Wajah kegembiraan keempat-empat insan itu amat dicemburui. Sedari tadi dia hanya memerhatikan mereka yang berbual sambil tersenyum-senyum sambil mengucapkan tahniah. Dia tidak pasti apa yang diraikan oleh mereka. Yang pasti, mereka terlalu tenggelam di dalam dunia mereka sehinggakan dia yang lalu disebelah mereka sebentar tadi langsung tidak disedari oleh seorang pun. Bengkak sungguh hatinya.
“Tasya, kau tunggu kat sini kejap ya? Aku nak pergi cari air lah. Dahaga betul. Kau nak tak?” soal Elly, rakan serumah Tasya. Tasya hanya menggelengkan kepalanya. Matanya masih tertumpu kepada susuk tubuh bekas suaminya, Harris. Sihat wal-a’fiat dia tengok Harris. wajahnya kelihatan bahagia sekali. ‘Apa yang bahagia sangat? Siapa mereka semua tu? Aku tak pernah jumpa pun sebelum ni. Kawan-kawan dia kah? Sejak bila dia pandai berkawan?’ persoalan demi persoalan timbul di benak Tasya. Tiba-tiba dia nampak mereka sedang melangkah keluar daripada Unit Kecemasan itu. ‘Aku mesti kejar dia.’
“Abang Harris!” panggil Tasya setelah mereka semua berada di luar Unit Kecemasan. Ikutkan hatinya mahu saja dia menjerit memanggil lelaki itu dari dalam lagi. Tetapi dia pasti suaranya akan bergema di seluruh ruang yang tertutup itu. Pasti dia akan dimarahi kerana membuat bising di dalam bangunan hospital.
Keempat-empat mereka berpusing apabila mendengar suara Tasya. Tetapi setelah melihat panggilan itu datangnya daripada orang yang tidak dikenali, Taufik dan Adalia meminta diri terlebih dahulu.
“Kami gerak dulu ya, Fida, Harris.” kata Taufik kepada mereka.
“Okay, abang. Hati-hati ya. Tahniah lagi sekali!” Kata Fida kepada Taufik dan Adalia. Kemudian dia kembali memandang wanita yang baru sahaja memanggil Harris dengan agak kuat sebentar tadi. Melihat wajah Harris yang asyik merenung Tasya tanpa henti sejak tadi, dia pasti wanita itu amat dikenali oleh Harris. namun begitu, mulutnya Harris terkunci rapat.
“Abang sihat?” soal Tasya kepada Harris. dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia katakan kepada Harris. Memang dia merasa malu dan berdosa dengan perbuatannya dulu. Tapi baginya perkara itu sudah 2 tahun berlalu. Sudah lama untuk dikenang. Dan dia boleh meyakinkan Harris yang dia sudah insaf dan ingin kembali taat dan menjadi isteri Harris semula.
“Abang tak ingat Tasya lagi ker? Ini kan Tasya, isteri abang.” Kata Tasya dengan perasaan yang kekok. Dia kekok dengan layanan Harris yang begitu dingin terhadapnya. Fida terkejut dengan pernyataan Tasya sebentar tadi. Tiba-tiba dia merasakan yang dia tidak patut berada di situ. Pantas sahaja dia berpusing dan berlalu tanpa sepatah perkataan pun. Harris yang terkejut dengan tindakan Fida turut sama berpusing dan berjalan bersama-sama Fida. Melihat Harris mengekorinya, kaki Fida terhenti.
“Eh, tak apalah. I tunggu you dekat kereta.” Kata Fida kepada Harris. Dia tidak mahu berada di situ. Dia tidak mahu mendengar perbincangan mereka. Yang sebenarnya, dia tidak boleh mendengar perbincangan mereka. Hatinya sudah mula sayangkan lelaki itu. Dan apabila seorang wanita lain yang datang menyatakan dia isteri Harris, terasa sesak nafas Fida. Sakit dadanya bagai dicucuk-cucuk.
“Kita balik sahaja ya.” Kata Harris sambil menolak lembut belakang badan Fida untuk terus berjalan bersama-sama dengannya. Fida menoleh sedikit melihat wanita bernama Tasya di belakang mereka. Wajahnya mencuka melihat Harris langsung tidak mengendahkannya.
Sebaik sahaja mereka masuk ke kereta, Harris tidak terus menghidupkan enjinnya. Dia menyandarkan kepalanya di penyandar kerusi, menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan matanya, kemudian menghembus nafasnya dengan kuat. Dia kemudian memandang ke arah Fida. Enjin kereta dihidupkan, pengahawa dingin di pasang, tetapi mereka masih statik di situ.
“Perempuan tadi tu Tasya.” Cerita Harris tanpa dipinta. Fida begitu sukar untuk menceritakan perihal hidupnya sebelum ini membuatkan dia sendiri tidak pernah bertanya hal yang sama kepada Harris. “Dia… BEKAS isteri I.” sengaja ditekankan perkataan itu untuk membetulkan pernyataan Tasya sebentar tadi. Timbul riak marah di wajah Harris. “Kami bercerai 2 tahun dulu di Pejabat Agama. Satu malam, I balik dari out station dan I dapati pihak polis dan Majlis Agama sedang serbu rumah I. Perempuan tu tengah berkhalwat dengan BOYFRIEND dia, di rumah I dan I langsung tak sedar. Dan Hanna terpaksa menjadi mangsa, melihat perangai buruk MAK dia tu.”
Itulah kali pertama Fida melihat Harris dalam keadaan marah. Dia tidak dapat bayangkan betapa kecewanya Harris dalam situasi seperti itu. Dada Harris naik turun dengan pantas kerana menahan marah kepada Tasya. Dia langsung tidak menyangka akan terserempak dengan Tasya lagi. Dia menyangka perempuan itu terlalu malu untuk bersemuka dengannya dan Hanna dan pergi membawa diri jauh dari mereka. Rupanya dia silap. Perempuan itu memang tak tahu malu.
Fida kaku di sebelah Harris. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia hanya mampu mengamati wajah Harris yang sedang marah itu. Dia juga agak terkejut dengan reaksi Harris. Hal ini begitu serius tetapi Harris mampu menyimpan amarahnya kepada Tasya. Walau setelah dia berada di dalam kereta pun, Harris tidak terjerit-jerit melalak sambil menyemburkan amarahnya ke segenap alam.
Harris tertunduk di stereng kereta. Sudah lama dia tidak memikirkan hal itu. Sudah lama dia membuang episod hitam hidupnya itu jauh-jauh. Sudah lama dia melupakan tragedi yang merubah hidupnya itu. Tetapi hari ini, di saat dia mula cuba mencipta kebahagiaan yang baru, kenapa perempuan itu perlu muncul? Kenapa sekarang? Apa petanda semua ni?
Tersentuh hati Fida melihat keadaan Harris. Pengalaman yang Harris lalui pastinya lebih perit untuk dia telan. Terangkat tangan Fida untuk mengusap pangkal rambut lelaki di hadapannya itu. Hancur hatinya melihat kesedihan yang sedang cuba untuk dipendamkan oleh Harris sendirian. Fida sendiri sedia maklum bagaimana rasanya menyimpan kelukaan dan kedukaan di dalam benak sendiri. Tidak tahu kepada siapa boleh dia luahkan segala isi hatinya. Dia faham perasaan Harris ketika itu.
“Harris, do you want to talk about this?” soal Fida dengan lembut. “I ada dengan you. You can trust me.” Kata Fida cuba meyakinkan Harris. Daripada keadaan tertunduk, Harris kembali menyandarkan badannya ke belakang. Timbul satu senyuman di bibir Harris tetapi Fida tidak pasti senyuman itu untuk apa.
“Fida…” Kata Harris dengan lemah.”I dah buang dia jauh-jauh. Begitu juga Hanna. Kami takkan mungkin dapat terima perbuatannya waktu itu. I terlalu sayangkan dia dan I letakkan sepenuh perhatian dan cinta I kat dia. Tetapi itu balasan yang I dapat.” Harris menggeleng-gelengkan kepalanya. “I tak boleh, Fida. I tak boleh nak tengok langsung muka dia. I benci!” kata Harris dengan penuh perasaan.
“Harris, I tak boleh nak bayang perasaan you masa you hadap semua benda ni. kalau I ditempat you, I tak tau apa yang akan jadi kat I. Tapi… kalau you simpan benci you kat dia macam ni, you sebenarnya menyiksa diri you sendiri. Trust me, I know that. You tak perlu nak siksa diri sendiri.” Kata Fida memujuk. Harris memandang tepat ke wajah Fida. Wajah comel itu sedikit sebanyak mampu membawa fikiran Harris ke aras rasional kembali.
“Maafkan dia demi ketenangan hidup you. Bila you dah maafkan, you tak kan sakit lagi. Percayalah.” Kata Fida lagi selembut yang mungkin. Dia melemparkan senyuman paling manis buat lelaki itu agar Harris akan kembali tenang dan yakin dengan kata-katanya.
“Fida, will you be my wife?” tanya Harris tiba-tiba. Soalan tersebut datang bagaikan ribut ke dalam diri Fida. Hilang sebentar senyuman di wajahnya. Fida berfikir seketika. ‘Apa lagi yang kau nak cari? He is really the one for you!’ bisik hati Fida. Kemudian senyuman itu kembali terukir.
“Yes… I will.” Jawab Fida dengan yakin. Sinar bahagian kembali menyapa di wajah Harris.
Pada hujung minggu itu, Fida membawa Harris pulang ke kampung mentuanya. Kebetulan Irwan juga baru sahaja bertolak ke rumah ibu bapa isteri barunya. Roslan dan Asmah ada memberitahu Fida akan tarikh perkahwinan Irwan tetapi Fida sudah maklumkan terlebih awal yaang dia tidak mahu pergi ke perkahwinan tersebut. Biarlah Irwan menjadi orang asing baginya yang langsung tidak dikenalinya.
Ketiga-tiga anak mereka langsung belum menyedari bahawa Harris dan Fida sudah pun bersetuju untuk berkahwin. Tetapi hairan juga Hanna apabila Harris turut bersama-sama mereka untuk pulang ke rumah opah dan atuk Sofia.
“Betul ke papa nak ikut Hanna sekali ni? Ke papa just nak hantar kitorang saja?” tanya Hanna semasa dalam perjalanan mereka pulang ke kampung.
“Betul lah. Papa nak ikut Hanna sekali lah ni.” jawab Harris.
“Boleh ker mama?” tanya Hanna kepada Fida pula. “Opah tak marah ker kalau papa ikut sekali?” Hanna masih tak berpuas hati kenapa Harris boleh ikut mereka.
“Tak tau. Nanti kita tengoklah. Kalau opah marah, nanti dia kejar papa dengan penyapu!” sakat Fida kepada Hanna. Mereka semua ketawa membayangkan Harris yang dikejar Asmah dengan sebatang penyapu keliling rumah.
Seperti biasa, ketibaan mereka disambut dengan senyuman manis daripada Asmah dan Roslan di muka pintu.
“Atuk! Opah!” dan cucu-cucu merekalah yang pertama akan turun memeluk mereka, termasuk Hanna. Manakan tidak bahagia hati tua mereka itu apabila cucu-cucu mereka pulang membawa kasih-sayang tulus ikhlas sepenuh hati? Takkan mungkin mereka sanggup kehilangan kebahagiaan seindah itu.
“Assalamualaikum, mak…” sapa Fida sambil memeluk tubuh ibu mentuanya.
“Ayah sihat?” Fida menyalami pula Roslan dan mencium tangan itu.
“Mak, ayah… inilah Harris.” kata Fida sambil memperkenalkan Harris kepada mereka. Harris menyalami Roslan dengan penuh hormat dan mesra.
“Pakcik dan makcik sihat?” sapa Harris kepada mereka berdua.
“Apa pulak pakcik makcik? Mak dan ayah ja. Fida ni dah macam anak kami sendiri. Suami dia, menantu kami juga.” kata Asmah kepada Harris. Harris tersipu-sipu mendengar ayat-ayat Asmah itu.
“Suami?” tiba-tiba Sofia dan Hanna bertanya serentak. Pantas Fida menarik kedua-duanya rapat ke badan Fida dan menutup mulut mereka dengan kedua-dua tangannya.
“Haish… jangan menyampuk cakap orang tua-tua.” Kata Asmah kepada cucu-cucunya. “Jom, jom. Kita masuk makan. Mak dah siap masak dah hari ni. Asam pedas ikan pari.” Kata Asmah memancing rasa lapar mereka semua. Teruja benar Harris mendengar asam pedas ikan pari. Memang kegemarannya.
“Masuklah Harris, buat seperti rumah sendiri ya. Makan ikan pari tak?” Kata Roslan sambil memegang bahu Harris mempelawanya masuk ke dalam rumah.
“Eh, makan. Favourite saya tu.” Jawab Harris dengan ramah sambil tersenyum.
“Hanna, Sofia, tolong ambilkan makanan yang mama masak tadi dalam kereta.” Kata Fida kepada anak-anak perempuannya itu.
“Okay, mama”. Jawab mereka serentak. Sufi sudah lama mengikut opahnya masuk ke dalam rumah. Fida terus masuk ke dalam rumah menuju ke dapur untuk membantu Asmah menghidang makanan. Roslan sudahpun duduk di atas kerusi kegemarannya di hujung meja. Harris pula duduk di sebelah kiri Roslan. Di sebelah kiri, Asmah meletakkan cucu lelakinya duduk di situ dan dia pula duduk di sebelah Sufi. Sekarang yang tinggal hanyalah dua lagi kerusi. Fida sedang mencongak-congak di mana harus dia duduk.
“Nah mama.” Kata Hanna dan Sofia sambil meletakkan dua bekas makanan di atas meja. Fida terus membuka penutup bekas tersebut.
“Apa tu Fida?” tanya Asmah sambil menjenguk ke dalam bekas tersebut.
“Rendang daging dengan agar-agar roti.” Jawab Fida.
“Wah, sedap ni. Dah lama ayah tak makan rendang daging kamu.” Kata Roslan sambil menyambar bekas tersebut di tangan Fida lalu menceduk sesudu rendang ke dalam pinggan nasinya. Fida berjalan menuju ke peti sejuk untuk menyimpan agar-agar buat sementara waktu.
“Hanna dan Sofia, ambik nasi ni, letak lauk yang kamu suka, pergi makan depan tv yer.” Saran Asmah. Meja makannya itu sememangnya sudah tidak muat.
“Yeay……” seronok bukan main Hanna dan Sofia boleh makan sambil menonton televisyen. Harris terkejut melihat anaknya yang begitu bersahaja di situ. Umpama rumah itu rumah dia juga.
“Sufi nak tv juga.” kata Sufi kepada opahnya.
“Sufi pun nak makan depan tv?” tanya Asmah. Sufi hanya mengangguk-angguk. Fida yang masih belum duduk-duduk lagi datang mendekati Sufi. “Tak pa, tak pa. Biar mak tengokkan Sufi. Kamu pergi duduk, tengokkan apa Harris nak makan tu. Air belum tuang lagi tu.” Kata Asmah sambil menunjukkan kerusi yang kosong di sebelah Harris.
“Eh, tak apa lah mak. Mak makan dulu. Biar saya tengokkan Sufi.” Kata Fida cuba membantah. Dia segan untuk duduk di sebelah Harris di hadapan mentuanya itu.
“Ish. Tak payah. Kamu pergi tengok Harris makan. Nanti dia segan, tak boleh nak makan pulak.” Kata Asmah lagi. Pantas sahaja Asmah meletakkan sedikit kuah sup di dalah nasi Sufi, dihancur-hancurkan sedikit ikan kembung goreng dan digaulkan sedikit dengan nasi. Kemudian dia mengajak Sufi bangun menujuk ke depan televisyen. dia menghamparkan sehelai alas plastik dan meletakkan pinggan nasi Sufi di situ. “Sofia dan Hanna tengokkan adik sama ya.” Pesan Asmah kepada Sofia dan Hanna.
Fida menurut sahaja arahan mentuanya itu. Dilabuhkan penggungnya di atas kerusi sebelah Harris dan mencapai jag air di sebelah kirinya dan dituangnya air ke dalam gelas dan diletakkannya di sebelah Harris. Harris mencapai gelas tersebut dan diteguk sedikit air tersebut. Malu-malu Fida nak makan dalam situasi begitu.
“Merah muka kamu, Fida. Demam ke?” soal Roslan. Fida yang baru sahaja mahu menelan nasi di tekaknya terus tersedak dan terbatuk-batuk. Pantas sahaja Harris menepuk belakang Fida perlahan-lahan dengan tangan kirinya dan menghulurkan gelas minumannya tadi untuk Fida minum. Semakin merah muka Fida kerana tersedak sebentar tadi. Suka betul Harris melihatnya. Tersenyum Harris melihat Fida.
“Makan lah pelan-pelan sikit, Fida.” Kata Asmah pula. Dia menghulurkan sekotak tisu kepada Fida.
