BAB 13 ( KEHILANGAN )

Drama Completed 12753

Tepat pukul lapan malam aku selamat melahirkan bayi kembarku secara pembedahan caesarean. Keadaan yang sangat membimbangkan sangat menghalang diriku untuk melahirkan bayi-bayiku secara normal. Sebaik sahaja aku sampai di hospital terus aku ditolak ke dewan bersalin. Keadaan aku yang sangat membimbangkan itu, membuatkan doktor bertindak segera melakukan pembedahan ke atasku bagi menjamin keselamatan aku dan juga nyawa bayi-bayiku.

Dr Alejandro yang menemaniku sepanjang pembedahan itu berlangsung. Dia juga yang menguruskan keperluanku sepanjang aku berada di hospital ini. Sudah dua hari aku di sini kelibat Erduardo masih tidak lagi kelihatan.Ke mana dia menghilangkan dirinya? Tidak terujakah dia ingin melihat sepasang bayi comelnya ini. Puas aku bertanyakan tentang suamiku itu pada Mr Sebastian dan juga Dr Alejandro namun tiada sebarang jawapan yang aku perolehi.

Masa kian berlalu, aku lalui masa-masa sukar dengan ketiadaan Erduardo di sampingku. Aku merasakan kekosongan hati yang begitu menghambat jiwa. Walaupun Dr Alejandro masih setia menemani tetapi keadaan tidak akan sama ketika Erduardo masih di sampingku. Jiwa yang semakin kosong hanya terubat dengan kehadiran kedua anak kembarku ini. Namun bila diamati secara terperinci, anak-anak kecilku ini lebih mirip wajahnya seperti Dr Alejandro. Banyak persamaannya dengan doktor ini berbanding Erduardo sendiri. Adakah ini satu kebetulan atau ada sebuah cerita di sebaliknya? Dan itu berkait rapat dengan kehilangan Erduardo secara tiba-tiba ini.

Argh...! aku buntu untuk memikirkan semua yang terjadi.. Apakah Erduardo sudah tiada rasa kasih dan cintanya padaku lagi. Atau memikirkan keadaan dirinya itu, dia terasa seperti membebankan lagi keadaan keluarga kecilku ini.

Kau benar-benar keterlaluan Erduardo! Sampai hati kau membiarkan aku seorang diri terkontang-kanting merindui dirimu. Kau terlalu egois Erduardo, setelah kau semaikan cinta dalam diri ini, tega kau menoreh -noreh hati ini, sehingga lumat kau hancurkannya.

* * *

Lima tahun kemudian...,

Selama pemergian Erduardo yang tanpa sekelumit pamitan itu dan tanpa sebarang khabar berita, aku disahkan mengalami gangguan emosi yang teruk. Hampir setahun, aku diletakkan di bawah pegawasan khas Dr Alejandro dan Dr Elisa.

Setiap kali Mr Sebastian datang melawatku, tiada senyum terukir di bibir ini. Hanya mata ini menatap wajah Papa tidak lepas. Kehadiran kedua kembar itu juga tidak aku hiraukan sama sekali, malah aku suruh mereka menjauh dariku.

Berkat kesabaran Dr Alejandro merawatku, aku akhirnya beransur-ansur pulih. Kini, Mr Sebastian jauh membawa diri ini ke kediaman baru dan aku sangat betah duduk di sini. Kawasan perumahan yang terletak berdekatan dengan pesisiran pantai membuatkan hatiku berasa damai. Setiap petang aku akan menghabiskan waktu melihat pemandangan pantai yang membiru. Berada di sini aku rasa tenang, mendengar deruan ombak yang membadai pantai dengan irama alam yang membelai jiwaku sedikit sebanyak menghapuskan kerinduanku pada jejaka bernama Erduardo. Entah apa khabarnya sekarang ini.

Setelah penat aku berdiri di sini, aku mula berjalan pulang. Setiap hari aku menunggu kemunculannya di sini walaupun aku tahu itu tidak akan pernah terjadi. Namun aku tidak pernah putus harapan, aku tetap menunggu dan terus menunggu. Dengan langkah kecil, perlahan aku menuju ke rumahku kembali.

Dari jauh, namaku dipanggil. "Mama, datuk dan Daddy panggil pulang".

Suara si kecil itu memanggil lagi. "Mama, datuk dan Daddy panggil pulang".

Elysabella dan Alexander, anak kembarku yang baru berusia empat tahun itu sudah petah berbicara. Lancar sahaja lidahnya menutur setiap patah perkataan, jelas dan dapat difahami. Terpamer ceria di wajah mereka yang comel dan gembira itu, biarpun pada malam nanti pasti mereka merengek meminta didodoikan oleh datuk dan Daddynya sebelum tidur.

