~ 30 ~

Family Completed 8882

Majlis disebelah malam bermula dengan doa dan tahlil oleh jemaah masjid Taman Bayu V, kemudian diikuti jamuan makan malam. Meriah sungguh suasana di rumah Fida. Lampu kelip-kelip berwarna kuning dipasang penuh di kawasan halaman rumah dan juga khemah. Indah sungguh malam itu. Hanna, Sofia dan Sufi bermain berlari berkejaran seluruh rumah bagai tiada peraturan lagi untuk mereka malam itu.

Fida dan Harris sentiasa berada di bawah khemah utama menyambut tetamu mereka. seorang demi seorang datang mengucapkan tahniah. Rakan-rakan daripada tempat kerja Harris juga turut datang termasuk majikannya, Mr Khoo sekeluarga. Senyuman manis tak pernah lekang daripada wajah mereka. Sepanjang majlis itu juga, Harris seringkali mencuri peluang untuk menggengam tangan Fida, memeluk pinggang Fida ada juga ciuman-ciuman curi di kepala Fida. Tergelak kecil Fida dengan sikap Harris. “Macam budak kecik. Kalah Sufi!” kata Fida. Harris hanya tersengeh menayang gigi kesayang Fida itu.

Selesai majlis, keluarga Harris pulang ke rumah Harris. Yang tinggal di rumah Fida itu hanyalah Harris dan Hanna sahaja. Hanna tidur di bilik Sofia seperti biasa. Sufi pula malam ini menumpang kasih di bilik opah dan atuknya. Setelah semua tetamu bersurai, mereka semua mengemas rumah itu serba sedikit supaya tidak terlalu bersepah. Hampir jam 12 tengah malam barulah segalanya selesai dan masing-masing masuk ke bilik tidur dalam keadaan keletihan.

Semasa Harris masuk ke bilik pengantin yang dihias indah itu, Fida sedang berada di dalam bilik air. Dia terpaksa mandi sekali lagi kerena badannya bermandi peluh setelah mengemas rumah sebentar tadi.

“Hai, honey…” tegur Harris. Dia masih menunggu apa gelaran yang akan Fida berikan kepadanya.

“Hai, hubby…” Jawab Fida. Dia tersandar di pintu almari pakaiannya kerana lututnya begitu lemah untuk menampung berat badannya saat itu. Cair jiwa raganya melihat Harris yang sedang memandangnya sambil tersenyum lebar menayang gigi kegilaan Fida itu. Harris yang sedang duduk di birai katil bangun menghampiri Fida. Dia membetul-betulka rambut basah Fida yang menjurai ke wajahnya. Harris meletakkan tangannya di leher Fida.

“I nak tengok sekarang boleh?” Fida tersenyum malu mendengar permintaan Harris itu.

“Tengok apa?” soal Fida sambil menggenggam jubah mandinya dengan erat. Harris tunduk menjatuhkan ciuman hangat di pipi kanan Fida. Dia dapat rasakan kehangatan kulit wajah Fida saat itu. Mukanya sudah kemerahan. Wajah kegemaran Harris sejak awal perkenalan mereka lagi.

“I nak tengok lukisan mawar di belakang badan isteri I, boleh?” Fida tertawa kecil mendengar permintaan suaminya itu. Dia menarik rambutnya yang lebat dan panjang ke bahu kanannya dan berpusing membelakangi Harris perlahan-lahan. Dan selepas itu, segalanya adalah satu memori terindah buat pasangan itu.
Malam itu, Tasya memandu tanpa tujuan dengan linangan air mata yang berjuraian tanpa henti. Bahagian hadapan bajunya lencun dek air matanya. Sudah berapa kali dia melintasi kawasan perumahan Harris. dari luar pagar, dia nampak dengan jelas kemeriahan majlis yang berlangsung di rumah Fida. Begitu kecewanya hati Tasya.

“Kenapa aku tak bunuh saja dia? Kenapa aku biar, biar, biar dia ke hulu ke hilir beli barang-barang semua tu? Aku patut dah tembak engkau lah, perempuan tak guna!” jerit Tasya tanpa henti sendirian di dalam keretanya. Dia marah dengan dirinya kerana mengizinkan pernikahan itu berlangsung. Tiba-tiba, Tasya menghentikan kereta di bahu jalan. Dia mengeluarkan pistolnya lagi. Kali ini, diacunya muncung pistol itu ke kepalanya sendiri.

“Kalau aku tak boleh nak bunuh mereka, biar aku bunuh diri aku sendiri saja!” Jerit Tasya sekuat hati. “Apa guna aku hidup? Apa guna aku tunggu kat dunia ni? Dah tak ada apa-apa lagi untuk aku di sini!” serak suara Tasya kerana jeritannya yang tanpa henti itu. Dia bagaikan hilang ingatan seketika. Dia memejamkan matanya, dan seketika kemudian dia menarik picu pistol itu. Tetapi malangnya, dia lupa untuk membuka kunci pistol tersebut. Picunya tersangkut apabila dia cuba untuk menariknya.

“Aarrgghhhhhh!!! Nak bunuh diri sendiri pun aku gagal jugak ke?” Tasya menjerit lagi sekuat hati. Dia menangis semahu-mahunya di stereng keretanya itu. Hampir setengah jam dia menangis dan menjerit di situ. Apabila dia penat menangis dan menjerit, Tasya menarik nafasnya perlahan-lahan dan memandu pulang ke rumahnya.

Malam itu, Tasya langsung tidak mampu melelapkan matanya. Tangannya bermain-main dengan suiz lampu meja di sebelah katilnya. Sekejap di buka, sekejap di tutup. Matanya hanya memandang tepat ke atas. Merenung siling putih kosong di atas. Tetapi mindanya melayang entah ke mana. Dia tidak mahu membayangkan apa yang suaminya tengah lakukan bersama-sama perempuan jijik itu. Perempuan itu telah merampas suaminya. Perempuan itu telah merampas Harris daripadanya. Dialah penyebab Harris tidak lagi sayang kepadanya. Tasya semakin sakit hati dan semakin marah kepada Fida. Semuanya salah Fida.

Entah jam berapa Tasya tertidur. Keesokkan harinya, Tasya terjaga dalam keadaan yang kepalanya mencucuk-cucuk dari dalam. Sakit sungguh. Tasya bangun menuju ke dapur mencari ubat tahan sakit yang dia pernah beli sebelum ini. Tasya melihat cuaca diluar jendela kondominium. Matahari sudah pun condong ke barat. Terus sahaja dia melihat jam di dinding.

“3:30? Lamanya aku tidur! No! aku mesti pergi cari diorang!” pantas sahaja Tasya mencapai kunci keretanya dan memandu ke arah perumahan rumah Harris. Dari luar pagar tanggi itu, Tasya berhenti betul-betul dia hadapan lorong 14. Dek kerana rumah Harris agak jauh kebelakang, Tasya tidak boleh tahu samada kereta Harris ada di rumah atau pun tidak. Kemudian, Tasya menggerakkan keretanya menghadap lorong 10 pula. Kelihatan kereta Harris masih ada di situ. Rumah itu masih lagi dalam keadaan riuh rendah. Terdapat sebuah lori yang berhenti betul-betul dipintu masuk. Tasya mengagak yang kerja-kerja membuka pelamin dan sebagainya sedang berjalan. Jadi dia pasti mereka masih berada di situ.

“Jangan kau mimpi nak pergi mana-mana dengan laki aku, perempuan. Kali ini aku bertekad, engkau keluar saja, aku akan tembak kau. Biar engkau mampus!” kata Tasya dengan kuat dan diikuti dengan ketawa yang tak tertahan-tahan.

Tasya bagaikan hilang siuman. Dia langsung tidak mempedulikan keadaan dirinya. Dia tidak makan, tidak mandi. Yang dia tahu, dia hanya mahu mengekori Fida dan mencari peluang untuk membunuh wanita yang dirasakannya telah merampas suaminya itu. Hari itu, sehari semalam dia berada di situ.
Seharian dia mengintai di hujung pagar itu. Menanti peluangnya untuk menamatkan riwayat Fida buat selama-lamanya. Tetapi malang bagi Tasya apabila pasangan pengantin itu langsung tidak keluar meninggalkan rumah mereka. Bengkak hatinya saat itu. Lebih kurang jam 1 pagi, Tasya kembali ke rumahnya.

“Malam ni, aku mesti tidur. Esok aku ada misi yang lebih besar!” kata Tasya sendirian. Dia benar-benar bertekad agar perancangannya dapat berjalan dengan lancar. Dia benar-benar tidur malam itu. Tepat jam 7 pagi, Tasya sudah terjaga. Pantas sahaja dia bangun dan terus sahaja dia keluar dari rumahnya menuju ke rumah Fida dan Harris.

Seelok dia tiba di perumahan tersebut, dia dapat melihat segerombolan keret sedang bergerak keluar daripada perumahan tersebut. Dia kenal dua kereta di situ. Dia kena kereta Harris dan dia kenal kereta bekas mentuanya itu. Dia yakin Fida juga turut sama di dalam rombongan tersebut. Tasya mengekori mereka dengan berhati-hati. Dia tidak mahu ada sesiapa yang sedar kehadirannya.

Setelah empat jam memandu, mereka semua tiba di kampung Harris. Fida tiba-tiba teringat kejadian semasa dia pertama kali bertandang ke situ. Fida sudah bersedia fizikal dan mental untuk bertandang lagi sekali ini.

“Jom, masuk. Hanna, Sufi, Sofia… kita dah sampai…” Harris mengejutkan anak-anaknya yang sudah pun terlena di kerusi belakang. Fida juga turut turun daripada kereta dan menuju ke belakang kereta untuk mengangkat bagasi-basagi mereka. Satu beg diisi baju-baju dia dan suaminya, satu beg lagi pun baju-baju ketiga-tiga anak mereka. Apabila Fida terfikir tentang status mereka semua yang telah bertukar, hatinya berbunga-bunga. Dia tidak mampu untuk menghalang sebaris senyuman indah yang muncul di bibirnya.

“Senyum sorang-sorang? Fikir apa tu?” Harris yang tiba-tiba terpandang senyuman Fida terus sahaja menegur.

“I teringat yang you sekarang dah jadi suami I… dan mereka bertiga itu anak-anak kita…” jawab Fida dengan manis sekali. Senyumannya semakin lebar apabila dia menyebut kata-kata itu secara zahir sebegitu. Harris terus sahaja memeluk pinggangnya dan mencium cici Fida.

“I love you, honey.” Ucap si suami.

“I love you more, hubby.” Balas si isteri.

Mereka berjalan bersama-sama untuk masuk ke dalam rumah.

“Fida, anak-anak tidur di bilik bawah tu ya.” Pesan Salbiah merujuk kepada bilik yang dia dan Sufi bermalam tempoh hari. Sedih pula hati Fida mengenangkan anak-anaknya perlu tidur dalam kepanasan begitu. Dia teringat bagaimana sepanjang malam dia terpaksa tidur-tidur ayam kerana terjaga apabila Sufi yang kerengsaan kerana panas dan nyamuk. Tetapi, Fida tetap akur dengan arahan mentua barunya itu.

Alangkah terkejutnya Fida apabila melihat bilik itu kini sudah berubah rupa. Bilik itu juga sudah cantik dan dipenuhi perabot yang lengkap secantik bilik Harlina. Bergenang air mata Fida melihat bilik sebegitu rupa. Terasa benar yang ibu bapa Harris mengambil berat tentang kebajikan anak-anaknya apabila mereka pulang ke rumah itu. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Asmah sebelum hari pernikahannya tempoh hari.

“…Bila kita bersedia dengan rapi untuk menyambut dia, barulah dia rasa kehadirannya dihargai dan dinanti…” Sekarang, Fida rasa nikmatnya dihargai.

“Jom, honey. I tunjukkan bilik kita pula. You belum pernah masuk lagi kan bilik I?” Fida tersenyum sambil menurut langkah suaminya menuju ke bilik mereka. Apabila pintu bilik di buka, Fida kagum dengan keindahan bilik itu. Apabila dibeleknya dengan teliti, dia perasan yang semua perabut di situ semuanya baru.

“Perabot ni semua baru beli ke, hubby?” soal Fida.

“Yup, I tukar semua perabot dalam ni and I ubah susun atur bilik ni.” terdapat sebuah katil kayu jati bertiang tinggi bersaiz king di tengah-tengah bilik itu. Harris berjalan menuju ke almari siap pasang yang berada bersebelahan dengan katil tersebut. Dia membuka pintu almari itu dan berkata, “kat sini you boleh simpan barang-barang kita. Di situ pula bilik air kita.” Harris menunjuk keadaan sekeliling bilik itu dengan bangga sekali.

“Hubby, you ke yang buat semua ni?” Fida hairan kerana Harris terlalu berbangga dengan dekorasi bilik tersebut.

“Bukannya I paku, potong kayu sendiri ke apa… I design jer. Cantik tak?” soal Harris kepada Fida.

“It is always beautiful where ever you are, hubby.” Kata Fida sambil merangkul pinggang suaminya itu. Harris membalas pelukan Fida dengan erat.

“Dah, dah. Jangan nak syahdu-syahdu sangat dulu. Awal lagi ni. Kita ada banyak kerja hari ni. You duk peluk-peluk I ni, I takut kejap lagi kita tak sempat nak keluar bilik pulak.” Kata Harris sambil mencium ubun-ubun Fida yang sedang berdiri menyandar rapat ke badannya.

Fida segera menolak badan suaminya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “You ni. Ke situ pula.”

Lebih kurang jam 6 petang, sebuah lori masuk ke perkarangan rumah tersebut untuk menghantar meja dan kerusi. Tiada khemah yang terpasang. Mereka menikmati makan malam itu berbumbungkan langit yang cerah dan bintang yang bergemerlapan. Pada malam itu, seluruh keluarga besar Hashim dan Salbiah datang meraikan pengantin baru itu. Sufi dan Sofia juga bergembira sakan kerana dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu yang sebaya dengan mereka. Riuh rendah mereka berlari ke seluruh kawasan rumah. Terang benderang kawasan rumah itu dengan cahaya lampu yang dipasang memenuhi segenap ruang.

“Honey, are you happy now?” soal Harris kepada isterinya. Mereka sedang berdiri bersebelahan sambil mengadap tepat ke arah rumah kampung itu. Dari situ jelas kelihatan seluruh isi rumah dan setiap ahli keluarga yang ada saat itu. Tangan mereka saling memeluk pinggang masing-masing.

“Teramat-amat happy!” kata Fida sambil mendongak memandang wajah suami kesayangannya itu. Segalanya masih lagi bagaikan sebuah mimpi yang indah bagi Fida. Adakala dia bimbang sekiranya dia terbangun dan ia hanyalah sekadar mimpi.

Pang!

Tiba-tiba, satu bunyi letupan yang kuat bergema seluruh alam. Fida dan Harris sama-sama berpusing ke arah datangnya bunyi tersebut.

Pang! Pang! Pang! Pang! Pang! Pang! Pang! Bunyi tembakan bertali arus membuatkan semua orang lari lintang pukang. Sebaik sahaja bunyi itu habis, terdengar pula suara jeritan seorang perempuan. Paklong Harris, Asyrah yang merupakan pesara polis pantas meluru keluar setelah dia melihat si penembak menjerit-jerit bagaikan histeria. Dia yakin perempuan itu langsung tidak tahu-menahu tentang senjata ditangannya.

Asyraf menerpa perempuan itu sehingga dia tersungkur ke tanah dan mengetuk tangan perempuan itu agar melepaskan pistol tersebut. Perempuan itu langsung tidak mwlawan. Dia hanya terjerit-jerit. Asyraf sendiri tidak faham kenapa. Hashim segera menelefon balai polis berdekatan. Dengan bantuan beberapa orang lagi, mereka berjaya mengikat tangan perempuan itu dan di bawa masuk ke halaman rumah.

“Tasya!” semua yang mengenali Tasya dapat mengecam wanita itu walaupun dia dalam keadaan yang sungguh kusut masai.

“Apa lagi yang kau tak puas hati ni hah?” tempik Harris kepada Tasya.

“Harrisssss!!!!!” tiba-tiba suara Fida menjerit dengan begitu kuat sekali. Terhenti tangan Harris yang baru mahu diangkat untuk menampar Tasya sebentar tadi. “Sofiaaaaa!!!!!! Harriiissssss, cepaaaattttt!!!! Sofiaaaaaa!!!!”

Harris berlari sepantasnya menuju kepada Fida. Dilihatnya Fida sedang memangku tubuh kaku Sodia diribaannya. Darah merah penuh membasahi pakaian Sofia dan tangan Fida.

“Sofiaaa!!!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience