“Harris, kita tak perlulah buat majlis-majlis semua ni. kita buat yang wajib je dah la eh? Malu la kat orang.” Fida tidak dapat membayangkan dirinya berkahwin lagi sekali dengan majlis yang beria-ia. Semua itu tidak penting bagi Fida. Dia agak risau melihat persiapan Harris untuk majlis mereka. Pagi itu sahaja sudah tiga butik pengantin yang mereka keluar masuk, tetapi tak ada satu pun persalinan yang mereka sama-sama setuju. Oleh kerana sudah letih melayan cerewet Harris, Fida mengajaknya berhenti makan di sebuah restoran.
“Honey, why not? Biarlah apa orang nak kata. I just nak rai you. Anak-anak pun mesti suka.” Kata Harris kepada Fida
“Simplify la sikit tak payah la full version of wedding.” Fida masih memujuk.
“Okay, nak simplify macam mana? Give me the detail.” Harris memberi peluang kepada Fida.
“Okay… Pagi Sabtu kita nikah, selesai nikah ada kenduri makan-makan. Kita buat setempat je for both sides. Dah lah…” Fida sememangnya mahu sebuah majlis yang paling ringkas.
“That’s it? Itu bukan simplify, itu asal ada. No! No! Here me out. Hari Jumaat petang kita nikah… and you mesti pakai inai yang cantik-cantik tu… I love henna. Jumaat malam kenduri doa selamat kat kampung mentua you. Hari Ahad kita balik kampung I, kita buat BBQ night kat kampung I pulak. Simplified. Boleh?” Memang mentua Fida dan ibu bapa Harris kedua-duanya meminta majlis dibuat di rumah mereka. Oleh kerana Fida hanya mahu membuat majlis sekali sahaja, mereka saling memujuk agar majlis tersebut dibuat dirumah mereka.
“Dua kali kenduri?” soal Fida mula membantah.
“Mana ada dua, satu je. Lagi satu tu just BBQ je. Makan-makan dengan adik beradik dan kawan-kawan.” Harris cuba mempertahankan ideanya.
“You ni… nak meriah-meriah sangat kenapa?” bantah Fida.
“Eh, I nak rai diri I sendiri pun tak boleh ker?” soal Harris kepada Fida. “Oh, ya. I nak request something boleh tak? This is for my eyes only.” Kata Harris sambil tersenyum simpul membuatkan Fida rasa sedikit resah.
“Apa pula tu? I tak suka betul dengan senyuman penuh makna you tu.” Kata Fida. Dia tahu pasti ada yang pelik-pelik yang bakal diusul oleh bakal suaminya itu. Fida cuba menutup resah dengan meneguk air laici sejuk di hadapannya. Laju saja air itu surut.
“I nak you buatkan ni untuk I, please?” kata Harris sambil menunjukkan gambar yang terpapar di telefonnya. Gambar satu lukisan inai yang sangat cantik berbentuk bunga ros di tengah-tengah belakang badan seorang wanita. Fida sudah membeliakkan matanya.
“Nak buat kat mana?” tanya Fida. Oleh kerana dia terkejut, suaranya agak kuat sehingga membuatkan pelanggan di meja sebelah turut berpusing kepada mereka. Harris sudah mengagak reaksi Fida itu.
“Buat kat badan honey lah. Takkan kat badan I pulak?” kata Harris sambil tersengeh-sengeh.
“You ni kan, macam-macam betul tau! Kalau I buat macam tu, berapa lama I nak melengung dalam kedai tu. Dah la kena buka baju. You tau tak yang kedai lukis henna tu selalunya open macam tu saja?” Fida menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju.
“I tau lah, honey. Sebab tu I dah tempah sorang henna artist ni special untuk you seorang saja. Nanti dia datang ke rumah mentua you and lukis kat you di sana.” Tambah Harris lagi.
“Wah… dah siap tempah?” tanya Fida terkejut. Harris hanya mengangkat keningnya sambil tersenyum simpul. “You ni… minat sungguh ya semua ni?” Fida tidak percaya dengan apa yang ditunjukkan Harris sekarang. Dia benar-benar tak sangka ada lelaki yang minat dengan semua ini. Harris tidak menjawab soalan itu. Entah kenapa dia rasa begitu teruja dengan perkahwinannya kali ini. Jiwanya benar-benar menghargai wanita disebelahnya itu dan dia mahu menyambut kehadiran Fida seistimewa mungkin.
“Kalau macam tu, I pun nak buat permintaan. Kalau I setuju dengan henna you, you mesti kena setuju dengan permintaan I yang ni. Kalau tidak, no henna arts.” Kata Fida memberi kata dua.
“Wow! Macam tu ker?” Harris berfikir sejenak. “Okay, apa dia?” dia memberi peluang untuk Fida menyatakan permintaannya terlebih dahulu.
“I tak mau sewa baju pengantin mahal-mahal tu. I nak pakai baju kurung biasa saja yang I mampu beli and baju tu I boleh pakai lagi lepas-lepas ni.” Fida rasa cukup membazir mengeluarkan wang hanya beribu untuk dua pasang baju yang disewa. Lagipun, dia mahukan baju itu ada bersama dengannya sampai bila-bila.
“But I want you to have a veil and a tiara.” Harris masih tawar menawar dengan Fida. Fida berfikir sejenak.
“Okay.” Fida rasa mungkin layah dan tiara kecil tidaklah terlalu keterlaluan. Dan akhirnya mereka mendapat satu kata putus untuk pakaian mereka di hari pernikahan. Setelah selesai makan, mereka pergi ke butik pakaian wanita. Fida memilih sehelai kurung moden polos berwarna biru air yang sarat dengan manik mutiara biru dan putih. Kainnya yang berpotongan duyung memberi ilusi kurus dan tinggi kepada Fida. Selesai membeli persalinan Fida, mereka masuk pula ke kedai pakaian lelaki. Harris memilih baju melayu satin sutera dengan tona warna serupa dan sehelai sampin songket tenun asli yang berwarna biru kehijauan. Riang sungguh hati Fida apabila pencarian mereka hari itu berakhir dengan jayanya.
“I ada seorang kawan yang nak offer cameraman. Adik dia memang minat photography. Kebetulan masa tarikh kenduri kita, dia sedang bercuti semester. Jadi dia offer nak jadi photographer kita. Dia just minta kita bayar kos printing saja. Boleh tak?” kata Harris di dalam kereta semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Photographer? Perlu ke?” Fida sudah mula resah. Dia membayangkan nanti di hari majlis, dia diminta untuk melakukan aksi-aksi yang bermacam-macam seperti yang biasa dilihatnya di dalam televisyen.
“Eh, mestilah. Penting tu!” kata Harris dengan yakinnya. Fida mengeluh kuat. Majlis belum lagi bermula, dia sudah rasa keletihan. Harris tertawa kecil melihat reaksi Fida.
“Okay, tapi janji I tak mau posing. Biar semuanya candid shot. Pandai-pandai dialah nak cari pose menarik.” Kali ini Fida bukan lagi memberi kata dua, tetapi dia terus memberi kata putus. Harris ketawa mendengar arahan daripada ma’am disebelahnya itu.
“This is our last wedding! Let’s make it right, okay love?” kata Harris kepada Fida.
“Hurm… yer laahhh…” jawab Fida dengan lanjut. Malas dia nak layan angan-angan Harris yang mengalahkan anak dara di perkahwinan pertama.
“Kau dah cari apa yang aku suruh?” soal Tasya kepada Gerry.
“Sudah. Aku dah tolong kau beli sekali dengan accessory tambahan lagi.” Kata Gerry dengan pelat cina yang begitu pekat.
“Aku tak minta accessory semua tu. Buat apa engkau cari?” bentak Tasya.
“Hey, look. This is my job. This is my expertise. Aku tau apa yang kau perlu. Engkau tak payah banyak tanya. You will thanks me later, you’ll see!” kata Gerry dengan begitu yakin sekali.
“Berapa harga semua?” soal Tasya lagi. Pastinya harga akan menjadi lebih tinggi dari yang dia bayangkan asalnya.
“Tak mahal lah… ini barang import tau. I bagi you cincai lah huh? RM15 000 sudah lah.” Kata Gerry berseloka sambil tersenyum sumbing.
“You cakap main-main, eh Gerry.” Kata Tasya yang sakit hati mendengar intonasi suara Gerry yang seakan mempermainkannya. Dia rasa seperti itu. Jantungnya tengah berdegup kencang tetapi Gerry pula masih mahu berjenaka.
“Adik cantik, you ni tense sangat lah. Relaks lah sikit. Kepala mau buat jahat tapi hati kecut macam tikus, mana mau jadi.” Kata Gerry kepada Tasya lagi. Berang betul Tasya mendengarnya. Dia terus bangun berdiri. Kerusi besi yang ringan dibelakangnya tertolak dengan kuat sehingga terjatuh ke lantai.
“You jangan main-main dengan I. You cakap baik-baik sikit.” Bentak Tasya. Dadanya turun naik menahan marah. Melihat Tasya yang sudah mula naik angin, Gerry ketawa dengan kuat.
“You yang nak guna barang… you yang cari I… sekarang you mau marah-marah? You marah lah. I peduli apa? You minta I cari, sekarang I dah dapat. You nak you ambil, you tak mau, you blah. You ingat barang ni boleh beli kat pasar ker?” sekarang Gerry pula meninggikan suaranya. Tasya silap jika dia fikir dia boleh bermain-main dengan Gerry.
“Bagi nombor akaun you, I transfer payment.” Kata Tasya.
“You gila ke apa? You ingat you tengah shopping LAZADA ke? I mau cash. I bagi you masa sampai ini malam. Tak ada cash, tak ada barang!” tempik Gerry dan terus berlalu pergi. Menggerutu hati Tasya. Sememangnya itu pertama kali dia berurusan dengan lelaki itu.
‘Kalau aku tak ambil sekarang, aku nak cari mana lagi? Bukan senang aku cari benda tu. Bukan senang aku nak cari orang lain yang ada jual benda tu.’ Tasya berfikir sendirian. ‘Aku mesti dapatkan juga benda tu. It’s now or never. ‘Never’ is not in my plan.’
Tasya bingkas bangun dan bergerak ke bank. Dia perlu keluarkan wang tersebut sekarang juga. Dia tidak mahu perancangannya kali ini hancur lagi. Sebelum ini, Harris telah bermain kasar dengannya apabila mengheret pihak polis bersama. ‘Aku nak jumpa dia saja. Itu pun susah nak faham ke? Budak berhingus tu nak buat apa? Menyusahkan hidup aku saja. Macam mana lah aku boleh setuju nak beranak dulu?’ Tasya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak faham dengan keputusan yang pernah dibuat dalam hidupnya selama ini.
Tasya melangkah masuk ke dalam bank dengan gemuruh di dada. ‘Agak-agak diorang tanya tak aku nak buat apa duit tu? Kalau diorang tanya, apa alasan aku nak bagi?’ Tasya bersoal-jawab sendirian dalam kepalanya. Sudah lama benar Tasya tidak berurusan di kaunter bank seperti ini. Semua urusannya hanyalah di mesin auto-teller ataupun secara maya. Tambahan pula dia menggunakan kad kredit. Jarang sangat Tasya memerlukan wang tunai. Apatah lagi wang tunai sebanyak ini. Sememangnya dia tidak pernah membuat pengeluaran sebanyak ini sekali gus.
Tasya tertinjau-tinjau keadaan di dalam bank tersebut. Keliru dia untuk berurusan di situ. Tidak tahu ke mana yang harus dituju. Tiba-tiba, Tasya didekati oleh salah seorang pengawal keselamatan. Jantung Tasya semakin berdebar laju. Barangkali, orang yang ada disebelahnya juga boleh mendengar degupannya itu.
“Cik ada urusan apa?” Soal pengawal keselamatan itu.
“Ah? Apa awak tanya?” Tasya mula rimas apabila ada yang sibuk-sibuk bertanya benda yang langsung tiada kaitan dengan diri mereka.
“Cik nak buat apa? Simpanan atau pengeluaran?” tanya pengawal keselamatan itu lagi.
“Pengeluaran. Saya nak buat pengeluaran.” Kata Tasya tersekat-sekat. Berkerut kening pengawal keselamatan itu.
“Untuk pengeluaran, cik isi borang hijau di sana. Nanti pergi ambil nombor di sana. Tekan butang B.” terang pengawal keselamatan itu dengan penuh sopan sambil menunjukkan tempat-tempat yang perlu Tasya pergi.
“Ah. Ya, ya.” Tasya cepat-cepat beredar menjauhi lelaki tersebut. Dia seram dengan senjata yang tersangkut di bahu lelaki itu.
Setelah mengisi borang dan mengambil nombor gilirannya, Tasya mengambil tempat duduk yang agak jauh daripada semua pelanggan yang lain. tetapi, degupan jantungnya yang maha dahsyat itu membuatkan dia tidak senang duduk. Sesekali dia bangun dan berjalan mundar-mandir di bahagian belakang bank. Angka gilirannya hanyalah berjarak tiga orang sahaja tetapi dia rasakan umpama sudah seharian dia menunggu di situ.
Walaupun premis bank tersebut dilengkapi dengan pengahawa dingin dengan suhu yang agak rendah, wajah Tasya tetap dipenuhi bintik-bintik peluh dingin. Dia benar-benar gemuruh. Apabila nombornya dipanggil, kakinya menggigil untuk melangkah ke kaunter.
“Ya, cik. Boleh saya bantu?” Sapa seorang wanita yang begitu cantik wajahnya dengan senyuman yang begitu manis. Tetapi di hati Tasya, dia membenci wajah itu. Terasa bagaikan malaikat maut yang berada dihadapannya sekarang.
“S… saya… saya nak… saya nak keluarkan duit ni.” Tasya menghulurkan borang pengeluaran yang diisinya sebentar tadi. Pegawai bank yang bertanda nama Anis itu hairan melihat tingkah laku Tasya.
“Boleh cik. Minta IC dan buku atau kad akaun.” Pinta Anis dengan lembut kepada Tasya. Tasya rasa bagaikan Anis mahu cuba berbuat sesuatu dengan kad pengenalannya itu.
“Nak buat apa IC? Kan saya dah tulis nombor IC saya kat borang tu. Ikut yang tu lah.” Kata Tasya membantah.
“Maaf cik. Kita perlu sahkan semua maklumat cik ni sebelum kita keluarkan duit.” Kata Anis lagi kepada Tasya. Tasya serba salah tetapi dia turutkan sahaja. Dia tidak mahu membuat sebarang situasi yang boleh memberi peluang kepada pengawal keselamatan itu datang kepadanya lagi.
“Letakkan ibu jari puan di sini.” Arah Anis lagi kepada Tasya. Tasya teringat cerita-cerita siasatan di televisyen. Bagaimana penyiasat boleh mencari pesalah hanya melalui cap jari. Sekali lagi dia berasa berat hati untuk meletakkan jarinya.
“Untuk apa pulak?” tanya Tasya sebagai tanda protes.
“Untuk verification je, cik.” Anis sudah mula penat melayan paranoia Tasya. Anis masih cuba untuk tersenyum, tetapi senyumannya kini tidak semanis tadi lagi. Akhirnya Tasya dapat jugak wang tunai RM15 000 yang diperlukannya. Mengenangkan kembali urusannya dengan pihak bank tadi, Tasya tersenyum kelat.
‘Tak ada lah susah sangat. Aku saja yang cuak terlebih.’ Pantas sahaja Tasya mengeluarkan telefonnya menghantar mesej kepada Gerry.
Tasya : Send me location. ASAP
Tasya terus melangkah masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Tidak lama kemudian telefon Tasya berbunyi. Gerry menghantar satu peta lokasi bersama satu pesanan ringkas.
Gerry : 7 pm sharp.
Tasya mengerling jam keretanya. ‘Awal lagi. Balik rumah dulu lah.’ Tasya memandu pulang dengan hati yang teruja. Perancangannya berjalan dengan baik sekali. Malam ini, persiapannya akan lengkap. Kemudian hanya perlu menunggu sahaja sehingga ke masa yang paling tepat. Dia yakin, kali ini tiada lagi yang akan merosakkan rancangannya.
Share this novel