Aku perlu bangkit demi satu kehidupan yang lebih bermakna untuk keluargaku. Tekadku satu, penderitaan ini harus aku tamatkan segera dengan membina satu kegembiraan untuk diriku sendiri seterusnya aku perlu segera membuang harapanku untuk terus menanti kepulangan Erduardo yang tidak ada kepastiannya itu. Aku harus berikan peluang terhadap diriku sendiri untuk mengecapi kebahagian. Aku juga ingin merasakan kebahagian yang sudah lama menghilang dari diri ini.

Aku masih lagi merenung ke arah laut. Seperti selalu yang aku buat pada setiap petangku. Laut kini tenang. Geloranya tidak lagi seganas minggu lepas. Laut cuma beriak-riak membuat gelora, namun gelombang kecilnya pecah di pantai. Mataku jauh merenung sehinggakan tidak sedar kemunculan Dr Alejandro yang menepuk lembut bahuku.

"Amboi..leka betul Ricca tengok laut.. sampai Al tepuk bahu ni pun masih tak sedar.." suara garau itu memecah kesunyianku di situ.

"Dr Al.. maaf, Ricca tak sedar langsung.. mana anak-anak..?" soalku semula.

"Papa Sebastian bawa pergi makan aiskrim.. Ricca boleh tak Ricca buang je perkataan doktor tu dan tukar kepada Abang.." suara mula ditekan sedikit apabila menyebut perkataan 'Abang' itu.

"Erm.. permintaan Dr Al terlalu sukar untuk Ricca ikutkan, berikan Ricca masa lagi ya.." aku senyum segaris buatnya.

"Ricca, Al sebenarnya dah lama nak beritahu, tapi Al bimbang jika Ricca tak setuju.."

"Ada apa ni Dr Al.. cakap je Ricca akan dengar.."

"Ricca, will you marry me..?" soalnya dengan begitu lancar sambil memegang kedua belah lenganku.

Aku tertawa membuatkan Dr Alejandro berubah wajah. Wajah itu penuh kekecewaan. Dia semakin menjarakkan diri, berura-ura mahu meninggalkan aku. Pantas aku menyelar lengan kekar itu.

"Abang Al, wait... sebelum Ricca jawab, Ricca ada satu soalan.."

"Apa dia..?" Balasnya pendek, wajahnya kembali ceria semula.

"Bella and Alex tu anak Abang Al kan..?"

"Ya...memang mereka anak Abang.. why..?"

"Maksud Ricca, you're biological father of both.. betulkan? jangan menafikannya lagi Abang Al". Kali ini tegas aku berbicara.

Anggukkan daripada Dr Alejandro sudahku jangka lebih awal.Tidak hairanlah kedua mereka begitu rapat dengannya, dan keperihatinan Dr Alejandro kepada mereka juga tidak ubah seperti seorang bapa kandung. Tapi bagaimana semua ini boleh terjadi?
Aku curang kah di belakang Erduardo selama ini?! Atau aku mangsa kerakusan kepada lelaki di hadapanku ini?. Aku perlukan penjelasan yang tepat seraya aku suruh Dr Alejandro berterus-terang dan ceritakan kebenarannya padaku segera. Tanpa membuang-buang waktu, Dr Alejandro mengungkap kan kebenarannya satu per satu. Aku yang mendengar, sudah bercampur-baur perasaan ini. Sedih, marah dan kecewa bergabung menjadi suatu perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Kenapa Abang Al sanggup buat begini pada Ricca, patutlah Abang Ed tinggalkan Ricca..Ricca dah khianati cinta kami.." luluh hatiku, lututku melemah, akhirnya terjelepok jua aku di atas pasir pantai yang memutih itu.

"Maafkan Al, Ricca.. Al sebenarnya sangat menyesal dengan semua ini. Al berdosa sangat dengan Ed, tapi Al tak boleh tipu diri Al, Ricca.. Al terlalu cintakan Ricca.."

"Abang Al betul-betul cintakan Ricca, atau Abang Al hanya obses kerana Ricca menyerupai mendiang Maribel.." garang sepasang mata aku menikam wajahnya.

"Ya, tapi itu dulu Ricca, dan sekarang Al cintakan Ricca sepenuh hati Al.. I really love you.." Dr Alejandro mula mendekat dan batang tubuhku didakapnya kemas, lalu dilabuhkan sebuah kucupan hangat di dahiku. Dia berbicara lagi selepas itu.

"Please.. Ricca, jangan kecewakan Al lagi.. Al janji akan jaga Ricca dengan anak-anak kita sebaik mungkin..mereka perlukan kita Ricca, Al merayu.."

"Yes, I do..." balasku pendek. Merona kemerahan wajahku setelah mata kami bertatapan.

"Say it again Ricca..." pinta Dr Alejandro, wajahnya terpancar sinar bahagia.


"Yes, Mr Doctor.. Ricca terima lamaran Abang Al..jangan suruh ulang lagi kalau tak, Ricca ubah fikiran.." ugutku.


"Thanks Ricca, hari ni merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup Abang.."

Kami saling bertatapan. Aku tatap tepat ke dalam sepasang mata cantik milik seorang doktor tampan ini. Mata itu menunjukkan keikhlasan yang sangat tulus. Wajah kami semakin mendekat lantas ulas bibir kami menyatu, lembut dan penuh keasyikan.

"Mama... Daddy...!!" teriakan Bella dan Alex meleraikan tautan bibir kami.

"Jangan lari-lari Bella.. Alex, nanti jatuh.. mana your granpa?" soalku kepada anak-anak kecilku ini.

"Tu.. kat belakang, granpa tu lambat sangatlah jalan..penat tau tunggu.. sama macam kak Bella, terkedek-kedek.." jawab si adik bongsu, Alex.

"Alex, don't said like that, Daddy tak ajar tau anak Daddy kurang ajar.. please said sorry to your sister and granpa.." tegas Dr Alejandro memarahi anak kecilnya itu.

"Sorry grandpa... sorry kak Bella..." sayu suara itu meminta maaf. Tangan kecilnya dihulurkan, lantas Mr Sebastian mengusap lembut kepala Alex. Elysabella pula sudah memeluk adik kembarnya itu.

"Lain kali jangan buat lagi.." Elysabella memberi peringatan kepada Alexander. Mereka sudah mendepakan tangan meminta didukung oleh bapanya itu. Alejandro bertinggung sebentar kemudian keduanya telah selamat berada di kanan dan kiri lengan sasanya itu. Aku hanya memerhati. Mujurlah mereka dapat bapa segagah ini. Dahlah gagah, kacak pula tu.

"Ok.. Bella dengan Alex boleh pergi main kat sana tu sekejap tak..Daddy, Mama dengan granpa nak bincang perkara penting..." Alejandro menurunkan kembali anak-anaknya seraya kedua anak kecil mengikut arahan yang diberikan. Sempat mereka melabuhkan ciuman di wajah Alejandro sehingga basah pipinya menerima kucupan bertalu-talu daripada sepasang anak kembar itu. Alejandro mengukir senyuman, lantas aku bantu dia menghapuskan sisa liur anak kembar kami di wajahnya itu dengan sehelai tisu.

"Papa Sebastian, Ricca jom kita duduk kat sana tu.. Al ada perkara penting nak bincang sikit.." kata Alejandro penuh hormat pada bakal bapa mentuanya itu.

Aku membontoti langkah kedua jejaka di hadapanku. Beberapa minit kemudian kami sampai di sebuah meja yang tidak jauh kedudukannya dengan keberadaan anak kembar kami. Kebetulan, itulah satu-satunya meja yang kosong. Tanpa membuang waktu aku labuhkan punggung di sebelah Dr Alejandro dan Mr Sebastian yang mengapit kiri dan kanan dudukku.

"Erm.., Al apa sebenarnya yang kamu nak bincangkan ni..?" soal Mr Sebastian yang sudah tidak sabar.

"Macamni Papa Sebastian, Al nak lamar puteri Papa jadi milik Al.. hujung bulan ni kami nak berkahwin..Ricca pun dah setuju kan Sayang.." kata Alejandro sambil menggenggam jari-jemariku erat.

Aku anggukkan kepala dan tersenyum manis depan Mr Sebastian membuatkan bapaku itu sedikit terkejut. Mungkin berita ini sangat memeranjatkan dirinya. Mana tidaknya, hal yang di utarakan Alejandro secara tiba-tiba ini sempat membuat orang yang mendengarkan pantas mendapatkan serangan jantung. Mujur jantung milik Mr Sebastian masih kuat dan berfungsi dengan baik.

"Are you sure Ricca, dah fikir masak-masak, Papa tak nak dengar lagi kamu meraung akibat sikap terburu-buru ini.." Mr Sebastian memberikan amaran.

"Papa, Ricca tahu Papa sangat terkejut dengan berita ni.. Ricca dah buat keputusan Pa, harap ini merupakan keputusan yang terbaik yang pernah Ricca buat dalam hidup..Ricca tak mampu lagi Pa, terus mengharap pada benda yang tak pasti. Ricca juga ingin merasakan kebahagian.." omelku panjang lebar pada kedua jejaka yang ada di hadapanku.

"Baguslah, kalau macam tu Papa tumpang gembira erm..bolehlah Papa buat persiapan.." Wajah tuanya terpampang keceriaan, namun aku tahu dia masih belum menerima berita ini sepenuh hatinya.

"Tak perlulah Pa, Al nak buat kecil-kecilan je..nanti biar Al yang uruskan semua.. Al tak nak susahkan Papa..."

"Terpulang, tapi jangan cakap Papa tak payung pulak nanti..sebagai ganti Papa taja for your honeymoon.."

"Thanks Pa..we love you.." seraya aku memeluk tubuh tua Mr Sebastian bersama Dr Alejandro.

"Kami pun nak peluk grandpa juga.." kata kedua anak kecil kami seraya meluru ke arah meja kami. Mr Sebastian sudah bertinggung menyamakan kedudukan dengan ketinggian anak-anak kecilku.

Tangannya sudah didepakan dan dengan pantas Bella dan Alex masuk ke dalam dakapannya itu. Mr Sebastian tertawa bahagia. Kami semua sangat bahagia saat ini dan aku harapkan kemanisan kebahagian ini akan terus berpanjangan memeluk diri ini.

* * *

Pejam celik, pejam celik...masa yang ditunggu -tunggu tiba jua akhirnya. Aku sudah bersiap sedia dengan gaun pengantin serba putih yang agak ringkas potongannya, namun masih menampakkan ciri elegan sesuai dengan tema perkahwinan yang aku pilih bersama Alejandro. Konsep 'garden wedding' berlatarkan warna kehijauan dan putih menghiasi pandangan para tetamu yang hadir memeriahkan suasana perkahwinan kami.

Dr Alejondro tampil segak dan kacak dengan suit hitam yang tersarung kemas di tubuh sasanya pada petang itu. Dia tersenyum manis padaku apabila menunggu aku berjalan mendekati pentas sambil diarak dan berpimpinan tangan dengan Mr Sebastian.
Berdebar-debar jantungku apabila langkah kaki ini semakin menghampiri pentas yang sudah terpacak seorang paderi di situ, di sampingnya ada Alejandro yang menunggu ketibaanku.

Upacara dijalankan dan apabila tiba giliranku melafazkan ikrar perkahwinan, aku dikejutkan dengan kemunculan seorang jejaka yang sangat aku kenali. Perlahan-lahan dia mendekati aku di pentas itu. Dan aku yang masih lagi belum sempat menghabiskan lafaz ikrarku itu, terus dia melepaskan satu tembakan yang diarahkan tinggi ke udara. Suaranya lantang mengeluarkan arahan. Dan dengan sekelip mata, aku sudah berada di dalam cempungannya. Sempat dia melepaskan satu tembakkan tepat mengenai paderi itu sebagai satu amaran supaya jangan membuat apa-apa sebarang tindakan jika mahukan semuanya terselamat. Jika mahu tiada siapa lagi yang terkorban dalam majlis ini. Aku lihat Dr Alejandro hanya terkaku di situ tanpa membuat sebarang tindakan. Wajahnya sudah pucat lesi. Hanya kelihatan Papa yang sibuk menjaga menjaga keselamatan kedua cucunya di seberang sana.

Tanpa membuang waktu dia berjaya membawa aku keluar dari upacara yang berlangsung itu. Aku sudah jauh beribu batu daripada mereka semua dan yang paling membuatkan aku terkedu, penculikan aku ini dilakukan oleh seorang insan yang paling aku tunggu kemunculannya. Walaupun penampilannya yang penuh dengan misteri itu, bertopeng dan hanya menampakan sepasang matanya, aku masih dapat mengecam dia dengan baik. Sepasang matanya itu saling tak tumpah dengan seorang jejaka yang masih utuh di dalam fikiran aku.

"Erduardo..." hanya itu yang terpancul di bibir mungil ini sebelum dia memaut kemas bibirku ini. Dalam dan lama. Aku tidak membantah, malahan aku terbuai dengan sentuhannya itu.

"Carda..mi amor.. Abang miss you so much..really missed you..." ciumannya bertali-arus membanjiri setiap inci wajahku.


"I missed you too..." Aku dakap erat tubuh sasa milik Erduardo itu.

Aku benamkan wajahku ke dada bidangnya. Aku kucup dadanya di sebalik baju kemeja putih itu. Tidak tertanggung lagi rasa rinduku ini pada jejaka ini. Aku ingin sekali dia jadikan aku miliknya lagi. Namun, aku ternanar seketika, benakku menolak sama sekali setelah terpandang penampilannya yang terbaru ini. Otak menyuruh aku menghindari dirinya. Dan hati meronta-ronta menginginkan dirinya. Hati dan fikiran yang tidak sejajar membuatkan aku lelah, akhirnya aku terkulai layu di ribaan sang jejaka tampan itu.

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update bab seterusnya, maaf atas sebarang kelewatan..happy reading semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience