Hari ini aku tak masuk pejabat gara-gara tak sedap badan dari malam tadi. Erduardo menyuruh aku untuk tetap berada di rumah sementara hanya dia sahaja yang menguruskan hal syarikat.
"Sayang duduk rumah ya berehat, kalau masih tak sihat, call Abang...Abang pergi dulu dah lewat ni"
Erduardo meminta diri.
"Ermm.." jawabku lemah. Aku sambung tidurku setelah menelan dua biji aspirin. Mata yang kian memberat menyebabkan aku terlena.
Aku hanya kembali sedar setelah lewat tengah hari itu. Itupun kerana perutku sudah berkeroncong minta diisi. Segera aku bawa diri ke bilik mandi membersih kan diri. Setelah lengkap berpakaian aku turun ke bawah mendapatkan Rosalie di dapur.
"Dah bangun Ricca... nak makan..?" soal Rosalie yang tengah sibuk mengemas dapur.
"Erm.. masak apa hari ni..? Mana yang lain, senyap je rumah.." soalku kemudiannya. Punggungku labuhkan di kerusi kayu berukir itu.
"Risotto dengan ayam panggang, ada salad sayur juga tu.. dengan sup labu manis. Alex dengan Bella ada kelas, Carl pula ada study group dengan Miss Valeria" jawabnya yang mengambil tempat di sebelahku.
"Patutlah sunyi. Awak dah makan Ros, kalau belum jom teman saya, saya takde seleralah.. ada lemon tak..? bagi saya" pintaku pada Rosalie.
"Nak buat apa..?" soal Rosalie agak pelik namun sebiji lemon yang telah dibelah dua dan diletak di dalam piring kaca itu telah bertukar tangan.
Aku perah separuh buah itu di atas isi ayam yang telahku carik-carik terlebih dahulu. Kemudian aku gaulkan bersama salad sayur yang telah aku cedok ke dalam pinggan. Sedikit sos istimewa buatan Rosalie aku tuangkan di atasnya. Apabila semua sudah sebati aku cucukkan garfu dan aku suapkan ke mulutku. Tertutup mataku menikmati kemasaman jus dari buah lemon segar itu yang sekaligus menaikkan selera makanku. Aku lihat Rosalie dah kecur liur.
"Ricca! tak masam ke... nanti sakit pulak perut tu"
"Tak.. sikit pun tak.. nak cuba, sedap tau Ros, rugi tak rasa.." Aku suapkan sedikit ke mulut Rosalie. Tenggeleng-geleng kepala dan terkelip-kelip matanya menahan masam yang menikam lidahnya.
"Oh my God! Ricca, sumpah masam giler.. tak larat Ros, Ricca habiskanlah, Ros ambil yang lain"
Aku dah terbahak-bahak mentertawakan Rosalie. Beberapa kali dia menjelirkan lidahnya. Lantas sup labu manis itu disudukan ke dalam mulutnya bagi menghilangkan rasa masam yang melampau itu.
"Ricca...something you hide from me.. selalunya orang makan pelik-pelik ni, tak lain tak bukan dia tengah pregnant..." katanya sambil tersenyum- senyum memandang wajahku.
Terhenti suapan aku dan garfu yang di dalam genggamanku terlepas ke lantai. Aku tunduk untuk mengutip kembali sebatang garfu di lantai itu, namun pantas dihalang oleh Rosalie. Dia terlebih dahulu mengutipnya. Rosalie menghulurkan garfu yang baru padaku dan aku sambung kembali suapanku yang terhenti. Habis sepinggan salad sayur buatan Rosalie masuk ke dalam perutku. Sedap!
"Ye ke..? Carl ok ke kalau dia dapat adik lagi.. Carl kan dah meningkat remaja...Ish, semua salah bapanya tu, gersang sangat!" kataku dengan nada sedikit emosi.
"Ala... kalau Ricca tak layan tak jadi juga kan.. takpelah ni kan anugerah Tuhan.. lagi ramai lagi bagus, nanti dah tua tak sunyi.." pujuk Rosalie.
Aku membantu Rosalie mengemaskan meja makan itu. Setelah selesai, aku ajak Rosalie bersantai di gazebo berhadapan kolam renang. Kami berbual kosong dan tidak lama kemudian muncul Carlisle bersama Erduardo di hadapan kami berdua dengan wajah yang agak kepenatan.
"Awal Abang balik, ambil Carl sekali ke kat tempat Miss Valeria..." soalku sambil mengambil briefcase dan jaket yang tersangkut di lengan sasa Erduardo.
"Erm... jemput Carl sekali tadi, Miss Valeria call Abang, Carl tak berapa sihat..Abang dah bawa pergi klinik tadi, ni ubat Carl.. Carl masuk bilik, berehat"
Carlisle akur dengan arahan bapanya itu. Rosalie menemani Carlisle melangkah menuju ke bilik tidurnya. Aku serahkan plastik putih yang mengandungi ubat Carlisle pada Rosalie. Setelah itu, aku menuju pula ke bilik tidurku, menyimpan barangan Erduardo di tempat yang sepatutnya. Erduardo mengikuti langkahku dari arah belakang. Sampai sahaja di bilik kami, Erduardo merebahkan badannya di atas katil. Tangannya pantas melepas kan tiga butang teratas baju kemejanya dan melepas kan satu keluhan yang memberat.
"Abang kenapa ni..muka pun pucat je...?" soalku sambil melabuhkan punggung di birai katil.
"Abang tak sihat juga, tadi muntah-muntah kat pejabat..Alaa.. ubat Abang tinggal dalam kereta, Sayang boleh tolong ambil tak.."
"Boleh, doktor cakap apa.. Abang demam ke?"
"Tak cuma alahan... dehydrated sikit.. gara-gara kerap muntah...macam dulu tu bila Sayang pregnantkan Carl... jap, Sayang pregnant lagi ke..?"
"Entah...tapi macam ya.. Sayang baru nak ajak Abang pergi klinik.. tadi Sayang check dengan pregnancy test timbul dua line..." Aku kucup dahi Erduardo yang telah di letakkan kepalanya di atas ribaanku. Jejemariku menari-nari lembut di tepi kepalanya bagi menghilangkan sedikit rasa peningnya. Matanya kembali terpejam menikmati sentuhan lembut dariku.
"Sayang..." panggilnya dengan suara yang agak menggoda. Mendayu dan merdu.
"Ermm..." balasku pendek.
"Esok ikut Abang, kita pergi periksa kat klinik.. betul ke tak Sayang pregnant.. Abang nak tidur kejap tapi nak Sayang temankan Abang.."
"Yelah.. dah baring betul-betul..nak peluk tak..?" soalku kemudiannya.
"Takpe biar Abang yang peluk Sayang.."
Kami dah berbaring di atas katil bersaiz besar ini. Erduardo memeluk pinggang rampingku dengan agak erat sehingga melekap tubuhku di tubuhnya yang tegap itu. Rentak irama jantungnya sangat jelas dapatku dengar kerana keadaan yang begitu rapat. Seketika aku lihat dia sudah terlena. Butang baju kemejanya aku lepaskan satu per satu. Aku selak sedikit kemeja biru lautnya itu, memperlihatkan potongan sisi tubuh sasa yang mengiurkan itu. Jari-jemari menyentuh setiap inci tubuhnya itu. Dia bergerak sedikit setelah jemari runcing ini meniti di bahagian pinggangnya. Kegelian barang kali. Atau dia cuma tidur-tidur ayam, tapi kelihatan kelopak matanya sudah terpejam rapat.
"Sa..yang..." dia menggumam. Jejemariku pantas dicengkamnya. Aku dah puas menahan tawa, terkejut..tidak sama sekali sebab aku tahu dia cuma lelapkan mata, tidak tidur pun..!
Jejemariku yang berada di dalam genggamannya itu dielus lembut. Sesekali dibawa ke bibirnya. Kemejanya yang baru terbuka di sebelah bahagian dilepaskan sepenuhnya dari tubuh badannya itu. Terserlahlah pemandangan indah menyapa mataku. Tubuh badan yang menjadi kegilaan para gadis di luar sana. Hot and spicy... ! Argh... aku ni dah kenapa? Asyik bernafsu je bila bersama dengannya. Erduardo dah senyum nakal melihat wajahku yang mula memerah.
Dia suruh aku membuka tali pinggang seluarnya, dan dengan tidak sengaja aku dah duduk di pembukaan sepasang kaki jenjangnya. Meleret senyumannya yang penuh makna itu. Aku tahu dia menginginkan aku saat ini, begitu juga dengan diriku. Sama-sama mempunyai keinginan untuk menyatu. Dan tak tunggu lama, Erduardo melepaskan satu persatu pakaianku. Erduardo mengucup perutku dan berbisik.
"Sorry dear... Papa pinjam Mama kejap ok.. duduk diam-diam dalam tu.. Papa janji to be gentle with Mama and you.." Aku dah tertawa kecil. Geli hati dengan perilaku suamiku ini.
* * *
Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi milik Alexander membelah kesunyian. Dia yang keseorangan membuatkan aku dilanda kegusaran. Wajah Alex yang cemas itu juga menambahkan lagi keresahanku.
"Bella dah balik..?" Soal kami secara serentak.
Apa maksud Alex menanyakan soalan yang sama sepertiku.
"Apa maksud Alex...? Apa yang berlaku ni Alex..cakap dengan Mama.." kataku sambil mengoncangkan kedua belah bahunya.
"Kak Bella sepatutnya dah sampai rumah, tadi Alex nampak Uncle Aki yang ambil Kak Bella di kampus.. Kak Bella pun cakap dia balik dengan Uncle Aki lepas habis kuliah..."
"Kenapa Alex tak halang...Bella ni degil betullah, betul-betul cari maut..!" bentakku. Muka merah padam menahan amarah.
"Apa yang kecoh-kecoh ni, Abang dengar bising-bising, dari atas pun dah dengar suara kamu berdua.. apa halnya ni Alex..?" soal Erduardo sedikit menyinga, mungkin terganggu sedikit dirinya yang tengah berehat.
"Dad, Kak Bella tak balik lagi... mungkin Kak Bella diculik oleh Uncle Aki..." Alex menyuarakan hasrat hatinya yang gundah.
"What..! dah pukul berapa ni..dah, Bella biar Abang je yang settlekan, Alex jaga Mama dan semua yang ada kat rumah ni.. Abang pergi dulu.."
Erduardo sudah bersiap-siap untuk keluar mencari keberadaan Bella. Dua orang kanannya dibawa bersama menemaninya menjalankan misi untuk mencari kehilangan satu-satunya anak gadis kami itu. Aku titipkan pesanan kepada Erduardo supaya sentiasa berwaspada. Baru beberapa langkah Erduardo meninggalkan kami, iPhoneku berbunyi. Pantas aku jawab talian yang bersambung. Aku buka pembesar suara seperti yang dipinta oleh Erduardo.
"Hahahaha... aku tahu semua kat rumah tu dah macam cacing kepanasankan.. jangan risau anak gadis kesayangan kau ada bersama dengan aku.." kata angkuh Akihiko sebaik sahaja talian bersambung.
"Aki...jangan apa-apa kan anak aku... kau nak apa sebenarnya... Bella mana Aki..!" Tempikku sudah tidak mampu aku menahan rasa yang bercampur baur.
"Jangan kau berani nak sentuh anak aku Aki..!" Tengking Erduardo pula di corong benda pipih yang aku letak di atas meja.
"Oiii... jangan jerit macamnilah, aku tak pekak lagi! Kalau kau nak kan anak kau balik, serahkan Ricca pada aku... kau datang dengan Ricca berdua, jangan bertindak sembarangan dan jangan cuba-cuba melibatkan pihak polis kalau kau tak nak tengok anak kau ni jadi mayat!" Akihiko memberikan amaran.
"Arghh... kau! Dari dulu kau tak pernah puaskan Aki..menyesal aku tak tamatkan saja riwayat kau dulu.." Erduardo dah menghentakkan penumbuknya di atas meja itu. Melepaskan amarahnya yang menggunung.
"Hahaha... bukan masalah aku.. aku tunggu kat tempat biasa.. ingat datang berdua dengan Ricca dengan tangan kosong! Sementara aku tunggu kau, aku nak test dulu anak kau ni.. erm, dia pun boleh tahan, sama cantik dengan ibunya.. menggoda sentiasa! Lebih baik kau cepat bertindak! Aku tak jamin, aku boleh tahan lagi keinginan aku yang dah mencanak-canak ni...Hahahaha....." kata Akihiko dengan gelak tawanya yang makin galak.
"Shit..! Aku bagi amaran Aki.. kalau apa-apa terjadi kat anak aku, aku cincang kau sampai lumat..!!!"
Jerit Erduardo dengan lantang. Erduardo mengetap giginya sehingga menampakkan rahangnya yang tajam itu bergerak-gerak dan segala urat hijaunya timbul menahan kemarahannya yang membuak. Lenganku dicengkamnya kuat dan terus membawa aku berlari menghampiri kereta mewahnya yang terpakir megah di pekarangan mansion milik mendiang Mr Sebastian ini.
Enjin terus dihidupkan dan mengaum jentera empat roda itu membelah jalan raya di kepekatan malam. Tak sampai dua puluh minit kami sampai di sebuah gudang lama tempat persembunyian Akihiko. Erduardo menendang pintu gudang itu sekuat hatinya. Wajahnya memerah menahan amarahnya sejak tadi. Pemanduannya sebentar tadi juga agak mengerikan, sempat buat aku berada di dalam ketakutan sehingga kini. Jantungku sangat bekerja keras malam ini. Nasib aku masih mampu bertahan.
"Aki... aku dah sampai seperti yang dijanjikan.." Erduardo memekik lantang. Sehingga ingin runtuh gudang lama ini dengan pekikan Erduardo sebentar tadi.
"Erm... bagus! Kau seorang yang patuh..tak sempat aku nak apa-apakan anak kesayangan kau ni.. dia pun kuat melawan..! Serahkan Ricca pada aku..!" Pekik Akihiko dengan lantang, membalas kembali perlakuan Erduardo sebentar tadi. Dia masih duduk menyilangkan kaki di atas meja kaca itu.
Aku dah bergerak, namun pantas lengan Erduardo menyelar lenganku. Sepasang matanya merah menikam wajahku. Aku seperti sudah tidak mengenali Erduardo yang berdiri di sebelahku ini. Dia seperti seekor raksasa yang yang menggerunkan, menggigil tubuhku, terus kakiku terpasung di situ.
"Kau jangan nak berlagak pandai, serahkan Bella dulu pada kami..mana Bella...!!! mana anak aku..!" Erduardo menengking lagi.
Aku lihat Akihiko mengarahkan orang suruhannya membawa Bella ke sini. Apabila terpandang susuk tubuh Bella yang sudah ditutup matanya dengan kain serba hitam terus aku berteriak sebaris nama anak gadisku itu. Keadaannya sudah tidak lagi terurus, rambutnya serabai dengan pakaiannya sudah koyak rabak sana sini.
"Bella...!!!!!" teriakku serentak bersama Erduardo.
"Mama...Daddy!!! tolong selamatkan Bella.." meronta-ronta tubuh longlai Bella di dalam pegangan orang suruhan Akihiko yang bertubuh tegap dan sasa itu.
"Celaka kau Aki, kau kata kau tak apa-apa kan anak aku.. kenapa jadi sampai macam ni. Apa kau dah buat dengan dia hah!" Tengking Erduardo yang sudah menapak selangkah ke hadapan. Aku juga terdorong sama ke hadapan dengan tarikannya yang agak kasar itu.
Akihiko bangun dah perlahan-lahan melangkah ke arah kami. Dia berhenti tepat dua langkah di hadapan kami. Tangan kiri Erduardo sudah menyambar kolar baju Akihiko dan pantas mencengkam batang leher Akihiko, sebelah tangan lagi tetap memegang lenganku.
"Lepas Ed...kau jangan bertindak bodoh... anak kau ada digenggaman aku.." sinis Akihiko melemparkan katanya. Terbatuk-batuk Akihiko setelah Erduardo melepaskan kasar cengkaman yang bisa menamatkan nafas lelaki berdarah campuran itu. Muka elok tapi sayang, penjahat paling kejam rupanya.
Memikirkan itu, aku mula sakit hati dan tiada apa yang bermain di fikiranku ini cuma saat ini aku hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan anak gadisku, Bella. Entah apa yang merasuk, aku terus menyentak lenganku kuat di dalam genggaman kemas suamiku itu. Dari tadi tidak sesaat pun dia melepaskannya. Akibat terkejut dengan tindakan deras aku itu, terlepas pegangannya di lenganku. Terus aku berlari mendapatkan Bella yang sudah melutut di hujung sana. Aku tolak sekuat hati orang suruhan Akihiko yang memegang erat kedua belah lengan Bella.
Namun tidak sedikit pun dia terkesan dengan tindakan aku itu. Aku tidak mengalah, aku gigit lengan kekar pemuda itu sekuat hatiku. Oleh sebab itu, terlepas pegangannya itu dan sepantas kilat aku membawa tubuh Bella menjauh daripadanya. Namun, lengan kekar itu pantas mencengkam rambutku, terundur langkahku ke belakang.
"Mama...!!!!" jerit Bella yang mula perasan yang aku sudah tidak bersamanya lagi.
Di suatu sudut, Erduardo tengah bertarung hebat dengan Akihiko. Wajah mereka sudah lebam dan memar berdarah. Kemeja yang tersarung di badan sasa masing-masing sudah dilepaskan oleh mereka. Akihiko sudah berlutut meminta belas daripada Erduardo. Aku masih dipegangan orang suruhan Akihiko. Tidak dapat bergerak sedikit pun akibat cengkaman kuat oleh orang suruhan Akihiko. Tangan dan kakiku juga sudah diikat kemas dan didudukkan di atas kerusi. Bella juga mengalami nasib yang sama denganku.
Erduardo yang baru menyedari, mencengkam kemas rambut Akihiko membuatkan lelaki itu lantas berdiri.
"Sakitlah bodoh...!" Akihiko memaki.
"Diam..!! Woi..! Kau suruh anjing-anjing kau lepaskan wife dan anak aku.. Now! kalau tak kau akan menemui ajal kau..Faster..!" arah Erduardo yang sudah mengunci pergerakkan Akihiko dengan lengan kekarnya. Timbul urat-uratnya menunjukkan cengkaman itu sangat kuat dan kukuh.
"Cepatlah bodoh..! buat apa yang disuruh.. lepaskan mereka cepat..! Shit! Shit! Shit!" Akihiko menyumpah seranah orang suruhannya. Kesakitan yang amat perit dirasakannya apabila wajahnya sudah berkerut seribu. Ludahnya juga sudah bercampur darah pekat akibat bibirnya itu sudah pecah dikerjakan oleh Erduardo sebentar tadi.
Aku dan Bella sudah berlari mendapatkan Erduardo yang masih kekal memegang tubuh Akihiko sebaik sahaja orang suruhan Akihiko melepaskan kami berdua. Setelah kami benar-benar berdiri di sebelah Erduardo, barulah Erduardo melepaskan tubuh Akihiko yang sudah melembik itu. Tendangan padu dilepaskan Erduardo tepat mengenai dada Akihiko. Tersembur darah pekat dari mulut dan hidung Akihiko. Terbaring lemah dia di lantai simen itu.
Erduardo membawa tubuh kami di dalam dakapannya. Namun cuma sebentar, orang suruhan Akihiko yang entah dari mana datangnya, mara ke arah kami dan cuba menyerang. Serangan rambang seramai empat orang itu sempat membuatkan aku
dan Bella kembali panik. Namun, tindakan pantas Erduardo bertindak dan tidak mengambil masa yang lama tumbang satu per satu mereka yang datang menyerang. Dengan jurusan libasan istimewa Erduardo gunakan ke atas mereka, tiada seorang pun yang mampu untuk bangun kembali. Jurusan itu tersangat istimewa, teknik serangan pantas dengan gerakan yang lembut yang belum pernah aku saksikan gerakan itu seumur hidupku ketika bersama dengannya. Bella juga tergamam, katanya itu adalah jurusan yang paling tertinggi dalam ilmu tea kwan do yang dipelajarinya bersama Alexander di kampus mereka dan bak kata guru yang mengajar mereka, Bella mengatakan kepadaku lagi, bukan calang -calang orang yang dapat menguasai teknik tertinggi ini. Ia sangat sukar dan memerlukan disiplin yang sangat tinggi.
Setelah memastikan keadaan aman kembali, kami dengan segera meninggalkan sarang Akihiko menyembunyikan aktiviti kejahatannya. Tinggal beberapa langkah untuk sampai kembali ke pintu masuk yang sudah tertanggal diterajang Erduardo awal-awal tadi, terdengar satu tembakan dilepaskan.
Bang..!!!
"SAYANG.....!!!!!!"
"MAMA.....!!!!!!"
"HAHAHA....!!!!! ITU BALASAN UNTUK PAPA AKU ED.. MR MARCUS...!!!! AKU PUAS... PUAS HATI AKU..!!! MATI PUN KAU JALANG..!!!" Teriak Akihiko dengan kuat bersertakan tawa yang menggila.
Erduardo meluru mendapatkan kembali Akihiko dan tanpa berfikir lagi lantas dia rampas pistol di tangan Akihiko dan menembak tepat di kepala lelaki itu dengan perasaan yang tiada lagi belas kasihannya.
Tumbang tubuh Akihiko di atas lantai itu semula.
"Daddy... cepat kita kena selamatkan Mama..!" teriak Bella membuatkan Erduardo pantas mendapatkan kami semula.
Tanpa berlengah lagi Erduardo mencempung tubuhku yang sudah dibasahi keringat di wajah. Pinggangku basah dengan aliran darah yang masih tidak mahu berhenti.
"Bertahan Sayang... kejap lagi kita tiba di hospital.. Bella pastikan Mama kekal jaga... jangan bagi Mama tutup mata dia.." pesan Erduardo yang masih fokus dalam pemanduannya.
"Sakit... Bella... sa...kit..!" Aku menangis menahan kesakitan itu.
"Mama... wake up... Dad go faster... hurry up.." Bella jerit lagi. Jari-jemarinya masih utuh menggenggam jejemariku.
Kesakitan yang teramat memilukan itu buat aku sudah tidak mampu bertahan. Kelopak mataku semakin memberat. Akhirnya, duniaku gelap gelita dan aku tidak tahu apa yang terjadi seterusnya!
Assalamualaikum dan hai semua... Done update...sorry lambat..hihihi..writer block melanda diri..
Share this novel