Perbualan seterunya banyak diajukan kepada Harris. Fida suka cara Harris melayan mentuanya. Begitu bersahaja, ramah dan mesra. Sangat merendah diri dan begitu berbudi bahasa. Dia benar-benar senang dengan Harris.
Selesai makan, Fida minta izin untuk menumpang solat kerana bilik yang dahulunya menjadi biliknya dan Irwan kini sudah menjadi bilik Irwan dan isteri barunya. Dia raa tidak sesuai untuk masuk ke situ lagi.
“Mak. Kata mana saya boleh tumpang solat?” tanya Fida kepada Asmah.
“Kamu guna bilik tamu ya. Ada bilik air dalam tu. Nanti lepas kamu selesai, boleh suruh Harris solat di situ juga.” kata Asmah kepada Fida. Dia hanya mengangguk. Fida masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan oleh Asmah itu, dia membuaka tudungnya dan melepaskan rambutnya seketika. Terasa lapang dan ringan sekejap kepalanya. Kemudian terus sahaja dia masuk ke bilik air untuk bersiap-sedia untuk solat Zohor. Sedang dia memakai telekung, tiba-tiba Harris mengetuk pintu.
“Fida, you masih kat dalam ke?” tanya Harris. Fida bangun membuka pintu untuk Harris. Dia sedang berdiri dengan segaknya di hadapan pintu bilik itu sambil memegang sehelai kain pelikat yang dipinjam daripada Roslan. Cair terus hati Fida. Rasa gemuruh pun ada.
“You dah habis solat ke belum?” soal Harris lagi segera menghentikan lamunan Fida.
“Belum. Baru nak solat.” Terang Fida.
“Kita berjemaah yer?” Fida mengerutkan keningnya mendengar soalan Harris. Kemudian dia berpaling ke belakang melihat keadaan bilik tersebut yang agak sempit.
“Tak payah lah. Not yet. One day, I’ll be your makmum, okay. For life.” Jawab Fida. Dia rasa tak sesuai untuk mereka berada dalam satu bilik kecil itu walaupun untuk solat.
“Promise?” soal Harris. Fida mengangkat tangannya seperti sedang berikrar.
“Okay, I tunggu you.” Jawab Harris sambil berjalan ke ruang tamu dan duduk di sofa. Sufi, Sofia dan Hanna sedang galak ketawa di anjung rumah kerana diusik Roslan dan Asmah. Harris menyandarkan kepalanya ke sofa. Dia menikmati waktu itu sambil dia menilai perasaannya dan anaknya Hanna. Dia dapat melihat keceriaan dan kebahagiaan di hati Hanna. Dia tahu keputusannya untuk mengahwini Fida adalah pilihan yang tepat. Hatinya juga sentiasa berlagu riang apabila ada bersama Fida. Fida bukanlah seorang wanita yang terlalu terbuka dan sosial tetapi dia seorang yang matang. Dia suka dengan kematangan Fida. Terbayang wajah Fida yang kemerah-merahan apabila diusik. Dia suka sungguh dengan wajah itu. Dia jatuh cinta dengan wajah itu.
“Harris, tidur pun senyum-senyum?” tiba-tiba suara Asmah muncul menyergah. Harris terkejut dan terus bangun berdiri. “Kamu dah solat ke belum?”
“Belum lagi. Tengah tunggu Fida. Dia masih di dalam.” Balas Harris sambil tersengeh-sengeh. Tersipu dia menjawab apabila disergah sebegitu. Asmah berlalu pergi. Tiba-tiba mata Harris tertangkap sekeping gambar di dinding rumah. Gambar graduasi anak lelaki Asmah dan Roslan. Dia bangun mendekati gambar tersebut. ‘Ini ke ex-husband Fida?’ fikirnya.
Fida yang baru keluar daripada bilik melihat Harris berdiri di hadapan gambar graduasi Irwan. Dia berjalan perlahan-lahan dan berdiri disebelah Harris. Mereka sama-sama melihat gambar tersebut.
“Your ex?” tanya Harris. Fida mengangguk. “Boleh tahan segak juga.” komen Harris.
“Awak jauh lebih segak.” Jawab Fida bersahaja. “Wajah yang segak perlu seiring dengan budi pekerti yang tinggi. Kalau tidak, dia tetap dipandang buruk.”
Share this novel