~ 9 ~

Family Completed 8882

“Mama, bila abah nak balik?” soal Sofia secara tiba-tiba. Fida langsung tidak bersedia untuk menerima soalan itu sekarang. dia memerhati wajah polos anak kecilnya itu. Sofia langsung tidak melihat ke arahnya. Matanya terfokus kepada sekumpulan anak-anak yang sedang bergambar di photobooth bersama ibu dan ayah mereka. Ada juga yang disertai dengan keluarga-keluarga besar seperti nenek, datuk, pakcik dan makcik mereka. Hati Fida tiba-tiba menjadi sebak.

Majlis Graduasi murid enam tahun pastinya ditunggu-tunggu oleh semua waris dan ahli keluarga. Tetapi bagi Sofia, dia hanya bersama mamanya sahaja. Tiada abah, tiada opah dan tiada atuk.

“Kenapa abah, atuk dan opah tak datang tengok Sofia naik pentas?” soalnya lagi. Kali ini matanya sudah beralih kepada Fida yang sudah terduduk di sebelahnya. Kerja-kerja mengemasnya tadi sudah terhenti dek penangan soalan anak sulungnya itu.

“Sofia…” panggil Fida dengan perlahan. Dia cuba menahan air matanya dari gugur di situ. “Abah Sofia tak ada di sini. Dia pergi kerja di tempat jaaauuuhhhhhh. Susah dia nak balik.” Jawab Fida. Dia masih lagi cuba untuk memberikan alasan paling logic yang mampu dihadam oleh anak sekecil Sofia.

“Kat tempat tu, tak ada telefon ke mama?” Sofia pastinya merindui bapanya itu. Sudah hampir dua tahun dia tidak berjumpa dengan bapanya itu.

“Mungkin juga. Kalau tidak pasti abah dah call Sofia, kan? Mesti abah pun tengah rindukan Sofia sekarang ni.” dia memeluk anaknya itu. Cuba memberikan semangat kepada Sofia. Fida ingin menyalurkan sepenuh kuasa yang ada padanya kepada anak kecil itu. ‘Bertahan lah anak. Nanti Sofia akan faham juga.’ fikir Fida sendirian.

Tiada suara yang keluar daripada mulut mungil anaknya itu lagi. Tetapi ada sendu dan air mata yang jatuh di pipinya saat itu.

Syima ternampak Fida dan Sofia berpelukan. Wajah Fida sudah kemerahan. Dia tahu apa yang berlaku saat itu. Sayu sungguh hati Syima. Tanpa dia sedar, air matanya ysudah pun gugur.

“Liza! Liza!” panggil Syima sambil menggamit-gamit salah seorang rakan sekerjanya yang sedang sibuk menyimpan segala peralatan di dewan itu.

“Ya, ada apa?” Liza datang menghampiri Syima dengan kotak yang sarat dengan dulang hadiah ditangannya.

“Kita cepatkan surprise Sofia jom! Dia tengah sedih tu.” Syima menunjukkan Liza dua beranak yang sedang berpelukan tidak jauh dari mereka.

“Okay, Okay. Aku pergi ambil belon. Engkau pergi ambil kek.” Sebenarnya mereka telah merancang satu majlis kejutan untuk meraikan Sofia yang telah tamat sesi pra-sekolahnya hari ini. Tetapi sepatutnya majlis itu dibuat setelah semua waris pulang. Mereka juga perlu mengemas dewan itu sebelum jam 7:00 malam. Tetapi, apabila melihat kesedihan Sofia, Syima mahu mempercepatkannya. Biar dia tahu bahawa ramai yang sayangkan Sofia. Tak perlu dia nak teringatkan ayahnya yang bodoh itu.

“Sofia!!!” jerit semua kakitangan Future Star. Mereka sedang berdiri di hadapan photobooth. Dihadapan sekali, berdirinya Sufi yang sedang memegang gubahan belon yang sangat besar dengan nama Sofia tertera di situ. “Surprise!!!!!” mereka semua datang membawa sebiji kek yang lengkap dengan percikan bunga api dan bungkusan-bungkusan hadiah yang besar dan cantik.

Sofia yang terkejut apabila namanya dipanggil, mengangkat kepala dari dada ibunya. Fida juga berpusing serentak ke arah suara pekerja-pekerjanya. Sofia benar-benar terkejut. Dia turun daripada kerusi dan berjalan perlahan-lahan merapati mereka semua.

“Semua ini untuk Sofia?” tanya Sofia tidak percaya. Dia mencapai gubahan belon dari tangan Sufi. Satu lagi tangannya sedang menutup mulutnya yang ternganga kerana masih lagi terkejut.

“Mestilah sayang. Congratulations!!!” kata Syima sambil memeluk bahu Sofia. “Semua ni untuk Sofia seorang saja.”

“Congratulations, Sofia…” ucap yang lain-lain. wajah Sofia sudah kembali ceria. Senyuman besar sudah terukir di bibirnya. Puas hati Syima. Fida sangat tersentuh.

“Mama, belon Sufi?” tiba-tiba anak lelaki kecilnya bersuara. Semua yang ada di situ ketawa besar.
“Sufi pengang belon kakak.” Jawab Sofia sambil menghulurkan belon-belon itu kepada adiknya.

“Alaaa… so sweet of you, Sofia.” Kata Liza. “Nah, Sofia ambil hadiah ni ya.”

“Terima kasih, Cikgu Liza!”

“Yang ni jugak.”

“Yang ni pun…”

“Ini pun untuk Sofia…” tiba-tiba semua yang ada di situ menghulurkan hadiah-hadiah itu kepada Sofia.

“Wah! Banyaknya. Tak muatlah tangan Sofia!” kata Sofia sambil ketawa kecil.

“Jom! Jom! Kita bergambar.” Syima meminta jurukamera yang ditempah khas untuk majlis itu datang mengambil gambar mereka. Pelbagai aksi-aksi yang comel dan pelik-pelik keluar daripada mereka semua.

“Terima kasih, semua. Kak Fida terharu sangat.” Ucap Fida kepada semua yang ada di situ.

“Tak ada masalah lah, Kak Fida. Kita kan dan macam satu keluarga!” jawab Syima kepada Fida sambil menepuk lembut bahu Fida. “Tahun depan, Sofia dah masuk sekolah besar. Sofia kena panggil kat cikgu, Aunty Syim. Boleh?”

“Betul?” soal Sofia kegembiraan.

“Betullah!”

“Okay, boleh!”

“Promise?” Syima menghulurkan jari kelingkingnya.

“Promise!” Sofia mengaitkan jari kelingkingnya ke jari Syima. Terus sahaja diperluknya tubuh anak kecil itu. ‘Jangan sedih-sedih lagi, ya anak. Kami semua ada untuk Sofia.’ Ayat itu bergema di benak Syima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience