BAB 27 ( AKU MASIH SAYANG! )

Drama Completed 12753

Teriakkan keras aku sudah membuatkan suami dan anak lelakiku pantas mendapatkan aku dan Bella yang sudah terjelopok di atas lantai.Darah pekat mengalir di sekujur tubuh Eezar yang sudah terbaring kaku di atas lantai jubin putih ini, tidak jauh dari kedudukan Bella. Di tangannya masih menggenggam sebilah pisau yang sudah berlumuran darah.

"Dad... Eezar ..dia tak mati lagi kan?" terketar- ketar suara Bella sebelum dia pengsan di ribaan Erduardo.

Tidak tunggu lama, Alex mencempung tubuh kembarnya, lalu dimasukkan ke dalam perut keretanya. Kemudian, Alex bersama Erduardo mengangkat pula tubuh Eezar dan kami terus memecut ke hospital untuk mendapatkan rawatan untuk pasangan suami isteri ini.

"Ma, Bella kat mana ni? Apa yang berlaku, mana Eezar, Ma?" soal Bella di pagi hari itu.

"Bella calm down, Eezar selamat.. ada kat wad ICU, keadaannya agak parah..dia banyak kehilangan darah" secara perlahan aku memberitahunya, tidak mahu dia terus-terusan menerima kejutan. Bimbang akan keadaannya yang masih lemah.

"What?! Ma tolong bawa Bella jumpa suami Bella, please Ma. I'm begging you.."

Kemunculan Dr Orlando di situ membuatkan Bella sedikit tenang. Dia merayu bapa saudaranya ini supaya memberikannya kebenaran untuk dia melawat suaminya itu. Tidak tunggu lama, Bella terus duduk di atas kerusi roda itu sebaik sahaja Dr Orlando menolak kerusi tersebut berhampiran dengan katilnya. Keadaannya yang masih lemah memaksa dirinya menggunakan kerusi roda tersebut. Perlahan-lahan tangan Dr Orlando menolak kerusi tersebut sehingga sampai ke bilik wad ICU yang menempatkan Eezar.

Bella masuk bersama Dr Orlando di dalam bilik itu. Sebentar kemudian, Dr Orlando meninggalkan Bella bersama Eezar di situ. Aku pula hanya memerhatikan mereka dari luar di dinding kaca bilik ini. Aku lihat Bella sedang menyuarakan sesuatu.Tangan kurusnya menyentuh lengan kekar kaku milik suaminya itu. Erduardo bersama Alex pula lebih memilih untuk menunggu di kafetaria hospital setelah mereka berdua melawat keadaan Bella dan juga Eezar sebentar tadi.

Seketika kemudian, aku lihat Eezar sudah bergerak-gerak dan mula sedar. Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Dia kelihatan keliru dengan apa yang dilihatnya tatkala ini.Tangan kekarnya menyentuh kepala isterinya yang sudah terlena di sampingnya itu. Kemunculan seorang doktor bersama seorang jururawat di dalam bilik ini membuatkan Bella yang baru tersedar sedikit terkejut. Dia diarahkan keluar sebentar dari bilik itu sementara doktor memeriksa keadaan Eezar.

Aku ambil peluang ini untuk bertanyakan keadaan menantuku ini pada doktor yang bertugas. Doktor lelaki itu memberitahuku yang Eezar sebenarnya bukanlah cedera akibat cubaan membunuh diri tetapi dirinya diserang oleh sekumpulan penjenayah pada malam itu. Dari kecederaan yang dialami oleh Eezar, doktor tersebut mendapati dia diserang oleh lebih dari lima orang. Aku yang mendengarnya agak terkejut atas penerangan yang diberikan oleh doktor lelaki itu yang baru sahaja melangkah pergi meninggalkan kami berdua di sini.

"Bella sabar ya, Mama percaya Eezar takkan begitu mudah untuk tinggalkan anak Mama ni. Dia sedang berjuang sehabis dayanya. Kita hanya tinggal doakan dirinya cepat sembuh" pujukku pada Bella yang sudah mula mahu menangis.

"Ma, siapa lagi yang berdendam dengan family kita ni..tak kan sampai sekarang tak habis-habis lagi. I'm sick all of this!" Bella mendengus kasar.

"Eezar ada musuh ke? Bella ada syak sesiapa tak?" soalku ingin kepastian.

"Entahlah Ma, Mama tanya sendirilah dengan Eezar, mungkin dia dapat ingat apa yang berlaku malam tu". Bella menyuarakan pendapatnya.

Aku tolak kerusi roda yang diduduki Bella masuk semula ke dalam wad yang menempatkan menantuku itu. Aku jatuh kasihan melihat keadaannya itu, walaupun aku sangat terasa hati dengannya. Setelah apa yang dia lakukan terhadap anak perempuanku ini, aku jadi tawar hati padanya. Dalam masa yang sama aku berasa puas kerana Eezar sudah mendapat karmanya. Aku yang duduk di sisi kirinya di atas sebuah kerusi yang sudah sedia ada di situ hanya memandang sepi. Sebentar kemudian, aku merasakan ada sentuhan di tangan kananku. Eezar sedaya upaya meraih lenganku dan jemariku digenggamnya erat.

"Ma... Eezar nak minta maaf banyak-banyak Ma, Eezar banyak berdosa pada isteri Eezar ni, mungkin ini balasan yang Eezar kena hadap sebab dah seksa isteri dan anak Eezar sendiri, Eezar berdosa Ma.. Eezar berdosa.."

"Sudahlah, eloklah jika kamu dah sedar..jangan banyak bercakap, berehatlah..keadaan kamu masih lemah.."

"Tidak Ma, selagi tiada kata maaf daripada Mama, Eezar takkan berhenti memohonnya. Please Ma, maafkan Eezar.."

"Sudah! Mama kata sudah.. kamu ingat tak siapa yang menyerang kamu malam tu?" soalku pada Eezar, ada sedikit kegusaran di benakku ini.

Eezar berfikir dan sedaya upaya mengingati kejadian itu kembali. Dia termenung panjang sebelum dia membuka bicaranya.

"Ma, Eezar tak berapa nak ingat, cuma dari corak serangan tu, dia seorang kidal dan hanya dia seorang yang menyerang.."

"Apa! Seorang?...tetapi kekuatan sama seperti lebih dari lima orang, bukan calang-calang orang ni. Kamu ada musuh ke?" soalku lagi agak terkejut dengan apa yang diperkatakan Eezar tadi.

"Setahu Eezar takde seorang pun Ma, memang Eezar tak pernah cari pasal dengan orang luar, cuma baran dengan orang yang cuba dekat dengan Bella. Hanya pada Bella, Eezar lepaskan kemarahan.. itu yang Eezar kesalkan sangat.." Eezar memandang Bella dengan pandangan sayu.

Aku jadi terfikir tentang ciri orang yang menyerang Eezar pada malam itu. Hati kuat menyatakan Erduardo ada kena-mengena dengan kejadian itu. Entahlah...mengapa aku boleh meragui suamiku sendiri. Mungkin aku terlalu memikirkannya sehingga fikiran ini jadi tidak tentu arah. Aku meminta diri setelah merasa kepala ini semakin memberat. Bella memilih untuk mengikutiku kerana pihak hospital ini tidak membenarkan sesiapa pun yang menjaga pesakit, kerana petugas hospital ini sendiri yang akan memantau keadaan pesakit dan pelbagai penyakit yang sedang menular menjadi penyebab utama pelawat tidak dibenarkan tinggal bersama pesakit.

Aku cari keberadaan Erduardo bersama Alex di kafetaria hospital di tingkat bawah berdekatan dengan lobi hospital ini. Mereka masih menunggu di situ. Aku lihat tangan Alex melambai pada kami setelah pandangannya tertumpu ke arah kami. Erduardo pula duduk membelakangkan kami. Dia baru sahaja menghabiskan minumannya. Aku mengajak mereka pulang setelah itu, kepala yang semakin berdenyut sudah tidak mampu untuk aku tahan kesakitannya. Sampai sahaja di kereta aku terus meneroboskan diri ke dalam perut kereta itu. Aku tersandar di tempat duduk penumpang belakang bersama dengan Erduardo. Alex memandu, manakala Bella duduk di sebelah kembarnya itu. Aku lentokkan kepalaku di bahu suamiku ini. Menyedut wangian dari minyak wanginya membuatkan aku tenang kembali. Langsung terpejam mataku ini sehingga kami tiba di rumah semula.

Sepanjang Eezar menerima rawatan, selama itulah Bella tinggal bersama dengan kami. Setiap petang aku akan menemani Bella ke hospital melawat Eezar. Sudah seminggu kami berulang-alik dan menurut kata doktor yang merawat, Eezar akan dibenarkan pulang tiga hari lagi, jika keadaannya benar-benar sembuh sepenuhnya. Luka-luka luarannya juga sudah mula membaik dan tiada lagi plaster dilekatkan di tubuhnya yang terluka itu.Tinggal lengan kiri dan kaki kanannya sahaja yang masih berbalut.

"Ma, Daddy Ed busy ke Ma, dia tak ikut sekali?" soal Eezar yang melilau matanya mencari keberadaan suamiku itu.

"Biasalah Daddy Ed, siapa yang tak kenal dia tu memang tak kan faham" jawabku ringkas sambil menyuakan sepiring buah epal yang telah dipotong oleh Bella pada Eezar.

Terhenti tangan Eezar sewaktu menyambut huluran daripadaku. Matanya tunak menatap wajahku.

"Kenapa Eezar, tiba-tiba tangan kamu menggigil ni, kamu sakit ke?"

"Tak Ma, Mama pakai minyak wangi baru ke?"

"Erm, minyak wangi Mama kebetulan dah habis, Mama sembur jelah Daddy Ed punya. Ada yang tak kena ke?" soalku kembali pada menantuku ini. Wajahnya sudah pucat lesi.

Eezar menggelengkan kepalanya, namun aku dapat mengagak dia seperti menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang begitu penting!

"You nak mandi tak? Dah boleh mandikan.." soal Bella pada Eezar yang dah beberapa kali diulang pertanyaannya itu.

"Apa you tanya tadi Bella, maaf I tak dengar".

"Malaslah I nak ulang, I tanya last ni..you dah boleh mandi ke belum, you nak mandi tak..?" ada nada rajuk pada suara Bella.

Eezar geleng lagi. Dia beritahu Bella yang dia masih tidak dibenarkan mandi, hanya sekadar lapkan sahaja. Masih ada luka yang tidak boleh terkena air langsung, doktor sudah melarang keras, jika masih berdegil luka tersebut akan menyebabkan jangkitan kuman dan proses penyembuhan akan mengambil masa yang lama untuk baik semula.

"Kalau macam tu tunggu kejap I ambilkan tuala basah..." Bella berlalu ke tandas, dan kemudian dia membawa sebuah besen berisikan air dan tuala kecil.

Aku hanya melihat Bella dari jauh saat dia membersihkan tubuh suaminya itu, lincah tangannya melakukan kerjanya itu. Dan sepanjang dia menguruskan suaminya itu, tidak henti-henti Eezar memohon kemaafan pada isterinya itu. Wajahnya dah lencun dengan air mata dan aku lihat dia benar-benar sudah menyesali perbuatannya itu.

Setelah Eezar lengkap berpakaian dengan memakai pakaian hospital yang baru, aku mendapatkan mereka semula di situ. Kain tirai yang dilepaskan tadi, ditarik semula oleh Bella. Aku labuhkan dudukku di sisi kiri menantuku ini. Wajahnya juga sudah nampak segar kembali. Rambutnya yang panjang paras bahu itu sudah di sisir rapi dan diikat ala messy bun oleh Bella membuatkan Eezar kelihatan seperti hidup semula. Kekacakkannya terserlah kembali dihiasi dengan senyuman nipis di bibirnya, walaupun wajahnya kelihatan masih pucat, itu tidak menjejaskan sedikit pun ketampanannya itu. Patutlah anak perempuanku ini sangat tergila-gilakan dirinya, walaupun sudah bermacam kekerasan yang dilakukan oleh suaminya ini, dia masih lagi kekal setia.

"Ma... maafkan Eezar ya, Ma.. Eezar janji takkan sakitkan Bella lagi.." ayat itu kerap kali diulanginya. Mungkin dah lebih puluhan kali ayat itu meniti di bibirnya, sehingga naik muak pulak aku mendengarnya.

"Eezar...sudahlah, Mama akan maafkan kamu jika kamu berikan cucu pada Mama..."

Tercegang Eezar mendengarkan bicaraku itu. Dia menatap Bella silih berganti denganku. Aku lihat dia tertunduk lemah. Sebentar kemudian, dia berbicara semula.

"Baiklah Ma, jika itu yang Mama minta, Eezar akan usahakan..jika itu yang boleh buat Mama maafkan Eezar semula..."

"Tapi ada syaratnya, Eezar tidak boleh memaksa, lakukannya dengan penuh rasa cinta dan penuh keikhlasan, jika Bella mengadu Eezar menyakiti dirinya, Eezar bukan menantu Mama lagi!"

Aku berlalu sambil menepuk-nepuk perlahan bahu menantuku ini. Sengaja aku biarkan dirinya ini dalam kekalutan. Dia fikir senang-senang aku nak maafkan dirinya itu, setelah apa yang dia perlakukan pada anak perempuanku ini. 'Kau silap besar Eezar, mungkin kau fikir permintaanku ini agak mudah untuk dilunaskan tetapi jika sedikit sahaja kau tersilap langkah, diri kau akan menyesalinya seumur hidup'. Ibarat 'seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak'.


"Ma, betul ke apa yang Mama cakapkan tadi pada Eezar?" soal Bella yang tengah memandu. Kami dalam perjalanan pulang ke rumah, sebelum itu aku minta Bella berhenti di sebuah pasar raya untuk membeli sedikit keperluan dapur.

Aku biarkan pertanyaan Bella tergantung di situ dahulu. Setelah selesai kami berbelanja dan membeli minyak wangiku di sebuah butik terkemuka, barulah aku jawab semula pertanyaan Bella tadi. Kami singgah sebentar di sebuah restoran makanan segera itu untuk membasahkan tekak yang kering.

"Bella, Mama buat semua ni untuk Bella, Mama sengaja nak uji Eezar sejauh mana dia nak tunaikan janji-janjinya itu, jangan sekadar cakap kosong je.."

"Erm...faham, tapi tu macam tak melampau ke Ma, Eezar kan sakit!" Bella menyisipkan sedikit minuman yang dipesannya tadi.

"Melampau! Tu baru sikit Sayang..apa yang dibuatnya kat kamu tu lebih dahsyat, jujur.. Mama masih tak dapat maafkan dirinya itu".

"Ma, tapi soal anak ni kan urusan Tuhan.." kata Bella yang kelihatan seperti tidak bersemangat.

"Ya.. Mama tahu, tapi tak salah cuba kan, mana tahu ada rezeki...tapi ingat jangan memaksa di antara satu sama lain". Aku tegaskan perkara itu lagi. Aku berikan senyuman penuh makna.

Setelah itu, aku ajak Bella meninggalkan tempat ini. Aku ingin segera pulang. Tubuhku perlu disegarkan semula, sudah rasa kepenatan yang menjalar di seluruh tubuhku ini.

Eezar sudah dibenarkan pulang semula ke rumah. Sudah dua hari dia berehat di kediamannya itu, Bella juga sudah kembali ke sana menjaga suaminya. Aku memilih untuk tinggal bersama mereka beberapa hari sesuai dengan perjanjianku bersama kedua mereka. Erduardo juga memberikan aku izin kerana dia juga ada kerja yang perlu dilaksanakannya di luar kawasan untuk beberapa hari.

Sepanjang aku di sini, Eezar sudah banyak berubah sikapnya. Dia kelihatan sangat menyantuni Bella dengan baik. Dia juga sedang menjalani rawatan psikologi di sebuah hospital swasta. Setiap hari Rabu dia akan ke sana menjalani rawatannya. Bella juga sudah kelihatan ceria semula, senyumannya sentiasa terukir di wajahnya. Bella kini mengusahakan sebuah butik pakaian hasil rekaannya sendiri. Kebanyakan pakaian yang digayakan oleh Camiela hasil dari buah fikiran Bella sendiri. Bella kini dilantik oleh sebuah agensi permodelan terkemuka untuk mereka pakaian yang ingin diperagakan oleh agensi tersebut.

* * *

Tiga bulan kemudian....,

"Love ok tak ni, Diy dari tadi tengok Love lain macam je..dah berapa kali muntah ni, kita ke hospital ok" Eezar tidak putus asa memujuk isterinya ini. Panggilannya pada Bella juga sudah berubah kepada panggilan yang lebih romantik. Aku lihat pasangan ini sudah mengecapi kebahagiaannya.

"Kenapa dengan Bella tu Eezar, Mama tengok lemah semacam je.." soalku yang menghampiri mereka di sofa ruang tamu kediamanku.

"Entahlah Ma, dari bangun tidur pagi tadi sampai ke sini Bella asyik muntah-muntah, Eezar nak bawa ke hospital dia tak nak" adu Eezar yang memicit lembut kepala Bella di ribaannya itu.

"Dia takutlah tu, takut pisang berbuah dua kali" aku berkias.

"Ma, apa pulak kena-mengena dengan pisang! sekarang ni Eezar sedang risaukan keadaan isteri Eezar ni! " Marah Eezar padaku.

Aku nak marah pun ada, nak gelak pun ada melihat kekalutan Eezar itu. Kenapalah otaknya 'loading' pulak masa ni. Nak kata dia ni lurus sangat orangnya tak jugak!

"Takpe Eezar, biar Mama je yang bawa isteri kamu ni ke hospital".

"Tak Ma, kali ni biar Eezar yang uruskan semuanya pasal isteri Eezar sendiri!" Eezar tetap dengan pendiriannya.

"Baguslah tu, tapi jangan sampai anak aku takut pulak kau buat!" Erduardo mencelah memberikan peringatan. Pucat lesi wajah Eezar sewaktu bertentang mata dengan bapa mentua tirinya ini. Sudah sering kali aku perhatikan, Eezar seperti ketakutan yang teramat sangat bila berhadapan dengan Erduardo. Apa sebenarnya yang disembunyikan mereka berdua dari pengetahuanku. Aku harus siasat!

Berita gembira tentang kehamilan Bella dikongsi seluruh ahli keluarga. Kami membuat satu pesta kecil untuk menyambut kedatangan bayi kecil itu. Walaupun usia kandungan Bella masih muda, namun itu merupakan satu anugerah yang terindah buat anak perempuan sulungku ini. Aku lihat Bella sangat gembira, tapi tidak pada Eezar, aku tahu dia hanya berpura-pura. Apa yang sebenarnya berlaku sehingga dia jadi seperti itu. Hatiku jadi gusar memikirkannya.

Lewat pagi itu, tidurku sedikit terganggu. Aku ambil keputusan untuk ke dapur sebentar. Sebelum itu, aku lihat suamiku yang sedang lena di sebelahku. Kepulasan tidurnya setelah kepenatan melunaskan tanggungjawabnya. Selimut sudah terselak hingga menampakkan sebahagian punggungnya itu, aku tarik ke atas semula menutupi tubuh kekarnya sehingga ke aras pinggangnya. Aku labuhkan ciuman ringkas di pipi kirinya sebelum berlalu ke dapur.

Aku buka peti sejuk dan dua tin minuman alkohol berwarna hitam itu aku keluarkan. Segera aku tarik penutupnya dan dengan agak rakus aku meneguknya. Terasa puas bila air soda itu melalui tenggorakkan aku yang kehausan ini. Sedang aku leka menikmati minumanku, mata terarah sekujur tubuh yang sedang duduk menghadap kolam mandi. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Dia kelihatan agak terkejut melihat kemunculanku di sini. Aku labuhkan punggungku di sisinya tanpa meminta persetujuan daripadanya terlebih dahulu.


"Beer..." aku suakan satu tin air minuman keras itu yang masih belum terbuka penutupnya padanya. Dia mengambil huluran itu dan meneguknya agak rakus sehingga mengotori baju t-shirt yang disarungkan ke tubuhnya yang agak menggoda itu, tanpa sedar aku terpesona dengan tubuh yang dimiliki oleh menantuku ini sewaktu dia melepaskan baju itu pada tubuhnya. Mataku puas menjamahnya sehingga terhenti di enam buku otot yang terbentuk hebat menghiasi bahagian abdomen jejaka ini.

"Ma...kenapa tak tidur lagi?" soalnya lembut padaku.

'Argh jangan kau goda aku pagi buta ni dengan suaramu yang lemak merdu itu!'. Suara hatiku mengingatiku, namun aku dengar pula satu bisikan lain yang memesongkan fikiranku.

'Jangan berhenti Ricca, teruskan..dia kelihatan sangat menghairahkan..takkan kau tak tergoda dengan 'six pack' dia yang mengancam tu!' suara jahat itu terus menghasut.

"Ma, kenapa ni..? tak sihat ke.." tangan kekar itu menyentuh jejemariku terasa bagaikan diri ini terkena renjatan elektrik yang bervoltan tinggi. Tiba-tiba kehangatan terasa menyimbah seluruh tubuhku. Jubah tidurku sengaja aku lepaskan dari tubuhku ini. Hanya tinggal baju kain satin beropol potongan V, bertali halus membaluti tubuhku ini. Walaupun umurku sudah lewat empat puluhan, namun potongan badanku masih kekal kelihatan seperti gadis seusia Bella.

Aku lihat Eezar terpana dan sepasang matanya tajam menatapku, lebih-lebih lagi di bahagian dadaku yang terbuka. Puas matanya menjamah lurah dadaku yang tajam dan dua gunung kembarku yang montok di sebalik kain nipis berwarna merah terang ini, cukup untuk menggetarkan perasaan lelakinya saat ini.

"No..cuma rasa panas tak boleh nak tidur, kenapa Mama tengok macam tak suka je Bella pregnant.. masih teringatkan kisah dulu..?"

"Ma! Macam mana boleh tahu..Mama ni ahli nujum ke? Entahlah Ma, bukannya tak suka tapi lebih kepada trauma" adunya, matanya masih menatap dadaku. Halkum bergerak-gerak, wajahnya sedikit memerah.

"Trauma!..why? Ada something nak kongsi dengan Mama.."

Aku lihat Eeazar dah mengadah ke langit kelam tanpa sebutir bintang di sana. Seperti kelamnya dirinya tatkala ini, dia mendengus pada dirinya sendiri. Kelihatan cerita yang disimpannya terlalu berat untuk diceritakan kepada sesiapa pun.


"Well, Mama tak paksa... oklah, I'm done..aku dah bangun dari dudukku, namun sedikit terhuyung -hayang, mungkin kesan alkohol itu sudah bertindak balas dengan tubuhku ini. Melihat itu, tangan kekar itu pantas menyelar lenganku kembali sehingga terdudukku di atas ribaannya.Haruman dari tubuhku memukau dirinya dan pantas tangan kekar itu melingkari pinggang rampingku. Ciuman diberikan di bahuku dan meliar ke leher jinjangku. Nafasnya sudah tidak teratur dan aku dengar dia memanggilku dengan nama Bella.

Assalamualaikum dan hai semua... Done update.. enjoy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience