BAB 33 (AKHIR)

Fantasy Completed 4906

MYKINES, FAROE ISLAND

Terbentang luas di hadapan mereka dataran hijau sambil ditiup bayu laut. Kelihatannya seperti sebuah tapak perkhemahan yang telah lama ditinggalkan. Keadaan di situ sangat menenangkan.

Kalau berdasarkan cerita Manuia dan Aleki tadi, di sinilah pangkalan The Flow yang sebenar. Rumah api yang tersergam indah di tengah-tengah pulau tersebut merupakan pintu masuk utama ke pangkalan The Flow.

"Macam mana kau tahu pasal semua ni? Dan kenapa kau tak bagi tahu aku?" Malae memulakan sesi soal jawab. Dia begitu hairan bagaimana kedua-dua lelaki yang dikenalinya sejak kecil lebih tahu tentang The Flow.

Manuia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan semuanya. "Okey, macam ni. Gambar yang korang tengok dekat rumah Pak Cik Damien tu adalah orang-orang tertinggi dalam The Flow. Tapi dalam masa yang sama, The Flow ada angkatan dia sendiri yang terdiri daripada orang-orang biasa tak mewarisi apa-apa cakra.

Kem ni ialah kem latihan angkatan The Flow. Aku dengan Aleki pernah datang sini, tapi kami tak pernah masuk lagi pangkalan dia. Sebab kami baru je tamat latihan dengan mentor kami. Hanya angkatan The Flow yang sah saja boleh masuk tempat tu," Manuia menjelaskan dengan panjang lebar. Tidak hairanlah kenapa mereka turut diburu oleh pemburu hantu.

"Sorry sebab tak bagi tahu awal-awal. Ni untuk keselamatan kau," Aleki menambah pula. Takut juga kalau-kalau Malae akan memarahinya.

Malae menghela nafas panjang. "Tak apalah. Yang penting sekarang kita dah sampai sini," ujarnya.

Lalu mereka berenam berjalan mendekati rumah api tersebut. Sebaik saja pintu dibuka, yang kelihatan hanyalah sebuah tangga menuju ke bahagian atas rumah api.

"Okey, korang. Lepas tu nak buat apa?" Claretta menyoal Manuia dan Aleki memandangkan mereka tahu serba-serbi mengenai tempat itu.

"Aaaa... Kami pun tak tahu. Kami tak pernah masuk sini lagi," Aleki membalas. Dia juga tercari-cari sekiranya ada butang untuk ditekan.

Bayu laut meniup pintu rumah api tersebut sehingga terhempas kuat. Terkejut mereka dibuatnya apabila melihat pintu tertutup dengan sendiri. Namun masing-masing tidak mengendahkannya dan terus mencari sesuatu yang mungkin membolehkan mereka masuk ke pangkalan The Flow.

Mei yang berdiri berhampiran dengan pintu melihat sesuatu di tombol pintu tersebut. Ada tulisan yang bertulis - 'The Way to See Up is Down.'

Ah, sudah. Apa benda pulak ni?

Dia memanggil Karin yang ada berhampiran. Kini mereka berdua memancing pandangan ke arah yang sama. Mei memegang tombol pintu rumah api itu. Niatnya hanya untuk mencuba-cuba saja. Sebaik saja tombol dipusingkan, kedengaran seperti bunyi 'klik' dari dalam.

Kedua-dua mereka terdiam seketika sambil memerhati sekeliling. Tiada apa-apa yang berlaku. Mei menghela nafas panjang. "Ish, ingatkan apa benda tadi." Rungutnya lantas mengetuk tombol tersebut.

Ketukannya menyebabkan tombol pintu itu termasuk ke dalam. Serta-merta lantai memecut ke bawah dengan laju. Mereka berpegangan sesama sendiri. Sinaran matahari semakin tidak kelihatan. Suasana bertukar gelap gelita. Entah apa yang ada di bawah sana.

Sedar-sedar saja, ianya sudah berhenti. Lampu terpasang secara tiba-tiba. Kali ini barulah mereka dapat melihat sekeliling. Jadi inilah dia pangkalan rahsia The Flow! Dipenuhi dengan alatan berteknologi tinggi yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Tapi...apa yang sudah berlaku di sini?

Pangkalan tersebut bagaikan baru dilanda perang yang dahsyat. Kertas bersepah di sana sini. Ada juga alatan-alatan yang sudah hangus. Dinding berlubang di merata-rata tempat. Skrin-skrin besar di ruangan tersebut juga pecah dan ada yang runtuh terlungkup di atas lantai.

"Apa dah jadi dengan tempat ni?" Claretta bersuara sambil matanya tidak beralih daripada melihat kerosakan yang berlaku di situ.

"Jannes dah serang tempat ni bulan lepas," kedengaran suara seorang lelaki yang muncul dari belakang.

Mereka menoleh. Ketika itu seorang lelaki muda keluar dari sebuah bilik. Dia menyandang sepucuk senapang di belakangnya. Apabila melihat mereka memandangnya dengan perasaan curiga, dia meletakkan senjata itu di atas meja berhampiran.

"Jangan risau aku bukan orang dia," ujarnya sambil mengangkat kedua-dua belah tangan.

"Kau siapa?" Mei bertanya.

"Archer D'Artagnan. Pewaris Damien D'Artagnan," dia terus memperkenalkan dirinya. "Aku pun baru sampai sini sejam lepas. Aku dapat tahu pasal tempat ni daripada album pak cik aku," tambahnya lagi.

Kini mereka berasa lega sedikit. Tumpuan mereka kembali pada keadaan tempat itu. Sebelum ini mereka berharap ada sesuatu di sini yang boleh membantu mereka untuk mengetahui lebih dalam tentang The Flow. Tapi kalau beginilah situasinya, susahlah.

"Aku tak faham. Kenapa Pak Cik Damien suruh kita datang sini sedangkan tempat ni dah kena serang?" Malae nampak bingung.

Yang lain turut mendiamkan diri. Di akhir hayat Damien, dia hanya menyebut nama Faroe Island. Tetapi dia tidak memberitahu apa-apa selain daripada itu.

Karin terlihat lambang The Flow di dinding. Lambang itu seperti sudah dicemari dengan kesan tembakan peluru. Lantas akalnya mencapai sesuatu.

"Mungkin kita dah salah anggap. Mungkin Pak Cik Damien bukan nak suruh kita datang sini. Tapi dia nak bagi tahu yang Faroe Island dah pun ditumbangkan." Kata-kata Karin mengundang suasana sepi.

And maybe she was right. Maybe this is not the end. This is just the beginning.

***TAMAT***

to be continue in..
'THE RETALIATION 2 : SINISTER'
(coming soon in November 2017)

[Update]

Sorry, the upcoming novel will be postpone to January 2018 since I need to do some research and facts before I write it up. Plus, I'm focusing on my Final Year Project in university so wish me luck! Thanks for reading! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience