BAB 12 ( LUMPUH )

Drama Completed 12753

Erduardo dikejar ke hospital setelah kedatangan ambulan sepuluh minit tadi. Dia mendapat kecederaan itu disebabkan oleh serangan hendap oleh seorang penembak tepat mungkin dari musuh-musuh Mr Sebastian yang masih menaruh dendam. Hampir enam jam Erduardo di ruangan bilik bedah melalui pembedahan mengeluarkan peluru yang terkena di bahagian tulang punggungnya.

"Macam mana keadaan menantu saya doktor?" soal Mr Sebastian sebaik saja seorang doktor lelaki separuh baya keluar dari bilik bedah tersebut.

"Sila ikut saya, kita bincang di ruangan saya..." balas Dr Fernando agak serius.

Aku dan Mr Sebastian mengikuti langkah Dr Fernando dari belakang. Sampai sahaja di bilik kerja Dr Fernando terus ke tujuan asal kami di sini.

"Erm... pembedahan berjaya dilakukan, tapi..."

"Tapi apa doktor.." Aku tiba-tiba mencelah, tidak sanggup lagi untuk menunggu terlalu lama berita tentang kondisi suamiku itu.

"Dia akan lumpuh, peluang untuk dia berjalan semula seperti biasa agak tipis, cuma kita mampu berdoa, tunggu keajaiban dari Tuhan. Saya minta diri dulu.." Dr Fernando menepuk-nepuk lembut bahu Mr Sebastian sebelum berlalu dari ruangannya itu.

"No! no..! Papa.. Ed.. Papa..." aku sudah menangis semahu-mahunya dalam pelukan Mr Sebastian. Hancur luluh hatiku dengan perkhabaran yang disampaikan oleh Dr Fernando sebentar tadi.

"Ricca... hey.. Ricca, jangan macamni.. Ricca kena kuat ok.. demi Ed dan juga twins.. Ricca tak boleh lemah macamni.. Ed akan ok.. he's strong guy.. Papa akan usahakan apa cara sekalipun untuk pulihkan menantu Papa..." pujuk Mr Sebastian sambil tangannya mengelus rambut panjangku.

"Thanks Pa..Ricca nak pergi temankan Ed.. Ricca takut bila dia sedar nanti tiada siapa di sisinya..."

"Baiklah, tapi jaga diri juga.. Ricca jangan lupa.. Ricca tu mengandung, kena banyak rest for your babies.." pesan Mr Sebastian. Tangannya naik mengelus lembut perutku yang sudah kian menonjol.

Aku anggukkan kepala. Aku kembali ke wad yang menempatkan Erduardo. Dia masih lagi terbaring secara mengiring berikutan kecederaannya itu. Aku lihat dia sedang lena dalam tidurnya. Masih belum ada tanda-tanda yang dia akan terjaga di masa yang terdekat ini. Aku sudah berbaring di atas sofa yang disediakan oleh pihak hospital. Memandangkan Erduardo masih di dalam pengaruh ubat itu, aku hanya mampu melihat dan menunggu dia kembali sedar.

Tangan mengelus rambutnya yang sudah kelihatan sedikit panjang. Aku kucup dahinya penuh syahdu sebelum tangan ini mengelus lembut pipinya yang agak cengkung. Jari-jemariku menari-nari di ulas bibirnya yang pucat, lantas aku labuhkan ciuman di tepi bibirnya sekilas. Aku berbisik di cuping telinganya dengan menyatakan aku sangat rindu padanya dan akan selalu mencintai dirinya walaupun apa jua keadaannya sekali pun.

Jejemari kasarnya aku genggam erat dan tidak akan sesekali aku lepaskan. Puas aku menanti suamiku ini sedar kembali, akhirnya aku tertidur jadinya. Sehinggalah aku tersedar kembali apabila Erduardo mengelus lembut rambutku.

"Abang dah sedar, how are you feeling now..?" soalku pada Erduardo.

"Much better when I see you..I miss you so much.."
Bibirku dipagutnya sekilas.

"Sweet talker... nak apa-apa tak?" soalku dengan senyuman memekar di wajah.

"Takpe.. Abang boleh ambil sendiri..."
Erduardo menyelak selimutnya dari badan. Namun demikian, pergerakannya terhenti, dia merasakan kelainan di kakinya. Sepasang kakinya beku tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Dipaksanya juga untuk bergerak, tetapi tidak ada hasilnya. Dia sudah tidak betah dengan keadaannya itu, aku lihat wajahnya sudah memerah, menahan perasaannya yang bercampur baur. Diketuk-ketuk kakinya yang tidak bersalah itu dengan sepasang tangan kekarnya. Tak terdaya untuk aku menghentikannya, lantas aku peluk tubuh sasanya itu. Aku dengar tangisannya berlagu.

"Abang sudah Abang, jangan menangis, Carda tahu Abang kuat, Carda panggilkan doktor sekejap.." pujukku lembut, belakang tubuhnya aku elus lembut beberapa kali.

Aku berlalu dari situ sebentar memanggil doktor untuk memaklumkan keadaan suamiku itu. Setibanya kami di bilik wad itu, keadaannya sudah tidak seperti sebelumnya. Bilik wad itu jadi berantakan akibat ulah Erduardo. Habis kesemua wayar di tubuhnya dicabut, meja dan kerusi sudah tunggang terbalik dikerjakan nya. Aku lihat tangannya sudah dicemari darah yang mengalir. Dia menangis lagi di atas katilnya itu.

"Jangan dekat dengan aku jika kamu semua tak mahu mati..!!!" Erduardo berteriak nyaring membuatkan semuanya yang ada di situ menggigil ketakutan.

Aura membunuhnya kelihatan jelas di wajahnya itu. Garang dan kejam. Sinis matanya menikam satu persatu wajah yang berada di hadapannya itu. Namun bila panahan matanya menikam wajah ayu penuh kelembutanku ini, pandangannya itu bertukar menjadi kendur, tiada kelihatan lagi urat-urat hijau yang timbul di sepasang lengan sasanya itu. Dia bagaikan tersentak dengan pandangannya itu, bagaikan baru sahaja disirami dengan air salju yang kedinginan sekaligus meleburkan bara-bara api yang meluap-luap yang sempat membakar dirinya sebentar tadi.

"Abang... what's going on.. jangan sakiti diri sendiri Abang.. Carda percaya Abang akan baik-baik saja.."

"Carda.. leave me alone... Abang tak nak jumpa sesiapa pun.. get out of here right now!" tegas Erduardo mengungkapkan kata-katanya.

"Ok...fine, but you must behave.. ikut cakap doktor dan jangan buat macamni lagi. Promise me... dan Carda janji akan ikut segala kemahuan Abang.."

Aku berlalu dari situ setelah keadaan di dalam bilik ini menjadi seperti sedia kala semula. Semua yang telah disepahkan oleh Erduardo telah dikemaskan semula. Luka-luka di tangan Erduardo juga sudah dirawat dan segala wayar yang ada di tubuh Erduardo telah dipasang semula. Erduardo juga sudah terlena akibat mendapat satu suntikan ubat penenang yang terpaksa diberikan oleh doktor akibat tindakan agresifnya sebentar tadi.

Air mata yang membasahi wajahku sedari tadi, aku hapuskan sedikit kasar dengan belakang tapak tangan. Aku elus lembut rambut Erduardo seraya aku labuhkan bibirku di sisi kepalanya. Air mata yang masih bersisa di wajah pucatnya itu aku hapuskan perlahan-lahan dengan ibu jariku. Aku tahu dia merasakan kesedihan itu kerana aku jua merasakan perasaan yang sama.

Aku berlalu dari situ seperti mana yang dipinta oleh Erduardo sejak awal tadi. Aku perlu memberikan dia sedikit ruang untuk bersendirian. Aku tahu dia perlukan itu untuk menenangkan fikirannya yang tengah berserabut itu. Tentu dia merasa cukup kecewa atas semua yang berlaku. Dia tidak segagah yang dulu lagi dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan duduk di kerusi roda seperti aku. Terkadang aku juga merasakan sangat terkesan dengan keadaanku ini. Aku menganggap diriku hanya menambahkan beban pada keluargaku sahaja.

"Jauhnya termenung..mujur jumpa juga di sini semula.." tegur seorang doktor lelaki yang jelas tertera namanya di tag pengenalan diri yang tergantung kemas di lehernya itu.

"Alejandro..." aku gumam sebaris namanya. "Sorry Dr Alejandro kita saling kenal ke..?" tanya aku ingin tahu.

"Erm.. so okay Ricca, saya rasa awak perlukan khidmat saya sekarang.. boleh saya berjumpa dengan suami anda.." soalnya kembali dengan sebuah senyuman yang menawan. Hampir tertewas aku dengan pesonanya itu.

"Marilah..saya tunjukkan biliknya.. tapi awak kena berhati-hati Dr Alejandro, suami saya masih belum stabil emosinya.." kataku memberikan peringatan kepada Dr Alejandro.

Dr Alenjro mengikuti setiap arah yang aku tunjukkan kepadanya. Dia yang membantu aku menolak kerusi roda walaupun aku menghalang dia berbuat demikian. Rasa tidak selesa terbit dalam diri ini. Namun, Dr Alejandro tidak menghiraukan itu. Terus sahaja sepasang tangan kekarnya melekat pada pemegang kerusi roda tersebut dan pantas menolak ke destinasi sebaik sahaja aku menyebut bilik wad yang menempatkan Erduardo.

"Thanks Dr Alejandro.. tengoklah suami saya tu.. masih sama sahaja keadaannya.. manalah tahu jika dia berjumpa dengan doktor nanti keadaannya semakin membaik.."

Dr Alejandro perlahan-lahan mendekati katil wad Erduardo. Erduardo yang baru tersedar itu terus mencelikkan mata seluas-luasnya. Bagaikan mahu terkeluar dari soket sahaja lagaknya apabila matanya terpandang wajah Dr Alejandro. Aku yang sudah duduk di sampingnya mengelus lembut jejemarinya yang urat-uratnya sudah kelihatan jelas menegang. Tajam matanya menikam wajah Dr Alejandro di hadapannya. Apa yang tersembunyi di antara mereka ini, kelihatan kedua-duanya seperti tidak mahu mengalah, tetapi aku lihat wajah Dr Alejandro lebih santai daripada Erduardo yang sepertinya dia sedang menahan amarahnya.

"Well, Erduardo.. saya rasa tak perlu saya memperkenalkan diri lagi.. terkejut?! aku masih berdiri di hadapan kau sekarang ni.." sinis, tangannya dibawa melipat ke dada.

"Ada apa hal kau ke sini Dr Alejandro.. aku rasa khidmat kau tidak diperlukan di sini.." gemertak gigi Erduardo menunjukkan dia sangat emosi ketika ini.

"Hey.. menantu Papa, jangan macam ni ok.. niat Dr Alejandro hanya untuk membantu.Papa yang suruh.. berikutan emosi Ed yang tak menentu tu.." kata Mr Sebastian yang baru memunculkan diri di muka pintu bilik ini.

Erduardo langsung terdiam mendengar kata dari Mr Sebastian. Patuhnya pada Mr Sebastian tiada tandingannya itu membuatkan aku kagum.Erduardo begitu hormatkan bapa mentuanya itu dan tidak hairanlah dia menjadi kesayangan Mr Sebastian.

"Abang.. bertenang ya, Dr Alejandro ini akan membantu Abang nanti.. Abang janganlah marah-marah macamni..Abang bertahan demi Carda dan anak-anak kita ok.."

"Tenang.. Ed, saya akan bantu awak sedaya upaya saya, saya ikhlas.." Dr Alejandro menyatakan itu sambil menghulurkan tangannya pada Erduardo, namun lambat-lambat Erduardo menyambut huluran itu, itupun setelah aku yang memujuknya.

Aku tidak tahu mengapa Erduardo membencikan Dr Alejandro sebegitu rupa. Apakah mereka ini pernah bermusuhan dahulu atau Erduardo cemburu melihat Dr Alejandro berdekatan dengan aku. Alahai Abang Erduardoku ini, dalam ganas-ganas dalam hati ada taman rupanya. Aku keluar sebentar bersama Mr Sebastian, meninggalkan mereka berdua di situ secara tidak langsung memberikan ruang untuk Dr Alejandro memulakan sesi rawatannya pada Erduardo.

Hari berganti hari, Erduardo mula menerima kehadiran Dr Alejandro dengan baik. Dr Alejandro juga sudah meminta maaf dan mengaku kesalahan nya pada Erduardo yang dia juga sebenarnya menyimpan perasaan padaku adalah cuma rasa kerinduannya yang menebal pada mendiang isterinya yang kebetulan menyerupai wajahku.

"Ed, maafkan aku ya.. atas keterlanjuran aku pada isteri kau..." pinta Dr Alejandro sungguh-sunguh.

"Dahlah Dr Alejandro, aku rasa, aku yang patut minta maaf atas tindakan aku dulu pada kau. Aku salah faham..apa kata kita bersahabatan. Kau pun dah banyak tolong aku. Aku rasa emosi aku sudah agak stabil dan lebih bermotivasi.. terima kasih sekali lagi..." luah Erduardo pula.

"Tak perlu Ed, ini semua adalah tanggung jawab aku sebagai seorang doktor, aku juga berharap kesemua pesakit aku sembuh seperti sedia kala.." sambung Dr Alejandro lagi, sambil menepuk lembut bahu Erduardo.

Mereka berpelukan sebentar, kebetulan aku yang berada di situ agak terharu melihat mereka berdua akhirnya boleh berbaik-baik di antara satu sama lain dan yang paling aku tidak menjangkakan mereka berdua kini menjadi sahabat baik. Mereka saling tak tumpah seperti adik-beradik lagaknya. Mesra dan rapat, saling mengambil berat antara satu sama lain.

Sebulan lamanya Erduardo tinggal di hospital mendapatkan rawatan. Dan berkat kesabarannya, kini Erduardo baru dapat sedikit mengerakkan kaki kirinya. Erduardo sudah dibenarkan untuk pulang semula ke rumah. Aku pula hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk melahirkan. Pelbagai persiapan yang telah dibuat oleh Mr Sebastian dan tidak ketinggalan Dr Alenjandro juga turut sama membantu, lagaknya seperti dia yang menjadi bapa sebenar kepada bayi kembar ini. Sebuah bilik khas telah disediakan untuk bayi-bayiku ini sejurus sahaja aku selamat melahirkan mereka.

Bilik ini sudah dihias secantik yang mungkin berlatar belakangkan warna putih dan krim. Terdapat katil kembar di sini dihias dengan pelbagai dekorasi yang mewah. Keterujaan Mr Sebastian yang ingin menimang cucu itu sanggup berhabis wang ringgit semata-mata mengupah juruhias reka bentuk dalaman yang profesional. Tidak ketinggalan juga Dr Alejandro turut menyumbang tenaga untuk merealisasikan impian Mr Sebastian ini.

"Abang... laa kat sini rupanya.. kenapa Carda tengok Abang macam tak happy je..?" Aku peluk batang leher Erduardo dari belakang.

"Eh, Sayang.. terkejut Abang. Abang... erm.. Abang minta maaf Sayang.. Abang hanya mampu melihat.. Abang tak buat apa-apa pun untuk twins. Abang rasa diri Abang macam tak berguna.." Erduardo meluahkan kata-katanya sambil meraut kasar wajahnya beberapa kali.

"A.. BANG! Carda tahu Abang sangat terasa dengan semua yang Papa dan Dr Alejandro lakukan, tapi Carda minta Abang jangan mengalah ya.. Abang pun tak minta semua ini terjadi.. Carda tetap perlukan Abang dalam hidup Carda.." Aku beranjak ke hadapan menatap wajah suamiku yang penuh kekecewaan. Sepasang tangan kekar itu aku genggam erat.

"Sayang.. Abang tak mampu lagi Sayang.. Abang rela kalau Dr Alejandro gantikan tempat Abang.. itu yang terbaik buat Sayang.." Dia melepaskan genggaman tanganku dan mula mencipta jarak kedudukannya denganku. Aku terpempan atas tindakannya itu. Kecewa?! Ya.. aku sangat kecewa dengan sikap Erduardo yang cepat sangat mengalah itu.

"No! Abang pentingkan diri sendiri.. I hate you.. I hate you..!!! Argh!.. sakit Abang.. tolong Carda Abang.. Carda rasa dah sampai masa..." Aku sudah terjelopok menahan kesakitan yang teramat, bagaikan mahu putus sahaja nyawaku ketika ini. Nafasku mula sesak. Air mata mula membanjiri wajahku.

"Sayang... !!!! bertahan Sayang...janfan tinggalkan Abang.. Erduardo cuba membantu, namun dia yang rebah dari kerusi rodanya.

"Abang tolong Carda... Abang.. sakit!!!"

"Ricca... Ed...!!!" bergema suara Dr Alejandro melihat keadaan kami.

Kebetulan Dr Alejandro tiba tepat masanya. Terus dia mencempung tubuhku yang telah terbaring di sisi kerusi roda Erduardo, sebelum sempat Erduardo mengarahkan apa-apa pada Dr Alejandro. Aku yang sudah terkulai layu berlumuran darah dan basah dengan air ketuban yang baru sahaja pecah sebentar tadi membuat kedua jejaka tampan ini panik.

"Dr Alejandro, tolong selamatkan isteri dan anak-anak aku.." pinta Erduardo yang telah didudukkan semula di atas kerusi rodanya oleh Dr Alejandro.

"Baiklah... aku janji dengan kau, mereka semua pasti selamat...aku pergi dulu..." pamit Dr Alejandro.

Pemergian Dr Alejandro denganku dipandang sayu Erduardo di atas kerusi rodanya itu. Sempat dia melabuhkan kucupan di dahiku sebelum Dr Alejandro membawaku pergi. Aku lihat dia menangisi pemergianku, semakin lama semakin kuat tangis itu bergema dan mendengarkan itu buat hati aku tidak tenang. Terasa bagai Erduardo bakal meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Assalamualaikum dan hai semua.. Done update...terimalah seadanya.. maaf di atas sebarang kelewatan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience