BAB 15

Fantasy Completed 4906

Malae sengaja membiarkan tingkap bilik hotel mereka terbuka. Kedinginan angin malam di Camberley terasa begitu tenang sekali. Akhirnya dapat juga mereka melepaskan penat lelah setelah perjalanan yang panjang dari Paris.

"Okey, ini apa yang aku dapat." Mei bersuara lalu meletakkan sekeping kertas A4 yang dipenuhi dengan maklumat di atas meja. Empat pasang mata begitu fokus sekali.

"Memandangkan kita susah nak cari info pasal Professor Albert ni, jadi aku call kawan aku dekat China petang tadi. Aku mintak tolong dia cari maklumat pasal Albert Hall. Jangan tanya aku macam mana dia cari. Dia hacker, dia pandai buat kerja dia." Sempat lagi dia berseloroh.

"Professor Albert Hall merupakan salah seorang seorang pengkaji teori tentang cakra manusia. Dia juga ada menulis buku pasal teori ni, tapi telah dirampas oleh pihak kerajaan sebab mereka kata teori ni mengarut."

Kemudian Mei mengeluarkan gambar seorang wanita. "Ini Dr. Eleanor Roberts, atau dikenali sebagai Eleanor Hall, iaitu isteri kepada Albert Hall. Isteri dialah satu-satunya orang yang percaya dekat Albert waktu tu. Masa tu mereka tak kahwin lagi, cuma kenalan satu universiti."

Mei menyambung lagi ceritanya, "Albert pernah ditahan oleh kerajaan atas dakwaan terjebak dengan satu organisasi tidak diiktiraf yang katanya boleh mengancam keselamatan negara. Masa tu dia dah kahwin dengan Eleanor. Tapi entah macam mana, dia dilepaskan dua bulan kemudian. Cuba teka apa yang mereka tanya waktu soal siasat?"

"Emm, bila nak ada anak?" Malae menyampuk.

Tiga pasang mata menjeling tajam ke arahnya. Malae hanya mengangkat kedua-dua tangannya, "okey, sorry la. Jangan serius sangat. Dah sambung, sambung..."

"Well, thanks to my amazing friend, dia dapat access masuk portal rahsia kerajaan dan ambil semua butiran soal siasat tu."

Tangan Mei meletakkan salinan laporan tersebut di atas meja. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Mereka asyik tanya dia pasal Faroe Island, tempat yang Pak Cik Damien bagi tahu Claretta tu. Tapi malangnya, mereka tak dapat maklumat yang mereka nak."

Ceritanya masih belum tamat. "Beberapa hari selepas Albert dibebaskan, Dr. Eleanor mengalami kemalangan kereta lepas balik kerja dan meninggal dunia di tempat kejadian. Tapi aku rasa semua ni kerja..."

"...pemburu hantu." Karin menyambung.

"Yes! Aku rasa mesti sebab Albert ialah salah seorang ahli The Flow. Mungkin sebab Albert berpegang teguh pada The Flow, dan satu-satunya cara untuk mendedahkan kelemahan dia adalah..."

"...dengan menggunakan orang yang dia sayang." Giliran Claretta pula menyambung ayat tersebut.

Mereka terdiam seketika. Ketika itu masing-masing hanya tenggelam dalam perasaan sendiri. Terbayang-bayang di dalam minda ketika itu wajah-wajah orang yang mereka sayang. Setiap perjuangan itu ada pengorbanan.

"Kita pergi melawat dia esok," tiba-tiba Karin bersuara, "kita akan tamatkan semua benda ni."

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience