BAB 11

Fantasy Completed 4906

Pengawal penjara yang terakhir telah pun ditumbangkan. Maka bersorak gembiralah para banduan yang galak berlari-lari di koridor penjara. Pintu besi yang menghalang mereka sebelum ini telah terbuka seluas-luasnya.

Pengawal penjara habis dihentam oleh kumpulan-kumpulan yang rakus melepaskan nafsu amarah mereka. Mereka berlari ke arah pintu depan penjara tersebut. Keadaan sudah tidak terkawal lagi.

Mereka seperti binatang buas yang terlepas dari kurungan. Ada yang memanjat pagar, ada juga yang bergaduh sesama sendiri. Kelihatannya seperti orang yang tidak bertamadun. Masing-masing cuba berlagak hebat dengan 'rampasan kuasa' tersebut.

Sebaik saja tiba di pintu depan, kelihatan tiga buah helikopter hitam mendarat turun. Banduan-banduan tersebut terhenti buat seketika, cuba melihat gerangan yang datang ke tempat mereka. Helikopter pun mendarat.

Lalu keluarlah seorang lelaki berpakaian serba hitam bersama bala tenteranya yang lengkap bersenjata canggih. Kemaraan mereka menyebabkan para banduan berundur beberapa tapak ke belakang. Siapa mereka ni?

Suasana jadi hening seketika. Kedua-dua pihak bertentang mata, cuba untuk menduga sesama sendiri. Dalam diam masing-masing sedang berwaspada. Takut-takut ada yang cuba melakukan sebarang tindakan diluar kawalan.

"Kau siapa?" Soal seorang banduan paling hadapan sekali.

"Aku Loukas." Jawab lelaki berpakaian hitam tersebut. Riak wajahnya nampak tenang, walaupun kini dia sedang berhadapan dengan bala tentera banduan yang mempunyai rekod jenayah yang tinggi.

"Apa kau nak?" Soal seorang lagi banduan.

Loukas hanya tersenyum sinis. Tangannya sengaja diletakkan di belakang agar kewibawaannya terserlah. "Sekarang ni bukan pasal apa yang aku nak, tapi apa yang kamu nak?"

Soalannya menimbulkan tanda tanya seluruh banduan di situ. Apa sebenarnya yang Loukas cuba sampaikan?

"Kamu nak balas dendam? Silakan. Nak bunuh orang yang dah sumbat kamu ke penjara ni? Silakan. Aku takkan halang."

"Dengar ya, kalau kau datang cuma nak bagi tahu semua benda ni, rasanya kami tak perlu buang masa untuk dengar. Sebab kalau kau tak suruh, kami akan buat semua benda tu." Banduan tadi memotong percakapannya.

"Ini ke cara kau bercakap dengan orang yang dah bebaskan kau?" Kata-kata Loukas membuatkan semua terdiam.

"Ya, semua ni rancangan aku. Kau rasa pintu tu akan terbuka sendiri ke? Aku tak rasa macam tu. Jadi sekarang ni aku bagi kau peluang untuk lepaskan semua dendam dalam hati kau. Dan kau tak perlu risau untuk dihantar balik ke tempat ni."

Kata-kata Loukas menarik minat para banduan di situ. Kecuali seorang lelaki yang hanya berdiam diri di barisan belakang. Archer sedari tadi hanya menadah telinga. Apa yang pasti, dia hanya mahu pulang ke rumah. Sudah terlalu lama dia meringkuk di penjara.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience