Sudah hampir lewat senja aku menantikan kepulangan Mr Sebastian bersama Erduardo kembali ke pangkuanku membawa khabar berita yang menggembirakan, namun bayangan mereka masih tidak kelihatan. Kerisauanku yang sudah di tahap maksimum, rasa tidak tertanggung lagi. Segera aku cari keberadaan Uncle Roberto.
"Uncle Roberto ada berita daripada Papa..?" soalku dalam penuh kebimbangan.
Uncle Roberto menggeleng lemah. Dia menghampiri aku dan dilabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan denganku.
"Ricca makanlah dulu..kita doakan yang baik-baik buat mereka.. anak dalam perut tu tentu lapar.." pujuk Uncle Roberto lagi sambil mengelus lembut jejemariku.
"Erm... Kita pergi tempat mereka jelah.. Ricca dah tak boleh nak duduk dan terus menunggu begini Uncle Roberto... tolonglah bawa Ricca ke sana.." rayu aku pada Uncle Roberto.
"Bahaya Ricca, kedatangan kita ke sana bukannya dapat membantu, malah mempersulitkan lagi keadaan.." jelas Uncle Roberto dengan nada agak tegas.
"Uncle Roberto tolonglah.. Ricca janji takkan timbulkan masalah.. Ricca boleh jadi gila kalau duduk di sini tanpa berbuat apa-apa. Apa kata kita dapatkan bantuan polis.." aku cuba memujuk lagi lelaki separuh abad itu.
"Baiklah.. janji dengan Uncle, Ricca akan ikut arahan Uncle dan jangan bertindak melulu..." pesan Uncle Roberto sambil menolak segelas susu kepadaku.
Aku anggukkan kepala. Air susu yang penuh di dalam gelas itu aku teguk rakus sebelum mengikuti langkah Uncle Roberto yang sudah menapak ke arah sebuah kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton Athlete hitam yang terparkir di halaman rumah agam itu. Sempat Uncle Roberto berpesan supaya aku memakai tali pinggang keledar dengan betul kerana untuk sampai ke tempat persembunyian Marcus, struktur jalannya agak berbahaya dipenuhi dengan lumpur dan berlopak. Selain itu, jalan raya juga agak licin berikutan hujan yang tengah turun dengan lebatnya tika ini.
Kecekapan Uncle Roberto memandu, kami sampai dengan selamat di markas Marcus tepat jam lapan malam. Uncle Roberto memarkir kereta ini lebih kurang satu meter dari gudang lama itu. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki untuk terus sampai ke gudang itu. Hujan yang sudah mula mahu berhenti seperti berpihak kepada kami. Pada mulanya kami berdua berjaya menyelusup ke gudang itu tanpa sesiapa pun yang menyedari kedatangan kami di sini.
Dari jauh aku dapat melihat anak kembarku sudah diikat di atas sebuah kerusi. Mulut dan mata mereka diikat dan ditutup dengan sehelai kain. Melihat keadaan mereka itu hatiku jadi sangat kecewa bercampur juga rasa marah yang membuak-buak. Tanpa berlegah lagi, aku berlari mendapatkan mereka dan tidak sampai seminit pun aku dah tertangkap dengan konco Marcus. Mungkin ini adalah perangkap yang sudah dijangka oleh Marcus sejak dari awal.
"Erm... tak sangka begitu mudah menjerat mangsa.. Hahaha... Bodoh!" Marcus mencengkam rambutku dan ditariknya kuat.
"Sakitlah bodoh.. lepas... lepas.. aku kata LEPAS..!!!" aku berteriak.
"Mama...!!!! Tolong kami Mama..." teriak Bella dan Alex yang dalam ketakutan.
"Jangan apa-apakan anak aku..! Aku sedia jadi galang ganti...lepaskan mereka.." Aku berteriak lagi.
"Erm.. tawaran yang bagus.. memang dah lama aku impikan kau..si cantik..! Bagus..! Aku suka.. lepaskan anak-anak kecil ni, buat menyemak je.. memekak tak sudah-sudah!!!"
Baru konco-konco Marcus ingin melepaskan Alex dan Bella, Erduardo muncul di situ. Dengan pantas Erduardo bertindak, namun tindakannya sudah dipatahkan dengan tindakan pantas Marcus yang meletakkan aku sebagai umpannya. Terhenti pergerakkan Erduardo yang sudah membelasah beberapa orang suruhan Marcus dengan amarah yang meluap-luap. Sedikit pun tiada belas daripadanya. Bergelimpangan tubuh orang suruhan Marcus berlumuran darah.
Hampir pitam aku menyaksikan kejadian itu di depan mataku. Alex dan Bella sudah selamat berada di dalam jagaan Uncle Roberto bersama Mr Sebastian. Erduardo mengarahkan mereka berempat untuk segera tinggalkan tempat ini dan dia akan berusaha untuk menjejak keberadaan aku yang sudah dilarikan oleh Marcus sebentar tadi.
Melihat aku dibawa pergi oleh Marcus dengan sebuah kereta mewah, tanpa berlengah Erduardo meneroboskan dirinya ke dalam sebuah kereta yang ada di situ dan terus mengejar kereta mewah yang membawa aku pergi. Erduardo terus memecut kereta itu dengan tahap kelajuan yang maksimum.Tidak ingin aku terus terlepas daripada pandangan dan terus berada di dalam cengkaman Marcus, Erduardo
memecut kereta itu dengan lebih laju dan dia berjaya memintas kereta yang dipandu oleh orang suruhan Marcus untuk sekian kalinya.
Marcus yang sudah naik berang, terus membuat keputusan untuk memandu sendiri kereta itu. Pistol di tangan diacukan tepat ke arah kepala pemandu tersebut. Dan ditendangnya orang suruhannya keluar dari kereta tersebut. Menjerit aku ketakutan dan terus terdiam aku pabila Marcus mengacukan sepucuk pistol itu tepat di dahiku. Terhuyung-hayang kereta tersebut akibat pergelutan tadi sehingga melanggar sisi kereta yang dipandu oleh Erduardo yang begitu hampir dengan kereta yang dipandu oleh Marcus.
Kejar-mengejar di antara kami berterusan lagi sehingga sampai ke sebuah pantai yang sudah tersedia sebuah bot menunggu ketibaan Marcus di situ.
"Cepatlah perempuan, kau ni menyusahkan betullah..!" Jerkah Marcus kepadaku.
"Abang..! tolong selamatkan Carda.." teriakku setelah ternampak kelibat Erduardo yang baru tiba di situ. Aku nampak dia tercedera di bahunya, mungkin terkena tembakan dari pistol yang dilepaskan oleh Marcus secara rambang tadi.
"Jangan dekat.. kalau kau tak nak wife kau ni jadi mayat dekat sini !!!" Pekik Marcus yang bisa buat gegendang telinga aku ingin pecah.
Terhenti langkah Erduardo. Darah masih mengalir di bahunya mencemari kemeja putih yang tersarung di tubuh sasanya itu. Aku nampak dia sedang menahan kesakitan itu, namun dia masih lagi bertahan dan berkeras untuk menyelamatkan diri ini. Tidak sedikit pun dia berasa gentar dengan ancaman Marcus itu. Dia sudah bersedia untuk bertindak. Aku yang faham dengan bahasa isyarat yang diberikan Erduardo padaku dan dengan semangat yang masih bersisa aku mula bertindak. Dalam hati berdoa agar tindakan aku membuahkan hasil dan tiada sesiapa yang harus terkorban lagi.
Aku bertindak memijak kaki Marcus sekuat hatiku dan merampas kembali pistol yang berada di pegangan tangannya. Aku tahu tindakan ini aku mendatangkan risiko kepada diri aku dan juga Erduardo, namun aku harus mencuba segala cara untuk menyelamatkan diri. Aku gembira tindakan aku membuahkan hasil. Aku campakkan pistol itu pada Erduardo dan tanpa berlengah Erduardo menekan picu dan terus melepaskan tembakan tepat kepada Marcus dengan beberapa kali tembakan.Tumbang tubuh Marcus di hamparan pasir pantai yang memutih.
Aku berlari mendapatkan Erduardo, namun aku berasa sangat kesakitan di pinggangku. Manik- manik kasar sudah terbit membasahi wajahku. Segera Erduardo membawa aku ke dalam dakapannya. Aku dakap tubuh Erduardo dengan erat kerana tiada lagi daya untuk terus berdiri. Kesakitan itu sudah menjalar di segenap tubuhku.
"Carda... CARDA...!!!!!"
* * *
Lima bulan kemudian....,
Pertama kali aku buka mata, wajah seorang lelaki tampan menyapa mata. Di lengan sasa itu ada seorang bayi yang sangat comel yang sedang nyenyak tidur di dalam gendongannya. Bau bayi yang sangat harum dan menenangkan itu membuatkan aku tersenyum senang.
"Sayang...anak kita, comelkan..." kata lelaki tampan itu.
Aku masih membisu dan tidak beriak. Seperti keliru dengan semua ini. Tidak dapat aku mengenali lagi lelaki tampan itu, bahkan diriku sendiri pun tidak lagi aku tahu asal-usulnya. Tiada sedikit pun memori yang terakam di minda. Semuanya kosong seperti aku baru dilahirkan semula di dunia ini. Aku menyentuh wajah tampan itu dengan tatapan kosong.
"Carda anak kita, Edward Carlisle Fernandez.."
Bersinar wajah dan matanya sudah berkaca-kaca. Aku nampak dia sungguh gembira, namun aku cuma mampu tersenyum.
"Carda... Abang panggilkan doktor kejap...Sayang pegang baby kita ya..." Jejaka tampan itu meletakkan bayi itu di dalam pangkuanku.
Sepeninggalannya, aku tatap wajah polos bayi itu. Comel, putih bersih dan kemerah-merahan kulitnya seperti jejaka tampan itu. Dia menggeliat kecil dan sedang menguap. Kelihatan begitu imut dan menggemaskan hatiku. Aku cuba kucup pipi tembamnya itu. Ternyata dia sangat wangi dan menenangkan. Aku mula ada rasa satu perasaan yang sangat terkait rapat denganku. Suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan. Aku mula menyayangi bayi kecil ini. Aku cium dia bertalu-talu.
"Hola... Mrs Fernandez..feeling better..Mr Fernandez sila ambil kembali bayi anda.. saya nak check my patient.." tegur seorang doktor lelaki muda di hadapanku.
Doktor lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Franceisco memulakan pemeriksaannya terhadap diriku. Selepas itu, dia mengajak jejaka tampan itu bersama untuk membincangkan tahap kesihatanku.
"Dr France.. macam mana keadaan wife saya.. dia baik-baik aje kan.." soal lelaki tampan itu sambil menyerahkan bayi itu kembali kepada seorang jururawat yang mengiringi Dr Franceisco tadi.
"Erm... macam nilah Mr Fernandez.. Saya rasa isteri Mr Fernandez..."
"Dr France... called me Ed..just Ed.."
"Ok macamni Ed.. hasil dari pemeriksaan saya, wife Ed mengalami masalah kecelaruan identiti, dalam erti kata mudahnya, dia hilang ingatan. Diri sendirinya pun tidak bisa diingati lagi.. berikutan dari imbasan MRI dan CT scan yang pihak kami lakukan ia berkaitan rapat dengan masalah Alzheimer yang dihadapinya. Otaknya sudah semakin mengecut. Dan malangnya, pihak kami tidak dapat lagi untuk berbuat apa-apa melainkan melambatkan proses daya ingatannya yang semakin memburuk. Di sini saya ingin tegaskan buat masa ini Puan Ricca perlu adalah sokongan padu daripada seluruh ahli keluarga. Dia sangat -sangat memerlukannya. Kita tunggu sahaja jika ada 'miracle' dari Tuhan.. banyakkan bersabar Ed... serah segalanya pada Tuhan.." terang Dr Franciesco panjang lebar.
Tangan kekar Dr Franceisco menepuk lembut bahu jejaka tampan itu sebelum melangkah keluar dari bilik ini. Sempat dia mengelus lembut belakang tubuhku yang beralaskan gaun biru hospital itu. Aku hantar pemergian doktor lelaki yang agak kacak itu dengan sorotan mataku. Lelaki tampan itu pula tidak lepas memerhatikanku. Dia labuhkan punggungnya di birai katilku. Lenganku diraih dan dibawanya ke dalam telapak tangannya. Dia mula mengelus jejemariku, dilabuhkan bibirnya di kekura tanganku.Tubuhku perlahan-lahan dibawa di dalam dakapannya. Lembut tangan kekarnya mengelus belakang tubuhku. Aku dengar dia menangis, namun pantas dia hapuskan sisa air matanya dengan belakang tapak tangannya. Aku hanya diam tidak berkutik. Keliru!
Keadaan aku juga sudah semakin membaik dari kecederaan yang kualami dahulu. Seingat aku, malam kejadian lima bulan lepas, aku mengalami kecederaan yang teruk di bahagian pinggangku. Aku mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan pisau yang sempat ditusuk di pinggangku menembusi dan memotong saraf tunjangku. Itupun setelah diterangkan oleh seorang doktor Pakar Ortopedik yang baru menemuiku dua jam yang lalu.
"Carda.. Abang minta maaf, Sayang.. mungkin disebabkan Abang, Sayang terpaksa jadi macam ni.. Abang janji lepas ni kita akan bina hidup baru... Sayang berehat ok.. biar cepat sembuh.."
Aku berbaring semula di atas katilku. Tidak lama kemudian aku tertidur semula. Itulah aktiviti harianku, makan, tidur... makan, tidur.. Lagi seminggu Dr Franceisco kata aku dah boleh keluar dari hospital. Aku pun dah tak sabar nak balik rumah.Tapi rumah aku yang mana..? Rumah yang diceritakan oleh lelaki tampan yang gelar diri dia Ed tu ke atau lelaki separuh abad yang memperkenalkan dirinya sebagai Papa, bapa kandung aku. Entahlah, janji ada tempat untuk aku berteduh dari panas dan hujan itu sudah cukup bagi diri ini.
* * *
"Cantiknya rumah, besar tapi kenapa dalam hutan?" soalku yang masih melilau memandang keadaan sekeliling.
"Erm... sejuk sikit, jauh daripada kesibukan kota. Carda suka tak..?"
"Suka, tapi make sure takde nyamuk, nanti boleh dapat penyakit tau.."
"Betullah tu Mama, tapi jangan risau Papa Ed dah pantau, kawasan rumah ni memang takde nyamuk langsung..selagi kita jaga kebersihan..." kata kanak-kanak lelaki itu, manakala yang perempuan hanya tertawa sahaja.
Siapa mereka ni..? Kata Ed, mereka berdua ni anak aku tapi dengan lelaki lain. Menurut cerita yang disampaikannya kepadaku, lelaki tersebut sudah menemui ajalnya. Dan sekarang dia menjadi bapa tiri kepada mereka berdua yang dipanggil Alex dan Bella.
"Alex... Bella kita makan dulu.. Papa duduklah kita makan sekali, Carlisle biar saya yang jaga.. Carda makan dulu ok.." arah Erduardo kepada anak kembar itu dan Mr Sebastian.
Aku, Mr Sebastian, Alex dan juga Bella sudah menarik kerusi kami. Perlahan-lahan kami menarik kerusi yang ada di hadapan kaki. Masing-masing dah henyakkan punggung di atas kerusi empuk itu. Hidangan yang serba ringkas hasil tangan Erduardo kami jamah dengan penuh berselera.
"Ed.. makanlah biar saya jaga Carlisle.." kataku setelah selesai menjamah makananku.
"Ok.. baik-baik, jangan pergi jauh-jauh sangat.." Erduardo memberikan peringatan.
"Takpe Ed, Papa tengok-tengokan Ricca nanti..Ed makanlah, Alex dan Bella.. makan dengan Papa Ed.."
Mr Sebastian meninggalkan kedua cucunya itu dalam jagaan Erduardo dan mendapatkan aku di ruang tamu bersama Carlisle yang sedang aku gendong di aku letakkan seketika dia di atas ribaanku. Carlisle sedang nyenyak tidur setelah aku susukan dia dengan bantuan Erduardo seawal jam enam pagi tadi. Kata Erduardo lagi, aku kena susukan Carlisle selang dua jam sekali. Aku merasakan ikatan kami semakin mendekat. Aku rasa semakin hari semakin aku sayang dengan bayi ini.
Erduardo mendapatkan aku yang sedang leka memerhatikan gelagat bayi yang sangat comel, sihat dan montel ini. Aku dah letakkan dia di dalam 'baby cradle' dan dia sudah lena di situ. Erduardo mengajak aku melihat beberapa album lama yang dibawanya bersama tadi. Alex dan Bella juga menyertai kami di sini. Mulut mereka berdua riuh berceloteh bercerita tentang setiap gambar yang ada di dalam album itu.
Namun, satu pun tiada yang terakam di dalam ingatan ini lagi. Aku cuba juga memaksa mengingati setiap memori itu, sehingga sakit kepala ini jadinya, malangnya tiada apa yang tersisa lagi. Semuanya kosong dan aku merasakan diri ini seperti dilahirkan semula. Berkali-kali Erduardo terpaksa mengulangi perkara yang sama. Sejak kebelakang ini memang aku senang sangat terlupa. Baru beberapa saat, aku dah lupa segala butir yang disampaikan oleh sesiapa sahaja yang berkomunikasi denganku.
Keadaan semakin memburuk, kini aku sudah tidak dapat berjalan lagi. Kaki aku telah hilang fungsinya. Aku habiskan hari-hariku dengan hanya duduk di atas kerusi roda elektrik itu. Seakan diri ini sangatlah tidak berguna dan menyusahkan ahli keluarga sahaja. Aku tak ubah seperti kanak-kanak yang berumur empat tahun.
Aku rasa sangat bertuah di kurniakan seorang lelaki seperti Erduardo dalam diri ini, tidak sedikit pun dia mengeluh menguruskan aku bersama ketiga-tiga anaknya yang semakin meningkat dewasa. Alex dan Bella juga membantu bapanya itu menangani aku. Aku bertuah dikelilingi dengan insan-insan yang sangat menyayangi diri ini. Terutamanya Mr Sebastian, walaupun aku lihat sejak kebelakang ini, dia mudah jatuh sakit, dia tetap membantu Erduardo menguruskan hal-hal di rumah ini.
Segala keperluan di rumah ini dipenuhi dengan baik sekali, beberapa pembantu rumah sudah diambil bekerja untuk menguruskan segala keperluan di rumah ini. Seorang jururawat juga sudah diupah untuk menjaga aku bersama Carlisle. Seiring masa berjalan dengan pantas, Carlisle membesar dengan baik dan kini sudah sebulan usianya.
Alex dan Bella pula sudah didaftarkan bersekolah yang berhampiran di kediaman ini. Mujur terdapat sebuah sekolah di sini, walaupun kawasan penempatannya agak jauh dari kawasan kota. Alex dan Bella memang anak-anak yang cergas dan tidak banyak kerenah. Mereka juga sangat cemerlang dalam pelajaran dan merupakan pelajar terbaik di sekolah tersebut. Mungkin mewarisi kebijaksanaan mendiang bapa kandungnya yang merupakan seorang doktor yang sangat cemerlang di dalam bidang yang diceburinya.
Suatu pagi, aku berasa sangat tidak tenang kerana kelibat Mr Sebastian tidak kelihatan sejak awal pagi itu. Aku dapatkan bapa kandungku itu di dalam biliknya dengan bantuan seorang pembantu rumah yang aku panggil Rosalie. Aku loloskan diri di dalam bilik milik Mr Sebastian. Aku lihat dia masih berbaring di atas katilnya walaupun hari sudah meninggi. Mentari di luar sana juga sudah terang menyinari sinarnya.
Perlahan-lahan aku menghampiri tubuh tua itu. Aku kejutkannya dengan mengerakkan tubuhnya perlahan -lahan. Aku panggil namanya beberapa kali, namun tubuh itu kaku tanpa ada sebarang riaksi. Matanya terpejam rapat.
"Papa... Papa... bangun..hari tinggi dah ni.. bangunlah Papa... Papa.... PAPA...!!!!"
"Ricca.. sabar ok.. saya panggilkan jururawat Alice sebentar.." kata Rosalie yang bergegas mendapatkan jururawat Alice.
Sebentar kemudian, jururawat Alice sudah berada di dalam bilik ini. Dan dengan segera dia memeriksa keadaan Mr Sebastian. Dia sudah memegang kedua bahuku dengan lembut dan seketika kepalanya menggeleng lemah.
"No... No... Papa.. jangan tinggalkan Ricca... Papa bangun..!!!!"
"Puan Ricca, jangan macam ni, kita harus relakan pemergian Tuan Sebastian..sabar Puan Ricca.."
"No!... I want my Papa.. tak, Papa tak mati..dia tengah tidur tu, jangan ganggu dia.." kataku dengan linangan air mata.
"Panggil Tuan Ed.. Puan Ricca perlukan Tuan Ed sekarang.." arah jururawat Alice pada Rosalie dengan agak tegas.
"Ada apa ni.. Alice.. Tuan Sebastian.. Kenapa wife saya jadi macam ni..?!" soal Erduardo yang sudah menuju ke arahku. Tubuhku sudah dicempungnya.
Jururawat Alice memberitahu keadaan sebenar tentang Mr Sebastian kepada Erduardo dan hampir terjelopok tubuh Erduardo di situ, mujur aku sudah di dudukkan sebentar di birai katil milik bapa mentuanya itu.
"Oh..God!" Erduardo terus menerpa ke arahku dan terus tubuhku didakapnya erat. Jatuh berguguran air matanya dan kami sama-sama menangisi pemergian Mr Sebastian untuk selama-lamanya.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update..terimalah seadanya.. jgn lupa tinggalkan comment ok.. Trma kasih diucapkan kepada yg sudi follow author.. syg kamu semua..
Share this novel