BAB 16 ( TERTANGKAP )

Drama Completed 12753

Pagi itu Erduardo menyuruh aku segera bersiap. Hanya sempat bersarapan dengan mengunyah sebiji epal merah akibat bekalan makanan telah habis selama seminggu kami berada di sini. Dalam erti kata lain, kami menjadi pelarian di sini sudah genap seminggu lamanya!

"Abang, kita nak ke mana pagi-pagi buta macam ni.." soalku yang masih leka mengigit buah epal yang masak ranum itu.

"Sayang jangan banyak tanya ikut je.. pendek kata kita dah tak selamat duduk kat sini.." balas Erduardo yang memakaikan aku hoddie yang mirip dengan hoddie yang tersarung di tubuh sasanya itu.

"Baiklah, Abang nak sikit tak..? Abang tak makan apa-apa pun kan.." soalku lagi lalu menyuakan baki buah epal yang baru aku gigit sedikit.

Erduardo menggeleng, sempat dia mencium pipiku sekilas sebelum dia benar-benar fokus pada pemanduannya. Aku koyakkan senyuman manis buatnya. Tidak sampai hati, aku gigit sedikit buah itu lalu aku sumbatkan ke dalam mulutnya setelah pemanduan Erduardo terhenti di lampu merah.

"Thanks Sayang.., tak perlu risaukan Abang, Sayang habiskan sahaja.." katanya sambil mengelus jari-jemariku.

Seketika kemudian, Erduardo memberhentikan keretanya di salah sebuah stesen minyak. Katanya tadi, dia nak beli sedikit makanan buat alas perut sepanjang perjalanan nanti. Kesempatan itu, dia ambil setelah memenuhkan tangki minyak petrol keretanya yang sudah mahu kehabisan bahan bakar itu.

Aku pula memilih untuk terus kekal berada di dalam kereta menunggu Erduardo membereskan segala urusannya itu. Hoddie yang tersarung di badan telah aku lepaskan kerana sinar mentari sudah agak terik memancar. Aku sangkutkan hoddie tersebut di bahuku. Seketika kemudian, datang tiga orang pemuda menghampiriku yang pada mulanya sempat aku sangkakan Erduardo yang muncul di sini.

Tanpa berlengah terus mulutku ditekup dengan sehelai kain yang telah diletakkan cecair kloroform terlebih dahulu setelah berlakunya sedikit pergelutan antara aku dengan mereka bertiga. Walau bagaimana pun, sempat jugalah aku menekan butang lampu kecemasan kenderaan ini untuk mendapatkan perhatian Erduardo sebelum diri ini hampir terkulai layu. Namun, kelibat Erduardo masih tak kunjung tiba. Seketika kemudian, duniaku menjadi gelap gelita. Tidak lagi aku ketahui apa yang berlaku selepas itu.

* * *

Aku buka mata semula setelah merasakan sedikit sentuhan jejemari kasar seseorang yang mengelus pipi mulusku.Terkesima aku setelah melihat satu figura yang menentang mataku dengan penuh sinis dan garang. Di tangannya ada sebilah pisau rambo sederhana besar yang dilalukan pada setiap butang baju kemeja yang tersarung di tubuhku.

Aku sudah berteriak ketakutan, dada berombak kencang. Melihat itu, dia mengoyakkan senyuman nya. Aku lihat matanya bersinar-sinar. Sengaja dilalukan pada dua butang teratas baju kemejaku ini, akibatnya butang itu sudah tercabut dibuatnya dan sehingga menampakkan alur lurah dadaku yang menawan. Melihat itu dia tertawa senang.

Aku lihat dia sudah sedikit bernafsu di mana lidahnya sudah menjilat bibirnya yang basah. Matanya memincing nakal. Dia bawa wajahnya mendekat padaku, lalu dihidunya wangian rambutku yang terurai. Aku nampak dia sudah semakin bernafsu, lantas bibirku dipagutnya kasar. Akibat pautan itu, cecair merah pekat mula terbit di hujung tepi bibirku dan sehingga membengkak dibuatnya. Aku lihat dia sungguh berselera menjilat sisa darahku di bibir nipisnya dan itu membuatkan aku bertambah gerun dengannya.Terbayang kembali cerita seram yang aku tonton bersama Erduardo minggu lepas.

Aku hanya mampu menyerah akibat tangan dan kakiku telah diikat kemas. Aku hanya mampu meronta, merayu dan berdoa agar diriku tidak akan diapa-apakan lagi selepas ini. Cukuplah hanya sampai di sini sahaja dia menyeksa diriku. Dalam hati terus-terusan berdoa agar bantuan segera tiba walau dengan apa cara sekali pun.

Dia tertawa senang melihat aku yang dalam ketakutan, namun dia mula menyesali apa yang telah dia lakukan padaku sebentar tadi. Aku terkesima lantaran beria-ia pula dia meminta maaf. Jaket sweater hoddie yang tersarung di tubuh sasanya itu dilepaskan lalu disarungkan ke tubuhku. Terus ditarik zipnya ke atas, menutup sebahagian tubuhku yang terdedah.

"Aku minta maaf, kau terlalu cantik! Dan aku paling benci wanita cantik! Argh..!! Kenapa kau mesti muncul di sini..!!!!" teriaknya lantang. Leherku dicengkamnya kuat dengan lengan kekar kirinya membuatkan aku sudah rasakan diriku ini bagai telur di hujung tanduk.

"Hervey... stop it! Biar Papa yang uruskan..dah pergi masuk bilik kau, kenapa boleh ada kat sini pulak..?" Marcus menengking.

"Aku terdengar suara meminta tolong.. aku ingatkan dia Marissa aku, Pa.."

"Huh..!Tak habis lagi gila kau dengan si Marissa tu.. semua perempuan kau anggap Marissa! Sial lah.. Argh..!!! perempuan jalang itu benar-benar merosakkan kau..!" Marcus menjerkah si anaknya.

"Bukan Pa, dia bukan seperti yang Papa sangkakan, dia gadis yang baik Pa.. dia mati sebab aku.. sebab aku, Pa...!" katanya sambil tangan kirinya memukul-mukul kepalanya.

'Aduhai... drama apa pulak yang berlangsung depan mata aku ini. Tak nampak ke aku ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan..Dasar mafia kejam! Lah mental rupanya si mamat ni.. kesian orangnya kacak tapi gilalah pulak!..'

Sengaja aku buat batuk aku jadi bertambah kuat di situ untuk mencuri perhatian mereka dua beranak. Si anak berkejaran menghampiri aku. Air mineral yang kebetulan ada di atas meja diambilnya lalu dihulur kan kepadaku. Aku merampasnya sedikit kasar setelah ikatan di tanganku dibukanya, lalu aku menenguk botol itu agak rakus.

"Terima kasih awak... terima kasih dah selamatkan saya, walaupun tadi awak berkasar dengan saya tapi sekarang, awak dah bantu selamatkan nyawa saya.."

"Aku tak buat apa pun lah.. kau ni gila ke..?" kata itu membuatkan aku simpan senyum.

"Mungkin, saya sepertinya dah jatuh cinta dengan awak..walaupun tadi awak kasar dengan saya tapi saya suka.. awak sangat gagah. Siapa nama awak tadi, saya lupalah..." dalihku yang cuba untuk membeli jiwanya.

Dan sekaligus, aku ciptakan sengketa antara mereka anak-beranak. Dengan itu, aku berdoa semoga rancangan aku berjaya.

"Herv.. Hervey, kau sangat cantik. Siapa nama kau..?" pujinya sambil mengelus pipi mulus ku. Aku pura-pura tersipu malu di birai katil bersaiz besar ini.

"Saya, Riccarda..panggil saya Ricca saja" balasku sambil menatap tepat ke dalam sepasang mata coklat cairnya.

"Hervey... jangan percayakan dia, dia sengaja kaburkan mata kau, Herv.. dengar cakap Papa!" lantang si bapa berteriak, namun sedikit pun tidak dihiraukannya.

Aku berjaya memukau anaknya itu, ilmu yang pernah aku pelajari daripada seorang ahli silap mata semasa aku bekerja sambilan di salah sebuah pertunjukan sarkas dulu. Tak sia-sia aku mempelajari ilmu itu, yang akhirnya membawa manfaat kepadaku. Nasib baik ia berhasil.

"Diam Marcus..! Aku tak nak buat kerja-kerja jahat lagi..mulai hari ini aku nak lindungi wanita.. aku akan mengasihani mereka seperti mana aku menyayangi Rosemaria dan Marissa.." kata-kata itu buatkan rahang Marcus jatuh. Berkali-kali wajahnya diraup dengan kasar.

Perubahan sikap Hervey itu benar-benar membuat kan Marcus hilang sabar dengan anak lelakinya itu. Mereka berbalahan sesama sendiri. Kesempatan itu aku ambil untuk melarikan diri daripada mereka, namun Marcus lebih cepat menyedarinya dan langkahku jadi terbantut. Pantas sahaja tangan kekar itu mencekak rambut panjang lurusku lalu ditariknya agak kasar sehingga mahu terpisah sahaja dari kulit kepalaku. Aku mengerang dan merintih menahan kesakitan yang teramat. Seketika sebaris nama wanita yang di sebut oleh Hervey sebentar tadi yang sangat terkait rapat denganku terlintas di benakku.

'Rosemaria... macam pernah aku dengar nama tu..Hah! baru aku ingat ia nama mendiang ibuku yang membawa aku ke dunia ini. Yang sanggup meminjam kan rahimnya untuk aku sewaktu ibu kandungku sendiri tidak lagi berada di dunia ini' dalam hati kata-kata itu berkumandang.

'Apa kena-mengena mendiang Rose dengan Hervey..? Hervey ni skandal dia jugakah?' Hatiku berbisik lagi.

"Sudah Herv... baik kau pergi dari sini..sebelum aku menggila.. kau..! dan kau! bawa anak aku ni jauh dari aku.. sekarang!!!" Pekikkan Marcus bisa membuatkan jantungku berhenti berdetak.

Hervey dibawa oleh dua orang suruhan Marcus dari gudang ini, setelah Hervey berjaya dipengsankan dengan satu suntikan dari tangan Marcus sendiri. Aku tak habis fikir dengan Marcus yang tergamak menyakiti anaknya sendiri demi kepentingan dirinya. Kini, tinggal aku bersama Marcus dan lima lagi orang suruhannya. Dia perlahan-lahan menghampiriku yang sudah berada dipegangan dua orang konconya. Kaki dan tanganku kembali diikat di atas sebuah kerusi. Kali ini agak ketat dari sebelumnya.

"Mana kau nak lari lagi si cantik.. Kau betul-betul buat aku marah.. dan kejap lagi aku akan tunjukkan akibat khianati aku dan menaikkan kemarahan aku.
Jeremy.. bawa Gabriel ke sini!!! Cepat!" suara garau Marcus berkumandang bagai halilintar.

"Gabriel!!!...apa yang lakukan pada dia hah.. kau benar-benar keterlaluan..!" Jeritku, tak sanggup melihat keadaan Gabriel yang sudah longlai berlumuran darah di tubuh badannya. Wajahnya sudah luka teruk dan lebam di sini sana.

Tubuh Gabriel dihadapkan di hadapanku di dalam keadaan yang melutut. Kepalanya ditundukkan menghadap ke lantai. Seketika kemudian, suara tawa nyaring dan mengekek-ngekek Marcus kedengaran mentertawakan Gabriel yang sudah tinggal nyawa -nyawa ikan. Tidak lama kemudian, nyawa Gabriel diragut dengan begitu kejam oleh Marcus. Marcus melalukan sebilah pedang ke leher Gabriel lalu menariknya sehingga terpisah kepala itu dari badannya.

Seluruh tubuhku menggigil hebat, sedikit sahaja lagi aku mahu pengsan dibuatnya apabila kepala Gabriel betul-betul tergolek di bawah kakiku. Darah yang memercik bagaikan air pancuran itu membuatkan aku ingin termuntah. Bau hamis darah yang sangat meloyakan itu membuatkan aku sangat berasa mual, akhirnya terkeluar jua isi perut aku di situ setelah puas menahannya dari tadi.

"Kau lihat Ricca.. ini balasannya jika kau masih terfikir mengkhianati aku. Aku takkan lepaskan orang itu, takkan pernah sesekali..kau lihat sendiri jika kau masih mahu hidup, ikutkan sahaja semua kemahuanku.." Marcus memberikan peringatan. Sengaja ditayangkan kepala Gabriel di hadapanku.

"Kau memang dah gila Marcus...!!! sangat-sangat gila..!!!!" Aku berteriak bagaikan mahu terkeluar anak tekakku ini.

Marcus masih tetap ketawa... ketawa dan terus ketawa..Akibat sudah agak kelelahan, tanpa sedar aku sudah pengsan di atas kerusi itu.

* * *

Sebentar kemudian, aku jadi gelagapan melihat diriku yang sudah berada di sebuah bilik dan aku sedang berbaring di atas katil yang luas. Marcus yang sedang duduk di birai katil itu, berpaling seketika menghadapku setelah menyedari ada pergerakan di katil itu. Perlahan-lahan dia menghampiri aku yang telah duduk bersandar di kepala katil. Tangan dan kakiku sudah dilepaskan ikatannya.

"Erm...cantik kau dah sedar. Baby gorgoeus Abang.. macam mana lena tidur Baby atas katil empuk Abang ni?" soalnya bagai lembut gigi dari lidah. Mesti dia berkehendakkan sesuatu daripada aku.

"Baby...I'm so sad bila dapat tahu yang you ni dah tak virgin lagi...but I don't care.. you still attractive,
hot and gorgoeus as hell.. jangan takut Sayang.. Abang can be gentle for you because your condition."
ujarnya lagi yang semakin merapat denganku.

"Kau nak buat apa ni hah!...jangan..jangan .. aku merayu..please don't do it to me.. lepaskan aku..!" Bentakku yang sudah mengengsotkan punggung menjauhkan diri daripadanya.

"Janganlah macam ni Baby, asyik jual mahal je dengan Abang... Abang tahulah Baby tengah pregnant sekarang ni...tapi tu bukannya alasan... Abang tahu cara nak layan Baby macam mana, jangan risau ok.." Marcus tersengih macam kerang busuk.

"Aku kata jangan, janganlah..kau tak faham bahasa ke hah...!!!!" Pekikku dengan nyaring dan lantang.

'Biar.. kalau boleh aku mahu gegendang telinga orang tua kutuk tak sedar diri ni pecah dengar jeritan aku'. Kataku dalam hati.

"Amboi macam singa lapar... tapi lagi Baby jual mahal, lagi Abang suka.." Marcus makin mendekat.

Marcus tidak melepaskan peluangnya lagi. Kakiku di cengkamnya erat dan ditariknya kuat ke arahnya, sehingga terbaring semula aku dibuatnya. Tubuh sasanya sedang berusaha menindih tubuh kecil molekku. Aku cuba melawan, namun apalah sangat dayaku berbanding tenaga seorang lelaki bertubuh tegap seperti Marcus.

Baju kemeja yang membaluti tubuh sasanya sudah dilepaskannya dan dicampakkan mengikut layangan lengan sasanya. Terhidanglah tubuh sasa yang dipenuhi tatu yang kelihatan begitu menjelikkan pandangan mataku. Aku hanya mampu menggeleng kan kepala lantaran semua pergerakanku sudah dikunci rapat oleh Marcus. Aku meronta-ronta sebaik sahaja ulas bibirnya itu mahu menyentuh kulit tubuh badanku.

Belum sempat dia mahu menyentuh aku, adiwira penyelamatku tiba tepat waktunya. Erduardo dengan pantas menghampiri tubuh Marcus yang sudah merangkak untuk menghimpit tubuhku itu disambar nya. Terlentang tubuh itu di atas katil. Wajah penuh amarah dilemparkan pada Marcus sebelum lengan kekarnya melayangkan satu tumbukan padu pada wajah Marcus, si lelaki durjana. Mereka bergelutan di atas katil itu. Aku pula hanya memerhati di muka pintu.

Terteleng kepalanya menerima impak yang besar daripada Erduardo sebentar tadi. Suaranya nyaring mengarahkan para pengikutnya membelasah Erduardo semula. Berlakulah aksi serang-menyerang antara Erduardo dengan lima orang lagi pengikutnya.
Tidak tunggu lama Erduardo yang memiliki ilmu mempertahankan diri bersertakan ketangkasan yang luar biasa berjaya menumbangkan seramai empat orang konco Marcus dalam sekelip mata. Tinggal seorang sahaja lagi untuk Erduardo tamatkan riwayatnya.

Akibat saiz tubuh seorang pengikut Marcus yang agak tegap dan tinggi ini, membuatkan Erduardo agak kehabisan tenaga untuk melawan satu-satunya lawan yang tinggal. Marcus pula mengambil kesempatan itu untuk membuatkan situasi saat ini bertambah tegang. Erduardo harus memilih antara menyerah atau aku yang terkorban. Marcus sudah mengacukan sepucuk pistol tepat di kepalaku dan sekaligus membuatkan pergerakan Erduardo terhenti.

Kini, Erduardo pula terpaksa menadah sahaja apa yang dilakukan oleh pihak musuh tanpa sebarang tindakan balas. Marcus sudah mengugut dirinya, jika walau sedikit pun dia melawan, nyawaku bila-bila masa sahaja akan melayang. Aku lihat tubuh Erduardo sudah agak lunyai dikerjakan oleh pihak lawannya. Melihat itu, hatiku jadi semakin membara. Aku tidak tinggal diam, terus sahaja aku bertindak di luar jangkaan. Aku rampas kembali pistol yang berada di tangan Marcus. Aku kerahkan segala tenaga yang masih bersisa bergelut dengan Marcus. Sedaya upaya aku merampas pistol dari pegangan Marcus.

Bang! Bang! Bang!

Sekujur tubuh telah layu akibat terkena peluru sesat dari pergelutan aku bersama Marcus tadi. Aku dah terpempan, begitu juga dengan Marcus yang masih berkira-kira siapa yang benar-benar sudah kehilangan nyawa akibat ulah kami sebentar tadi. Aku berlari mendapatkan kembali mereka berdua yang sudah terkulai layu bersama-sama di seberang sana.

"A... bang!!!! Abang bangun..jangan tinggalkan Carda, Abang..." teriakku agak kuat. Tubuh Erduardo sudah aku goncang-goncangkan.

"Sshhh... sudah jangan menangis Carda.. Abang selamat.. bukannya Abang yang terkena peluru tapi dia ni... by the way... nice shot.. you did it well... tak sangka Abang, pandai juga wife Abang ni guna pistol.."

"Abang.... " Aku peluk tubuh sasa Erduardo erat-erat sebelum melepaskannya pabila tersedar Marcus sudah macam lipas kudung menyelamatkan dirinya.

"Abang... Marcus...!"

"Takpe biarkan dia, Abang pun tak sampai hati nak bunuh dia, sebab dialah orang yang membesar kan Abang dulu..dia Abang dah anggap sebagai seorang bapa...Abang terhutang budi dengannya..." terang Erduardo satu per satu.

"Baiklah, kalau Abang dah kata macam tu... Carda ikutkan sahaja, tapi Abang jangan menyesal nanti... Jangan cakap Carda tak pernah ingatkan Abang.."

Erduardo hanya tersenyum segaris, kami berlalu dari gudang lama yang sudah diubah suai oleh Marcus menjadi markas persembunyiannya. Aku tidak betah lagi untuk berlama-lamaan untuk berada di sini berikutan keadaannya yang amat mengerikan. Mayat- mayat yang bergelimpangan yang dipenuhi darah sana-sini sudah berjaya membuatkan aku trauma sepanjang hidup.

"Maafkan Abang, Sayang terpaksa lalui semua ini sebab Abang.."

"Sebab Abang?! Kenapa Abang cakap macam tu.." soalku kembali.

"Nanti Abang ceritakan segalanya, sekarang Sayang pandu kereta ni ke hospital..Abang rasa kita perlukan rawatan segera..."

Aku ambil kunci kereta Erduardo di dalam poket seluarnya. Kereta itu aku pandu ke hospital seperti yang diarahkan oleh suamiku ini. Sempat dia memuji kecekapan aku mengendalikan kenderaan miliknya. Dah namanya pun anak bekas pelumba kereta dan tauke jual kereta, pastilah aku juga mewarisi bakat keistimewaan Mr Sebastian itu.

'Apa Erduardo cakap tadi, dia kata tak sampai hati nak bunuh Marcus..?!'

Perkataan 'BUNUH' itu sedikit sebanyak mengganggu fikiranku. Adakah Erduardo ini seorang pembunuh..?
Suami aku ni sebenarnya seorang pembunuh upahan..???' Persoalan itu berlegar-legar di fikiranku, sehingga mengganggu sedikit pemanduanku. Aku tekan pedal brek secara mengejut, sedikit sahaja lagi aku mahu melanggar seorang kanak-kanak yang sedang melintasi jalan.Erduardo sudah membuntang kan matanya ke arahku. Aku hanya mampu tersengih dan kembali memandu ke destinasi asal tujuan kami.

Erduardo ni sebenarnya adalah seorang pembunuh... Erm... tak mungkin kot!

Janganlah garang sangat Baby...

Assalamualaikum dan hai semua.. Alhamdulillah, done update bab baru.. terimalah seadanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience