~ 8 ~

Family Completed 8882

Harris duduk termenung di beranda rumah orang tuanya di kampong. Di hujung pandangannya, Hanna sedang bermain bersama maksunya, adik bongsu Harris. Harlina berusia 18 tahun dan sedang menunggu keputusan SPM. Ibu dan ayahnya tidak membenarkan Harlina keluar bekerja. Harlina hanya dibenarkan keluar untuk mengambil lesen kereta saja. Anak bongsu, walaupun dah besar panjang, tetapi tetap anak kecil bagi ibu dan ayahnya.

“Ibu setuju sangat dengan keputusan kamu tu, Harris. Buat kamu nak simpan lagi perempuan macam tu? Buat malu keluarga kita saja. Takkan contoh macam tu yang kamu nak tunjuk kepada Hanna?” ibunya tiba-tiba bersuara sambil berjalan merapati Harris. “Dari awal lagi ibu tengok dia tu pelik sikit perangai nya. Tak sangka pula seteruk itu.” Tambah ibunya lagi.

Harris hanya mendengar sahaja leteran ibunya. Dia masih lagi tenggelam di dalam fikirannya sendiri. Dia tahu keputusan untuk menceraikan Tasya itu keputusan yang betul. Sesiapa sahaja yang berada di dalam situasi seperti dia akan bertindak sedemikian. Hatinya hancur remuk dengan perbuatan Tasya. Dia langsung tidak menyangka Tasya tergamak melakukan sebegitu rupa.

“Kenapa sanggup kau buat sampai macam ni sekali?” terngiang-ngiang butir bicara dia dan Tasya di Pejabat Agama tempoh hari. Dia sudah tidak mampu menahan emosi. Mujurlah Hanna turut berada di situ. Jika tidak, dia sendiri tidak pasti apa yang sanggup dia lakukan.
“Ampunkan Tasya, abang! Ampunkan Tasya! Tasya berdosa kepada abang.” Tiada kata-kata lain yang keluar dari mulut Tasya selain ini. Harris tidak mahu mendengar semua ini. Dia mahukan penjelasan. Dia mahu tahu alasan. Kejam sungguh perbuatan Tasya terhadapnya.

“Aku mahu tau, kenapa? Kenapa engkau sanggup buat semua ni? Engkau tak tau dosa pahala kah?” tempik Harris lagi.

“Sabar, Encik Harris. Bawa mengucap. Istighfar banyak-banyak.” Seorang pegawai Pejabat Agama cuba menenangkan Harris. Harris melurutkan muka dan rambutnya berkali-kali sambil beristighfar di dalam hati. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali berkata-kata.

“Aku just nak tahu, kenapa engkau buat semua ni. Tolong beritahu aku sekarang.” Suara Harris perlahan tetapi sangat tegas dan kasar.

“Engkau mahu tahu kenapa? Betul engkau mahu tahu kenapa?” balas Tasya. Mungkin sebab suara Harris sudah tidak sekuat tadi, dia bangkit untuk melawan. “Aku sunyi! Engkau selalu tidak ada di rumah. Engkau tinggalkan aku di rumah sendirian. Aku sunyi!” Tasya memberi alasan tanpa rasa bersalah langsung kepada suaminya itu.

“Engkau sunyi? Kenapa engkau tak layan anak engkau ni?” soal Harris sambil jarinya tepat menunjuk ke arah Hanna.

“Apa yang budak ni tahu? Yang dia tahu minta itu, minta ini. Tanya itu, tanya ini. Aku naik rimas. Aku bosan. Aku mahu dilayan, bukan melayan!” balasan Tasya kali ini menyentap tangkai jantung Harris dan juga Hanna. Lebih-lebih lagi Hanna. Dia tak menyangka mamanya sanggup kata begitu kepadanya.

“Habis dengan jantan tu engkau tak ‘melayan’ kah?” soalan Harris kali ini kembali tegas dan nyaring. Dia tidak menyangka itu anggapan perempuan yang dijadikan isteri kepada anak kesayangannya itu. Satu-satunya anak mereka. Dia sudah tidak dapat membendung lagi rasa marahnya kepada perempuan di hadapannya.

“Tasya binti Tahren, I’ll see you in court!” seraya dengan itu, Harris mendukung Hanna dan terus di bawa pulang. Lagi pula, azan subuh sudah pun berkumandang waktu itu. Harris memohon cuti seminggu daripada majikannya. Agak mudah dia mendapat kebenaran kali ini memandangkan perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan minggu lepas. Harris berjaya menyelamatkan syarikatnya daripada kerugian berjuta ringgit. Dia terus pulang ke kampung untuk berbincang dengan ibu dan ayahnya.

“Bolehkah saya jaga Hanna seorang diri, ibu? Sudahlah saya asyik kena pergi outstation. Siapa yang akan jaga Hanna nanti?” Harris hanya bimbangkan anaknya. Tempoh dia bertugas di luar kawasan selalunya melangkaui satu minggu.

“Hal yang tu kita boleh urus, Harris. Kita boleh cari jalan selesai. Tapi ibu tak setuju kalau engkau masih nak biarkan perempuan itu wujud dalam keluarga kita. Rosak hidup anak kamu nanti. Ibu bantah 100%.” tegas ibunya lagi.

Harris perlu merancang apa yang perlu dilakukan seterusnya. Dia tidak mahu anaknya terkesan teruk dengan kejadian itu. Dia perlu lindungi Hanna. Itu amanah Allah kepada Harris. ‘Mungkin aku boleh discuss dgn boss untuk jawatan yang lain. kalau tak ada, mungkin aku perlu cari kerja yang baru yang lebih sesuai dengan Hanna.’

Perjalanan perbicaraan kes Tasya tidak terlalu lama. Tasya tidak membuat sebarang pembelaan apabila kesnya dibaca di hadapan hakim. Akhirnya, hakim telah menjatuhkan hukuman nusyuz kepada Tasya dan gugur segala hak nafkah dan tanggungjawab Harris ke atasnya. Tasya menangis sepanjang sebutan kes berlangsung.

“Abang, minta ampun kata bang. Tasya tahu Tasya berdosa pada abang. Tasya dah sakitkan hati abang. Tasya minta ampun, bang.” Ujar Tasya semasa dia ke rumah untuk mengambil barnag-barang peribadi dan pakaiannya.

“Tasya, lebih engkau bertaubat dengan Tuhan. Aku ampunkan segala dosa engkau terhadap aku dan Hanna. Kalau engkau benar-benar sukakan jantan tu, lebih baik engkau kahwin dengan dia. Jangan engkau ulang lagi perbuatan kau selepas ni walaupun engkau bukan lagi seorang isteri.” Harris cuba menasihati Tasya. Tetapi rasa marah yang menebal dalam hatinya, suara Harris kedengaran tegas dan keras.

“Hanna, datang jumpa mama sayang…” tiba-tiba Hanna turun dari tingkat atas rumahnya. Dia berjalan perlahan-lahan menuju kepada Harris. Terus sahaja dia memeluk kuat kaki Harris. Dia takut untuk menghampiri mamanya.

“Sudahlah, Tasya. Lebih baik engkau beredar dari sini. Aku tak mahu tengok muka engkau lagi.” Harris menarik daun pintu untuk menutupnya tetapi Tasya pantas menghalang.

“Abang! Sekejap, abang. Izinkan saya memeluk Hanna. Saya rindukan Hanna. Please, abang. Izinkan Tasya bercakap dengan Hanna sekejap saja.” Harris memandang wajah Tasya dengan tajam. Tetapi Harris bukanlah manusia yang kejam. Dia melihat kepada Hanna pula. Selain Tasya, hati dan perasaan Hanna juga dia perlu jaga. Lebih penting untuk dia jaga.

“Kalau dia mahu, kau cubalah.” Jawab Harris. Dia mahu anaknya sendiri membuat keputusan mengikut kehendak hatinya. Walaupun baru berumur 6 tahun, tetapi cabaran hidupnya sudah beronak duri. Harris sedih mengenangkan anaknya itu. Ternyata Hanna tidak mahu mendekati Tasya.

“Papa, Hanna takut.” Jawab Hanna. Matanya bergenang dengan air mata.

“Okay, Hanna. Sudahlah Tasya. Engkau beredarlah dari sini. Jangan ganggu hidup kami lagi.” Jawab Harris sambil menutup pintu rumahnya. Dia pastikan pintu itu terkunci rapat sebelum bergerak mengiringi anaknya.

Seperti yang dirancang sebelum ini, Harris telah berbincang dengan majikannya berkenaan dengan jadual kerja semasanya. Disebabkan dia perlu menjaga Hanna sepenuh masa sekarang, agak sukar untuk dia selalu keluar bekerja di luar kawasan dalam tempoh yang lama.

“Mr. Khoo, saya tahu bukan tanggungjawab pihak syarikat untuk menangani isu-isu remeh seperti saya ni, you boleh cari pekerja lain dengan mudah untuk menggantikan tempat saya. Saya tau ramai lagi orang yang lebih pakar berbanding saya,” Harris cuba mengatur ayatnya sebaik mungkin untuk emngambil hati majikannya itu. Dia senang bekerja dengan syarikat itu tetapi keadaannya sekarang sudah berubah.

“Tapi, saya suka kerja di sini. Kawan-kawan, baik. Boss pun semua baik-baik. Jadi saya sangat memohon jasa baik Mr Khoo untuk pertimbangkan semula jadual kerja saya. Saya boleh keluar hujung minggu, tetapi kalau hari minggu saya tak boleh out station, boss.” Harris menggunakan intonasi suara paling lembut dan paling merendah diri dengan Mr Khoo. Dia tidak mahu kehilangan kerja di situ.

Mr Khoo memandang Harris untuk beberapa ketika. dia tengah memikirkan solusi-solusi terbaik yang boleh dia ambil. Dia sedar betapa Harris banyak membantu syarikatnya mengangani banyak masalah-masalah besar yang boleh menyebabkan mereka kerugian besar. Dia juga sayang untuk melepaskan Harris keluar dari syarikatnya itu.

“Kamu boleh keluar hujung minggu?” soal Mr Khoo kepada Harris. Dia masih lagi mencongak-congak jalan terbaik.

“Yes, boss. Sabtu dan Ahad I boleh keluar.” Jawabnya ringkas. Hanna tidak bersekolah pada hujung minggu. Fikir Harris, Hanna boleh mengikutnya sekali jika dia perlu ke luar kawasan. Harlina masih bercuti. Dia boleh bawa Harlina bersama-sama.

“Pergi mana pun tak kisah?” Mr Khoo masih menguji.
“Boleh, boss.” Jawab Harris. Dia sangat-sangat memerlukan kerja ini. Bukan muda untuknya mencari syarikat baru dalam keadaan tiba-tiba seperti ini.

“Macam mana kalau ada urgent case di luar tiba-tiba?” Soalan Mr Khoo secara rawak sebegini memerlukan Harris berfikir dengan pantas untuk mencari jawapan yang paling tepat.

“Kalau berlaku tiba-tiba, saya boleh bantu secara remote dari HQ, Mr Khoo. Setiap kali saya pergi troubleshoot, saya sudah tunjuk mereka beberapa perkara penting yang mereka perlu buat untuk mengelak kerosakkan jadi lebih teruk. Jadi kita boleh bagi arahan secara remote dari HQ, mereka di sana boleh ambil tindakan awal dahulu sebelum saya datang untuk double check.” Terang Harris kepada Mr Khoo.

“Sepanjang 10 tahun kamu kerja dengan saya, saya tahu kamu seorang yang sangat cekap dan bertanggungjawab. Saya suka jawapan kamu. Itu menunjukkan yang kamu tidak mudah lepas tangan. Tapi…” Mr Khoo berhenti sekejap. Jantung Harris berdegup kencang. Suasana senyap-sunyi itu mencemaskannya. “troubleshooting secara remote itu bukan senang untuk dibuat.” Sambung Mr Khoo. Harris makin merasakan peluangnya semakin tipis.

“Saya beri kamu tempoh percubaan selama 3 bulan. Kamu monitor dari HQ. Kalau perlu troubleshoot on weekdays, you try buat secara remote. But on the weekend, you MUST go there and follow up.” Mr Khoo menekankan perkataan MUST. Harris sudah mampu tersenyum mendengar keputusan majikannya.

“Alright, boss. I promise to work even harder. Thank you for being very understanding. I will not let you down.” Jawab Harris dengan gembira sekali. Sebelum keluar, dia menyalami Mr Khoo dengan genggaman yang lebih kemas. “Terima kasih banyak-banyak Mk Khoo atas peluang ini. Saya akan buat yang terbaik untuk syarikat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience