Semenjak kejadian di hadapan pasaraya tempoh hari, Adalia semakin percaya kepada dirinya. Dia semakin yakin bahawa suaminya Taufik benar-benar mencintainya. Dan dia juga yakin yang dia bukanlah pengganti Fida semata-mata. Dia adalah jodoh sebenar kepada Taufik. Fida hanyalah jambatan yang menghubungkan mereka berdua.
“Abang, betul ker Fida nak sponsor rawatan kita tu? Bukan ker mahal rawatan tu?” Soal Adalia kepada Taufik semasa mereka sedang makan malam bersama. Entah kali ke berapa pun tak tahu lah. Adalia benar-benar gembira dengan perkhabaran itu.
“Abang pun tak berani nak kata, Dalia. Abang tak tahu kehidupan Fida tu sebenarnya macam mana sekarang. dah dia yang offer macam tu. Abang hanya menyampaikan saja hasrat dia tu kat Dalia.” Jawab Taufik kepada Adalia. “Kalau dia tak boleh nak support penuh pun, separuh pun dah banyak, kan? Kita pun dah ada saving kita juga untuk back-up.”
“Betul jugak tu abang. Seronok kan nanti kalau kita dah ada anak. Tak ada lah sunyi sangat rumah kita nanti. Mesti abang pun lagi sayang kat Dalia kan?” ujar Adalia berseloroh.
“Eh, macam tu ker? Nanti kalau dah ada anak, mesti lah kasih sayang abang kena bahagi sama rata, kan? Dalia 50%, baby 50%... makin berkurang la maksudnya kan?” Taufik menyakat isterinya.
“Alaaa… abang ni… mana boleh macam tu.” Kata Adalia kononnya merajuk. “Abang, cuba tengok family tu… ramai anak diorang. Meriah jer diorang makan ramai-ramai.” Adalia merangkul lengan suaminya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah satu meja yang diduduki sepasang suami isteri dan tiga orang anak mereka.
“Kenapa? Dah bosan ke makan berdua dengan abang? Dah tak suka nak keluar dating dengan abang yer?” uji Taufik sebelum dia berpaling kepada keluarga yagn dimaksudkan oleh Adalia.
“Mana ada! Abang tengoklah sana! Happy jer diorang.” Kata Adalia sambil menggoncang-goncang perlahan lengan suaminya. Taufik pun mengalihkan pandangannya ke arah yang diminta Adalia. Alangkah terkejutnya Taufik apabila melihat keluarga yang dimaksudkan Adalia adalah Fida. Dia tidak tahu yang Fida sudah berkahwin semula.
“Eh, Dalia. Itu Fida lah!” kata Taufik. “Siapa pula lelaki tu? Bila dia kahwin? Takkan dia kahwin tak bagi tahu kita? Teruknya Fida kalau macam tu.”soal Taufik tanpa henti.
“Abang cemburu ker?” soal Adalia menguji.
“Ish, ke situ pulak dia. Abang senang hati kalau dia dah kahwin. Tapi abang marah lah kalau dia kahwin tak bagi tau kita. Kita kan tinggal kat sini-sini saja. Bukannya dia tak tahu.” Taufik masih lagi merenung kepada Fida dan lelaki yang berada semeja dengannya. Apabila dia mengamati betul-betul, baru dia perasan yang kedua-dua kanak-kanak perempuan itu adalah muridnya. Malah, dia kenal mereka. Sofia anak Fida dan Hanna, rakan baik Sofia di sekolah. “Eh, itu anak murid abang tu. Kejap lagi selesai kita makan, kita pergi tegur diorang, nak?” soal Taufik kepada Adalia. Adalia hanya mengangguk.
“Assalamualaikum…” tegur Taufik kepada semua yang berada di meja di hadapannya itu.
“Waalaikummussalam.” Jawab mereka semua serentak.
“Cikgu!” kata Sofia dan Hanna serentak. Fida terkejut melihat kehadiran Taufik di situ.
“Abang Taufik! Dalia! Dari mana ni?” kata Fida kepada Taufik dan Adalia. Harris juga mengenali Taufik, guru kelas anaknya. Dia bangun untuk menyalami Taufik dan terus mendiamkan diri. Dia agak hairan apabila Fida memanggil Taufik dengan panggilan yang begitu mesra.
“Kami datang makan juga. Dah nak balik dah ni.” Jawab taufik bersahaja. “Bakal suami Fida ker ni? ker dah kahwin. Tak bagi tahu abang langsung.” Kata Taufik kepada Fida. Harris terus tersedak-sedak. Di capainya gelas air kosongnya dan terus di minum. Sofia dan Hanna sudah tertawa kecil mendengar soalan Taufik. Muka Fida sudah bertukar merah.
“Eh, abang. Mana ada kahwin. Fida belum kahwin lah.” Jawab Fida sepantasnya.
“Oh… ingat dah kahwin. Kecik hati abang dengan Dalia ingat Fida kahwin tak ajak kami.” Ujar Taufik ikhlas.
“Bila majlisnya tu?” soal Adalia pula. Mereka sejujurnya menyangka yang Harris adalah kekasih Fida.
“Ah?” Fida sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang kepada Harris. Kelu lidahnya nak menjawab soalan-soalan Taufik dan Adalia.
“Cikgu salah faham ni. Saya jiran Fida saja.” Terang Harris membetulkan keadaan. “Tadi petang ada emergency di hospital. Dah balik lambat, itu yang terus saya ajak Fida datang makan kat sini saja.” Cerita Harris lagi.
“Emergency? Fida ker yang sakit? Gastrik Fida masih seteruk dulu lagi ker?” soal Taufik kepada Fida. Dia masih ingat di zaman remaja mereka, Fida kerap kali dikejarkan ke hospital kerana diserang gastrik. Apabila Fida sakit, hanya ubat suntikan sahaja yang mampu melegakan. Susu magnesium dan pil langsung tidak memberi kesan. Pernah juga Fida dimasukkan ke dalam wad kerana sakitnya yang tidak surut-surut walaupun setelah disuntik.
“Bukan Fida lah, abang.” Fida semakin resah. Satu per satu rahsianya terbongkar malam ini. Entah mana dia nak sorok mukanya saat itu. “Cikgu di tadika Fida. Jatuh gaung kat gunung rekriasi tu tengahari tadi.” Jelas Fida.
“Subhanallah. Teruk ke keadaan mereka?” Adalia pula bertanya pantas.
“Alhamdulillah, tak ada apa-apa. Terseliuh sikit kat sendi tangan dan kaki. Lepas tu luka-lukalah semua. Habis di muka pun calar-calar.” Cerita Fida kepada Adalia. Tiba-tiba, Fida teringat perbincangannya dengan Taufik tempoh hari. Pantas sahaja dia bangun mendekati Adalia. “Abang, tolong tengokkan Sufi kejap.” Pinta Fida sambil menarik tangan Adalia ke satu sudut sedikit jauh daripada yang lain.
Taufik yang kehairanan mengikut sahaja permintaan Fida. Dia terus duduk di kerusi yang Fida kosongkan sebentar tadi.
“Dah lama ke kenal Fida?” soal Taufik kepada Harris. Harris tiba-tiba terasa seperti disiasat.
“Kenal dah lama.” Jawab Harris cuba untuk bersahaja. Dia agak resah apabila dilayan seperti itu.
“Korang memang serius ker?” soal Taufik lagi. Dia juga cuba bertanya secara bersahaja tetapi setiap soalan daripadanya seakan peluru berpandu yang dituju kepada Harris.
“Eh, cikgu. Kami jiran setaman saja. Kebetulan Hanna ada di rumah Sofia pagi tadi. Jadi saya tolong saja setakat mampu. Nak biar Fida bawa anak-anaknya pergi ER tu macam tak sesuai pula.” Harris menceritakan sahaja hal sebenar.
“Dalia… abang Taufik ada bincang dengan Dalia tak tentang…” tiba-tiba Fida teringat pesanan Taufik untuk tidak menyebut perihal anak kepada Adalia. Tetapi dia sudah terlanjur bertanya.
“Tentang rawatan tu ker? Dah. Abang Taufik ada bagi tahu saya. Tapi saya rasa rawatan tu mahal sangat. Segan pula kami dengan Fida.” Jawab Adalia apabila dia lihat Fida seolah tersekat-sekat untuk mengeluarkan perkataan rawatan itu. Mungkin Fida bimbang dia akan berkecil hati.
“Dalia, abang Taufik tu bagaikan abang kandung saya. Saya dah tak ada orang lain dalam dunia ni. Dia sahaja yang menjaga saya sejak dulu lagi. Jadi saya minta tolong sangat-sangat daripada korang berdua untuk beri saya peluang untuk membalas jasa abang Taufik kepada saya. Macam adik-adik yang lain, saya juga ingin melihat abang Taufik hidup bahagia bersama isteri yang dia cinta sangat ni.” ucap Fida sambil menggenggam kedua-dua belah tangan Adalia. Dia melemparkan senyuman paling manis kepada Adalia. Dia ingin membuktikan keikhlasan hatinya kepada Adalia.
“Fida, kecil tapak tangan, padang bola sekolah tu kami tadahkan.” Jawab Adalia dengan penuh rasa gembira. Terus sahaja dia memeluk wanita dihadapannya itu. Jika Taufik menganggap wanita ini umpama adik kandungnya, maka Adalia juga sekarang menganggap wanita ini bagaikan adiknya sendiri juga.
Taufik dan Harris yang memandang Fida dan Adalia dari jauh kehairanan melihat perilaku mereka berdua. Berpegang-pegangan tangan, kemudian saling berpelukan pula. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka berdua terlalu sukar untuk jiwa seorang lelaki memikirkannya.
“Cikgu Taufik tu… abang Fida ker?” soal Harris di dalam kereta semasa perjalanan pulang selepas makan.
“Lebih kurang lah.” Jawab Fida ringkas. Dia perasan yang Harris sudah tidak memanggilnya dengan panggilan ‘cikgu’. Tak perlu bagi Fida menceritakan segala sejarah hidupnya kepada Harris. Harris bukan siapa-siapa bagi Fida. Hubungan mereka sekadar jiran tetangga di kawasan perumahan mereka. Harris turut mendiamkan diri apabila Fida bertindak seperti sedikit berahsia.
Sampai di rumah Fida, Sufi sudah pun tertidur di pangkuan Fida. Fida mengendong Sufi untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Tetapi setelah sampai dihadapan pintu pagar, Fida terkial-kial untuk membuka beg tangannya mencari kunci rumah. Harris yang sedari tadi melihat dari dalam kereta terus turun untuk membantu.
“Biar saya tolong. Nak saya cari kunci atau saya dukung Sufi.” Soalan Harris membuatkan Fida berfikir sejenak. Nak dihulurkan Sufi, takut anak itu terjaga apabila kerap beralih tangan. Nak diizinkan Harris mencari kunci rumah, tapi itu beg tangannya. Terasa begitu peribadi untuk diberikan kepada Harris.
Tetapi demi anak, dia menjawab, “Tolong ambilkan kunci saya, boleh? Dalam beg tangan.”
Harris mencapai beg tangan Fida lalu membukanya. Dia mencari kunci rumah yang dimaksudkan dan terus menekan kuci autogate rumah Fida. Kemudian, dia turut ikut ke dalam untuk membantu Fida membuka pintu rumah pula. Setelah Fida selamat masuk ke dalam rumah, barulah Harris berjalan kembali ke keretanya. Hanna juga sudah tertidur di tempat duduk belakang. Harris terus memandu pulang ke rumahnya.
Setelah sampai dirumah, dia mengangkat Hanna terus ke biliknya. Setelah dia memastikan keadaan Hanna tidur dengan selesa, dia mengusap perlahan rambut Hanna. ‘My little girl, today you got more than what you had bargain for!’ Harris hanya tersenyum sendirian.
Harris bangun dan beredar daripada bilik Hanna. Dia menutup pintu bilik Hanna perlahan-lahan dan terus melangkah ke biliknya. Dia menukar pakaian dan terus sahaja ke bilik air untuk berwuduk dan solat Isyak. Selesai solat, dia keluar mengambil angin di balkoni biliknya seketika.
Harris teringat semula keletah Hanna, Sufi dan Sofia sepetang mereka berada di rumahnya tadi. Meriah sungguh jadinya rumah itu. Tidak pernah dia mengalami suasana rumah yang begitu ceria seperti tadi. Seronok pula rasa hati Harris. Dia terfikir, alangkah seronoknya andai dia juga mempunyai anak-anak yang ramai seperti itu. Tentu meriah. Kemudian wajah Fida menjelma di fikirannya. Jika dia berkahwin dengan Fida, secara automatik impiannya tadi akan terus menjadi kenyataan.
Kemudian dia terfikir lagi, seandainya mereka berkahwin pastinya mereka akan dikurniakan anak lagi. Tak mungkinlah Fida yang masih muda itu sudah menopaus. Harris terbayangkan keadaan Fida yang sedang mengandungkan anaknya. Kemudian dia berfikir, dia akan pindahkan mereka semua untuk tinggal di rumahnya sahaja dan rumah yang Fida diami sekarang boleh lah disewakan supaya Fida boleh mendapat pendapatan sampingan.
“Weh, Harris! Apa jauh sangat engkau melalut ni? Engkau baru keluar dengan dia sekali, sudah sejauh ini engkau fikir? Engkau baru jaga anak dia sepetang, sudah sejauh ni engkau berangan?” kata Harris memarahi dirinya sendiri memadamkan segenap igauan Harris yang muncul entah dari mana. Tetapi satu yang dia tidak boleh padam, senyuman manis yang sedari tadi singgah dibibirnya. Harris sudah angau!
Tetapi bukan hanya Harris seorang yang bagaikan terkena panahan asmara. Fida juga tidak mampu melawan bayangan Harris yang tak henti-henti singgah dimindanya. Dia tidak habis-habis membandingkan peribadi Harris dengan bekas suaminya dulu Irwan. Ternyata jauh benar sikap dua lelaki itu. Tetapi Fida begitu takut untuk menerima mana-mana lelaki. Dia takut untuk mengimpikan mahligai perkahwinan.
Berdasarkan pengalamannya, menjadi seorang isteri teramatlah memenatkan dan menyesakkan. Dia langsung tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri. Setiap hari, setiap waktu, setiap saat, dia hanya perlu memikirkan tentang perhal suami, kebajikan suami, keperluan dan kehendak suami sehinggakan dia lupa akan dirinya sendiri. Dia tidak mahu lagi hidup seperti itu. Dia sudah penat. Apakah Harris juga akan melayannya sebegitu jika mereka berkahwin? Tiada sesiapa yang mampu menjawab soalan tersebut.
“Apa yang abang menungkan tu?” Soal Adalia kepada Taufik.
“Abang teringatkan Fida dan lelaki tadi.” Jawab Taufik jujur. Susah untuk dia menyembunyikan apa-apa pun daripada isterinya itu. Dia tidak biasa dan dia tidak mahu membiasakan.
“Mereka tu nampak sepadan kan? Dah lama ker mereka berkawan, abang?” tanya Adalia lagi.
“Itu yang abang hairan tu. Siapa nama lelaki tu?” tanya Taufik kepada Adalia.
“Harris kalau tak silap.” Jawab Adalia kembali.
“Ya, ya. Harris. Harris kata diorang hanya berjiran. Tapi abang tengok, diorang macam ada chemistry, kan?” soal Taufik sambil memandang ke arah Adalia. Ada sinar di mata suaminya itu. Adalia cuba mentafsir sinar itu. Ada kelembutan dalam riak mukanya. Pastinya itu bukan petanda cemburu. Itu adalah sinar kebahagiaan. Mungkin benar seperti yang sering Taufik dan Fida katakan kepada Adalia, kasih-sayang antara merea jujur dan ikhlas bagaikan saudara kandung.
“Dalia pun tengok mereka tu macam sesuai sangat, kan. Anak-anak pun semua boleh get along dengan baik. Abang perasan tak tadi Sufi panggil lelaki tu ‘papa’!” kata Adalia lagi.
“Iya? Dalia dengar?” soal Taufik untuk kepastian. Adalia mengangguk-anggukan kepalanya. “Boleh jadi lah jugak. Kanak-kanak umur 3-4 tahun macam tu memang suka ajuk apa orang cakap. Agaknya dia dengan Hanna memanggil Harris tu papa, papa… jadi dia pun ikut juga lah.”
“Abang…” tiba-tiba Adalia memeluk lengan Taufik. “Nanti bila kita dah dapat baby, abang nak dia panggil abang apa?” Adalia sengaja mengajak Taufik untuk memasang angan-angan.
“Hurm… abang pernah tengok drama Turki dulu dia panggil ayah dia Baba. Abang macam berkenan pulak dengan nama tu.”
“Kalau macam tu, baby kena panggil Dalia, nyonyalah kan? Baru jadi baba nyonya!” usik Dalia kepada Taufik.
“Nyonya? Betul ker nak baby panggil Dalia, nyonya… macam dah tua sangat jer?” usik Taufik kembali.
“Abang ni! Mana ada. Dalia lagi muda dari abang tau!” balas Adalia kepada Taufik.
“Ha! Merajuk lah… nanti cepat tua! Hahahahha…” Taufik ketawa semakin kuat apabila melihat Adalia yang telah panjang muncungnya. Adalia bangun berlalu pergi dan terus masuk ke bilik tidur. Taufik pantas mengejar isterinya dan terus memeluk Adalia betul-betul di hadapan pintu bilik mereka.
“Hai, nyonya tua kesayangan baba…” kata Taufik sambil memadamkan lampu bilik tidur mereka. Adakala Taufik terfikir, tanpa anak mereka bebas untuk bergurau senda sepanjang masa. Apakah nanti apabila hadirnya bayi kecil itu, kasih sayang antara mereka juga menjadi semakin hambar dek kerana terlalu letih menjaga anak kecil?
Share this novel