Selama satu jam perjalanan diambil, kami tiba di hospital tempat Alejandro bertugas. Aku mengekori langkah Alejandro seperti anak kecil. Kebetulan sewaktu aku melangkah tiba di lobi hospital aku berpapasan dengan Mr Sebastian.
"Ricca... Ricca, mujur Papa jumpa kamu di sini.. Puas Papa cari merata tapi tak jumpa.." adu Mr Sebastian. Wajahnya kelihatan tidak bermaya dan suram itu meruntun hatiku.
"Papa... sorry Ricca lupa jalan..Ricca jumpa Alejandro, dia bawa Ricca ke sini..."
"Terima kasih bawa anak saya ke sini semula. Anak saya ni ada masalah peringatan.. by the way, thanks again..Alejandro.."
"You're welcome..actually I am a doctor in here. Psychologist...this is my card.. kalau perlukan apa-apa bantuan, just contact this number.. ok Ricca see you again.."
"Ok..by the way.. thanks again..dah Ricca, Erduardo dah bising tanya pasal kamu.. lain kali jangan buat lagi.." marah Mr Sebastian padaku.
"Sorry Papa... Erduardo..?!" tanya aku pelik, maklumat begitu lambat untuk sampai ke otakku.
"Hai lah anak... sini ikut Papa.." Mr Sebastian geleng kepala.
Aku mengikut langkah Mr Sebastian apabila lenganku dipaut kemas olehnya. Sampai sahaja di bilik wad VIP yang menempatkan Erduardo itu, aku jadi tak keruan. Erduardo tersenyum manis padaku, jelas riak kerisauan terpancar di wajah putih bersih itu, tangannya melambai ke arahku dengan menyata kan isyarat supaya datang menghampirinya.
Aku perlahan-lahan mendapatkannya, seperti ada sesuatu yang aku takutkan pada dirinya itu. Terbayang kembali peristiwa masa kecilku, melihat seorang budak lelaki melibas pedang samurai kepada beberapa orang dewasa. Budak lelaki itu saling tak tumpah irasnya seperti Erduardo yang terlantar di atas katil pesakit ini. Serta-merta aku jadi takut padanya, kaki yang hanya tinggal satu langkah lagi ingin sampai kepadanya terus terpasung di situ.
Terbit bulir-bulir jernih di sekitar wajahku, kepala sudah aku gelengkan beberapa kali. Tangan mula menekup ulas bibir, sudahnya aku berpaling dan terus berlari meninggalkan Erduardo dan Mr Sebastian yang termanggu di situ. Aku berlari tanpa arah. Ke mana sahaja kaki ini melangkah aku ikutkan sahaja. Sedang asyik berlari tanpa sengaja aku terlanggar dengan seseorang. Wajah terus melekap di dada bidangnya. Perlahan-lahan aku dongakkan wajahku apabila dia menyebut sebaris namaku.
"Ricca... what's happened..kenapa lari lagi..?" tegur Alejandro di lobi hospital itu.
"Tolong selamatkan Ricca daripada dia, Ricca takut dia akan bunuh Ricca..."
"Ssshh.. sudah jangan takut.. aku ada di sini.. kita dapatkan rawatan ya Ricca... ikut aku.." pujuk Dr Alejandro lembut, tangannya naik membelai rambut panjangku.
Alejandro membawa aku ke jabatan Neurologi dan ternyata aku sudah mempunyai rekod di sini. Barulah Alejandro tahu apa puncanya aku jadi begini. Kebetulan doktor yang bertanggungjawab mengendalikan kes aku ini merupakan teman baik kepada Alejandro. Aku lihat mereka berdua berbincang agak serius. Keluarlah istilah-istilah perubatan yang aku sendiri tidak tahu apa akan maknanya setiap satu patah perkataan tersebut. Dari tadi aku hanya mampu mempamerkan senyuman.
"Kesian...aku ingatkan buah hati kau tadi.. cantik tapi sayang.. ingatannya terbatas.." kata Dr Luis, rakan pada Alejandro merangkap doktor kepada aku.
"Tak boleh sembuh ke.. diakan masih muda lagi.." soal Alejandro semula pada rakannya itu.
"Erm.. agak susah..berikut kerosakkan otaknya agak serius, otaknya makin mengecut.. kau dah tengok tadikan keputusan MRI dia... Dia hanya ada memori sewaktu dia masih kecil, dan hanya itu yang berlegar diingatannya. Aku tumpang simpati pada dia, cuma sekarang ni dia perlukan sokongan keluarga... dan setahu aku dia ni dah berkahwin.. macam mana boleh ada dengan kau.." terang Dr Luis panjang lebar pada Alejandro.
"What..?! dah berkahwin... means dia ni isteri orang!" soal Dr Alejandro agak keras seperti tidak mahu mempercayai kebenaran itu.
"Yelah.. yang kau ni dah kenapa, muka macam ada buat salah je? Apa yang kau tak puas hati..? Wake up dude.. she's not your Maribel.. she's someone else.."
Dr Luis menepuk lembut bahu rakannya itu.
"Eh..taklah... dahlah aku kena hantar dia ni kat keluarga dia balik.." Dr Alejandro menafikan tuduhan itu dan segera keluar dari bilik kerja Dr Luis. Tubuhku didorongnya ke depan terlebih dahulu sebelum jejemari kami bertautan dan terus beriringan meninggalkan ruangan kerja rakannya itu di tingkat tiga ini.
"Awak nak bawa aku ke mana ni, Alejandro.. oh.. tak.. aku kena panggil kau Dr Alejandro, bukan..?"
"Apa-apalah Ricca.. cuma sekarang kita tak boleh macamni, kau bukan milik aku.. Aku kena hantar kau kembali pada Mr Sebastian"
"Kenapa kau menolak aku setelah apa yang telah kau buat pada aku... Dr Alejandro, perlu aku ingatkan kembali.." berang kerana Dr Alejandro agak dingin denganku, lantas aku kuncup ulas bibirnya.
"Ricca! sudah..jangan kau cuba goda aku lagi.. aku minta maaf apa yang telah terjadi antara kita, anggap itu hanya satu kesilapan..." Dr Alejandro menghentikan perbuatan aku semudah kata-katanya yang berjaya merobek-robek perasaanku.
Aku gelengkan kepala, begitu mudah Alejandro membuat keputusan. Mana janjinya ingin bertanggungjawab jika sesuatu yang akan berlaku terhadap diri ini, andainya hubungan yang tidak dirancang ini membuahkan hasil, bagaimana Alejandro..? Apakah aku bakal diceraikan..?!
Aku tatap wajah Alejandro itu tepat, tangan yang dipimpin kemas itu aku rentap kasar, terhenti langkah Alenjandro atas perbuatan aku itu.
"Kenapa Ricca...kau marahkan aku..?" soalnya ingin kepastian.
"Aku kesal Alejandro, aku ingatkan kau seorang yang berpegang pada janji.. ternyata kau tiada bezanya dengan lelaki durjana di luar sana!"
"Ricca, sampai hati kau berkata begitu padaku..aku bukan seperti yang kau sangkakan Ricca. Aku.. aku...."
"Ricca!" teriak Mr Sebastian mematikan kata-kata Dr Alejandro. Terus aku berlari memeluk tubuh sasa miliknya. Tangisan aku hamburkan pada dada bidang milik lelaki ini. Basah baju kemejanya dek air mataku.
"Hey, kenapa menangis macam budak kecik ni.. Ricca kan dah jumpa Papa..apa yang nak disedihkan lagi..kesian Erduardo menunggu Ricca dari tadi..."
"Ricca... minta maaf.. Ricca tak ingat apa-apa, apa yang berlaku tadi di luar daripada kemampuan Ricca, Ricca rindu Erduardo..mana dia Pa..?"
"Ya.. nanti Papa bawa Ricca jumpa Erduardo, sebelum tu, Dr Alejandro terima kasih sekali lagi... ada apa-apa yang terkini tentang Ricca.."
"Erm.. saya rasa Mr Sebastian sebaiknya jumpa sahaja Dr Luis nanti...dia lebih sesuai untuk membahas tentang Ricca, saya minta diri dulu... Ricca sampai jumpa lagi.."
Aku hanya melihat pemergian Dr Alejandro yang berlalu dari situ meninggalkan aku bersama Mr Sebastian. Seketika kemudian, Mr Sebastian membawa aku ke wad VIP yang menempatkan Erduardo. Aku lihat Erduardo sedang lena tidur di atas katil itu. Damai kelihatan wajah itu dalam tidurnya seperti seorang bayi. Perlahan-lahan aku menghampirinya dan aku labuhkan punggung di atas kerusi berdekatan dengan katilnya.
Rambutnya yang keperang-perangan itu aku elus lembut, dahinya aku kuncup. Jejemari kasarnya aku sentuh dan itu membuatkan dia tersedar.
"Maaf Ricca ganggu Ed tengah tidur.." ujarku lembut lebih dari berbisik.
"Takpe Carda..Ed rindukan isteri comel Ed ni.. marilah sini, baring sebelah Ed. Jangan risau luka ni dah sembuh. Esok doktor kata Ed dah boleh balik.."
"Ye ke... syukur Ed dah sembuh..kenapa panggil Ricca dengan panggilan Carda.."
Erduardo tarik muka, hingga ingin bertaut kening lebatnya itu. Pelik sangat ke soalan aku ni..?
"Ed memang panggil isteri Ed dengan nama tu. Carda lupa lagi ya... takpelah, tadi kenapa lari, Ed nampak Carda macam takutkan sesuatu.."
Aku biarkan soalan Erduardo itu sejenak, aku sudah ambil posisiku di sebelah Erduardo sebaik sahaja Mr Sebastian meningggalkan kami. Erduardo memeluk tubuhku erat. Bibirku dipagutnya sekilas.
"Erm... Ed, kalau Carda tanya sesuatu boleh..?" soalku setelah Erduardo melepaskan tautannya di bibirku.
"Tanyalah banyak mana pun, Ed akan jawab sebaik mungkin.." balasnya sambil mencuit hujung hidungku.
"Ed ni betul ke Ed yang sama seperti budak lelaki umur sepuluh tahun yang Carda jumpa dulu, budak lelaki yang pandai bermain piano dan ada bunuh orang guna pedang samurai?"
Terkejut Erduardo dengan soalan yang aku ajukan padanya. Terlepas genggaman tangannya yang bertautan erat di jari-jemariku. Wajahnya bertukar riak. Dari tenang seperti lautan yang terbentang luas kini bagaikan ribut taufan Otis yang baru sahaja melanda kawasan pantai di Guerrero, selatan Mexico minggu lepas.
"Carda...macam mana Carda boleh tahu peristiwa tu..?" soalnya terbata-bata.
"Jadi betullah Ed memang orang yang sama.. Carda ada dekat situ masa kejadian ngeri tu berlaku, mungkin sebab itu juga Carda jadi macamni, Carda trauma teruk... sebulan Carda duduk dalam wad, hari-hari Carda tunggu Ed datang.. tapi Ed tak pernah pun jenguk Carda dekat hospital. Carda sedih sebab... Carda sangka Ed dah mati.." sayu dan pilu kata-kata itu berlagu di cuping telinga Erduardo.
"Ed yang itu memang dah lama mati Carda, tapi dia memang orang yang sama yang ada depan mata Carda sekarang ini..Ed dah cuci tangan..sejak jumpa Carda, Ed tekad untuk tidak membunuh lagi..Carda jangan takut ok. Dah kita tidur ya.."
"Boleh janji dengan Carda..." soalku kembali pada Erduardo sambil menyuakan jari kelengkeng aku di hadapan suamiku itu. Terus Erduardo mengulangi perbuatan yang sama. Jari kelengkeng kami bertautan di antara satu sama lain. Kami goncangkan sedikit ke atas dan ke bawah seperti membuat satu janji antara kami. Mata kami bertentangan lantas bibirku menjadi sasaran Erduardo pada akhirnya. Kami hanyut dalam dunia kami, rasa cinta yang mendalam antara kami di zahirkan pada ciuman itu, lama-kelamaan semakin panas dan sangat memberahikan.
Aku terbuai dengan indahnya semarak kasih yang disirami Erduardo pada malam itu. Hilang terus bayangan Dr Alejandro yang datang bertandang seperti angin yang bertiup lembut. Secebis hati ini hanya terpahat nama Erduardo Marteenez Fernandez Ini yang aku rasakan tatkala ini. Erduardo memang sudah tercipta untukku, datanglah putera kayangan sekacak mana sekalipun, Erduardo tetap menjadi pilihanku.
"Ed... Carda amat mencintai dirimu..jangan pernah tinggalkan Carda ya Ed.."
"Carda... kau gadis pertama yanga aku sangat sayangi selepas mendiang ibuku Carda, dan kau tiada gantinya, kau terlalu istimewa buat diriku...Tuhan jawab doaku Carda, dia kurniakan aku seorang gadis yang hebat selepas Tuhan ambil Mama daripada hidupku.."
"Kau bertuah Ed... Tuhan mengasihi dirimu, tapi kenapa Tuhan kejam dengan aku Ed, Dia ambil Mama dan ambil ingatan aku... Dia bagi aku kesakitan.."
"Tidak Carda, Tuhan tidak kejam, Tuhan juga mengasihi dirimu.. sebab dia hantar aku untuk jaga dirimu. Kau masih punya Papa, lelaki yang terhebat, aku sebenarnya cemburu dengan kau Carda.. kau dikelilingi orang-orang yang sangat sayangkan kau, kau bertuah sebenarnya Carda, dan kau harus bersyukur.."
"Betul tu Ed... Ya! aku harus lebih bersyukur.. Ed, aku sayang kau..."
"Ya... aku tahu... dan aku juga cintakan kau... sangat.. andai nyawa ini sebagai galang ganti, aku siap berkorban demimu wahai sayangku..."
Jari telunjuk aku letakkan tepat pada tengah bibir nipis kemerah-merahan milik suamiku ini. Kepala sudah aku gelengkan. Tanpa berlengah, aku rasa bibir itu menguncup kembali jariku ini. Terbuntang mataku jadinya, sepasang mata Erduardo memincing menikam wajahku, senyuman nakal terbit di wajah kacaknya itu. Terus aku benamkan wajahku di dada bidangnya. Nafas mula tidak teratur iramanya, wajah semakin ketara warna merahnya, berbahang.
Aku dengar jelas detak jantung Erduardo berdegup kencang, ternyata dia merasai perasaan yang sama. Aku curi-curi menatap wajahnya kembali, tidak tunggu lama Erduardo membenamkan kembali bibirnya ke ulas bibirku. Entah untuk kali yang ke beberapa pun aku tidak dapat menghitungnya lagi. Pantang ada kesempatan pasti bibir mungil ku ini menjadi sasarannya terlebih dahulu.
Pautan bibir itu diperkemaskan lagi dengan lengan kekarnya memegang kemas belakang kepalaku. Kali ini lebih sensasi dan sangat dalam. Lama dia mengulit bibirku itu sehingga kami sudah kehabisan nafas jadinya.
"Thanks Carda, you make me happy in this night.. aku rasa aku lelaki yang sangat bertuah memiliki dirimu, aku mohon, jangan pernah kau lupakan aku Carda.."
"Aku juga Ed... aku mohon cinta kita kekal hingga akhir hayatku.. dan aku mohon Tuhan akan kekalkan ingatan aku terhadap dirimu..."
Aku cium pipi kiri Erduardo sebelum mata ini aku pejamkan. Lenganku masih kemas memeluk pinggang milik Erduardo, kali ini agak kejap, namun Erduardo mengadu kurang selesa, masih terasa ngilu di tempat luka yang berbekas. Sudahnya aku letakkan sahaja di dadanya. Pinggang ramping aku pula menjadi sasaran lengan kekarnya. Rasa bahagia menyerbu di jiwa. Rasa sangat disayangi bila dilayan begitu oleh Erduardo. Akhirnya aku lena di dalam pelukan Erduardo.
Sesungguhnya rasa cinta kian mekar buat Erduardo Marteenez Fernandez. Aku harapkan biarlah rasa cinta ini kekal untuk selama aku masih bernafas di muka bumi ini. Sungguh aku benar-benar cintakan dia. Amat!.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. terimalah seadanya..
Share this novel