27 March 2010....,
Lapangan Terbang Antarabangsa Lic Benito Juarez, bandar Mexico aku jejakkan lagi kaki di sini tepat pukul 10.30 pagi itu bersama Emily, rakan seperjuanganku dari sekolah rendah sehinggalah ke menara gading.
Aku hirup udara tanah airku yang sangat aku rindui. Aku yakin Emily merasakan perasaan yang sama. Sudah lama kami menghabiskan masa berada di perantauan demi segulung ijazah, kini aku dan Emily berpeluang untuk kembali bertemu orang tua kami setelah bertahun-tahun kami tinggalkan.
"Papa....!!!" teriakku apabila terpandang wajahnya. Papa Sebastian masih kacak seperti dulu. Betul-betul awet muda, tak makan dek usia. 'Masih segak dan bergaya, kalaulah dia bukan bapaku, dah lama rasanya aku jadikan dia suamiku...Hahaha gatal pulak aku nak bersuami..!' Aku peluk tubuh sasa itu erat. Rindu sudah tidak dapat dibendung lagi lalu aku hamburkan tangisan.
"Ricca... my princess..hey.. jangan menangis lagi, nanti tak cantik.. tengok tu Emily tak menangis pun.. kenapa anak Papa cengeng sangat ni..?" Tegur Mr Sebastian.
"Papa... Ricca rindu sangat dengan Papa.. dah lama kita terpisah, Papa pun jarang jumpa Ricca akhir semester ni..Papa ok ke tak ni..?" Aku dengar Mr Sebastian terbatuk-batuk buat aku risau akan keadaannya itu.
"Papa ok... jangan risau...lately ni Papa sibuk..maafkan Papa ya Ricca.. lagipun Ricca dah habis studykan.. lepasni boleh je berkepit dengan Papa.. jangan muak pulak tengok muka Papa ni nanti.."
Aku tertawa kecil dengan selorohan Mr Sebastian, lantas mata ini terpandang satu figura yang begitu asing berdiri di sebelah Papaku itu, lalu aku menyoal ingin tahu.
"Pa... ni siapa.. bodyguard baru ke..?" soal aku sebab sejak dari tadi dia ni setia berdiri di sebelah Mr Sebastian tak beranjak sedikit pun.
"Eh, lupa pulak nak kenalkan, ni Ed.. Erduardo dia ni nanti jadi guru muzik Ricca..." Terang Mr Sebastian.
'Patutlah skema je.. cikgu rupanya... Jap.. kalau ya pun takkan kena ikut Papa aku ni macam bodyguard.. ke Papa Sebastian ada sorokkan sesuatu. Aku kena siasat ni!'
Aku berpisah dengan Emily di situ. Emily sudah melangkah mengikuti kedua ibu bapanya untuk meninggalkan lapangan terbang ini menuju kembali ke rumahnya. Aku juga tidak lagi sabar untuk menjejakkan kaki semula di rumah agam milik Papa.
Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri. Aku lebih banyak memandang pemandangan di luar tingkap, sesekali mulut ini bertanyakan tentang bangunan-bangunan baru yang tidak pernah aku lihat. Aku dengar dia yang menjawab segala pertanyaan aku dari tadi. Tidak dinafikan suaranya agak merdu untuk didengari, cuma aku yang tidak mahu menerima kenyataan. Aku tidak selesa berkongsi satu kereta dengan orang asing ini. Dari tadi aku perhatikan tingkah lakunya. Dia terlihat sangat rapat dengan Mr Sebastian. Dia berjaya buat aku cemburu. 'Isshh..menyampah!'
'Dia ni manusia ke robot ? Tegak semacam je macam askar komando, dahlah dress up macam old school, cermin mata petak tebal tu.. Aduh.. sakit mata aku lihat mamat ni..nasib wajahnya boleh tahan kacak..!'
Akhirnya, kami selamat tiba di rumah agam ini setelah hampir satu jam juga masa yang diambil dalam perjalanan untuk sampai ke sini. Aku lihat dia membawa bagasi milikku itu ke tingkat atas. Lebih tepat lagi, ke arah bilik tidur aku.
'Bagus.. belum suruh dah bertindak.. pandai betul.. rajin.. anak siapalah ni.. sejuk perut ibu dia mengandungkan dia dulu..'
"Erm.. by the way thank you.. Mr.. Glasses.."
'Argh.. lupa pula aku dengan nama mamat robot ni..!'
"Welcome.. Miss Carda.. I'm Ed.. Erduardo.. for your information, aku ni guru muzik kau.. this is my card.. minggu depan kelas kau bermula.. so ready..aku tak nak dengar sebarang excuses!"
Dia berlalu pergi setelah huluran kad segi empat tepat itu selamat berada di pegangan tanganku.
"Ed... Mr Erduardo..!"
'Mak ai.. Bapak laju langkah dia, sekejap dah hilang.. dia ni orang ke hantu..!'
Aku hempaskan badan aku di tilam empuk itu sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam bilik ini. Rindu aku dengan setiap yang ada di dalam bilik ini. Dah tentunya aku rindukan Mr White Bear, patung beruang masa kecilku. Hadiah Papa Sebastian masa hari lahir terakhir yang aku sambut dengan mendiang Rose. Dan itu juga merupakan hari lahir terakhir yang pernah aku sambut. Tiada lagi 'birthday party' di dalam kamus hidupku selepas kejadian buruk itu berlaku.
Aku pejamkan mata seketika, lantas bayangan seorang budak lelaki melintas di fikiranku. Terimbas kembali kenangan pertemuan kali kedua antara aku dengannya di majlis perkahwinan Aunty Maribel.
**** imbas kembali ****
Pagi itu aku bangun awal dari kebiasaannya. Aunty Marry aku kerahkan untuk mempersiapkan aku pada pagi itu. Tak sabar nak sarungkan gaun kembang berwarna putih itu di tubuh kecilku. Rambut panjangku pula aku suruh Aunty Marry hias seperti rambut mendiang Mommy Rubi dalam gambar loket rantai yang aku pakai ini. Nasib baiklah, Aunty Marry memang pakar bab dandanan ini.
Hampir satu jam Aunty Marry merias diriku. Aku lihat diriku dalam pantulan cermin meja solek itu. Cantik persis mendiang Mommy Rubi. Terkejut Mr Sebastian melihat penampilan aku pada pagi itu. Dia mengitari tubuhku beberapa kali membuatkan kepala ini naik pusing. Penuh senyumannya pada pagi itu. Kelihatan dia sangat kagum dan bangga memiliki anak gadis yang cantik persis mendiang isteri tercintanya itu.
Aku tampil dengan gaun kembang ala princess warna putih bersih itu di majlis pernikahan Aunty Maribel yang diadakan di sebuah pantai eksklusif yang tertutup. Aku salah seorang gadis pengiring pada majlis tertutup itu. Tak sangka Erduardo juga sama sepertiku, tetapi dia mewakili pengantin sebelah lelaki. Buat pertama kali tangan kami bergandingan mengiringi sepasang pengantin yang diraikan pada hari itu.
Setelah itu, Erduardo mengambil tempat di salah satu sudut di mana ada sebuah piano di situ. Aku pula berdiri di samping piano tersebut dan di tangan kecilku telah siap memegang sebuah biola bersama kayu pengeseknya. Aku tersenyum manis pada Erduardo dan dia membalas senyumanku. Lantas kami menundukkan kepala bersama bagi memulakan persembahan. Kami berpadu tenaga mendendang kan beberapa buah lagu merdu hasil dari gesekan dan petikan jari-jemari kecil kami di intrumen yang disediakan di situ. Nota muzik itu aku amati dan aku patuhi dengan baik, tetapi aku lihat Erduardo lancar bermain tanpa sebarang nota muzik. Aku sempat kagum dengan kehebatannya itu. Kami mendapatkan tepukan gemuruh atas persembahan kami. Aku yang paling bahagia sekali. Rata-rata para tetamu memuji kami pada hari itu.
Papa Sebastian masih leka berbual di sebuah meja VIP itu setelah memberikan tepukan gemuruh buat aku dan Erduardo. Aku lihat dia kelihatan sangat bangga dan gembira, mungkin rakan bisnesnya ada sama memeriahkan majlis. Aku pula duduk dengan Erduardo di meja hujung itu tidak jauh dari terletaknya meja yang diduduki Papa. Aku leka menjamah sepotong kek di meja itu sambil diperhatikan oleh Erduardo. Tersipu malu aku jadinya.
"Ed.. kenapa tak makan.. sedap tau kek chocolate raspberry ni.."
"Nak lagi ke.. aku ambilkan.. aku tak suka makan manis..! nanti rosak gigi.."
Aku tertawa dengan jawapan Erduardo itu. Aku geleng kepala.
"Apalah awak ni Ed..lepas makan, gosoklah gigi.. pandai betul awak main piano tadi.. tanpa buku nota.. saya kagum dengan awak..!"
"Alah.. kau pun tak kurang hebat, cuma perlukan banyak latihan.. lama-lama kau akan pandai juga.."
"Ed.. tak nak ajar Ricca.. Ricca boleh suruh Papa upah Ed nanti..erm..tolong ajar Ricca main biola and piano.."
"Aku tak perlukan duit Papa kau, kalau kau nak sangat aku ajar kau, kau datang rumah aku.."
Erduardo melangkah pergi meninggalkan aku berseorang di situ. Langkahnya terhenti di meja yang diduduki oleh Papa Sebastian. Aku lihat dia membisikkan sesuatu di cuping telinga seorang lelaki di sebelah Papa. Aku percaya lelaki itu adalah Papa Erduardo. Aku lihat Papa Erduardo berbisik sesuatu pada Papa aku pula. Sebentar kemudian, mereka tertawa. Aku lihat lagi tangan kekar milik Papa Erduardo menepuk lembut bahu milik Papa aku itu, sebentar kemudian, Papa Sebastian tersenyum indah padaku.
Setelah hampir lewat malam, majlis itu tamat juga akhirnya. Aku lihat Papa Sebastian sudah agak kelelahan. Mungkin dia ambil minuman alkohol itu agak berlebihan dari kebiasaannya. Mujur ada Uncle Roberto dan juga Uncle Frankie setia menemani kami di situ. Papa Sebastian sudah mabuk teruk di majlis itu, mujur dia tidak membuat sebarang onar.
"Uncle Roberto... Uncle Frankie.. tolong bawa Papa ke kereta.. dia dah mabuk sangat ni.."
"Baiklah.. Ricca ikut Uncle Roberto.. biar Uncle Frankie yang uruskan Papa Sebastian.." arah Uncle Frankie padaku.
Aku mengikut sahaja arahan daripada Uncle Frankie itu. Sebelum itu, aku ucapkan selamat tinggal pada rakan baru aku, Erduardo. Aku kuncup pipi kiri Erduardo tetapi dia lebih 'advance' dariku. Bibirnya mendarat di dahiku. Lama dia letakkan ulas bibirnya di situ, tertutup mataku menerima kejutan itu.
"Ricca... RICCA..!!!" Terkejut aku dengan sergahan suara garau milik Uncle Roberto lantas aku tercium bibir milik Erduardo. Merona merah jadinya pipi gebu aku ini.
"Sampai jumpa lagi Ricca.. Mi Amor...!" Erduardo bisikan kata itu di cuping telingaku, buat aku seperti terbang melayang di awangan. Dia dakap tubuhku seketika, lantas dia lepaskan kembali setelah Uncle Roberto betul-betul muncul di hadapan kami. Aku lambaikan tangan sehingga tiada lagi kelihatan Erduardo di situ.
"Ricca...lambai tangan pada siapa..?" soal Uncle Roberto agak pelik.
"Kawan... dah jomlah kita balik.. Ricca dah penat sangat ni.. Papa dah tunggu lama agaknya dalam kereta.." arah aku pada Uncle Roberto.
"Issh.. budak ni.. patutnya aku yang marahkan dia merayap entah ke mana, alik-alik aku pulak yang engkau marahkan.. mujur anak bos.. kalau tak dah lama aku picit-picitkan kau.. !" Omel Uncle Roberto itu buat aku tertawa.
"Sorry Uncle Roberto yang handsome lagi gagah perkasa.. Ricca jumpa kawan.. kawan piano tadi.. budak lelaki tu handsome kan Uncle Roberto..?"
"Oh... budak tu.. Ed.. dia tu anak kawan bisnes Papa Sebastian.. ya, baik budaknya.. memanglah handsome, Papa dia tu model.. sekaligus jadi partner model Papa Sebastian untuk buat promosi jualan kereta Papa... dah lama mereka berdua tu bekerjasama..." Terang Uncle Roberto satu per satu pada aku. Aku mendengar dengan tekun.
"Ricca... Papa mana...?" Aunty Maribel berteriak padaku. Terkedek-kedek dia melangkah dengan kasut tumit tinggi setinggi lima inci itu mendapatkan aku yang sudah hampir menuju ke kereta mewah Papa Sebastian.
"Dalam kereta.. dia dah mabuk..!" Aunty Maribel sempat terkejut, namun dia tertawa. Dia lihat mataku lekat pada bunga dan coklat di tangannya.
"Ricca.. nanti sampaikan salam Aunty Bel pada Papa ok..terima kasih sebab datang dan memeriah kan majlis Aunty Bel..terharu I dengar Ricca main biola tadi.. sama dengan budak lelaki yang main piano tu.. Oh ya.. ni special gift for you.."
"Ed... Erduardo, nama budak lelaki tu, thank you Aunty Bel.. semoga Aunty Bel berbahagia di samping Uncle Alejandro.."
"Ok.. oo.. something special between you and Ed.. atau I dah miss something ni..oklah dear.. thanks again.. you are so clever and naughty huh!.."
Aunty Maribel bertinggung untuk menyamai ketinggianku. Pipi gebuku dikuncupnya penuh kasih.
**** imbas kembali tamat ****
Tersentak aku dari lamunan itu dengan runut bunyi dari iPhone 12 ProMax milikku yang mendendangkan lagu 'Bailando' nyanyian penyanyi kelahiran Sepanyol, Enrique Eglesias, merupakan saudara jauhku.
"Hola... mi amigos..! kau tidur ya.." jerit Emily di hujung talian.
"Woi.. Emi.. kau jerit macamni terkeluar tahi telinga aku tau.. nak apa call aku ni.."
"Kau dah sampai rumah ke..tadikan kau suruh aku call, kalau aku dah sampai.. jap.. siapa mamat skema berdiri sebelah Papa Ian tadi tu..?"
"Guru muzik aku... Ed.. Mr Edruardo..poyolah mamat tu.. benci aku.. kuno.."
"Tapi handsome woi... cuba kau bayangkan dia tanpa kaca mata and rambut tu pacak-pacak.. wow.. elokkk sangat kau tahu.."
"Kalau kau nak... aku bagi free je kat kau.. dah lah drop the subject.. jom lepak malam ni kat club...
macam biasa..nak juga rasa suasana club kat sini.."
"Kau ni.. cuba simpan sikit duit tu... esoklah, kita baru sampai kot... kau tak penat ke..!"
"Yelah.. mak cik.. aku rasa kau elok dengan Mr Ed ni... sama-sama kuno..."
"Ala.. janganlah merajuk.. aku janji esok kita pergi..Ricca.. RICCA..!! nanti..."
Tut.... tut... tut..
Aku tamatkan talian itu sebelum sempat Emily menghabiskan kata-katanya. Terus aku padamkan telefon bimbit itu akibat merajuk, lalu aku sambung tidur aku semula.
Terfikir aku dengan saranan Emily tadi, membuatkan mata ini tercelik semula. Aku cuba membayangkan jejaka bernama Erduardo itu tanpa kaca mata dan rambutnya diubah gaya menjadi lebih ranggi.
Seminit... dua... tiga...
Aku tersenyum sendiri. Betullah.... apa yang diperkatakan Emily.. Erduardo tu memang kacak, tampan...dan seangkatan dengan perkataan itu...jika, ia sama seperti apa yang aku tengah bayangkan.
"Ed...Erduardo...?? Macam pernah aku dengar nama ni di masa kecilku..adakah dia orang yang sama..!"
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. Sudi-sudi singgah ya.. jgn lupa comment..
Share this novel
kongratz bjaya bwak pov1 dgn jaya
pov 1 mmg dkat dgn pmbca sbnarnya
btw keep it up .. sesama blja .. praktis make thing perfek ..