BAB 31

Fantasy Completed 4906

Mei berlari mendapatkan Karin yang sudah berada berhampiran Jannes dan isterinya. Pertempuran mereka baru saja tamat. Claretta juga sudah selesai merawat luka Manuia.

"Kau okey?" Karin bertanya kepada Mei.

Mei mengalihkan pandangannya pada sekujur tubuh tidak bernyawa yang terbaring di atas lantai. Ling sudah nekad untuk memilih pihak yang salah. Mei tiada pilihan. Dia terpaksa hentikannya.

"Aku okey," jawabnya perlahan. Karin tidak banyak bertanya. Dia tidak mahu mengganggu perasaan Mei. Dia juga pernah rasa perasaan yang sama.

"Tunggu," tiba-tiba Claretta bersuara. Malae yang duduk tidak jauh daripadanya memandang dengan wajah penuh tanda tanya.

Claretta menarik lembut tangan Malae. "Malae, tu...bukan manusia," ujarnya. Badannya terasa merinding dan sejuk. "Emosi dia kosong. Macam tak ada roh dalam badan dia," tambahnya lagi.

Jannes membantu Maya untuk berdiri. Mereka yang lain hanya menjadi pemerhati. Karin juga tidak berganjak dari tempatnya. Aura yang dikeluarkan dari tubuh wanita ini buatkan dia rasa tidak selesa. Seluruh tubuhnya terasa dingin apabila tenaga gelap itu bergerak melintasinya.

Maya memandang anak mata Jannes. Tangannya memegang lembut wajah tua suaminya itu. Jannes kelihatannya seperti orang yang paling bahagia sekali ketika itu. Senyuman tidak lekang dari mukanya.

Tiba-tiba lehernya direntap kasar. Jannes tersentak. Senyumannya turut hilang. Dengan sebelah tangan, Maya mampu mengangkatnya tinggi di udara. Anak mata wanita itu bertukar menjadi hitam pekat. Urat-urat mulai timbul di segenap wajahnya.

Mei dan Karin berpandangan sesama sendiri. Ada sesuatu yang tak kena di sini. Yang pasti, lawan mereka kali ini bukan calang-calang musuh. Dengan kuasa mereka berempat pun, belum tentu lagi dapat menghalang apa yang sedang berlaku.

"Ma... Maya...?" Suara Jannes tersangkut-sangkut. Mukanya bertukar pucat. Nafasnya tidak lancar. Degupan jantungnya seakan menunggu masa untuk berhenti.

"Lady Maya. Dan aku bukan isteri kau!" Maya bersuara agak kasar. Jauh berbeza daripada Maya yang dikenalinya dulu.

Sekelip mata wanita itu mematahkan tulang lehernya dengan sebelah tangan dan membaling mayat Jannes ke atas lantai. Ketawanya berdekah-dekah bagai orang dirasuk hantu bergema di udara.

"Karin, dengar..." Mei berbisik padanya.

Karin cuba untuk menumpukan perhatian. Pada mulanya dia tidak mendengar apa-apa. Tetapi lama-kelamaan gegendang telinganya menangkap bunyi.

"Tempat ni nak runtuh!" Jeritan Manuia memecah kesunyian. Dia cuba memanggil Karin dan Mei yang agak jauh di hadapan. Aleki, Malae, dan Claretta sudah pun bersedia untuk keluar dari situ.

Gegaran semakin terasa. Butiran-butiran halus dari siling mulai turun umpama salji. Rekahan hasil pertempuran mereka memburukkan lagi keadaan. Bila-bila masa saja tempat itu akan tenggelam ke dasar bumi.

"Karin, kita kena pergi sekarang," Mei memegang tangannya apabila melihat Karin bagaikan tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Dia sedang bertentang mata dengan Maya sejak tadi. Karin cuba untuk membaca gerak-gerinya namun tidak berjaya.

Siling mulai runtuh sedikit demi sedikit. Mei merentap tangan Karin. "Karin, kita kena keluar sekarang!" Teriaknya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience