~ 6 ~

Family Completed 8882

Harris berlegar-legar di dalam KLIA2 seorang diri. Dia sedang mencari buah tangan untuk 2 orang buah hatinya di rumah. Dari satu kedai ke satu kedai Harris melangkah. Tetapi masih belum lagi jumpa yang berkenan di hatinya.

Apabila dia sampai ke ruangan menjual minyak wangi, hatinya tergerak untuk beli sebotol untuk Tasya. Tasya memang gemar memakai minyak wangi walaupun sekadar di rumah.

“Can I help you?” datang seorang jurujual manis berbangsa India menegurnya.

“I’m looking for a new arrival for my wife. Do you have any?” Balas Harris.

“Yes, of cause. This way, sir.” Jurujual yang tertera nama Manisha di tag namanya menunjuk arah kepada Harris. Dia hanya mengikut. “Do you prefer a strong scent of a soft one?”

“I prefer floral scent. Not too strong, not too soft.”

“In that case, you might like this one, sir. This is totally new.” Cadang Manisha. Dia menyemburkan sedikit haruman itu di atas sekeping kad dan menghulurkannya kepada Harris.

“This is too soft. Can I have something stronger?” balas Harris setelah dia menghidu bauan di kad tersebut.

“How about this one?” Manisha mencapai haruman yang lain dan menyemburkan sedikit di atas kad yang lain. Harris menyambutnya dan menghidu kad tersebut. Dia suka dengan bauan itu.

“Yes, I like this one.”

“Which size do you want?” Manisha menunjukkan pilihan saiz-saiz botol yang mereka ada.

“Give me the big one, please. Thank you.” Jawab Harris dengan sopan.

“Cash or credit card, sir?”

“Card, please.”

“Okay, this way sir.” Manisha mengiring Harris ke kaunter bayaran. Kaunter kosong tanpa pengunjung yang lain. Harris lega kerana dia tak perlu menunggu. “Thank you, sir. Please come again.” Ucap Manisha sebelum berlalu pergi. Baik betul budi Bahasa gadis itu.

Setelah selesai membuat pembayaran, Harris keluar berjalan-jalan lagi. ‘Untuk Tasya dah dapat. Sekarang, apa pula untuk budak kecik tu.’ Harris tersenyum mengenangkan wajah comel anak perempuannya itu. Tak sabar dia mahu pulang berjumpa dengan kedua-duanya. Sudah 10 dia berada di luar kawasan. Sepatutnya dia perlu berada di sana selama 14 hari. Tetapi kerjanya selesai lebih awal. Dia tidak memberitahu Tasya dia akan pulang awal. Dia ingin membuat kejutan kepada mereka berdua.
Akhirnya, Harris melangkahkan kakinya ke salah sebuah kedai buku dan majalah. Dia membelek-belek buku cerita kanak-kanak yang ada di situ. Dia mengambil 3 buah buku cerita dan satu ensiklopedia kanak-kanak. Di bawa buku-buku tersebut ke kaunter bayaran. Harris mengangkat tangannya untuk melihat jam.

‘8:30 dah. Solat Isha’ dulu sempat ni. Lepas t uterus masuk boarding.’ Fikir Harris merancang masa perjalanannya. Pesawatnya yang dijadualkan pada jam 10 malam terpaksa ditunda hampir 2 jam akibat hujan yang sangat lebat. Harris memandang ke luar jendela ruang menunggu. Hujan lebat mencurah-curah diselang-seli dengan panahan kilat dan dentuman guruh. ‘Lambatlah aku sampai rumah macam ni.’ Rungutnya dalam hati.

Sesampainya Harris di lapangan Terbang, jam sudah pun menjengah ke jam 2 pagi. Dia tidak mahu mengganggu isterinya. Dia keluar ke pintu utama dan mengambil teksi sahaja untuk pulang ke rumah. Badannya sudah terlalu letih. Hampir seharian dia dalam penerbangan termasuk waktu pertukaran pesawat. Dia hanya ingin pulang ke rumah, mandi dan tidur bertemankan isterinya.

“Encik, rumah encik nombor berapa?” soal pemandu teksi kepada Harris yang sudah terlelap di kerusi sebelah. “Encik? Encik?” pemandu itu mengejutkan Harris perlahan-lahan.

“Oh, maaf. Letih sangat saya hari ini.” Harris yang baru tersedar agak kebingungan.
“Rumah encik lorong 14 kan? Nombor berapa?” soal pemandu teksi itu sekali lagi.

“Ya, ya. Lorong 14, nombor 202. Hujung ke sana sikit. Eh, lampu apa banyak-banyak tengah-tengah malam ni?” ujar Harris perlahan. Agak pelik apabila dia lihat ada lampu kereta polis yang terpasang di kawasan perumahannya. Semakin dekat, hati Harris semakin berdebar. Dia berdoa polis-polis itu bukan berada di rumahnya. Namun, doanya tidak diperkenankan.

Harris turun perlahan-lahan daripada teksi yang dinaikinya. Dia agak pelik dengan suasana begitu. ‘Jangan-jangan rumah aku dipecah masuk. Ya, Allah. Anak dan isteriku!’ suaranya bergema di dalam kepalanya. Dia terus menerpa kepada seorang anggota polis yang sedang berdiri di pintu pagar rumahnya.

“Tuan! Ada apa dengan rumah saya ni Tuan? Mana anak dan isteri saya? Mereka selamat ke tak, Tuan?” soalan Harris bertubi-tubi kepada pegawai polis berkenaan.

“Sabar, encik. Sabar. Nama encik ni siapa?” soal pegawai polis itu sambil menyuluh wajah Harris dengan lampu suluh ditangannya.

“Saya Harris. Tuan rumah ni. Apa yang sedang berlaku sekarang ni?” Harris memandang sekeliling. Mencari sedikit gambaran tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku di rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar suara Hanna menangis dengan kuat sekali. “Hanna! Hanna!” jerit Harris memanggil anaknya.

“Papa!” Hanna berlari meluru keluar daripada rumahnya. “Papa! Papa! Hanna takut.”
“Tuan, tolong bagitau saya apa yang sedang berlaku sekarang ni? Ada orang pecah masuk rumah saya kah, Tuan?” soalnya lagi kepada pegawai polis. Dia mahu masuk ke dalam tetapi dia dihalang oleh polis tersebut.

“Sabar, encik. Sabar. Dengar dulu apa saya nak terangkan.” Harris masih lagi memandang sekeliling mencari Tasya tapi Tasya tidak kelihatan. “Sebenarnya pihak polis ada mendapat laporan tentang satu kes khalwat di rumah ini.”

Mendengar ayat yang keluar daripada mulut pegawai polis itu, darah Harris umpama terhenti mengalir. Mukanya menjadi panas tetapi tangannya sejuk. Dia merenung tajam wajah pegawai polis berkenaan dengan renungan yang paling tajam. Dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Apa tuan cakap? Boleh ulangkan sekali lagi. Saya rasa saya salah dengar.” Mohon Harris kepada pegawai itu.

“Encik, bawa bersabar. Kami percaya pasangan yang kami tangkap sebentar tadi adalah isteri encik bersama pasangan kekasihnya. Saya mohon kerjasama encik untuk ikut kami ke Pejabat Agama sekarang untuk diambil keterangan.” Sebaik sahaja pegawai itu habis bercakap, Harris melihat isterinya diiringi seorang pegawai polis wanita berjalan keluar daripada rumah mereka. Kemudian diikuti oleh seorang lelaki yang diiringi oleh seorang pegawai polis lelaki.

Harris tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tunduk untuk mendukung Hanna. Hanna masih lagi teresak-esak di bahunya. Air mata Harris juga jatuh ke pipinya. Kakinya terasa lemah tetapi demi Hanna, dia bertahan di situ. Selepas itu, segalanya umpama satu sketsa di layar perak yang sedang berjalan di hadapan matanya. Telinganya seolah-olah sudah pekak. Dia tidak lagi mendengar apa-apa. Matanya juga sudah tidak dapat ditumpukan kepada apa-apa pun.

Pemandu teksi yang masih berada di situ berasan sangat kasihan. Tambang teksinya masih belum dibayar Harris tetapi pemandu itu tidak sampai hati mahu meminta. Dia tengok Harris seperti sudah berada di dunia asing. Bergerak ke hulu ke hilir mengikut arahan orang sekelilingnya. Kemudian, dia lihat seorang pegawai polis sedang menutup pintu rumah itu. Dia segera menghalang.

“Puan! Puan! Sekejap.” Dia berlari merapati pegawai polis tersebut. “Saya pemandu teksi yang menghantar suami pulang dari lapangan terbang sekejap tadi. Barang-barang dia masih ada dalam kenderaan saya.”

“Oh, angkat semuanya dan letakkan di dalam.” Arah pegawai polis tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience