Alejandro membukakan pintu keretanya dan mempersilakanku turun. Layanannya tak ubah aku ni seperti tuan puteri. Apakah ada muslihat di sebalik layanan istimewa itu..? Entahlah aku pun sukar mahu menebak perilakunya itu.
Di seberang sana, aku nampak lelaki separuh abad bersama dua orang anak kecil yang seiras wajahnya. Mereka sedang berlari menerpa ke arahku. Wajah polos itu jernih kembali.
"Mama..!!!!" teriak mereka serentak.
"Ricca.. my princess..." kata lelaki itu pula.
Aku tayang muka tak beriak, namun air mata ini mengalir dengan sendiri. Makin lama semakin laju. Lantas aku hamburkan di dalam dakapan mereka bertiga.
"Ricca... sudah Ricca, jangan menangis lagi.. maafkan Papa..Papa dah banyak sakitkan hati anak Papa ni, Papa kejam Ricca..Papa kejam..." Mr Sebastian meluahkan kata itu sambil mengelus rambut panjangku lembut. Air mataku yang bersisa dihapuskan lembut dengan kedua ibu jarinya.
"PAPA...?!" Aku soal kembali, tercengang Mr Sebastian sambil menguraikan pelukannya perlahan-lahan.
"Yes.. Ricca, ni Papa.. Papa Sebastian.." berulang kali Mr Sebastian menyakinkan dirinya itu.
Aku hanya tersenyum, lantas Alejandro membawa aku masuk ke dalam rumah agam ini. Aunty Marry menyambut kedatanganku dengan linangan air mata. Aku memeluk erat tubuh Aunty Marry. Hanya Aunty Marry yang masih utuh dalam ingatan aku. Aunty Marry membawa aku berehat di kamarku semula. Aku hanya menurut. Badan yang masih lemah membuatkan aku terus terlena sebaik sahaja merebahkan tubuh di atas katil empuk ini.
Sedar dari lena terus aku berlari ke kamar mandi, aku muntahkan segala isi perutku sehingga lembik tubuh ini jadinya. Perkara yang sama aku alami sewaktu mengandungkan anak kembar itu dulu. Adakah aku mengandung lagi?.Dan kali ini, aku mengandungkan zuriat Abang Ed, zuriat dari benih lelaki yang aku cintai dan yang paling penting dia suami sah aku. Kalau ini benar-benar terjadi, alangkah gembiranya hati ini.
Memikirkan perkara itu, aku jadi semangat kembali, masakan mengandungkan anak dari benih seorang jejaka yang perkasa lagi tampan, aku jadi lemah begini. Tak..tak! Aku harus kuat.. demi anak ini. Ya! Demi anak ini aku harus kuat walaupun aku terpisah jauh daripada bapa kandungnya. Aku yakin, aku pasti boleh melakukannya. Terus aku membersihkan diri dan cepat-cepat bersiap.
"Ricca dah bangun..? Awalnya nak ke mana cantik-cantik ni.." soal Aunty Marry.
"Ke hospital..Ricca nak buat check up.. Ricca rasa tak sedap badan.. sebelum tu nak tolong Aunty siapkan sarapan.. Ricca dah pandai tau, Emily yang ajar.."
"Erm... baguslah, tapi kalau tak boleh jangan paksa diri.. dalam rumah ni ramai pembantu.. jangan risau.. Papa Sebastian dah siapkan semuanya untuk Ricca..." terang Aunty Marry lagi sambil tangan tuanya ligat menyediakan sarapan pagi untuk keluarga ini.
"Ok siap... cuba Aunty Marry cuba.. sedap tak..?"
Perlahan-lahan aku suapkan sandwic telur bersama salad sayuran itu ke mulut Aunty Marry. Aunty Marry memuji menu hasil daripada air tanganku dan itu buat hatiku rasa berbunga-bunga. Kami sama-sama tertawa kecil, namun kehadiran Mr Sebastian mematikan gelak tawa itu serta-merta.
"Amboi, riangnya pagi ni.. Ricca awal princess Papa bangun.."
"Erm.. saja.. bangun pagikan badan jadi sihat.."
"Betullah tu, breakfast saya dah siap Marry..?" tanya Papa pada pembantu setianya itu.
"Dah, Tuan sekejap lagi saya hantar ke meja depan.. tapi sebelum tu cuba Tuan rasa sandwic ni sikit, Ricca yang buat.. sedap..."
"Erm... sedap...pandai Ricca masak.. tapi jangan bagi Ricca penat..apa gunanya saya upah pembantu jika anak saya yang buat semua ni.." tegas Mr Sebastian.
"Papa... jangan marah Aunty Marry macam tu, Ricca yang nak buat.. Ricca buat special untuk Papa, Alex dan Bella..."
"Oh... aku minta maaf Marry..aku hanya mahu pastikan semua pembantu di sini jangan ambil kesempatan makan gaji buta pulak... itu saja.."
"Jangan bertegas sangat Papa, nanti semua orang benci, takut!. Pa... boleh tak Ricca nak request something..?"
"Apa dia..?" soal Mr Sebastian semula.
"Ricca nak driver merangkap bodyguard and benarkan Emily tinggal di sini.."
"Tu aja... simple..pilihlah mana-mana yang Ricca berkenan.. ramai orang suruhan Papa ni ada kat luar sana tu.., Emily bff Ricca dulu tu..?"
"Ya, why Papa...?" soalku dengan nada risau.
"Anytime dear, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk dia...jangan timbulkan masalah sudah.."
Aku dah senyum sampai telinga, lantas tubuh yang masih tegap itu aku peluk erat-erat. Kucupan ringkas aku hadiahkan pada pipi kirinya.
"Pa, you ni I tengok makin tua makin hot tau.. tak nak cari pengganti ke..? Teman masa sunyi you.."
"Kejap... kenapa semalam Ricca macam tak kenal Papa.. anything happened to you..?"
Aku gelengkan kepala. Pandai betul Mr Sebastian mengelak dari soalan aku tadi. Aku tahu dia sangat setia pada mendiang Rubi.. kekasih awal dan akhirnya.. begitu juga dengan aku.. Mungkin kami anak-beranak ni jenis yang sangat setia. Erduardo nama yang terpahat di hati.Kehadiran si kecil dalam rahim ini menambahkan lagi kekuatan cintaku pada dirinya. Ya! aku pasti hal ini.
"Ricca tak jawab pun soalan Papa..?" Mr Sebastian mengulangi pertanyaannya lagi.
"Soalan apa tu..?!" Alejandro bersuara. Dia sudah labuhkan punggungnya di kerusi bertentangan denganku. Ada juga Alex dan Bella bersamanya yang mengambil tempat di kanan dan kiriku.
"Takde apa-apalah.. cuma semalam Ricca lupa makan ubat.. sorry Papa.. eh makanlah, nak Mama suapkan?" soal aku pada Alex dan Bella.
"Takpe Mama, kami boleh suap sendiri.."
"Erm.. good..cepat makan nanti kita boleh jalan-jalan kat pantai.."
"Oklah Pa, Al pergi hospital dulu..jangan nakal-nakal ya Sayang, Papa. Ricca, Abang pergi kerja dulu.." Alejandro labuhkan ciumannya di sisi kepalaku sebelum dia berlalu dari meja makan itu.
Setelah selesai bersarapan, aku bawa anak kembarku mengambil angin di pantai. Seronok mereka bermain air di gigi pantai. Terimbas kembali sewaktu aku di zaman kanak-kanak dahulu. Riang, gembira dan bersuka ria ditemani bapa tercinta. Tidak perlu memikirkan tentang sebarang masalah melanda, bebas bermain tanpa sebarang halangan.
"Jom duduk sana tu, kita buat sandcastle..kita buat besar-besar nak.."
"Horray... Mama suka bina castle..?" soal Bella.
"Yes, dear.. dulu Mama sempat bekerja dalam architecture company.. tapi Mama sakit, sebab tu Mama kena buang kerja.."
"Takpelah..granpakan kaya, setakat nak tanggung Mama seorang, celah gigi je.." kata Alex sambil tersenyum.
"Bijaknya anak-anak Mama, kalau kamu berdua ada adik lagi, kamu suka tak..?" soalku sengaja mahu memancing hati mereka.
"Kami suka Mama...lagi ramai lagi bagus, taklah sunyi... Bella nak baby girl.. boleh jadi kawan Bella.."
"No.. it's should be a baby boy.." balas Alex pula.
"Eh, janganlah gaduh... tak kisahlah baby boy ke girl janji dia adik korang juga kan.. kalau kembar macam korang, macam mana..?"
"Itu baru awesome Mama..." jawab Alex dan Bella serentak.
* * *
Lewat tengah hari itu, aku bersama pemandu merangkap pengawal peribadi yang aku pilih sendiri daripada beberapa orang suruhan milik Mr Sebastian.
Dia ni agak sekepala denganku, mudah diarah dan yang paling penting muka agak jambu, takdelah aku stress nak hadap muka dia hari-hari nanti.
Aku suruh dia bawa aku ke sebuah hospital untuk aku mendapatkan rawatan. Dia yang aku panggil Rich ini agak mudah orangnya, dia tidak banyak tanya dan sangat menurut perintah. Dan dia juga sangat prihatin orangnya, pendek kata Rich ni seperti jelmaan Gabriel. Tergeleng kepalaku bila teringat kejadian tragis menimpa mendiang Gabriel dulu.
"Puan Ricca, dah sudah ke urusan.. nak balik sekarang.." tanya Rich sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta Chevrolet Equinox putih milik Mr Sebastian.
"Rich... berapa umur awak..?" Lain yang ditanya, lain pula aku menjawabnya.
"Err.. nak masuk tiga puluh Puan.. Puan nak balik atau nak singgah mana-mana..?" Rich mengulangi soalannya dengan penuh sopan.
"Rich.. umur awak tak jauh beza dengan saya.. awak tua tiga tahun daripada saya.. tak perlulah panggil Puan.. panggil saja Ricca..kalau berdepan dengan Mr Sebastian baru Abang Rich panggil saya, Puan.. erm Abang Rich tahu mana kedai aiskrim yang paling sedap..."
"Ada, Puan... eh, Ricca.. Rich selalu juga bawa anak saudara Rich ke sana dulu... sebelum Rich kerja dengan Tuan Ian.. tak perlulah panggil Abang, panggil Rich je dah cukup... saya bawa Ricca ke sana ya.."
"Yes Rich, let's go... saya mengidam sangat ni"
"Sorry, Ricca pregnant ke..?"
"Ya, Rich.. nak masuk dua minggu.. saya happy sangat.."
"Anak Tuan Al...?" soal Rich yang sudah membelok kereta ke kotak parking.
Aku biarkan soalan itu tiada jawapannya. Cuma segaris senyuman aku ukir buat Rich. Biarlah berita gembira ini menjadi rahsia dahulu. Aku takut jika perkara ini sampai ke telinga Mr Sebastian, ia akan mengancam nyawa bayi ini dan juga bapa kandung nya nanti.
Rich mempersilakan aku masuk dahulu ke dalam sebuah kedai yang khas menjual aiskrim dan pelbagai manisan. Lebih dari dua belas jenis perisa pelbagai warna ditawarkan di dalam kedai ini. Tidak ketinggalan ada beberapa jenis topping disediakan untuk menjadikan juadah itu lebih eksklusif dan premium. Sedang aku ralit mencari perisa aiskrim kegemaran, aku rasa jari telunjukku disentuh oleh jari telunjuk seseorang. Aku mendongak untuk melihat si empunya jari. Sepasang mataku membulat. Aku mahu teriak namanya, namun cepat-cepat aku tekup mulutku dengan tapak tangan kiriku.
"Why Carda..?! what's happened to you.. tak kenal Abang ke..?" soal Erduardo.
Aku sudah gelengkan kepala. Melihat itu, segera Rich mendapatkan aku.
"Siapa dia Ricca, dia ada buat apa-apa ke..?"
"No, takde apa-apa Rich.. saya ok, dia tak buat apa-apa pun.." sempat aku berikan isyarat pada Erduardo dengan kerlipkan mataku dan Erduardo mengerti isyarat itu, lantas dia berpura-pura tidak mengenaliku dan terus beredar setelah mendapatkan aiskrimnya dan dia serahkan aiskrim yang sama kepadaku. Kami berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain.
Pada mulanya agak sukar, tapi lama-kelamaan kami sudah terbiasa. Rich juga tidak menyedari perkara itu. Dan aku hanya dapat berjumpa Erduardo hanya dengan cara ini sahaja. Hampir sebulan kami berjumpa dengan cara begini. Akhirnya, Rich sudah mengetahui siapa Erduardo sebenarnya. Kini, Rich dan Erduardo berteman baik. Rich sangat menjaga rahsia ini rapat-rapat dan aku sangat berterima kasih dengannya yang sudah aku anggap sebagai abang kandungku sendiri.
Kemunculan Emily di rumah agam ini sedikit sebanyak menghindarkan keobsesan Alejandro terhadap aku. Pada mulanya agak sukar untuk aku mempercayainya, tetapi Alejandro yang mengungkap kannya sendiri, barulah aku mengerti yang dia sudah jatuh hati pandang pertama pada Emily. Aku pula, menerima baik hal itu. Aku tumpang gembira, akhirnya Emily jumpa juga jodohnya. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain, sama seperti aku menyayangi Erduardo. Mr Sebastian juga sudah tidak menghalang lagi perhubungan kami berempat. Dia merestui hubungan kami dan akan menganjurkan pesta besar-besaran untuk meraikan majlis perkahwinan kami berempat yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
* * *
Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Aku dan Emily awal pagi itu telah ditata rias oleh juruandam profesional. Kami tampil anggun dan menawan dengan gaun serba putih itu. Emily bertambah cantik dan jelita dengan gaun kembang ala princess, manakala aku lebih selesa dengan gaun potongan ala mermaid. Veil putih sepanjang tiga meter yang dihiasi dengan tiara di atas kepala menambahkan lagi seri pengantin di wajah kami berdua.
Mempelai lelaki pula tampil segak dengan suit berwarna putih untuk Alejandro manakala Erduardo pula memilih tuxedo berwarna hitam. Kedua-dua mereka kelihatan sangat kacak dan terpancar aura bakal pengantin mereka pada pagi itu.
Kami memilih untuk mengadakan majlis ini di sebuah laman yang lapang, dihiasi dengan hamparan rumput karpet yang menghijau serta taburan ratusan bunga- bungaan yang terdiri daripada bunga ros dan bunga lily yang dihias cantik dan sempurna. Padanan warna putih, hijau dan lavender membuatkan suasana majlis menjadi sangat mendamaikan bagaikan sedingin salju membasahi bumi. Sejuk dan segar sahaja mata para tetamu yang sudi hadir memeriah kan majlis ini memandangnya.
Setelah selesai upacara menyatukan pasangan mempelai, sekarang tibalah masanya untuk pasangan pengantin memberikan kucupan untuk simbol penyatuan sebagai suami isteri. Pasangan Emily dan Alejandro dahulu yang memulakannya dan diikuti oleh aku dan Erduardo. Tiada lagi penolakan daripadaku sewaktu aku mula-mula sah menjadi isteri kepada jejaka ini dulu.
Pada hari ini, aku dengan rela hati menyambut tautan bibir jejaka itu dengan penuh rasa cinta yang memekar. Lama bibir kami menyatu sehingga terpejam mataku menerima sentuhan lembut daripada Erduardo itu. Namun, hari bahagia kami tidaklah berjalan seperti yang dirancangkan. Hari bersejarah ini disudahi dengan lautan darah yang sangat mengerikan. Emily rebah di pangkuan suami tercinta. Mujur Erduardo bertindak pantas, bersama beberapa orang suruhan Mr Sebastian. Aku, Alex, Bella dan juga Papa terselamat dari rusuhan yang datangnya daripada Marcus dan beberapa orang konconya. Yang lainnya, menjadi korban serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.
Erduardo juga tercedera dari serangan secara mendadak itu. Mujur mereka tidak menggunakan sebarang senjata api, cuma menyerang kami dengan beberapa bilah pedang. Dan itu menjadi salah satu kepakaran Erduardo. Tidak sampai beberapa minit, konco-konco Marcus dapat juga ditewaskan oleh Erduardo, walaupun ramai juga yang menjadi mangsa. Marcus pula awal-awal lagi sudah melarikan diri dan dia hanya mengarahkan anak-anak buahnya sahaja yang membuat onar pada hari itu.
Aku dibawa ke tempat yang lebih selamat oleh orang suruhan Mr Sebastian. Mujur kami sempat menyelamatkan diri dari bahaya tersebut dan tiada kecedaraan yang kami alami. Tubuh kaku Emily dan juga Alejandro kami bawa bersama. Setelah Erduardo mendapatkan rawatan, kami bertolak ke Roma tempat Uncle Roberto bersama Uncle Frankie berkelana.
* * *
Lewat tengah malam itu kami semua tiba di Roma. Uncle Roberto bersama Uncle Frankie telah siap menunggu ketibaan kami di sini. Melihat kesemua sudah sangat keletihan, Uncle Roberto dan Uncle Frankie terus memecut kenderaan jenis MPV Lexus LM 350 hitam itu ke kediaman mereka. Sebaik sahaja tiba di rumah agam itu, terus kami membuat upacara pengebumiaan untuk mendiang Emily bersama Alejandro. Walaupun kami semua sudah agak keletihan, namun demi satu-satu rakan karibku ini, aku gagahkan juga diri ini untuk upacara kehormatan kali terakhir buat mereka.
Upacara pemakaman mereka berlangsung tepat pada enam pagi itu. Suasana suram menyelubungi di kawasan tanah perkuburan. Aku menangisi pemergian mereka yang baru sahaja ingin mengecapi kebahagian itu. Puas juga Erduardo memujukku dari tadi, sehinggakan aku terlena di pangkuannya dengan linangan air mata yang masih bersisa.
Sudah seminggu Emily dan Alejandro meninggalkan aku, namun aku masih lagi bersedih. Aku salahkan diri ini atas pemergian mereka. Erduardo juga sudah buntu untuk memujuk diri ini sehingga akhirnya, dia biarkan aku berdamai dengan sendirinya. Keadaan diri yang agak lemah, aku habiskan waktu dengan hanya berbaring di atas katil. Papa juga sudah habis cara untuk memujuk diri ini. Segala nasihatnya bagai angin lalu yang menerpa di halwa pendengaranku. Tidak aku hiraukan sama sekali.
"Ed..apa kata kita bawa Ricca ke tempat yang lebih mendamaikan..setahu Papa Ricca sukakan pantai.. Papa bimbang Ed.. terus-terusan Ricca begini akan menjejaskan kandungannya nanti..." Mr Sebastian mengusulkan pendapatnya.
"Betul juga tu Pa, Ed akan usahakan.. bimbang juga kalau sampai tahu ke pengetahuan Marcus..nyawa kita semua dalam bahaya Papa.."
"Erm.. sebab tu kita kena berpindah.. kita tak boleh nak menetap sesuatu tempat tu terlalu lama.. mata -mata Marcus tu ada je kat mana-mana.."
"Dah.. dahlah tu... sampai bila kita nak hidup macam ni Pa, Abang... Ricca dah tak sanggup.. Marcus nakkan Ricca kan, serahkan sahaja Ricca pada Marcus.."
"Sayang! No... Never... langkah mayat Abang dulu kalau itu yang bakal terjadi.. Abang janji Carda hidup kita bakal bahagia jua suatu masa nanti.."
"Ricca, jangan berputus asa ya Sayang, Papa juga akan mempertahankan keluarga kita..Papa takkan benarkan sesiapa yang harus terkorban lagi lepas ni.. Itu janji Papa.. !" Bersungguh Mr Sebastian mengungkap janji itu. Jejemarinya dikepal erat sehingga timbul urat-urat yang menghijau.
"Baiklah mulai saat ini Ricca berjanji akan dengar cakap Papa dan Abang.. demi anak yang bakal lahir ini... Pa.. Alex dengan Bella mana..?"
Kedengaran hela nafas Uncle Roberto yang tercunggap-cunggap mendapatkan Mr Sebastian. Dan berkali-kali dia meminta maaf dari majikannya itu.
"Tuan Ian... saya minta maaf.. Alex dan Bella sudah berjaya diculik oleh orang Marcus..dengan bantuan Frankie..." adu Uncle Roberto.
"Apa..?! Aku memang dah agak.. ada sesuatu tak kena pada Frankie... cepat kita bertindak Ed.. kita kena selamatkan Alex dan Bella.. Sial kau Frankie.. kau memang mencari nahas...!"
Mendengar itu tubuhku longlai. Serta-merta aku pengsan, nasib baik pantas lengan Erduardo melelar pinggangku dan dibaringkan semula tubuh ini di atas katil itu. Dia berpesan pada Uncle Roberto supaya menjaga aku dengan baik sebelum dia meninggalkan aku di bawah penjagaan Uncle Roberto.
"Abang.. Papa hati-hati... bawa Alex dengan Bella pulang dengan selamat.." kataku dalam semangat yang masih bersisa.
"Baik Sayang.. jaga diri.. Abang pergi dulu.."
Erduardo mengucup dahiku sementara lengan kekarnya mengelus perutku yang masih rata. Setelah itu, dia pergi meninggalkan aku bersama bapa mentuanya dalam keadaan yang sepantas kilat.
Assalamualaikum dan hai semua.. Done update.. terima kasih yang sudi follow author.. :) :) :)
Share this novel