“Opah… Atuk!” jerit Sufi dan Sofia sambil turun daripada kereta. Terus sahaja mereka berlari memeluk Asmah dan Roslan. Asmah dan Roslan sudah keluar menanti di muka pintu sebaik sahaja mereka mendengar bunyi enjin kereta Fida memasuki halaman.
“Assalamualaikum, mak. Mak sihat?” Tegur Fida sebaik sahaja dia turun daripada keretanya. Sudah menjadi kebiasaan Fida untuk pulang ke kampung itu untuk menjenguk mentuanya. Selain bertanya khabar, mereka juga turut menjadi tempat dia melepaskan lelah hidup sebagai ibu tunggal. Dia juga mesti memeliharan hubungan baik antara mentuanya dengan Sufi dan Sofia. Mereka juga permata dan penyeri hidup Asmah dan Roslan. Namun kali ini, Fida pulang membawa Hanna bersama-sama dengannya.
“Waalaikummussalam. Kami sihat-sihat saja, Fida. Anak siapa kamu bawa balik ni, Fida?” soal Asmah. Fida memandang ke arah Hanna seketika.
“Anak jiran saya merangkap anak angkat saya, mak.” Jawab Fida.
“Amboi, panjangnya pangkat dia.” Asmah tergelak kecil.
“Hanna, salam dengan opah.” Kata Hanna yang kelihatan malu-malu dengan Asmah dan Roslan. Hanna menurutkan sahaja.
“Cantiknya dia. Berapa umurnya ni?” soal Asmah kepada Hanna.
“7 tahun. Saya satu kelas dengan Sofia.” Cerita Hanna kepada opah yang baru dikenalinya itu.
“Oh, kawan sekolah Sofia juga rupanya ya. Jom, jom. Kita masuk ke dalam. Nasi opah dah siap hidang dah tu. Kita makan tengahari dulu ya.” Kata Asmah kepada semua. Sufi sudahpun didukung atuknya. Semakin besar, semakin manja pula Sufi. Hanya seorang sahaja yang Fida salahkan, Harris. Dia suka sangat manjakan Sufi. Asyik berdukung sahaja bila berjumpa.
“Fida, Irwan ada telefon kamu tak?” soal Roslan ketika mereka sedang makan di meja. Fida hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Fida kurang selesa untuk berbincang tentang Irwan di hadapan anak-anaknya. Dia tidak mahu ada sebarang soalan yang bakal muncul dari mulut anak-anaknya nanti. Sukar untuk dia menjawab nanti.
“Makanlah dulu, bang. Kejap-kejap lagi kita berborak.” Asmah memberi isyarat kecil kepada suaminya itu. Daripada reaksi yang ditunjukkan, dia faham perasaan Fida.
Selesai mereka semua makan, Fida menyuruh Sofia dan Hanna terus ke depan bersama-sama Sufi. Dia sedar ada perkara yang ingin dibincangkan oleh kedua mentuanya.
“Ada Irwan bagi nafkaf pada anak-anak kamu ni, Fida?” soal Roslan tanpa selindung.
“Tak ada, ayah.” Jawab Fida jujur. Tetapi wajahnya langsung tidak menunjukkan sedih atau pun kecewa. Wajahnya begitu bersahaja. Dalam hatinya juga tidak langsung berasa sakit hati apabila Irwan mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anak mereka. Bagi Fida, itu tanggungjawab Irwan. Pandai-pandailah dia fikir dosa pahalanya sendiri. Bukan lagi tugas dia untuk menegur atau membetulkan Irwan. Yang penting, Irwan tidak lagi punyai apa-apa fungsi dalam hidupnya. Tidak ada langsung sebarang bentuk ikatan yang mengikat Fida kepada lelaki itu. Itu yang lebih Fida pelihara.
“Awak tengok lah Irwan ni, Mah. Tanggungjawab yang ni pun belum dilunaskan, pandai nak cari masalah baru.” Kata Roslan kepada isterinya. Roslan sakit hati apabila mengetahui yang Irwan mahu berkahwin lagi. Tanggungjawab sedia ada lagikan diabainya, sekarang mahu tambah beban lagi. Fida yang tidak tahu menahu hanya mendengar sahaja.
“Dah jodoh dia, abang. Nak buat macam mana.” Kata Asmah kepada suaminya. “Irwan tu nak kawin pulak, Fida.” Kata Asmah menceritakan hal sebenar kepada Fida.
“Oh, baguslah macam tu mak, ayah. Mungkin isteri barunya nanti dapat membimbing dia jadi lebih baik.” Mungkin bunyinya cliché, tetapi Fida benar-benar memaksudkannya. Lagi pula, dia gembira Irwan akan berkahwin lagi. Semakin jauhlah hubungan mereka nanti. Pastinya Irwan akan lebih sibukkan isteri dan anak-anak barunya. Jadi dia tak perlu lagi untuk sibukkan hal Sufi dan Sofia. Biarlah mereka hidup tenang bersama Fida sahaja.
“Fida dah biasa hidup lama dengan Irwan tu. Fida rasa dia mahu dengar cakap orang ker? Cakap kami mak ayah dia pun dia tak hairan, inikan pula cakap bini.” Omel Roslan. Dia kelihatan sungguh kecewa dengan sikap anaknya sendiri.
“Kamu ni terlalu baiklah, Fida. Kamu biarkan Irwan tu macam tu saja, kenapa? Kalau mak, mak tuntut setiap sen hak mak dan anak-anak. Takkan mungkin mak nak biar lepas dia macam tu saja. Dia berbelanja sakan dengan gajinya sornag-sorang, yang kau lelah nak sara anak-anak.”
“Mak, saya bukan baik macam yang mak sangka. Saya sebenarnya… saya pentingkan diri saya sendiri mak.” Tiba-tiba waktu itu, Fida tersedar yang sebenarnya itulah sifat yang ada dalam dirinya sendiri. Dia pentingkan dirinya sendiri tanpa memikirkan anak-anaknya.
“Saya tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengan Irwan tu, mak. Cukuplah dia siksa emosi saya sepanjang kami bersama dulu. Sekarang saya nak bebas. Saya nak hidup tanpa bayang-bayang Irwan. Saya tahu anak-anak saya ada hak atas wang ringgit dan harta benda Irwan, tapi itu semua saya boleh bagi. Saya boleh cari untuk anak-anak saya. Hidup kami sudah cukup sempurna, mak, ayah. Kami tak perlukan duit Irwan buat masa sekarang. biarlah dia sendiri yang fikir tentang tanggungjawab dia sebagai seorang ayah. Bukan lagi tugas saya untuk mengajar atau membimbing Irwan. Saya dah penat, mak dengan dia.”
Suara Fida tenang sahaja semasa berkata-kata. Tiada langsung emosi marah atau kecewa atau menyesal atau apa sahaja yang sepatutnya ada pada dirinya. Dia bercakap dengan suara yang sungguh tenang sekali.
“Fida, mak minta ampun bagi pihak Irwan. Mak sedar dia banyak menyakitkan Fida. Kamu dah terlalu tersiksa. Mak sendiri tak faham macam mana dia boleh jadi sebegitu baran orangnya.” Kata Asmah kepada Fida sambil menggosok-gosok perlahan bahu Fida.
“Mak, Fida dah maafkan Irwan sejak hari terakhir kami di mahkamah dulu lagi. Mak tak perlu risaukan Fida ya. Cuma Fida mohon dari mak dan ayah, restuilah Fida dan semua pilihan-pilihan hidup yang Fida buat demi diri Fida dan anak-anak. Boleh ye mak, ayah?” ujar Fida kepada Asmah separa merayu.
“Mak restu Fida, nak. Mak sentiasa redha. Mak tahu Fida akan buat perkara yang baik dan benar.” Asmah terus memeluk tubuh kecil Fida di hadapannya itu.
“Fida, ayah pun sama. Ayah percaya kamu mampu membuat pilihan yang rasional. Tetapi kami juga selalu bimbangkan kamu. Kamu perempuan, hidup sendirian dengan anak-anak yang masih kecil. Ayah harap kamu dapat lupakan kisah hidup pahit kamu dengan Irwan dan mulakan hidup baru. InshaaAllah, kamu akan berjumpa dengan lelaki yang terbaik selepas ni. Kami sentiasa doakan kamu.” Kata Roslan dengan suara yang begitu lembut. Hilang sudah amarahnya kepada Irwan selepas mendengar butir bicara Fida sekejap tadi. Dia bimbang Fida rasa tertekan jika nanti dia dapat tahu yang Irwan berkahwin lagi sedangkan nafkah anak-anaknya langsung tidak pernah diendahkan. Tetapi dia silap menilai menantunya itu.
“Mama, papa call!” Hanna tiba-tiba berlari masuk ke dapur bersama telefon bimbit Fida di tangannya. Kata-kata Hanna itu sedikit sebanyak mengejutkan Asmah dan Roslan. Wajah Fida bertukar kemerahan. Malu sungguh dia dengan kedua-dua mentua di hadapannya. Dia belum lagi mahu menceritakan apa-apa tentang Harris kepada mereka. Masih terlalu awal untuk diceritakan.
“Sekejap ye mak, ayah. Fida jawab telefon sekejap.” Fida terus bangun dan berjalan ke luar rumah. “Hello, Harris. Assalamualaikum.” Jawab Fida cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat. Segan pula jika perbualannya didengari oleh mentuanya.
“Waalaikummussalam, Fida. You ada kat mana ni? Hanna bagi tau you balik kampung?” soal Harris. Fida belum pernah lagi menceritakan hal-hal peribadinya. Inilah peluang untuknya mengenali wanita yang mula menapak di dalam hatinya itu.
“Ya, I ada kat kampung ni.” jawab Fida. Hatinya begitu gemuruh. Dia bimbang untuk bercerita lebih. Dia takut Harris tersalah faham nanti.
“Rumah mak ayah you ker?” tanya Harris.
“Ermmm… lebih kurang lah…” jawab Fida. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia nak cerita. Dari mana perlu dia mula. Mendengar jawapan itu, Harris teringat semasa dia bertanyakan tentang Cikgu Taufik. Jawapan yang sama yang diberikan Fida. Kali ini, dia tidak mahu turut berdiam diri, dia mahu mengorek rahsia hidup wanita itu.
“Eh, hari tu masa I tanya pasal ‘abang’ Taufik, you jawab ‘lebih kurang’. Sekarang ni, mak ayah pun lebih kurang jugak? Macam mana tu?” soal Harris memancing jawapan. Fida menarik nafas dalam-dalam. Fikirnya, mungkin dia boleh mula membuka sedikit demi sedikit cerita tentang dirinya kepada lelaki ini.
“Harris, I sebenarnya anak yatim piatu. I membesar di rumah anak yatim. Abang Taufik tu salah seorang penghuni rumah tu. Abang Taufik cakap masa I masuk situ, umur I baru 2 tahun. I tak pandai nak bercampur dengan semua orang katanya. Jadi ramai yang suka buli I. Bila I selalu dibuli, dialah yang akan protect I. sebab tu kami jadi terlalu akrab. He is like a brother that I never have.” Fida mendiamkan diri sekejap apabila dia langsung tidak mendengar suara Harris di hujung talian. “Harris?”
“Yup, I’m here. I minta maaf, Fida kalau I buat you sedih.” Kata Harris dengan jujur. Dia langsung tidak menyangka.
“It’s okay. Cerita lama. I’m a big girl now.” Jawab Fida sambil tersenyum nipis.
“Jadi sekarang ni you kat rumah family angkat you lah yer?” soal Harris membuat kesimpulan berdasarkan cerita Fida tadi.
“Eh… erm… bukan…” Fida mula resah. “Mereka ni mak ayah mentua I.” itu sahaja yang keluar daripada mulut Fida. Hatinya berdebar-debar. ‘Macam mana aku nak explain ni?’ Perasaan Fida tak keruan.
“You dulu bercerai mati, ya?” soal Harris. Harris sedikit bimbang. Susahlah dia kalau dia perlu bersaing dengan seseorang yang telah meninggal dunia. Pastinya dilubuk hati Fida, arwah suaminya itulah lelaki paling sempurna baginya.
“Bukan…” jawab Fida lagi. Sepatah, sepatah. Harris semakin bingung.
“Fida, I guess you better cerita sampai habis. I tak nak nanti I pulak yang salah faham.” Harris memberi cadangan. Dia tidak mahu terus menuduh melulu.
“Okay. You dengar sampai habis tau.” Fida menarik nafasnya dalam-dalam. “Bekas suami I anak tunggal. Selepas I divorced dengan dia, I memang langsung tak pernah berhubung dengan dia or dengan mentua I ni. But this year, tiba-tiba diorang called I and datang ke rumah I. Diorang cakap yang diorang masih anggap I sebagai anak menantu diorang and diorang tak nak terpisah dengan cucu-cucu diorang. To be honest, Sufi dan Sofia kan memang darah-daging diorang juga. Jadi tanggungjawab untuk menjaga dan menyara Sufi dan Sofia memang tanggungjawab diorang kan?” cerita Fida terhenti di situ.
“Fida, you ada masalah kewangan ker?” soal Harris kepada Fida apabila isu saraan yang ditimbulkan oleh Fida.
“Takkk…” Fida menepuk dahinya. “Maksud saya, hubungan diorang dengan cucu-cucu tu. Kiranya Sufi dan Sofia ni pewaris keluarga ni la.” Terang Fida dengan bersusah-payah. Pening juga dia nak cerita kepada Harris ni. Bukan semua orang boleh terima menantu atau mentua selepas berlaku perceraian.
“Oh, Fida… you masih mengharap dekat ex-husband you ker?” ini lah soalan yang paling Fida risaukan. Fida menarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya agak kuat hingga terdengar oleh Harris. “Maaflah, I tanya. Kalau you rasa soalan ni terlalu peribadi, I minta maaf.” Kata Harris kepada Fida.
“Bukan macam tu, Harris. Bukan soalan tu yang jadi masalah kat I, tapi you yang menjadi masalah I sekarang.” ‘Apa aku cakap ni?’ Fida menepuk dahinya. “Maksud I…” laju saja di menyambung ayatnya… “Soalan tu jadi masalah kat I bila you yang tanya. Kalau orang lain tanya, I tak kisah sangat. Laju je I jawab.”
“Apa jawapan you akt orang lain?” soal Harris kembali. Dia benar-benar ingin tahu.
“Mestilah tak. I tak der perasaan langsung dah dekat dia.” Jawab Fida dengan mudah.
“Habis, apa bezanya jawapan tu kalau I yang tanya?” Harris bingung dengan Fida. Kenapa susah sangat untuk Fida jawab soalan tu? Adakah Fida masih menaruh hati kepada bekas suaminya dan masih mengharap mereka akan rujuk semula? Sebab itukah yang membuatkan Fida sukar untuk menerima dia?
“Bezanya… bila you yang tanya… I mesti berikan satu jawapan yang benar-benar boleh yakinkan you yang I memang benar-benar dah tak ada perasaan kat dia, I benar-benar dah tak mengharapkan dia dan I benar-benar tak terfikirkan pun tentang dia.” Jawab Fida dengan nada suara yang begitu rendah.
“Bagus lah kalau macam tu. I percaya dengan jawapan you.” Tenang sedikit hati Harris ketika itu.
“Cuma..” ayat Fida terhenti. Harris kembali berdebar-debar.
“Cuma apa?” soalnya pantas. Dia tidak suka bermain teka-teki.
“Cuma I takut. I jadi fobia dengan perkahwinan. I tak mampu nak lupa apa yang pernah I alami dulu. I takut semua tu akan berulang lagi kalau I berkahwin semula.” Fida hairan kenapa dia boleh sebegitu jujur dengan Harris. Dia mampu meluahkan isi hatinya kepada Harris. Dia boleh bercerita apa sahaja dengan Harris.
Mendengar luahan rasa Fida, Harris tak dapat nak gambarkan perkahwinan yang sebagaimana yang pernah Fida alami sebelum ini. Mustahil untuk dia buktikan kepada Fida bahawa dia tidak sekali-kali akan melukai hati wanita itu. Hanya dengan kata-kata, semua orang boleh berkata-kata. Tetapi untuk mebuktikannya, hanya ada satu cara. Itulah yang dipanggil percaturan hidup. Perjudian hidup yang kita sendiri tidak tahu kita bakal menang atau pun kalah.
Setelah habis berborak dengan Harris, Fida masuk semula ke dalam rumah. Di dapur, Asmah sudah sedia menanti. Dia ingin tahu semuanya tentang ‘papa’ yang dimaksudkan oleh Hanna tadi. Daripada cara Fida berbula dengannya, dia dapat membaca bahasa tubuh Fida yang sangat menyenangi pemanggil itu dan mereka berbual denga begitu intim sekali. Hati tuanya dapat membaca.
“Siapa yang telefon kamu tu?” Soal Asmah kepada Fida.
“Ayah Hanna, mak. Dia selalu kena kerja luar. Hanna minta nak tinggal dengan saya bila ayahnya kerja di luar. Dia anak jagaan di tadika saya tu juga, mak.” Justifikasi daripada Fida belum cukup menjelaskan setiap perbuatan yang Asmah nampak sebentar tadi.
“Isterinya pun kerja luar sekali?” tanya Asmah menduga.
“Eh… dia duda, mak.” Jawab Fida sambil tersengeh-sengeh. Fida sebolehnya melarikan wajahnya daripada dilihat oleh mentuanya itu.
“Oh, patutlah. Kamu sukakan dia ker? Macam mana orangnya?” Fida menarik nafas panjang-panjang. ‘Banyak sungguh sesi interview aku hari ni.’ fikir Fida sendirian. Kemudian, Fida memandang wajah Asmah yang sedang tersenyum mesra kepadanya. ‘Kalau bukan dengan mak, dengan siapa lagi aku nak mengadu? Bolehkan aku menumpang kasih daripada mentua aku ni? Ibu mentua tu kan sama juga dengan ibu sendiri, kan?’
“Saya pun tak kenal sangat lagi dia, mak. Sekarang ni, Sufi dan Sofia lagi rapat dengan dia berbanding saya.” Jelas Fida serba ringkas.
“Mana kamu kenal dengan dia tu?” soal Asmah lagi.
“Sofia yang kenalkan, mak…” Fida tertawa kecil. Jodohnya diatur oleh anaknya yang baru berusia 7 tahun.
“Sofia?” Asmah semakin keliru dengan cerita cinta Fida ni. Fida pun menceritakan semua kisah dia dan Harris sejak daripada hari perndaftaran sekolah Sofia sehingga kisah kemalangan pekerja-pekerjanya dan sehinggalah apabila Harris menyatakan isi hatinya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
“Bawalah dia datang jumpa mak, ayah. Mak teringin nak jumpa dia. Nanti bolehlah mak tolong tengokkan dia. Macam mana perangainya… boleh harap ke tidak… boleh?” pinta Asmah kepada Fida.
“InshaaAllah, mak. Nanti kalau jadi saya bagi tahu mak ya.” Fida gembira kerana walaupun dia seorang anak yatim, sekurang-kurangnya dia masih lagi dapat merasa kasih-sayang ibu dan ayah melalui mentuanya. Walaupun perjalanan hidup Fida di alam perkahwinan bersama Irwan terlalu pahit untuk dikenang, namun tetap ada hikmahnya yang cukup indah.
Share this novel