BAB 17

Fantasy Completed 4906

Loceng dibunyikan buat kali yang ke tujuh. Seperti tadi, hanya bunyi loceng yang bergema ke segenap ruang rumah. Namun bayang Albert masih belum kelihatan. Tapi Karin masih belum mahu berganjak dari situ.

Dia memberi isyarat mata kepada Malae. Lantas gadis itu pun mengerti. Dia menghalakan tapak tangannya ke tanah, memberi arahan kepada akar-akarnya supaya bertindak. Maka menjalarlah mereka di perut bumi cuba mencari sesuatu tanpa menjejaskan permukaannya.

Karin juga turut serta. Dia bermain-main dengan jari-jemarinya lalu mengeluarkan tenaga cakra berwarna indigo. Tenaga itu merayap menerusi ruang di bawah pintu rumah dan menular ke segenap ruang. Tujuannya sama, mencari sekiranya ada orang hidup di dalam rumah tersebut.

"Pondok belakang rumah," Malae bersuara beberapa saat kemudian.

Pergerakan Karin terhenti. Dia turut serta bersama yang lain ke bahagian belakang rumah tersebut. Kini empat pasang mata tertumpu ke arah sebuah pondok yang dijadikan stor menyimpan barang.

"Professor Albert?" Claretta memanggil namanya. Namun tiada jawapan. Suasana bertukar senyap sunyi semula.

Karin menoleh ke arah Mei. Riak wajahnya mudah untuk ditafsir oleh Mei.

"Dia ada dekat dalam. Dan sekarang ni dia berharap kita tak jumpa dia," ujar Mei selamba. Maaflah, Albert Hall. Bukan setiap hari kita boleh lepaskan diri.

Karin hanya mengeluh. Bukan sengaja mereka hendak mengganggunya tapi ini adalah kecemasan. Mereka perlu berjumpa dengan semua ahli The Flow untuk mendapatkan maklumat berkenaan organisasi tersebut.

Dia melemparkan tenaga cakra ke arah pintu yang berkunci dari dalam tersebut. Lalu pecahlah selaknya di bahagian dalam hingga membuka ruang untuk mereka masuk.

"Professor Albert?" Sekali lagi Claretta memanggil.

Kelihatan seorang lelaki tua yang tidak terurus di dalam pondok tersebut. Rambutnya sedikit kusut, janggutnya seperti tidak dikemaskan, dan matanya nampak seperti orang yang tidak cukup tidur.

Claretta cuba menenangkan Albert. Mereka yang lain hanya menyerahkan sesi memujuk ini padanya. Memandangkan hanya dia saja yang boleh menenangkan emosi lelaki tersebut. Secara tidak sedar, Claretta menyalurkan sedikit aura tenang bagi mengurangkan kegelisahan orang tua tersebut.

"Kami datang sebab The Flow," dia berterus-terang.

Perlahan-lahan ketegangan Albert beransur reda. Dia menatap wajah mereka silih berganti. Masih tak cam siapa mereka.

"Kamu semua siapa?" Soalnya sedikit bingung.

"Claretta, Karin, Mei, Malae." Claretta memperkenalkan mereka berempat.

Kali ini wajah Albert seperti terperanjat. "Laa, kamu ke?"

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience