun dan kembali mengejar langkahku. Dilelarnya lenganku kembali dengan sekali tarikkan yang agak bertenaga terus melekap wajahku di dada bidangnya yang beralaskan kemeja biru gelap sedondon dengan mini dress formal ala korean yang tersarung di tubuh rampingku. Pabila aku mengangkat kembali wajahku dan menalakan pandanganku tepat pada sepasang mata indah milik jejaka tampan ini, dia hanya tersenyum. Senyuman penuh makna. Nakal sungguh Mr Ed ni sekarang. Dah kira tempat, semua dibelasahnya, nasib tak kantoi! Dah gersang sangat ke Encik Abang oi...! Atau aku ni ke yang semakin mengancam...tak nak berenggang langsung.

* * *

Sejak kebelakangan ini, aku lihat kedekatan Bella dengan Akihiko semakin membimbangkan. Anak dara aku ni dah pandai pulang lewat malam. Bila ditanya, ada sahaja alasannya. Bella juga sudah berani meninggikan suaranya padaku. Dan dia semakin galak dan akan pandai memanipulasikan keadaan jika berhadapan dengan Erduardo. Balik-balik aku yang dipersalahkan. Sampai aku dengan Erduardo berselisihan faham jadinya. Yang buat aku geram, boleh pulak Erduardo menyebelahi Elysabella yang terang-terangan membuat kesilapan.

"Abang... jangan bagi muka kat Bella tu.. nanti dia semakin liar... sekarang dah pandai balik lewat malam"

"Biarlah, kita tak boleh kongkong sangat, nanti dia semakin memberontak, Sayang nak ke dia jadi tertekan..stress selalu.. Sayang pun apa kurangnya dulu..Papa Sebastian tak pernah halang kan.."

"Abang.. I'm sick of all this!..Sayang lain.. Abang yang jaga Sayang, ni Aki... jantan tak guna tu..? Abang nak Bella rosak ke.." tempelakku pada Erduardo. Sakit hati punya pasal.

"Taklah sampai macamtu, Abang tahu apa yang Abang buat, so jangan risau sangat.. nanti Sayang pula yang sakit..dah jom kita masuk tidur.. dah lewat sangat ni.. Bella dah balik kan.. jom ikut Abang, Abang tahu macam mana nak hilangkan stress Sayang tu".

"A..bang.. dah mulalah tu...Gatal!!!" Erduardo mengucup ulas bibirku sekilas.

"Cakap lagi Abang gatal... Abang betul-betul kiss your lips sampai tak boleh bercakap..biar bengkak macam Angelina Jolie tu..baru seksi sikit.."

"A.. BANG..!!!!"

* * *

Pagi itu sebaik sahaja aku sudah bersiap-siap untuk ke pejabat, seperti biasa kami sekeluarga akan berkumpul untuk bersarapan bersama. Hari ini aku terlewat bangun akibat kelelahan melayan permintaan istimewa si suamiku ini. Lepas je kami berbalah tentang Elysabella, Erduardo ajak aku menemaninya minum di sebuah bar yang berhampiran dengan kediaman kami. Nasib baik kami tak mabuk teruk. Boleh tahan juga encik suamiku ini.

Seingat aku dia ni tak suka akan semua ini. Tak pernah pula aku lihat dia minum agak berlebihan sebelum ini. Kami siap bertaruh malam tadi. Seperti kebiasaannya aku yang akan menang, namun malam tadi Erduardo menjuarai taruhan untuk pertama kalinya. Aku tewas dengannya hanya dengan dua gelas kecil tequila dari jenama terkenal 'Jose Cuervo' yang kami pesan. Rasanya yang agak tajam membuatkan aku tertewas dan minuman ini lebih dominan dengan lelaki sebenarnya. Akibatnya, kepalaku menjadi sedikit berat pagi ini. Langkahku terhenti apabila terdengar omelan Bella bersama suamiku itu. Aku pasang telinga di sebalik dinding yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu.

"Dad... Aki tu lelaki yang baiklah Dad... dia tak pernah pun dia ambil kesempatan..."

"Bella, Daddy cuma ingatkan saja..bukannya nak halang Bella berkawan, cuma kalau nak jadikan Aki tu teman hidup baik Bella lupakan sahaja.." si ayah lembut menasihati.

"Of course not lah Dad, he so old for me... and I'm still young.. kalau Bella nak cari pasangan hidup pun, Bella akan cari sekacak Daddy.. I'm fall in love your face Dad..you are so handsome guy... can I kiss your lips..." Aku lihat Bella cuba menempelkan dadanya yang menggunung ke dada bidang suamiku. Bibir mereka hampir bertemu.

"Bella... enough..! Are you sick, he is my husband and he is your Daddy!!!" Aku jerkah Bella dan satu tamparan kuat aku layangkan di pipi gebunya. Merah dan berbekas jariku di wajah putih mulusnya itu.

"Mama... I'm just joking... sampai hati Mama buat Bella macam ni.." Bella dah berlari meninggalkan kami semua dengan linangan air matanya.


"Bella... wait..!" Alexander mengikuti langkah kakak kembarnya itu. Aku dah tergadah, lalu Erduardo memujukku dengan mengelus lembut belakangku. Carlisle pula dibawa Rosalie pergi menjauh dari kami.

"Kak Bella... janganlah merajuk..Mama tak sengaja tu.. Kak Bella pun satu, kenapa nak mengedik macam tu dengan Daddy, patut pun Mama marah.."


"Sudahlah, semua salah Kak Bella, Kak Bella cuma nak bergurau je, tu pun salah.. semua tak faham Kak Bella, lebih baik Kak Bella tinggal dengan Uncle Aki... semua dah tak sayang kat Kak Bella.." adu Elysabella pada adik kembarnya itu. Aku hanya mendengar perbualan itu samar-samar di sebalik sebatang pohon sakura yang kami tanam di halaman rumah bersama-sama sewaktu Elysabella berumur empat tahun.

Aku perlahan-lahan menghampiri mereka, namun Elysabella cepat-cepat melangkah meninggalkan aku. Aku cuba mengejar langkahnya, namun aku sudah jauh di tinggalkannya di belakang. Merajuk sungguh dia denganku. Aku cuba untuk terus mengejarnya, namun dihalang oleh Erduardo. Meronta-ronta aku di dalam dakapan kemas suamiku ini. Air mataku sudah laju bagaikan empangan pecah membasahi kedua belah pipiku ini. Kecewa, sedih dan rasa bersalah bersatu menjadi satu perasaan yang terlalu sukar untuk aku tafsirkan. Hanya diri ini sahaja yang mengerti rasanya bebanan perasaan yang tidak tertanggung ini.

Erduardo cuba menawarkan dirinya untuk memujuk rajuk puteriku itu. Mungkin Erduardo sahaja yang bisa memulihkan keadaan itu kerana aku juga seperti Elysabella yang lagi sedang menjeruk hati. Erduardo suruh aku terus berdiri di luar pintu kamar Bella sahaja sementara dia menjalankan misi memujuk anak gadis kami itu.

"Bella, boleh Daddy masuk..." pinta Erduardo yang mengetuk pintu kamar Bella terlebih dahulu.

Buat pertama kali, tiada sahutan daripada Bella. Erduardo terus mencuba, kali ini lebih mendayu suaranya, bahkan aku yang mendengarnya terus mencair.

Klak..!

Pintu bilik itu terbuka, lantas Bella suruh Erduardo terus masuk, tanpa mempedulikan kewujudan aku di situ. Dia melangkah ke katilnya dan dilabuhkan punggungnya di birai katil itu. Erduardo pula lebih selesa di atas kerusi meja solek milik Bella.

"Bella, sampai bila nak merajuk ni.. Bella tak cantiklah macamni, nanti cepat tua tau.."

"Biarlah, boleh kawin dengan Aki.. barulah sepadan.." kata Bella dengan muncung dah sedepa.

"Betul ke ni.. tak menyesal.. nanti dia dah kerepot, Bella nak jaga ke... masa tu Bella masih muda lagi tau..tak rugi ke..?"

"Tak kot, janji dia kaya.. dan sayangkan Bella sepenuh hati.." nada suara ditinggikan, sengaja nak cabar kesabaran aku.

"Kalau Daddy kata dia kaki perempuan, Bella percaya tak..?"

"Daddy ada bukti..jangan tuduh sebarangan Dad..tak baik tau.. tak takut ke kena karma..?"

"Nak bukti, nah..Daddy tunjuk bukti..." Erduardo menyerahkan iPhonenya pada Bella yang menayangkan segala kegiatan buruk si Akihiko, video tu semua telah aku lihat dengannya di komputer riba milik Erduardo kelmarin. Riaksi yang sama sepertiku, wajah Elysabella berkerut seribu saat ini setelah melihat klip video yang ditunjukkan oleh Erduardo kepadanya sebentar tadi. Terus dia berlari mendapatkan aku. Kata maaf berulang kali meniti di bibir nipis merah jambunya itu. Aku juga buat perkara yang sama. Sisi kepalanya aku kucup beberapa kali. Dia sudah berjanji dengan aku yang dirinya akan menjauh daripada jejaka yang bernama Akihiko itu. Aku memeluk tubuh tinggi lampainya itu dengan erat dan disertai dengan kasih sayang yang melimpah ruah terhadapnya.

"Bella, Mama minta maaf.. Mama dah salah faham.. Mama tak sengaja.."

"No, Ma... Bella yang bersalah.. Bella tak patut bergurau melampau macam tu, jujur Bella ada sedikit menyimpan perasaan pada Daddy... Bella cemburu pada Mama.. tapi Ed dah terangkan semuanya, ni hanya perasaan tak benar kerana Bella nak meningkat dewasa.. kan Mama..."

"Yes dear, you now my big girl.. tapi jangan ada lagi perasaan itu ya dengan Ed.. ramai lagi jejaka yang baik kat luar sana.. cuba berkawan dengan lebih ramai lagi... takkan seorang pun takde yang berkenan kat universiti tu.."

"Ada je Ma, cuma Bella tak bagi peluang.. Bella lebih suka menyendiri.. fokus dengan study.."

"That's good tapi apa salahnya berkawan.. jangan jual mahal sangat.. tapi harus pandai memilih..atau taste anak Mama ni terlalu tinggi.."

"Entahlah Ma, belum jumpa lagi my prince charming... sekarang nak fokus pada study, dah nak final exam pun Ma, tak lama lagi nak graduate dah..mungkin diorang takut dengan Alex yang overprotective tu kot... semua orang ingat Alex tu my big brother..mentang-mentang ada blackbelt.."

"Eloklah tu, sekurang-kurangnya Alex ada untuk proctect kakak dia yang cantik ni.. dahlah jom sarapan.. Mama dah lambat nak ke pejabat.. hari ni Bella tak ada kelas kan, tolong Mama jaga adik-adik ya...kalau nak keluar just inform me atau Daddy..."

"Ok.. Mama... kata Bella sambil memeluk erat tubuhku. Diciumnya pipiku bertalu-talu. Naik lemas aku dibuatnya. Erduardo menghampiri kami dan membawa kami ke dalam dakapannya.

"Dad... I'm so sorry too.. Bella janji perkara ni takkan berulang lagi".

"Daddy pun nak minta maaf, mungkin layanan Daddy yang terlebih ni buat anak Daddy sampai salah faham.. susah jugakan jadi orang kacak.. ramai sangat orang jatuh cinta..." Erduardo berseloroh. Kami sambut dengan ketawa yang mengejek. Sudahnya Erduardo kami tinggalkan bersendirian di situ. Wajahnya dah cemberut. Padan muka, siapa suruh 'masuk bakul angkat sendiri' kan dah mendapat.

Selesai bersarapan, aku dan Erduardo terus pergi ke pejabat. Akibat merajuk denganku, Erduardo suruh aku memandu hari ini. Hai dah berjangkit pula rajuk si Bella pada Erduardo. Bella dah ok, Erduardo pulak.. pening kepala aku..hari ni hari rajuk sedunia ke apa..?!

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience